Showing posts with label anak anak. Show all posts
Showing posts with label anak anak. Show all posts

Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang semakin mengundurkan diri


Selamat Tinggal Ramadhan
Selamat Datang Syawal
Perasaan bercampur baur
Tak de la excited sgt nak raya, selain dapat cuti yg panjang,
Banyak pengajaran dari Ramadhan kali ini dlm hidup saya
Hanya dari peristiwa kecil2x sahaja..
Yang paling baru dan bermakna, melihat anak bujang gigih berpuasa..
Awal2x dulu, bila ditanya..
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Dah ibu suruh.."..

Huhuhuhu...
Tapi lately bila ditanya...
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Seronok..."
"Apa yang seronok"
"Ntah.. time makan buka tu seronok"...
"Apa yang seronok?"
"Tak tau.. Tapi, seronoklah ibu.."

huhuhu..
skrip itu tidak diajar.
kami berbuka pun ala kadar dengan nasi, 1 sayur, 1 lauk, dan buah.
hanya 3 kali ke pasar ramadhan, saja untuk menghiburkan hati anak2x..
Sepanjang berbuka, abinya tiada di rumah sbb buat part time kat kedai makan,
Kalu hari saya tidak berpuasa, kesian pulak tengok dia bukak puasa sorang2x 
disamping saya yang berpura-pura puasa..
Tergenyut-genyut mengunyah nasi dengan pipi yg semakin cengkung dan telinga yang semakin capang... (Yelah, badan dia susut sikit sejak dia berpuasa..)
sepanjang berbuka, kami riuh anak beranak di kacau makhluk2x halus yang tidak berpuasa,
adakala ibu tension, adakala ibu sedih.. mana taknya, belum sempat jamah kurma, dah ada kuah yang tumpah, dah ada yang nak terberak, dah ada yg mintak tukar TV dari azan ke channel 611...

so, apa yang seronok anakku? 
note: nikmat Allah yang mana lagi mahu kamu dustakan?


Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum
Rasanya masih belum terlewat untuk saya sekeluarga mengucapkan salam ramadhan kepada anda semua.. Ramadhan kali ini OK sikit kerana mr housemate saya ada di rumah. Jadi, boleh lah saya melaksanakan anger management saya dengan jayanya. Target kali ini macam tahun lepas: ZERO PASAR RAMADHAN. So, berbekalkan buku teks saya yang saya cerita di sini, maka berkobar-kobarlah rasa nak memasak. Cumanya, saya perlu hadkan masa di dapur, banyak lagi benda lain yang saya nak kejar di sepanjang Ramdhan ini.

Hakikatnya, baru hari ini boleh uruskan sedikit masa dan badan pun dah boleh terima keadaan berpuasa ini. Kurang dah mengantuk even cuaca sangat menggoda. Sempat jugak le berterawih sambil berkongsi sejadah dan telekung dengan Nufail dan Syifa'. Kadang2x depa saja2x je tunggu time saya solat untuk main dalam telekung dan lipat sejadah saya. huuhuhuhu.. nasib baik target utama untuk kawal nafsu marah ni sentiasa di hati, kalau tidak mau saya jadikan mereka cincau untuk dimasukkan ke dalam bandung!

Hari pertama kami berbuka dengan ayam percik, timun dan kuih sagu, Hahahahaha.. malu dan segan nak bagitau, kuih sagu saya sungguh sedap dengan aroma daun pandan, cukup manis dan warnanya sangat menggiurkan. Tetapi, LEMBIK! huhuhuhuhuhuhuhuhu.... Memang fail lah, tak reti nak sukat air dengan kuantiti sagu, Ada sesapa reti, tolong la tinggalkan komen! I work according to SOP tau, puas cari SOP sukatan air vs sagu, tapi tak jumpa. Namun, ayam percik mendapat 5 bintang. 5 bintang yang dianugerahkan memang saya terima dengan kembang hidung kerana saya tau, mereka yang berpuasa tidak akan berpura-pura untuk mengambil hati saya! Hahahahah... Terima kasih la Chef Liza yang bagi resepi... hahaha, dgn izin Dia jua..

Hari kedua saya masak nasi tomato. Walaupun ia rutin untuk sesetengah orang, namun inilah cubaan berani mati sepanjang 32 tahun hidup saya. Kuih pulak giliran Mr Housemate buat onde-onde atau buah melaka... hahahahha lagi... time menggentel onde-onde, saya sangat mengantuk dan menyesal menyertai nya kerana aktiviti itu sangat membosankan. Kesudahannya, onde-onde yang digentel beliau sangat comel, tetapi yg saya punya adalah besar, herot perot dan compang camping dengan gula melaka.., huhuuuhu... memang saya tak ada bakat ok! namun apa yg penting, walaupun ia chubby dan herot petot, ia tidak menjejaskan rasanya!

Hari ketiga, masak nasi lemak. Ini atas permintaan anak bujang yang baru belajar berpuasa. ku turutkanlah.. tidaklah mencabar mana sebab sudah pandai... hahahahah.,.,,, riak sungguh! Kami memang suka nasi lemak yang klasik, telur rebus dan sambal ikan bilis.. Dessert pulak ais krim Sundae - atas permintaan anak bujang lagi! Omak ikut yo, yang ponting., ekau puaso yo Luqman! note: yang penting, abi yg belanjo, ibu kodokut sikit hujung2x bulan nih.

Hari ini, masak sotong kicap, sotong celup tepung dengan sayur campur je lah... Pagi tadi dah buat puding gula hangus. Rasa tak tau lagi, rupa nampak macam normal la. So, OKlah untuk berbuka. Petang ni husband saya kerja, so inilah cabaran pertama saya untuk anger management, berbuka dengan dua ultraman yang belum matang, di samping seorang budak yang baru belajar berpuasa di mana kalau pukul 6 je dia meroyan kelaparan sehinggakan peti ais pun nak ditelan!

Sunday, July 8, 2012

Happy 3rd Birthday Nufail



Merajuk 

Kalau anda nampak ada budak pakai helmet naik kereta, anak saya lah tu! jenuh suruh tanggal... nak pakai jugak! isk.....

Time kamcing, siap bukak saloon... time gaduh, gegak gempita alam semesta !

cendawan butang! hahahahahahhaah

sayang kamu!

HAPPY BIRTHDAY NUFAIL,
ANDA SUDAH 3! 
CEPAT-CEPAT LAH MATANG..... HUHUHUHUUHUH...
WHAT EVER IT IS, YOU ARE THE MOST CHARMING BABY OF MINE
AGAK GILA-GILA DAN BANYAK MENCABARKESABARAN SAYA,
 KERAS HATI, KUAT MERAJUK TAPI SENANG DIPUJUK KALAU KENA CARANYA. 
BOLEH BERTOLERANSI KALAU KENA AMPU, 
NAMUN SANGAT PANDAI MEMUJUK DAN MENCAIRKAN HATI SAYA.
AYAT YANG PALING BUAT SAYA CAIR
"Apai sayang ibuuu.... nanti kita masuk syurga sama-sama ek... masuk syurga la...."


Thursday, May 3, 2012

sabar: 21-69

amik dari jaa64.blogspot.com

Ingat lagi tak cabaran 21 hari saya untuk tidak meninggikan suara kepada anak2x? huhuhuhu. sehingga ke pagi tadi, saya masih gagal. betullah kata sesetengah orang, sabar perlukan latihan. sabar perlukan doa. sabar perlukan keazaman.

Setiap hari, saya latih diri bersabar dengan karenah anak. Actually bukan karena anak, saya harus bersabar dengan diri saya. supaya tidak cepat melatah dengan karenah anak. bersabar even saya penat, bersabar even saya lapar, bersabar even saya tak cukup masa di rumah, bersabar dan bersabar. Saya akan teruskan juga cabaran ini. Hati ini perlu di ajar. Hati ini perlu di didik. supaya berSABAR. itu sahaja. senang je menyebutnya. SABAR! S.A.B.A.R!!! rendahkan suara dengan anak-anak kamu wahai cik chibi... please..

