Wednesday, March 28, 2012

18 punca keberkatan

Sumber dari  productivemuslim.com
Kalau disenaraikan 18 nya di sini, Masya Allah.. bukanlah benda yang susah2x seperti kena memerdekakan seorang hamba atau mengIslamkan seorang kafir... tapi, semua benda yang boleh dijadikan routine. MASHA ALAHNYA adalah... kenapa la saya tak boleh nak konstant buat benda nih. Contohnya nak mulakan sesuatu dengan Bismillah.... lupa sokmo! Isk.. nak kena piat betul nih!.
So, jomlah kita sama-sama amalkan. Saya gagal sokmo, tapi masih dalam usaha lagi... so, mungkin sebahagiannya sudah menjadi amalan anda.. Tahniah saya ucapkan. Jom kita kongsi, apakah 18 punca keberkatan ini...
  1. Niat yang baik
  2. Beriman kepada Allah
  3. Yakin dan percaya dengan Allah
  4. Membaca AL-Quran.
  5. Setiap perbuatan dimulakan dengan nama Allah
  6. Berkongsi makanan
  7. Jujur dalam urusnniaga
  8. Doa
  9. Punca pendapatan yang halal
  10.  Mengikut sunnah Rasulullah dalam segala hal
  11. Istikharah
  12. Bersyukur
  13. Sedekah
  14. Mengikat silatur rahim
  15. Bangun di awal pagi
  16. Perkahwinan
  17. Solat
  18. Istighfar

Friday, March 16, 2012

Insaf



Skang nih musim anak2x kecil diamibil Ilahi. bukak berita, bukak suratkhabar dlm 3 hari kebelakangan nih, ada jer cerita anak2x yg kecil meninggal di dlm jagaan ibu bapa.Tak habis lagi kes Dirang, ada pulak anak kecil yg lemas di sungai dpn umah ketika mak dia sibuk basuh kain dlm bilik air. Bukak pintu sendiri, terkedek2x jalan keluar rumah. Kakak dan abang (yg juga kurang 6 tahun), ada kat luar tu, tp x endah. Anak itu sebaya syifa, baru je pandai berjalan. Semlm, kat Titiwangsa, mati lemas dlm kolam. Mak sibuk entertain abg main buai, tetiba terleka. Hilang... pagi esoknya jumpa terapung dlm kolam.

Biasalah kat m'sia, ada musim buang bayi, bayi mati di tangan pengasuh bayi kena dera, musim simbah asid... Terpulang pada kita nak baca jer, nak emo, nak amik iktibar atau redha je la... Macam saya, saya mmg emo kalu kes2x mcm nih, especially berlaku kat anak2x sebaya anak saya. Tetiap malam, bila merenung anak2x tido, saya selalu mengeluh sambil pasrah tentang untung nasib hidup dan mati saya anak beranak, mmg saya serah bulat2x kpd Allah. Sebelum tido, byk benda nk kena pikir... pintu, tingkap, sendal, electrical safety, sume dalam kepala saya. kenkadang siap terfikir, kalu umah terbakar, nak lari kat mana. Kalu org pecah rumah, apa nk buat... kalau tetiba saya jatuh pengsan atau mati dlm tidur, isk, tak leh bayang le camne anak2x tuh. 

Mcm kes Dirang, ada org kata anak itu terlalu kecil untuk diberi tanggungjawab pergi ke kedai. Orang boleh mengata, tapi kita tak berada di tpt keluarga itu. Ibunya dlm pantang. mungkin duduk umah flat. Mungkin mak dia pikir, takkan dia nak angkut anak2x turun tangga bertingkat2x semata nak beli telur dan magi. Atau dia sorg turun beli telur, dan tinggalkan Dirang dengan baby kecil di rumah? So, mak dia rasa Dirang mampu menggalas tanggungjawab ke kedai tu (dan dah biasa pun kan)  Sebab tu mak dia tulis note dan bagi duit ngam2x je RM4 untuk dua bungkus magi dan telur 5 biji. Ada org terpaksa tinggalkan baby kecil bawah jagaan abang yg berusia -5 tahun, sementara ibu memasak, mandi or whatever. ada org rasa tak wajar. tapi, dah kalu itu pilihan yg ada..

