Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang semakin mengundurkan diri


Selamat Tinggal Ramadhan
Selamat Datang Syawal
Perasaan bercampur baur
Tak de la excited sgt nak raya, selain dapat cuti yg panjang,
Banyak pengajaran dari Ramadhan kali ini dlm hidup saya
Hanya dari peristiwa kecil2x sahaja..
Yang paling baru dan bermakna, melihat anak bujang gigih berpuasa..
Awal2x dulu, bila ditanya..
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Dah ibu suruh.."..

Huhuhuhu...
Tapi lately bila ditanya...
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Seronok..."
"Apa yang seronok"
"Ntah.. time makan buka tu seronok"...
"Apa yang seronok?"
"Tak tau.. Tapi, seronoklah ibu.."

huhuhu..
skrip itu tidak diajar.
kami berbuka pun ala kadar dengan nasi, 1 sayur, 1 lauk, dan buah.
hanya 3 kali ke pasar ramadhan, saja untuk menghiburkan hati anak2x..
Sepanjang berbuka, abinya tiada di rumah sbb buat part time kat kedai makan,
Kalu hari saya tidak berpuasa, kesian pulak tengok dia bukak puasa sorang2x 
disamping saya yang berpura-pura puasa..
Tergenyut-genyut mengunyah nasi dengan pipi yg semakin cengkung dan telinga yang semakin capang... (Yelah, badan dia susut sikit sejak dia berpuasa..)
sepanjang berbuka, kami riuh anak beranak di kacau makhluk2x halus yang tidak berpuasa,
adakala ibu tension, adakala ibu sedih.. mana taknya, belum sempat jamah kurma, dah ada kuah yang tumpah, dah ada yang nak terberak, dah ada yg mintak tukar TV dari azan ke channel 611...

so, apa yang seronok anakku? 
note: nikmat Allah yang mana lagi mahu kamu dustakan?


2 comments:

Sidratul Muntaha said...

aku?
ari2 psar ramdahan tepi sg uia ni
sbb aqil ari2 nak nasi lemak org.nasi lemak mak dia tak mahu.
ara?!
tak kesah mkn ape...
memasak ujung minggu cuma..
dan jugak waktu sahur..
lakiku gigih la pemalasnya..tetap mahu aku bgn melayan dai sahur walaupun uzur..
(serabut sedikit sbb ara tak lepas kopek)
tpi bab berak tu..
mmg la dua2 time nak buka..
masing2 mintak ke jamban...
adoi..
cobaan..
sabar,dan sabar..
tu belum menangis melalak smpai jiran sebelah siap aim muka ara klu jumpa kat luar.

Tajul Adli said...

budak pun pandai mengenal nikmat...subhanallah