Kenapa 21 hari? Formula 2169 ini saya dapat semasa mengukuti productive muslim course oleh Abu Muslim di www.productivemuslim.com. Otak memerlukan 21 hari untuk suka dengan perubahan yang kita buat. Dan memerlukan 69 hari untuk kita berubah selama-lamanya.

So, saya hanya perlu bersabar selama 21 hari untuk tidak menaikkan suara dengan anak-anak saya. Selepas itu, bertahan selama 48 hari lagi untuk mencukupkan 69 hari, supaya selepas ini, saya sudah terlatih untuk tidak menaikkan suara dengan anak-anak saya waima dalam apa jua keadaan dan situasi pun. Kalau saya berjaya... maka layaklah saya untuk berusaha mendapatkan baby kembar pulak selepas ini... eh...? tiba-tiba je ending begini? hehehehe.. ada significantnya. Atau kata-kata untuk diri sendiri.. " mau baby kembar kalu.. kasi sabar dulu sama itu 3 budak kicik. lepas ujian ini... maka berusahalah kamu ke arah itu"


Wednesday, April 18, 2012

HBD Luqman


Selamat Hari Lahir Luqman
You are 5 today!
5 Resolutions!
Marilah ikut ibu SOLAT!
Tahun ni kita belajar puasa penuh, ya..!
Apa kata tamat Iqra' 6 before next birthday..
Bilik abang dah siap.. bila nak pindah? hehehehe
Udah-udah le bawak beskal roda 3 tu... kita cabut tayar kecik, OK?


Friday, March 16, 2012

Insaf



Skang nih musim anak2x kecil diamibil Ilahi. bukak berita, bukak suratkhabar dlm 3 hari kebelakangan nih, ada jer cerita anak2x yg kecil meninggal di dlm jagaan ibu bapa.Tak habis lagi kes Dirang, ada pulak anak kecil yg lemas di sungai dpn umah ketika mak dia sibuk basuh kain dlm bilik air. Bukak pintu sendiri, terkedek2x jalan keluar rumah. Kakak dan abang (yg juga kurang 6 tahun), ada kat luar tu, tp x endah. Anak itu sebaya syifa, baru je pandai berjalan. Semlm, kat Titiwangsa, mati lemas dlm kolam. Mak sibuk entertain abg main buai, tetiba terleka. Hilang... pagi esoknya jumpa terapung dlm kolam.

Biasalah kat m'sia, ada musim buang bayi, bayi mati di tangan pengasuh bayi kena dera, musim simbah asid... Terpulang pada kita nak baca jer, nak emo, nak amik iktibar atau redha je la... Macam saya, saya mmg emo kalu kes2x mcm nih, especially berlaku kat anak2x sebaya anak saya. Tetiap malam, bila merenung anak2x tido, saya selalu mengeluh sambil pasrah tentang untung nasib hidup dan mati saya anak beranak, mmg saya serah bulat2x kpd Allah. Sebelum tido, byk benda nk kena pikir... pintu, tingkap, sendal, electrical safety, sume dalam kepala saya. kenkadang siap terfikir, kalu umah terbakar, nak lari kat mana. Kalu org pecah rumah, apa nk buat... kalau tetiba saya jatuh pengsan atau mati dlm tidur, isk, tak leh bayang le camne anak2x tuh. 

Mcm kes Dirang, ada org kata anak itu terlalu kecil untuk diberi tanggungjawab pergi ke kedai. Orang boleh mengata, tapi kita tak berada di tpt keluarga itu. Ibunya dlm pantang. mungkin duduk umah flat. Mungkin mak dia pikir, takkan dia nak angkut anak2x turun tangga bertingkat2x semata nak beli telur dan magi. Atau dia sorg turun beli telur, dan tinggalkan Dirang dengan baby kecil di rumah? So, mak dia rasa Dirang mampu menggalas tanggungjawab ke kedai tu (dan dah biasa pun kan)  Sebab tu mak dia tulis note dan bagi duit ngam2x je RM4 untuk dua bungkus magi dan telur 5 biji. Ada org terpaksa tinggalkan baby kecil bawah jagaan abang yg berusia -5 tahun, sementara ibu memasak, mandi or whatever. ada org rasa tak wajar. tapi, dah kalu itu pilihan yg ada..

Tak semua org bernasib baik. tak semua org shopping di awal bulan, beli semua barang dapur sampai 7-8 ratus lump sump, so, cukup bekalan sebulan. tak semua org ada bibik. tak semua org ada play pen, play cot or whatever jadah baby safety gear yg mahal2x tuh. tak semua org mampu buat rumah safety proof for child. mereka yg mengata boleh je mengata, tapi cuba lihat dunia mcm helicopter view, jgn asyik dok compare hidup org dgn hidup ko yg serba serbi ada...

Prof. Muhaya ada berkata, anak2x 0-6 tahun, belum berakal. kita kena tolerate, kita tak boleh pukul, naik suara atau marah. Semua org tahu itu. Semua org tanak tengking anak mereka kalau mereka di dalam fikiran yg waras. Tapi kalau Prof berada di tempat mereka2x yg stress dgn kehidupan, duit tak cukup, laki kaki judi, rumah serba tak lengkap, perut lapar dan songeh anak2x yg menghimpit, mampukah prof apply apa yg prof cakap. Saya bukan anti Prof Muhaya, saya selalu dgr ceramah beliau, cuma saya memandang dari persepsi yg berbeza.

Dulu ada kes perempuan India minum racun tikus dgn anak dia kat Bangi. Ada kes yg terjun flat bunuh diri dgn anak2x. saya rasa mereka2x ini adalah perempuan2x tersepit, yg tertekan dgn kehidupan tetapi cukup menyayangi anak mereka. mereka tak tau jalan nak keluar dari masalah. suami tak support, jiran tak membantu, so mereka nak bunuh diri. kalau mereka mati sorang, so, sapa nk jaga anak mereka? so, itu yg dlm keadaan tak rasional, heret sekali tangan kecil yg tak tau apa2x tuh bunuh diri sekali.. 

Macam dlm kes saya pun. In stead of baca surah Toha kepada anak2x, saya baca kepada diri saya sendiri. (Dah laki acik tak mau baca kat ubun2x acik.. hehehehe).. saya kena kawal diri. Nak jugak saya challenge Prof Muhaya duduk di tempat saya. hehehehe.. berani ko... Dgn kekangan masa, financial freedom yang tidak ada, stress, stress sbb anak kata gemuk lagi.. hahahahha, sakit belakang (saya ada slipped disc), anak sederet, breastfeeding, nak masak, nak itu nak ini, kenkadang saya rasa sgt semput untuk menarik nafas. Tapi, apa pilihan yg ada selain bertahan dan mengawal diri... Benar apa yg dikatakan oleh Prof, benar apa yg dikatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa... benar sgt... tapi, cubalah anda2x berada di tempat kami.. susah sebenarnya nak mengawal diri.

Saya suka baca kisah ustaz hazrizal mengaku jujur betapa susah mengawal diri menurunkan berat badan. macammana pengakuan dia betapa susahnya berda'wah untuk diri sendiri, dlm mengekang nafsu makan. ah, tak retilah saya nak olah. pegilah baca sendiri entry2x beliau di saat awal beliau diet dulu...

Apa sebenarnya point entry saya hari ini? Entah, berikutan kejadian yg berlaku disekeliling, saya rasa saya bertambah sayang dan cinta akan anak2x saya. so, even pressure macammana pun saya, saya akan mengawal diri saya, supaya tidak tercalar emosi mereka. Sebab saya takut, kot saya selalu mengeluh perihal mereka, saya takut Allah ambil mereka dari saya dgn sekelip mata. Dalam bentuk yg macammanapun, kalau Allah nak ambil, semua di atas kuasa Dia. Ya, Luqman, Nufail dan Syifa' bukan hak saya. Saya diamanahkan untuk mencorak  mereka. 