Tak semua org bernasib baik. tak semua org shopping di awal bulan, beli semua barang dapur sampai 7-8 ratus lump sump, so, cukup bekalan sebulan. tak semua org ada bibik. tak semua org ada play pen, play cot or whatever jadah baby safety gear yg mahal2x tuh. tak semua org mampu buat rumah safety proof for child. mereka yg mengata boleh je mengata, tapi cuba lihat dunia mcm helicopter view, jgn asyik dok compare hidup org dgn hidup ko yg serba serbi ada...

Prof. Muhaya ada berkata, anak2x 0-6 tahun, belum berakal. kita kena tolerate, kita tak boleh pukul, naik suara atau marah. Semua org tahu itu. Semua org tanak tengking anak mereka kalau mereka di dalam fikiran yg waras. Tapi kalau Prof berada di tempat mereka2x yg stress dgn kehidupan, duit tak cukup, laki kaki judi, rumah serba tak lengkap, perut lapar dan songeh anak2x yg menghimpit, mampukah prof apply apa yg prof cakap. Saya bukan anti Prof Muhaya, saya selalu dgr ceramah beliau, cuma saya memandang dari persepsi yg berbeza.

Dulu ada kes perempuan India minum racun tikus dgn anak dia kat Bangi. Ada kes yg terjun flat bunuh diri dgn anak2x. saya rasa mereka2x ini adalah perempuan2x tersepit, yg tertekan dgn kehidupan tetapi cukup menyayangi anak mereka. mereka tak tau jalan nak keluar dari masalah. suami tak support, jiran tak membantu, so mereka nak bunuh diri. kalau mereka mati sorang, so, sapa nk jaga anak mereka? so, itu yg dlm keadaan tak rasional, heret sekali tangan kecil yg tak tau apa2x tuh bunuh diri sekali.. 

Macam dlm kes saya pun. In stead of baca surah Toha kepada anak2x, saya baca kepada diri saya sendiri. (Dah laki acik tak mau baca kat ubun2x acik.. hehehehe).. saya kena kawal diri. Nak jugak saya challenge Prof Muhaya duduk di tempat saya. hehehehe.. berani ko... Dgn kekangan masa, financial freedom yang tidak ada, stress, stress sbb anak kata gemuk lagi.. hahahahha, sakit belakang (saya ada slipped disc), anak sederet, breastfeeding, nak masak, nak itu nak ini, kenkadang saya rasa sgt semput untuk menarik nafas. Tapi, apa pilihan yg ada selain bertahan dan mengawal diri... Benar apa yg dikatakan oleh Prof, benar apa yg dikatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa... benar sgt... tapi, cubalah anda2x berada di tempat kami.. susah sebenarnya nak mengawal diri.

Saya suka baca kisah ustaz hazrizal mengaku jujur betapa susah mengawal diri menurunkan berat badan. macammana pengakuan dia betapa susahnya berda'wah untuk diri sendiri, dlm mengekang nafsu makan. ah, tak retilah saya nak olah. pegilah baca sendiri entry2x beliau di saat awal beliau diet dulu...

Apa sebenarnya point entry saya hari ini? Entah, berikutan kejadian yg berlaku disekeliling, saya rasa saya bertambah sayang dan cinta akan anak2x saya. so, even pressure macammana pun saya, saya akan mengawal diri saya, supaya tidak tercalar emosi mereka. Sebab saya takut, kot saya selalu mengeluh perihal mereka, saya takut Allah ambil mereka dari saya dgn sekelip mata. Dalam bentuk yg macammanapun, kalau Allah nak ambil, semua di atas kuasa Dia. Ya, Luqman, Nufail dan Syifa' bukan hak saya. Saya diamanahkan untuk mencorak  mereka. 

