Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum
Rasanya masih belum terlewat untuk saya sekeluarga mengucapkan salam ramadhan kepada anda semua.. Ramadhan kali ini OK sikit kerana mr housemate saya ada di rumah. Jadi, boleh lah saya melaksanakan anger management saya dengan jayanya. Target kali ini macam tahun lepas: ZERO PASAR RAMADHAN. So, berbekalkan buku teks saya yang saya cerita di sini, maka berkobar-kobarlah rasa nak memasak. Cumanya, saya perlu hadkan masa di dapur, banyak lagi benda lain yang saya nak kejar di sepanjang Ramdhan ini.

Hakikatnya, baru hari ini boleh uruskan sedikit masa dan badan pun dah boleh terima keadaan berpuasa ini. Kurang dah mengantuk even cuaca sangat menggoda. Sempat jugak le berterawih sambil berkongsi sejadah dan telekung dengan Nufail dan Syifa'. Kadang2x depa saja2x je tunggu time saya solat untuk main dalam telekung dan lipat sejadah saya. huuhuhuhu.. nasib baik target utama untuk kawal nafsu marah ni sentiasa di hati, kalau tidak mau saya jadikan mereka cincau untuk dimasukkan ke dalam bandung!

Hari pertama kami berbuka dengan ayam percik, timun dan kuih sagu, Hahahahaha.. malu dan segan nak bagitau, kuih sagu saya sungguh sedap dengan aroma daun pandan, cukup manis dan warnanya sangat menggiurkan. Tetapi, LEMBIK! huhuhuhuhuhuhuhuhu.... Memang fail lah, tak reti nak sukat air dengan kuantiti sagu, Ada sesapa reti, tolong la tinggalkan komen! I work according to SOP tau, puas cari SOP sukatan air vs sagu, tapi tak jumpa. Namun, ayam percik mendapat 5 bintang. 5 bintang yang dianugerahkan memang saya terima dengan kembang hidung kerana saya tau, mereka yang berpuasa tidak akan berpura-pura untuk mengambil hati saya! Hahahahah... Terima kasih la Chef Liza yang bagi resepi... hahaha, dgn izin Dia jua..

Hari kedua saya masak nasi tomato. Walaupun ia rutin untuk sesetengah orang, namun inilah cubaan berani mati sepanjang 32 tahun hidup saya. Kuih pulak giliran Mr Housemate buat onde-onde atau buah melaka... hahahahha lagi... time menggentel onde-onde, saya sangat mengantuk dan menyesal menyertai nya kerana aktiviti itu sangat membosankan. Kesudahannya, onde-onde yang digentel beliau sangat comel, tetapi yg saya punya adalah besar, herot perot dan compang camping dengan gula melaka.., huhuuuhu... memang saya tak ada bakat ok! namun apa yg penting, walaupun ia chubby dan herot petot, ia tidak menjejaskan rasanya!

Hari ketiga, masak nasi lemak. Ini atas permintaan anak bujang yang baru belajar berpuasa. ku turutkanlah.. tidaklah mencabar mana sebab sudah pandai... hahahahah.,.,,, riak sungguh! Kami memang suka nasi lemak yang klasik, telur rebus dan sambal ikan bilis.. Dessert pulak ais krim Sundae - atas permintaan anak bujang lagi! Omak ikut yo, yang ponting., ekau puaso yo Luqman! note: yang penting, abi yg belanjo, ibu kodokut sikit hujung2x bulan nih.

Hari ini, masak sotong kicap, sotong celup tepung dengan sayur campur je lah... Pagi tadi dah buat puding gula hangus. Rasa tak tau lagi, rupa nampak macam normal la. So, OKlah untuk berbuka. Petang ni husband saya kerja, so inilah cabaran pertama saya untuk anger management, berbuka dengan dua ultraman yang belum matang, di samping seorang budak yang baru belajar berpuasa di mana kalau pukul 6 je dia meroyan kelaparan sehinggakan peti ais pun nak ditelan!

Wednesday, July 11, 2012

It's my day

11 July hari tu, den dah berumur 32 tahun. den dah tuo, makin hari makin dokek dengan hari mati ha... makin hari makin tambah kodut dokek muko. makin hari tak tau la makin tambah pahalo ko makin tambah doso... harta memang la makin hari makin susut... huuuhuhuhhu... 
Di hari tersebut, buat kesekian kalinyo den mengimpikan bendo nih.. 
mano lah tau kot orang yg sangat cinto dan menyayangi den tu bagi sebijik kan... mau lah den lagi double mencintai dan menyayangi belio. Tpi dio kato, sebab dio cinto den dunio akhirat, dio bagi den bendo ni ha....
Yolah, sebagai isteri yang solehah dan mithali den terimo jo lah ha.... tanpo hentak2x kaki, tanpo prasangka bak kata orang... hu hu hu hu... yolah, den masak yo bang yo, den masak.... !


Sunday, July 8, 2012

Happy 3rd Birthday Nufail



Merajuk 

Kalau anda nampak ada budak pakai helmet naik kereta, anak saya lah tu! jenuh suruh tanggal... nak pakai jugak! isk.....

Time kamcing, siap bukak saloon... time gaduh, gegak gempita alam semesta !

cendawan butang! hahahahahahhaah

sayang kamu!

HAPPY BIRTHDAY NUFAIL,
ANDA SUDAH 3! 
CEPAT-CEPAT LAH MATANG..... HUHUHUHUUHUH...
WHAT EVER IT IS, YOU ARE THE MOST CHARMING BABY OF MINE
AGAK GILA-GILA DAN BANYAK MENCABARKESABARAN SAYA,
 KERAS HATI, KUAT MERAJUK TAPI SENANG DIPUJUK KALAU KENA CARANYA. 
BOLEH BERTOLERANSI KALAU KENA AMPU, 
NAMUN SANGAT PANDAI MEMUJUK DAN MENCAIRKAN HATI SAYA.
AYAT YANG PALING BUAT SAYA CAIR
"Apai sayang ibuuu.... nanti kita masuk syurga sama-sama ek... masuk syurga la...."