So, bermula hari ini, saya mencabar diri saya selama 21 hari, untuk tidak meninggikan suara terhadap mereka, apalagi menengking dan menjerkah mereka. Saya tak mau merungut lagi. takpelah Nufail nak berak setiap pagi sebelum kita keluar pagar pun, takpelah, Luqman dan Nufail bertekak dlm kereta mcm PKR lawan UMNO pun, tak pelah Syifa sentiasa nk dukung dan menetek setiap kali saya nk masak, nk berak, nak mandi, nak solat pun, tak pelah Luqman beri seribu alasan tanak solat dan mengaji pun..... saya akan kawal diri dan berhemah menangani mereka ini... Alah, dari rahim ini kamu lahir, takkan lah ibu nak mengalah dengan nfsu amarah untuk menghandle kamu semua dgn berhikmah.... uhuhuhuhuhuhu

Wednesday, March 14, 2012

worldless wednesday

Hantu durian. Yang penatnya, setiap kali makan durian, mesti kena mandi, kalau lambat mandi, habis dia gesel-gesel kat sofa, curtain, peti ais, baju orang... satu umah bau durian!

Hantu jagung. bagi sebiji, sampai lunyai. biasanya dia ralit makan sorang2x, tapi banyak jagung berterabur je atas lantai. Ini, abi terpaksa assist, sbb tanak baju belumuih dgn jagung. Kenkadang siap terselit kat pampers jagung tuh!

Hantu camera. asal org pegang camera je, dia sebuk le... nak pegang le, nk amik gambo le, nak letak dlm poket dia le.. siap nk tulis nama dia dekat camera nih... Ha, nanti masuk kelas fotografi, biar ibu jadi model...

Monday, February 13, 2012

cheat day


Hari Ahad, cheating day... bukan cheat makan, cheat exercise. kalu hari Ahad Cheat Day untuk makan, gamaknya musnah le usaha diet 6 hari yg sebelumnya... mungkin hari Ahad, hari untuk menghadiahkan diri sendiri sekeping roti canai telur melekat kuah banjir, atau sebatang magnum yg hmmmm...mmenggiurkan atau sekeping cokelat cadbury yg mengasyikkan...

Hari Ahad acik tak exercise. Ada peluang, acik melingkar je kat atas sofa atau katil atau carpet. maklumla, untuk seminggu lagi nih, part time bibik acik masih available. huh, guna le peluang yg ada. I kan opportunist. Bibik bukan calang2x bibik, bibik I handsome, gagah perkasa, manis melentin, budak U lagi. hahahahhaaha... dah sebulan dah amik kesempatan sebenarnya. Dia yg mandikan anak, dia yg suapkan anak, dia yg pakaikan baju anak, dia yg ajar anak mengaji, dia yang layan anak, dia yang repair beskal anak, dia bawak anak jalan2x nak moto.. dia yg vaccum umah, dia yg cuci toilet, dia yg lap habuk, dia yg sidai dan angkat baju..dia yg iron baju. Tugas I? Tugas I masak dan hal ehwal dapur je, pastu decide baju apa yg anak kena pakai, siapkan beg skolah anak dan laundry... 

Yelah, 4 bulan you tinggal I, apakata sebulan nih bagi I rehat, next week, 4 bulan lagi you tinggal I... kesian I kan.. hahahahaha..

Tapi betul la, alhamdulillah, cuti sem kali nih, dia betul2x concenrate on Iqra' Luqman. abis dah pun Iqra' 2, skang dah naik Iqra' 3. Next week acik le kena sambung kesinambungan itu. Sbb targetnya cuti sem bulan 6 kang, nk suruh dia concentrate on Luqman untuk membaca pulak.. Kenkadang kesian gak bila tgk banayk kerja umah yg dia bantu siapkan.. tapi you all, itu adalah atas SUKARELA ohkies.. bukan acik yg paksa. acik pantau je dan kenkadang pot pet pot sikit kalu tak kena... alah, itukan cara laki bini berkomunikasi.,... hehehhee...

Namun yg acik perasan, mulut dia makin banyak bebel, acik pulak kurang membebel. hah, baru abang tau cenggana jadi ibu,, dulu, dia selalu kata.. dalam sehari kalau saya membebel kat anak2x, ayat2x bebelan itu jika di sambungkan, buleh sampai ke Mekah, dan patah balik. hehehehhe.. kini baru abang tau ekk kenapa ku banyak bebel. berdepan dgn anak2x yg keletah itu, yg tau menjawab, yang banyak soal jawab, yg banyak songeh, yang tau dah nak buat pilihan... hehehhehe.. itu le, kata kat orang lagi..

Anyway encik F, tima kasih le bebanyak... especially berikan saya masa gi berenang, dan bila balik, dah siap dah dinner.. adoi... rasa syahdu sungguh... tak payah hadiahkan X7 sebijik dah, memang I Lap U so much... tapi kalu dapat sebijik... memang I lap u so many lah...

Malam tadi Luqman tanya..
"Isk, bila ibu nak kawen dengan abi?"
"Eh, dah kahwen dah.."
"Eh. dah kahwen? Bila? Kite tak tau pon. kita nak tengok..."
"Dah.. dulu-dulu.. lama dulu dah.."
"Ibu nih! selalu macam tuh.. tak ajak kita!"
Terus dia merajuk.... isk,.. camne acik nak pujuk..? 

Tuesday, October 11, 2011

Adudu VS Adoyai

Frankly, siri Boboiboy lebih menghantui saya berbanding Upin dan Ipin. kenkadang tuh, time weekend, ibu adalah lebih over berbanding dgn anak2x. namun, karektor Adudu -  Robot hijau ketua penjahat bermuka empat segi tanpa hidung lebih terkesan compared to si heronya. Hahahhaha... tapi citer nih memang best dan boleh jual la. Cume mungkin terlalu banyak dialog “Tak guna!” yang digunakan, kenkadang membuatkan anak2x saya tersyasyul jua.

Sesekali, best juga kalu saya jadi Boboiboy. Boleh keluar kembar jadi 3 orang. So, sorang satu boleh jaga Nufail, Syifa’ dan Luqman. So, takyah lah saya kelek syifa’ sambil basuh poo poo nufail. Berat OK. Gadis 9 kg yang sudah petah berjalan ke sana sinun itu suka merengek dan berdukung semasa ke’ada’an saya. Nak saya kepit je sokmo celah ketiak.... teman beliau bermain dan gomol2x.... isk, mana bisa kok ibunya banyak kerja umah dan banyak anak lain yg perlu diberi perhatian jua....