So, bermula hari ini, saya mencabar diri saya selama 21 hari, untuk tidak meninggikan suara terhadap mereka, apalagi menengking dan menjerkah mereka. Saya tak mau merungut lagi. takpelah Nufail nak berak setiap pagi sebelum kita keluar pagar pun, takpelah, Luqman dan Nufail bertekak dlm kereta mcm PKR lawan UMNO pun, tak pelah Syifa sentiasa nk dukung dan menetek setiap kali saya nk masak, nk berak, nak mandi, nak solat pun, tak pelah Luqman beri seribu alasan tanak solat dan mengaji pun..... saya akan kawal diri dan berhemah menangani mereka ini... Alah, dari rahim ini kamu lahir, takkan lah ibu nak mengalah dengan nfsu amarah untuk menghandle kamu semua dgn berhikmah.... uhuhuhuhuhuhu

Wednesday, March 14, 2012

worldless wednesday

Hantu durian. Yang penatnya, setiap kali makan durian, mesti kena mandi, kalau lambat mandi, habis dia gesel-gesel kat sofa, curtain, peti ais, baju orang... satu umah bau durian!

Hantu jagung. bagi sebiji, sampai lunyai. biasanya dia ralit makan sorang2x, tapi banyak jagung berterabur je atas lantai. Ini, abi terpaksa assist, sbb tanak baju belumuih dgn jagung. Kenkadang siap terselit kat pampers jagung tuh!

Hantu camera. asal org pegang camera je, dia sebuk le... nak pegang le, nk amik gambo le, nak letak dlm poket dia le.. siap nk tulis nama dia dekat camera nih... Ha, nanti masuk kelas fotografi, biar ibu jadi model...

Thursday, March 1, 2012

Perkataan baru

Di suatu mlm yg hening, tetapi tidak kedengaran suara unggas dan kunang2x kerana ditelaan dek riuh rendah suara2x 3 budak kecik yang ditinggalkan bapa mereka. TV telah berjaya di shut down sepanjang mlm di hari weekdays kecuali bila ibu menonton sendirian di pagi2x buta setelah anak2x kecik sederet tidur dgn lena, sambil mengepam dan hanya kerana nk tgk NCIS yg diulang tayang...

Si abang sedang bermain roket yg terbina dari susunan lego. dan si adik2x yg lagi dua tak perasan pulak si ibu, apakah yg sedang dibuat mereka. Maklumlah, anak ramai sangat, mata ada dua je, tak juling lak tuh.. susah nk tgk 3 org serentak di saat yg sama. Yang penting, xtvt mereka adalah berfaedah dan tidak berpeleseran di kaki lima merempit seperti haram jadah.. bla.. bla.. bla.. (apa ko mengarut da...!)

Abang sulung: Ibu, tgk nih, abang buat roket besar!

Si ibu yg chantek: Wauuu.... besarnya. Apa yg hebat roket abang tuh? - konon nak meransang pemikiran descriptive anak le... maklumla, bakal ibu mithali.


Abang sulung: Roket nih buleh menjelam....


Si ibu yg chantek: Menjelam..? menyelam lah luqman... mcm submarine ekk?


Abang sulung: Eh, menjelam la ibu... lagi hebat dr submarine... mula2x naik ke atas, pastuh syyuuuuuumm...
dia turun menjelam ke bawah terus masuk dlm air batu.


Si ibu yg chantek: mana ada word 'menjelam'? menyelam adalah! ke 'menjelang'?


Abang sulung: Eh, adalah ibu.... Ibu tak tau ekk? perkataan baru ni. meh abang ajar ibu. MENJELAM! menyelam tuh untuk submarine... kalu roket masuk ais, kita panggil MENJELAM! terjegil2x mata explain nak bagi ibu paham...


Si ibu yg cantik senyap je la... sambil berfikir confuse! kang aku lawan kang, dia merajuk lak..

amboi... pandai2x lak nk ajar ibu perkataan baru ekk... Kamu ingat kamu sape? Prof Awang Had? A samad Said? Pengarah DBP? menjelam lak... tapi cuak gak. terasa nk gi selak kamus dewan je, mana tau kot ada perkataan 'menjelam'.