Weekend lepas, setelah sebulan saya menjadi ibu tinggal, maka sessi port-mortem dan mengaudit diri dan keluarga pon dijalankan. Yelah, banyak kelemahan di pihak saya, yg emo, yang marah-marah, yang penat, yg meraung, yg stress.... setelah ditimbal balik gedebak gedebik, mungkin mengambil bibik menjadi opsyen terbaik setakat ini. So, saya boleh lah sub kerja2x mengemas umah, dapur, kain dan pinggan mangkuk kepada beliau, supaya saya boleh memberi banyak masa untuk tengok tv, belek muka dan body, membuta, main facebook untuk anak2x dan rehat.

namun, jauh di sudut hati.... owh, itu opsyen mungkin terbaik untuk sang dia. but not for me. hati saya gundah gulana. rimas bila ada wanita lain orang lain di umah saya... mana mungkin ada org sentuh pinggan mangkuk selain saya... isk, gi mana mau ditinggalkan nufail dan syifa' dengan orang asing yang kita tak tahu hati budinya.... argh!!!!! saya perlu lebih berfikir dan mencari jawapan dari Dia lagi.... so, KIV OK, bang..!

entry kali ini saya nak citer cenggana saya manage laundry. ini adalah sbg escapism dan membuktikan yang saya still boleh manage laundry tanpa bibik, hahahhahha... (ayat untuk menyedapkan hati sendirik)

saya ada mesin basuh 17kg yang besar. saya cuci baju 2x seminggu, dengan 1 trip di tengah minggu (selasa @ isnin), dan 2 trip di hari sabtu. anak2x saya especially si comot nufail memang menggunakan baju yang banyak. mungkin kerana mereka suka buat 'art attack' di baju mereka sendiri atau saya yg jenis rimas, tak bleh tgk budak pakai baju comot-terus suruh tukar.

bersepadan dgn anak yg ramai dan washing machine yg besar, saya ada 7 bakul kain yg besar di samping bantuan 2 baldi kecik. 2 bakul kain untuk letak baju kotor di tingkat atas dan bawah, sementara baldi digunakan untuk campak cloth diapers syifa' sementara tunggu queue untuk di cuci di hujung minggu. 5 lagi bakul kain adalah kepunyaan kami seorang satu. 

biasanya, saya (dan encik suami: kalau beliau ada) akan hang baju di hanger, pada malam hari, dan esok pagi baru keluarkan untuk disidai. cabarannya bermula selepas kain di angkat, sbb sebagai ibu vogue yg ramai anak dan tak banyak masa, mmg saya tak sempat nak lipat kain. sbb itu almari dirumah yg kecik nampak besar sbb banyak ruang kosong sbb kain baju berlipat tak sempat nak lipat dan susun elok2x dlm lemari. takpe.. takpe.. itukan almari umah saya.. bukan umah mak mentua saya... hbahahahhaah... ada mak mentua aku kesah? hahhahahah lagi...

fasa 1 - biasanya Luqman dan abi ditugaskan untuk mencabut baju dari hanger n campak lah kat mana bakul yang kosong.

fasa 2 - luqman dan abi ditugaskan untuk membetulkan baju kain tersebut dan sorting ke dlm bakul setiap org. biasanya kita akan sidai terbalik untuk mengelakkan dari luntur di makan cahaya matahari. fasa ini sgt menyeronokkan luqman sbb dia akan tentukan, bakul siapa yg menjadi juara. maksudnya, bakul siapa yg paling penuh, maka manusia itulah akan menjadi juara di minggu itu. biasanya, fasa ini mmg Luqman champion sbb kenkadang abi akan merujuk kpd beliau masa nk sorting, sbb tak familiar dgn baju anak sendiri. natijahnya, kalau tersilap masuk bakul, saya akan menyinga dan mungkin membebel 2-3 chapter. hahahhahaha...

fasa 3 - sessi susun bakul yg dah penuh bawah tangga. so, fasa ini mungkin memakan masa yg panjang atau pendek, bergantung kepada kesibukan dan mood tukang lipat. sayalah itu. but don't worry, fasa ini tidak idle, sbb kenkadang baju akan terus dipakai fresh dari dlm bakul. so, ini adalah fasa yg paling sibuk. sbb dah sorting ikut tuan, makan amatlah senang nak mencari especially benda yang kecik2x, yang tak perlu di listkan di sini.

fasa 4 - fasa ini amat mudah, setelah fasa 1,2 dan 3 telah dibuat dgn jayanya. biasanya, untuk 5 bakul penuh, saya amik masa dalm 1 jam setengah je utk di habiskan. dan saya rasa sangat AWESOME!

fasa 5 - saya tunggu nufail besar je sikit lagi untuk training beliau terbalikan baju, identify baju dan sorting baju. ini bagus untuk kawalan motor dan menyambungkan sel sel otak beliau. selain itu, manpower saya pon bertambah... haahhaha.... cuma, harapnya, dalm masa 4 tahun ini, saya tak perlu tambah bakul lagi!... huhuhu.. 5 pon dah cukup lah... eh, kalu ada bibik, mesti membazir bakul2x ni kan, tak digunakan lagi...?

sekian , terima aksih.


Thursday, September 29, 2011

gomen dan budak kecik yang stress

yer, presiden Cuepecs masih lagi belum berputus asa, mintak 2 bulan bonus gaji... hahhahahaha. bagi saya? verangan la.. tapi, OKlah sbb beliau masih belum berputus asa. yelah, kalu bukan belio yg mintak, sapa lagi nak mintakkan bagi pihak kiter, ye dop?

Alhamdulillah, Adequacy Audit iso17025 telah berlangsung dengan vouge nya.... hahhahahha... malas nak komen. apa pon findingnya, ada aku kesah??? hik hik hik.. redha je lah. best gila sessi 3 jam membaca 19 Quality manual & SOP bersama auditor yg detail sambil maintain vouge walaupon terpaksa sengih cam kerang busuk apabila kantoi di sesetengah clause. perasaan? owh, amat teruk daripada duduk di dalam labour room. hahahhahahahah....

Alhamdulillah, minggu ini, saya dpt menyaksikan penurunan kadar stress di dlm diri. so, bila saya tidak stress, anak2x saya tidak stress juge. tahukah anda kadar ke'stress'an saya adalah bekadar langsung dgn kadar ke'stress'an Luqman. Sejak abinya tak ada, almost every day dia terkencing ketika nap time di school. yg menjadi stress kpd saya apabila beliau menyorokkan xtvt pengencingan itu, dan menyumbat/bolok/bolos or whatsoever seluar baju ke dlm beg tanpa pengetahuan teacher. hasilnya? satu beg akan berbau hancing hampagas dan sudah tentulah kadar penyingaan saya sewaktu menyorting baju kotor adalah memuncak. biasanya, kalu teacher tau ada budak terkencing, teacher akan tolong bilas kan baju2x tersebut...

lama juga saya mencari punca xtvt haram itu, sbb beliau adalah bukan begitu. so, hasil dari pengintipan dgn teacher dan hasil siasatan ala2x Spy Baba, dptlah saya agak yg beliau stress di waktu petang. beliau tidak boleh bermain dan menonton tv dgn aman kerana saya memaksa beliau menjaga Syifa' sbb saya perlu masak dinner. malam pon beliau tak sempat siapkan Lego dan kaler2x sbb saya memaksa beliau tidur awal dan mengaji. ketika mengaji pon beliau stress sbb adik2x adalah mengkerumun iqra' seolah2x sama2x ingin bertadarus dan merebut pahala.. (erk sedikit selingan: tahukah anda, setiap kali maghrib, saya akan solat berkongsi satu sejadah bersama 3 anak kecil di samping 2 sejadah di sisi yg terdampar kaku tanpa penghuni? bayangkan ko solat 4 org satu sejadah... isk, stress tak? huhhuuhuhuh... isk, saya berdoa Allah menjustifikasikan dan mengampunkan kekurangan solat maghrib saya)

owh, berbalik soal Luqman. solution yg saya amik adalah: SELANG SELI. maksudnya, saya kena kurangkan stress beliau dgn let him enjoy the xtvt yg dia nak buat. dgn mutul agreement dgn pengasuh, saya akan amik Syifa; lewat selang sehari dan saya akan balik rumah dulu utk masak dan mandikan bebudak 2 org itu. ketika memasak tanpa Syifa', Luqman boleh main basikal diluar rumah or tgk Upin Ipin yg berulang2x atau buatlah apa ke jadah benda penting dlm hidup beliau... so, xtvt mengaji pon di selang seli dgn xtvt kaler and Lego krn masa yg constraint. hasilnya? yessss... minggu ini beliau tidak terkencing lagi.... so, approach SELANG SELI saya menjadi....

huhuhuhuhuh.. anak.. anak.... one day if you read this and i am not around anymore, I want you to know that what ever in my life, I will try my best to do the best and the right things for you. tak kesah le apa2x untuk ibu diketepikan pon, kegembiraan kamu adalah yg paling utama dlm hidup ibu.... nyawa sekali pon sanggup ku gadai, apalah sgt setakat SELANG SELI main lego dan mengaji tuh. he he he he ....



Friday, July 8, 2011

Awang Gebu


Naluri Hospital, 8 July 2009.... vacuum... hehehhehhehe.. sikit jer vacuum pon, dah kena tambah rm500....

dalam pantang

dari kecik sampai besar, suka benor duduk dalam kotak, besen, tudung saji atau apa2x lah yag dia suka lepak kat dalam.

saya pernah letak dia sekejap dalam mesen basuh. hahahahah.. sekejap jer, tanpa power on. sbb susah nak masak coz dia nak membuas dan mintak didukung. besar nanti boleh jadi angkasawan la, travel dalam kapsul.

eh, besar nanti jadi Imam Muda lah.... boleh ibu tumpang glamer.. (tengok, niat pon dah tak betul)

saya rasa dia comel... mungkin sebab dia anak saya. hahahahaah

kereta plastik nih dah takmampu nak menanggung berat badan gebu beliau... so, kami dah belikan basikal baru. kereta nih pass kat syifa' lak...

He turns two today!
Alhamdulillah,  sejak keluar spital, dia semakin ok untuk dikawal, mungkin byk masa saya spend ngan dia kat Spital, makes our bond closer.. (apa aku cakap nih... takpelah, aku sorang jer paham)... both of us pun malas dah nak mengeluh pasal Awang Gebu nih, apa jer kerenah nya, kami look at the positive side dan relakan aja.... sbb dah lesson learnt dgn ketidakaktifan beliau semasa beliau sakit, yesss, we prefer dia aktif dan mengganas dgn perangai 'trouble two' beliau. walaupun penat dan mencabar kesabaran, tapi semuanya dipandang sangat comel dan kiut... hehehhehehe...

of course, it is going to be the temporary period. tak lama lagi, dia akan menjangkau tiga tahun, empat tahun, sampai le berbelas2x tahun.... lepas nih tak leh gomol2x dah... dan yang paling ketara, dia sudah tidak gebu lagi.. seminggu di spital memang menguruskan kegebuan beliau. whatever lah anak, yang penting kamu sihat. 

mengimbas kembali apa yg berlaku sepanjang dua tahun yang lalu, selepas dikurniakan beliau, saya byk belajar tentang SABAR skill drpd beliau yg gebu ini. susah payah melahirkan, habis pantang husband kena course kat Ipoh selama 3 bulan, baru nak start exclusive breastfeeding... huhuhuhuhu... sangat mencabar. dan hasilnya, saya tidak bermasalah dgn penyusuan syifa', kerana byk benda dipelajari dr pengalaman menyusukan nufail. walaupon hanya 9 bulan jer berjaya exclusively menyusukan beliau, itu sudah meletakkan tanda aras yg cukup tinggi buat saya. berpuas hati? tentulah tidak kerana tidak tercapai target.... semuanya kerana teraccident mengandung lagi... hehehehehe.. pengalaman lagi... !

huhuhu... dear awang gebu, walaupun muka kamu penuh kesyahduan, telatah dan kerenah kamu penuh kelucuan, keletah mulut kamu mencetuskan hilai tawa kami, perangai kamu mengupside downkan jadual harian kami.... kami tetap sayang kamu. 
walaupun kamu selalu berebut barang dan mengepow barang2x kepunyaan abang luqman, abang luqman tetap sayang kamu. walaupun kamu selalu membuli dan memperdaya abi dgn redup wajah kamu meminta supaya didukung sbb kamu yg gebu malas berjalan, abi tetap sayang kamu. walaupun kamu selalu habiskan bubur nasi, biskut, carrot fingers dan apa2x yg selalu ibu buat untuk bagi syifa' makan, baby Pipa tetap sayang kamu... 

walaupun kamu selalu berak hari2x di saat ibu dah chantek bersiap sedia nk gi office, walaupun kamu selalu sepah dan hilangkan sudip sudu pinggan mangkuk ibu, walaupun kamu selalu curi2x selongkar wallet ibu, walaupun kamu selalu curah belen air minum ke badan, lantai, basikal, toto adik, walaupun kamu selalu tarik ikatan getah rambut ibu, walaupun kamu selalu lupa bukak selipar time nak masuk umah, walaupun kamu selalu masuk dlm telekung time ibu solat, walau apapun yg kamu buat, ibu tetap sayang kamu....

dan kami akan sentasa menyayangi kamu. Harapannya, Allah sentiasa memberkati kamu, menjauhi kamu dari jilatan api neraka, menjadikan kamu hamba yg sebenar2x hamba, dan of course, menjadi anak soleh yg mendoakan kami selepas kami tiada... 

Happy birthday awang gebu!

Wednesday, June 29, 2011

hmm.. tatau tajuk apa

Syuuhhhh... banyaknye spider web.

So many things happened, and of course it changed my view of life. Spicing up life with some obstacles, tested by God, motivation yg sometimes down, sometimes up, kenkadang terfikir, sakit kah jiwa aku ini.... huhuhuhuuhuhuhu... My husband warded due to dengue for almost one week. In the middle, my Awang Gebu lak warded due to broncho pneumonia. Seminggu tak masuk office, byk nyer kerja nk kena cover. What I am doing  now?. Hehehehe.. procastinating with the blog... ehh... ada boss aku kesah? hahahahahh... sbb terlampau tepu dan lesu, terpaksa break sekejap... nanti otak jem dan boleh membawa keparahan mental yg hakiki,, bla bla bla... (banyak nye alasan koooo... makcik!).

  1. Before this, saya selalu merungut yg Awang Gebu selalu meng'upside down' kan hidup saya yang chantek nih. Suka berak time saya nk keluar pagar ke opis, suka kecahkan barang saya, selongkar wallet saya dan etc. ect. Tapi, seminggu je Allah bagi dia demam dan tak mau makan dan bercakap dan bermain, saya rasa sungguh sunyi and sepi like I lost him... huhuhuhuhu... sekiranya diberi pilihan, biarlah dia mem'buas' dengan telatahnya yg 'tidak masak' itu, better than menutup mata dan hanya bernafas turun naik sambil doctor dripkan air ke badan beliau...
  2. Before this, saya selalu kata, even my husband is not at home, I can manage my kids and my life properly. Tapi, itu bila dia kat tempat kerja la... but once I know he is suffering at the hospital, hati saya jadi tak tenang, dan my brain is empty. Dapur rumah hampir terbakar, periuk vision saya dan beberapa mangkuk lagi habis pecah sbb saya tak boleh berfikir dan masak dgn tenang. sekiranya diberi pilihan, biarlah dia tak ada dirumah demi berbakti kepada negara (cewah.. macam poyo!), bukannay tiada di rumah sbb terlantar di umah sakit.
  3. Semasa mereka berdua di hospital, saya selalu terpikir, What if I lost them forever? kuat kah saya mengahadapinya? like the kiddos, I realize the fact that they are the Amanah dan dipinjamkan by Allah untuk sementara. Kuasa Dia nak bagi dan ambik bebila masa... tapi, mampukah saya menanggungnya? Belum yakinkah saya dgn kata2x bahawa Allah hanya menguji mereka yang layak dan mampu sahaja. Dan jika diberi pilihan, biarlah saya yang pergi dahulu sebelum mereka. Saya tau anak2x saya kuat. Dan ini mungkin memberi peluang kepada sang dia kesayangan saya untuk memiliki suri yang baru, yang kurang berleter, yang lebih cantik dan gemalai, yg lebih sopan dan ayu.... yang lebih Lisa Surihani..
  4. Eh, abang nak kawen lain kah lepas saya mati? takpe, kalu lepas saya mati takpe, saya redha.... Tapi, kalu isteri baru abang tuh dera anak2x saya, saya akan bangun dari kubur dan cekik kamu berdua.... and lagi satu, kalu sebelum saya mati abang nak kawen lain... hehehehhe.. siap la... saya letupkan anda berdua dgn C4... apa, ingat ahkak pink jer ker ada? tapi jika diberi pilihan, biarlah kita menjadi bidadari for each other kat akhirat nanti. saya taknak berkongsi payung emas pon, sbb kalu kat syurga tuh, tak payah payung pon tak pe... dah sejuk dah, tapi, mana hadis dan firman Allah yang kata ada ganjaran payung emas kat Syurga untuk mereka yg bermadu?? saya cabar abang kemukakan saya hadis sahih ini bersama dgn proposal dan surat kebenaran untuk berkahwin lain, baru saya kan sign.. eh? apehal aku emo lak nih,??.... theehehheheheeh
  5.  Dalam hidup saya yang berjauhan dengan keluarga, saya selalu memastikan saya bersedia untuk menghadapi saat2x susah seperti ini, dgn harapan tidak mahu memnyusahkan orang lain waima keluarga, jiran tetangga ataupon kenkawan. hakikatnya, bila keadaan terdesak ini, kenkawan lah org yg banyak membantu di samping doa dan keprihatinan ahli keluarga yg jauh. terima kasih kepada semua yg menghulurkan bantuan dan bertanya khabar, apa lagi yg mendoakan... dan jika diberi pilihan, saya memilih untuk ikatan ini akan berkekalan dan semoga Allah menjadikan saya orang yang mengenang budi.
huhuhuhu... sekejap je kalu Allah nak test, sekejap jer kalu Allah nak bagi, dan sekejap jer kalu Allah nak ambik. tak payah saya bercakap dan mengulas panjang, kerana semua jawapan nya ada boleh baca disini.

dan  'nikmat Allah yang mana lagi mahu saya dustakan'? 
so, kembalilah bekerja, dan jadilah mukmin yang baik.....



Monday, April 4, 2011

penat dan penawar

hmm... sudah pukul 5.30pm. saya sangat penat... penat! penat!!!!! saya mau pulang. kembali ke akar umbi saya. kembali kepada mereka yang telus... peluk cium dan menggomol mereka, supaya hati ini lebih tenang. sudah lah, saya mau letak jawatan... (ps: untuk hari ini sahaja). pagi esok, saya akan time in semula sebagai pekerja. selamat kembali ke rumah!

sedikit gambar untuk kenangan. inilah harta saya... ! 

owh... budak yang setiap hari berdebat dan bertikam lidah dengan saya. 
owh... budak bulat yang saya rasa saya spent sgt sedikit masa dgn dia. tengok pipi... pipikah itu? adakah kuih paw?


ustaz saya!
kalu gi tesco, sumbat semua anak dlm troli. dalam hati... eh, ramainya anak awak, bang! penuh satu troli...

Tuesday, March 8, 2011

s.l.e.e.p.y



hari ini hari wanita.
mungkin itulah sebabnya saya mengantuk.
apa kaitan?
kerana kewanitaan saya tercabar kah?
ha ha ha.
malam tadi, tidur pukul 9pm, bangun pukul 3am.
gara2x anak bujang yang booolat itu demam.
temperaturenya overshoot without noticed.
petang semalam sekali di school, dan pukul 3 pg lagi sekali.
hmmm... nampaknya, bila time begini, antibiotik perlu di ambil.
bawak ke doktor, mak aiii....
sementara tunggu turn, dia punya active langsung tak nmpak macam demam...
spt di agak, gegendang telinga sebelah kanannya bengkak.

saya mengantuk.
even sambil expressing EBM inipun saya mengantuk.
hrmm... harus berjoggig seround dua selepas ini untuk hilangkan mengantuk
t-shirt dan sport shoe memang selalu ada di opis ini...
maklumlah, opis ku rumah ku syurga ku...

petang ini kena singgah pasar tani.
kerana ada rorg nak makan satan.
satan = sate..
ok, lepas jogging, amik budak2x, pastu balik umah.
on d way, singgah pasar tani beli satan.
amik syifa', pastu dinner, mandikan bebudak.
selepas Isya'...  dah boleh tido!
ooops, kena ajar si dia mengaji Iqra' dulu.

nampak macam pendek je 'to do list' before tidur.
tapi hakikatnya:
  1. dah sampai umah, angkut barang dr dalam keter bwk pegi dapur.
  2. simpan EBM letak dlm peti es. 
  3. angkat baju kat ampaian.
  4. kalu rajin, siram pokok bunga. Alhamdulillah sang hujan dh tolong siram hari ini.
  5. bagi ikan makan. 
  6. kalu syifa' tak tido, susukan dia dulu.
  7. anak2x tgk tv, buat xtvt sendiri. 
  8. sorting EBM, mana yg perlu bwk esok, mana yg perlu masuk freezer.
  9. Thaw EBM untuk lusa.
  10. rendam air panas pum yg comel itu.
  11. simpan ice bag, ice pack dr cooler box syifa' (yg bwk dr umah pengasuh).
  12. strile sumer botol susu syifa' dan bekas2x EBM (strile hari2x coz she is < 6 months).
  13. simpan pinggan mangkuk yg dicuci semalam n pg tadi kat almari.
  14. basuh cawan2x pagi tadi.
  15. sorting baju kotor budak2x. asingkan mana yg ada tumpah bihun, air milo, yg bau muntah, spender yg bergulung dan basah, bla... bla.... bla..
  16. serve dinner.
  17. basuh pinggan dinner.
  18. selit semayang maghrib.
  19. mandi kan budak2x dan gosok gigi
  20. pakaikan baju. belek tahi telinga  dan bla.. bla.. bla...
  21. mandikan diri sendiri.
  22. selit semayang Isya'.
  23. tukar pampers Syifa', tukar baju.
  24. Luqman minum susu.
  25. sessi bagi makan tortoise 
  26. siapkan beg skolah anak2x untuk besok.
  27. siapkan susu nufail 
  28. Iqra'.
  29. sessi menalipon ibu di kampung dan sang suami yg jauh di perantauan.
  30. letih dan sessi tido bersama anak2x tanpa sengaja. 
hampir 30 kerja rutin antara jam 7 malam sehingga 9.30 malam. timing semuanya bergantung sama ada syifa' tido atau berjaga ... owh! semuanya untuk mereka. mana masa saya nak sapu losyen kat badan? bila saya nak pakai masker? bila saya nk tengok Glee? bila saya nak beronline tgk web resepi? bila saya nak buat senaman kucing bangun tidor agar sakit badan saya berkurang? bila saya boleh bersantai di sofa sambil baca majalah wanita? bila? bila? bila?

owh... dalam mimpilah jawabnya....!

Sunday, January 30, 2011

saya dgn sirih, kambing dan harimau.

hansome nak hito des! tottemo hansamuna hito desiyo... (ps: entry ada kena mengena sikiiit jer dgn gambar di atas). theeehehehehehhe..
sudah lama saya tidak berblog. maklumla, sgt penat dgn xtvt sbg 'domestic engineer' ini. masa kecik dulu pernah tak dgr teka-teki yg sorg petani nk seberang sungai dgn sampan sambil bawak sirih, kambing dan rimau? sampan dia boleh muat 2 org je, termasuk pendayung yg semestinya petani tu la. soklannya, cenggana petani dan bebarangnya nk seberang ulang alik dgn selamat kerana rimau tak boleh tinggal ngan kambing, and kambing x boleh ditinggalkan dgn sirih??

begitulah saya sehari2x.. dgn memegang watak petani dan luqman (rimau), nufail (kambing) dan syifa' (sirih). bila nak mandi, solat atau gi toilet, saya akan kunci pintu dan mengurung diri saya dgn nufail atau syifa'. saya tak bleh tinggalkan nufail ngan syifa', nnt, syifa' akan jadi lunyai di gores dan menang , debik, cium bertalu, digolek2x atau seumpanya yg tak boleh diterima oleh baby 2 bulan. ala, mcm sirih lunyai kena makan ngan kambing. sy pun kenkadang tak bleh tinggalkan luqman ngan nufail, nnt first few minutes, oklah depa main, tapi tak lama kang, akan jadi adegan ultroman vs raksasa yg end upnya salah seorang akan nangis. Ala, mcm kambing kena makan ngan rimau. bila saya mengadu kpd sang bapak, bukan dia nk simpati.. boleh lak dia tanya.. "abih, abg pegang watak apa" chesss!.. nak jugak tuh. halo incik, awak tak ada dlm cerita ok....!

cuti dua bulan ini menjadikan saya lagi hebat drpd pilot yg bawak fighter jet dgn kelajuan mach 3, tgh doc fight ngan robot green goblin. kalu pilot dlm citer omputih, dia kena 'on' sumer pancaindera dia kan, mulut dan telinga bz communicate ngan base office atau ngan boss dia, mata kena alert ngan musuh, tangan active handlle fighter jet, badan lawan graviti dan forces yg lain. maklumla, mach 3 nya laju.

begitulah jugak saya, sehari2x sibuk kejar masa, bangun pagi nk perah susu, masak breakfast siapkan bebudak, masak lunch before juruletih balik makan, lipat baju dan kemas umah. sesambil tuh kena selit gak tonton cerita indon kat tv, upin-ipin tetiap petang dn malam tgk tv gak. especially kalu citer Hawai five o yg heronya seperti di atas... waduh, ganteng sangat, mana bisa saya lepaskan menonton! hahahhaha... tgh masak, telinga mata on takut nufail bukak pintu bilik kacau syifa'. kenkadang sambil masak sebelah tangan dukung syifa' time dia tanak duduk dlm court. kenkadang tgh tgk tv, boleh basuh baju, sekejap lipat kain sambil perah susu sambil bergayut di talipon dgn sang suami-yg-tpt-keja-500m-je-dari-rumah-tapi-tak-boleh-balik-umah.... kenkadang sambil perah susu sambio susukan syifa' sambil tgk tv sambil ajar luqman iqra' sambil mengawasi gerak geri nufail yg suka kacau adik dia. huhuhuhuhu... cepat lah berakhir cuti 60 hari ini.... kerajaan bg option 90 hari.. hehehhe, terima kasih jer lah, saya simpan untuk anak lagi 2 org... ooopssss! mau lagi kah? hahahahhaha... kantoi.. tettttttttttttt!!!!!

LUQMAN - Saya x sabar nk anto dia gi sekolah. skang nih, channel 611 on memanjang, smpi saya dah hafal lagu2x citer katun jepun tuh. satu hari sy pernah sorokkan remote dlm peti ais, tp dia jumpa jugak. pernahkah anda jerkah anak anda? ya, saya pernah! saya baru buatnya dlm 12 jam yg lepas bila dia merajuk dan meniarap kt lantai sambil berpusing mcm airborne komando 360 darjah, sbb saya tak bagi tgk ultraman, cenggana nk bg, nnt dia akan khayal dlm dunia ultraman dia, buku kaler, buku sticker, lego, sumer dia tak hirau kalu tgk tv! adoyai...

NUFAIL - Budak ini sgt maju ke depan ok! maksud saya, perut dia. 60 hari duduk umah, asyik makaaaaaaaan aja. sumer benda dia selera. kenkadang, EBM syifa' yg tak habis pun dia bantainya, ini kes botol susu sama la nih, sumer dia sebat. dia jarang pilih makanan. dari nasi, smpi ke sayur, sumer dia suka. sgt gemuk, takut saya tgk dia mkn, takut obesiti!

SYIFA' - Owh, anak dara ini mmg high maintenance. sy pernah termandikan dia ngan baby foam cap 'tesco choice' (kes nufail gi PD bwk baby bath dia), habis naik ruam satu badan. nk brand j&j jugak! pampers murah tak leh pakai, nnt montot merah dan rashes.. pakai mami poko. (nnt mummy pokai le jadinya). skang sy tgh train dia minum EBM pakai botol. teat avent, mam, madela, sumer dia tolak.. adoyai, nk yg lagi mahal kah?..  tp sy suka tgk pipi dia yg booooooolat mcm kiuh paw nih. ikut jer tarikan graviti... kalu toleh kanan, pipi londeh kanan, kalu toleh kiri, pipi londeh kiri. hahahahah

HOUSEMATE - Minggi nih pecah rekod seminggu kerja mlm. elok la, jaga la kadet2x UPNM tuh elok2x, kadet2x kat umah nih.. apa jadi? ps: tak leh tulis pepanjang kat sini... nnt derhaka! hahahaha...

SAYA - Saya? saya sgt sedih... setelah tegang dgn situasu2x di atas, knp saya tak kurus2x jugak? hah? hah? hah? saya makin gumuk... huwaaaa! nmpaknya, saya kena work out sket lepas nih... kena exercise. huwa huwa huwa! teruknya....! sob,, sob.. sob,,, oh tuhan!

Wednesday, December 15, 2010

namanya dah bukan delima ...........

pergh...! saya sgt sibuk sekarang.maklum la, anak dah tiga...(relevan kah alasan???).. hahahhaah... entry kali ini saya nak jot down kronologi kesukaran saya menghadapi cabaran exclusive breastfeeding vs anak yg jaundice. but before that, let me announce that her name is ZARA MARISSA NUR SYIFA'.

Nufail dan syifa'. gambar ihsan dari cik onn:

syifa'. macam muka luqman masa kecik



ini luqman masa kecik. ceria meraikan rambut spike yg abi dia buat...

ini nufail. dia nih masa kecik jarang sengih sorang2x.... carik2x gambo, tak ada pon yg tengah senyum...

saya nak nama SYIFA'. abinya mahukan MARISSA. tok ma nya mahu letak PUTRI... owh, sesungguhnya, perlu menjaga hati semua orang maka terhasillah kombinasi nama di atas. so, saya tetap memanggilnya SYIFA' dan abi dengan degil panggilnya MARISSA. nasib baik tok ma dah balik, tapi berpuas hati dengan ZARA (princess)... sampaikan Luqman confius... isk, apa nama adik nih?... heehhehe... itulah nak, nanti kamu dah dewasa, kamu akan paham konflik ini...

.....
alemak, kena stop dulu. time to express the milk!!! buh bye...

ps: di saat ini, melayan mereka adalah lebih syiok dari berblogging!

Wednesday, July 14, 2010

Budak itu pelupa rupanya.. :))

situasi: balik dari pasar tani. dgn si ibu chantek yang bulat penuh kehampaan krn tak dpt beli buah delima sambil dlm hati merungut2x... chess... time ku taknak, ko datang bergolek ke riba, time ku mau, sebijik pun tak ada..! sebelah tgn bimbit sate, sebelah tangan bimbit tangan budak kecik yg ala2x tak semanggah krn happy pegi pasar tani.

anak: ibu... kenapa ibu tak belikan Luqman belon?
ibu  : ha..? mana ada jual?
anak: ada la....
ibu   : kat mana?
anak: kat pasar ni la...
ibu   : ye la... ibu tak nampak pun...
anak: ada, bawah pokok....

(dlm hati).. ish, ye ke ada? tak namapk pon. alemak, malas nyer nk jalan semula ke sana. dah nak masuk kereta nih. tp confirm mmg tak ada la...

ibu  : ala, ibu tak bawak duit lebih la. lagipun dh lewat nih nak amik adik.
anak : ala, mintak la duit ngan abi...
ibu  : dah mana abinya? tak bagi duit pon?
anak : abi pegi work. nnt abi balik, mintak la duit banyak2x...
ibu  : kalu camtu, tunggu abi balik la kita beli ekk...?
anak : eh..? nak beli apa..?

laaa.... pelupa rupanya. cakap macam tok nenek, hujung pangkal pon lupa.

ibu  : la, nak beli belon la...
anak: ooo, camtu. cakap la awal2x...

la... sudoh! aku pulak yang salah sbb tak cakap awal2x... isk, confuse makcik.

Monday, April 26, 2010

Terima kasih... terima kasut


Hmmm... Thanks for those yg congratulate aku ngan my new 'kiddies' inside my tummy nih. Frankly, memula I'm not so happy with this. Kesian kat nufail. Setiap kali tgk muka dia, rasa cam bersalah sebab terlalu rapat (as for me la). Dia pegang title 'adik' pon kejap jerk nanti nih. pastuh, half of my attention kena bagi pada baby lak. Tapi, sumer org sekeliling happy ngan baby nih. sampai kakak promoter yang promote susu tepung utk ibu2x mengandung tuh excited terlebih bila tau aku pregnant lagi... hahahahhaha... apa kess...

So, kalu sumer org happy, apa hal lak aku tak happy kan? so, baik ku nikmati saat2x 9 bulan ini dengan indah dan nyamannya.... tapi sebenarnya aku malu.... hahahaha... malu nak apply cuti lagi ngan boss, malu nak asyik2x mintak time off nak gi check up, malu nak jumpa gynea aku yg dulu.. malu nak jumpa org2x bermulut longkang... hahahahahah... budusnya perasaan ini... apa lah aku nih..

Pastuh suspen lak. kalu baby boy lagi, cenggana? hmmm... cenggitu la, cenggana lagi la kan? recycle je la baju2x Luqman sampai reput... uhuhuhuhuuhu... weekend lepas dah buat meeting ngan housemate. A few plan kena tukar, ada benda yg kena tangguh, ada benda yg desperate kena buat... hmmmm...., 75% plan dah bertukar. Yang pasti, aku tak leh raya ngan baju kebaya purple.... huk huk huk....

So, usaha exclusive breastfeeding akan ku semat lagi utk baby baru nih. Kali nih, aku nk bersalin kat sepital private yg memang menuruti kehendak aku untuk attach ngan baby for the 1st hour. Ku tak pedulik, ku tamau lagi turuti kata2x doktor2x yg kononnya, nk suruh ibu rehat, baby nak kena monitor or whatever. Cabaran gak tuh, cenggana ku nak lawan doktor2x itu.

Oh ya, sebut pasal breastfeeding, kat umah skang nih, 2 ibu kucing (cik sara a.k.a mimi & ivy sudah bersalin). Anak Ivy 2 ekor adalah berbulu lebat sbb dia mmg dinikahkan dgn Teddy (induk berbulu lebat) dan dijaga rapi oleh housemate aku since sekor anak dia adalah bernilai RM300-RM500. Tapi, Ivy tak reti jaga anak, ok, hanya reti beranak dan buat anak. So, housemate aku tumpangkan dgn anak2x Mimi. Mimi ada 4 ekor anak, tapi berbulu biasa even Mimi berbulu lebat sbb Mimi adalah kucing bohsia yg kawen dgn kucing jantan jalanan yg tidak mendapat restu dari Housemate aku. Tapi Mimi sgt pandai menjaga anak dan menyususkan anaknya exclusively sehingga badannya kurus kering. (6 ekor baby tuh...)

Skang, housemate aku amat sibuk menjaga anak2x sendiri dan anak2x kucing di samping sorg ibu mengandung dan 2 ekor ibu yyg dlm pantang. Untuk pengetahuan anda, aku dan Mimi sekarang berkongsi susu Anmum. Hehheheheh... nasib baik tak berkongsi asid folic pill. Housemate aku sgt la mengambil berat akan mereka2x ini, 2-3 helai tuala aku sudah menjadi korban in order nak bagi kehangatan dan keselesaan kepada baby2x itu. Itu takpe lagi, kebelakangan ini, aku selalu dengar dia membebel kepada Ivy. dan topiknya adalah breastfeeding!! hahhhaha, dia marah sbb Ivy tamau breastfeed anak dia... Sometimes ayat2x yg digunakan tuh ku rasa mcm pernah dgr. Macam ayat2x yg aku guna utk educate Housemate aku pasal breastfeeding. Uhuhuhuhuhu... sometimes aku risau gak ngan org cenggini, tapi baru aku sedar yg aku rasa, dia lepaskan stress dia dgn menatap2x dan membelai si kecik 6 ekor yang comel2x tuh...

For me, makcik tak kesah. Tapi penuhi dan patuhilah lah 3 syarat yg telah termeterai dulu.

  1. Kucing diharamkan masuk dalam rumah.

  2. Anak2x diharamkan membelai kucing, tapi harus ditanamkan sifat sayang dan bertanggungjawab kepada kucing. Syarat ini berkuatkasa sehingga mereka benar2x faham isu2x hygine dan mampu menjaga kebersihan diri depa.

  3. Sterile diri anda dan pakaian anda setelah anda membega2x kucing2x anda itu...
Notakaki: Masuk akal tak kenkadang aku jeles tgk kucing2x tuh makan makanan yang mahal dan cukup supply vitaminnya tanpa di pinta... Uhuhuhu.. rezeki ko la kucing, dpt tuan mcm housemate aku....!

Friday, April 23, 2010

hmmm... patutlah pon!!!!


hmm... patutla lately..:

  1. Quantity EBM aku jatuh merudum.
  2. Nufail manja and mengada semedang.
  3. Aku nih macam hangin jerk ngan housemate aku.
  4. Tekak nak telan yang masam2x jerk...
  5. Kalu makan ngan housemate, selalu teringin benda yg ada dlm pinggan dia.
  6. Dah seminggu rasanya tak lalu makan nasik time malam2x... nasib baik ada org tolong suap dengan sabar sambil sengih2x sambil kutuk2x... (ikhlas ke idakkk?)
  7. Aku rasa macam gumuk. "Ibu gemuk macam cow" bak kata Luqman.
  8. Aku selalu ngutuk kakak aku mengata dia sbb anak dia ramai.
Rupanya...
ahli keluarga kami akan bertambah lagi seorang hujung tahun ini. Hmmm.... cepatnya alahai...
Frankly, tak derk dlm senarai tahun 2010 pon....
Uhuhuhhuuu... terkejut ada, risau pon ada... yekkk!!!!

Tak sempat aku:
  1. Nak diet. Ingatkan bila Nufail dah campur susu, boleh lah aku skip makan nasik. mau kurus sikit maa.
  2. Nak tempah baju kebaya warna light purple hujung tahun nih... Hmmm... kempunan lagi..
  3. Nak actively jogging semula. Kelas swimming pon dah nak abis, kunun ingat mau proceed la gi swimming pulok. Nanti sampai satu tahap, perut mesti membolat kalu pakai baju renang tuh...
  4. Nak launch dua lagi to-do-list dlm 2010 nih. (yang ini rahsia...)
Tapi, apalah yang aku nak kesalkan. Bebenda di atas lain kali boleh buat lagi. Dah Dia nak bagi rezeki...

SIAPALAH AKU UNTUK MEMPERTIKAIKAN...?

Nota kaki: Dari awal tahun, aku mintak Allah perluaskan rezeki aku. Maksud aku, aku nak duit yang banyak la... tetiba, ini pulak yang dia bagi. uhuhuhuhuuhhu.... moral of the story: Lain kali ku mau lagi spesifik dalam berdoa...