Wednesday, August 15, 2012

Ramadhan yang semakin mengundurkan diri


Selamat Tinggal Ramadhan
Selamat Datang Syawal
Perasaan bercampur baur
Tak de la excited sgt nak raya, selain dapat cuti yg panjang,
Banyak pengajaran dari Ramadhan kali ini dlm hidup saya
Hanya dari peristiwa kecil2x sahaja..
Yang paling baru dan bermakna, melihat anak bujang gigih berpuasa..
Awal2x dulu, bila ditanya..
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Dah ibu suruh.."..

Huhuhuhu...
Tapi lately bila ditanya...
"Esok nak puasa lagi"?
"Nak". Jawabnya pendek.
"Kenapa nak puasa?"
"Seronok..."
"Apa yang seronok"
"Ntah.. time makan buka tu seronok"...
"Apa yang seronok?"
"Tak tau.. Tapi, seronoklah ibu.."

huhuhu..
skrip itu tidak diajar.
kami berbuka pun ala kadar dengan nasi, 1 sayur, 1 lauk, dan buah.
hanya 3 kali ke pasar ramadhan, saja untuk menghiburkan hati anak2x..
Sepanjang berbuka, abinya tiada di rumah sbb buat part time kat kedai makan,
Kalu hari saya tidak berpuasa, kesian pulak tengok dia bukak puasa sorang2x 
disamping saya yang berpura-pura puasa..
Tergenyut-genyut mengunyah nasi dengan pipi yg semakin cengkung dan telinga yang semakin capang... (Yelah, badan dia susut sikit sejak dia berpuasa..)
sepanjang berbuka, kami riuh anak beranak di kacau makhluk2x halus yang tidak berpuasa,
adakala ibu tension, adakala ibu sedih.. mana taknya, belum sempat jamah kurma, dah ada kuah yang tumpah, dah ada yang nak terberak, dah ada yg mintak tukar TV dari azan ke channel 611...

so, apa yang seronok anakku? 
note: nikmat Allah yang mana lagi mahu kamu dustakan?


Tuesday, July 24, 2012

Salam Ramadhan


Assalamualaikum
Rasanya masih belum terlewat untuk saya sekeluarga mengucapkan salam ramadhan kepada anda semua.. Ramadhan kali ini OK sikit kerana mr housemate saya ada di rumah. Jadi, boleh lah saya melaksanakan anger management saya dengan jayanya. Target kali ini macam tahun lepas: ZERO PASAR RAMADHAN. So, berbekalkan buku teks saya yang saya cerita di sini, maka berkobar-kobarlah rasa nak memasak. Cumanya, saya perlu hadkan masa di dapur, banyak lagi benda lain yang saya nak kejar di sepanjang Ramdhan ini.

Hakikatnya, baru hari ini boleh uruskan sedikit masa dan badan pun dah boleh terima keadaan berpuasa ini. Kurang dah mengantuk even cuaca sangat menggoda. Sempat jugak le berterawih sambil berkongsi sejadah dan telekung dengan Nufail dan Syifa'. Kadang2x depa saja2x je tunggu time saya solat untuk main dalam telekung dan lipat sejadah saya. huuhuhuhu.. nasib baik target utama untuk kawal nafsu marah ni sentiasa di hati, kalau tidak mau saya jadikan mereka cincau untuk dimasukkan ke dalam bandung!

Hari pertama kami berbuka dengan ayam percik, timun dan kuih sagu, Hahahahaha.. malu dan segan nak bagitau, kuih sagu saya sungguh sedap dengan aroma daun pandan, cukup manis dan warnanya sangat menggiurkan. Tetapi, LEMBIK! huhuhuhuhuhuhuhuhu.... Memang fail lah, tak reti nak sukat air dengan kuantiti sagu, Ada sesapa reti, tolong la tinggalkan komen! I work according to SOP tau, puas cari SOP sukatan air vs sagu, tapi tak jumpa. Namun, ayam percik mendapat 5 bintang. 5 bintang yang dianugerahkan memang saya terima dengan kembang hidung kerana saya tau, mereka yang berpuasa tidak akan berpura-pura untuk mengambil hati saya! Hahahahah... Terima kasih la Chef Liza yang bagi resepi... hahaha, dgn izin Dia jua..

Hari kedua saya masak nasi tomato. Walaupun ia rutin untuk sesetengah orang, namun inilah cubaan berani mati sepanjang 32 tahun hidup saya. Kuih pulak giliran Mr Housemate buat onde-onde atau buah melaka... hahahahha lagi... time menggentel onde-onde, saya sangat mengantuk dan menyesal menyertai nya kerana aktiviti itu sangat membosankan. Kesudahannya, onde-onde yang digentel beliau sangat comel, tetapi yg saya punya adalah besar, herot perot dan compang camping dengan gula melaka.., huhuuuhu... memang saya tak ada bakat ok! namun apa yg penting, walaupun ia chubby dan herot petot, ia tidak menjejaskan rasanya!

Hari ketiga, masak nasi lemak. Ini atas permintaan anak bujang yang baru belajar berpuasa. ku turutkanlah.. tidaklah mencabar mana sebab sudah pandai... hahahahah.,.,,, riak sungguh! Kami memang suka nasi lemak yang klasik, telur rebus dan sambal ikan bilis.. Dessert pulak ais krim Sundae - atas permintaan anak bujang lagi! Omak ikut yo, yang ponting., ekau puaso yo Luqman! note: yang penting, abi yg belanjo, ibu kodokut sikit hujung2x bulan nih.

Hari ini, masak sotong kicap, sotong celup tepung dengan sayur campur je lah... Pagi tadi dah buat puding gula hangus. Rasa tak tau lagi, rupa nampak macam normal la. So, OKlah untuk berbuka. Petang ni husband saya kerja, so inilah cabaran pertama saya untuk anger management, berbuka dengan dua ultraman yang belum matang, di samping seorang budak yang baru belajar berpuasa di mana kalau pukul 6 je dia meroyan kelaparan sehinggakan peti ais pun nak ditelan!

Wednesday, July 11, 2012

It's my day

11 July hari tu, den dah berumur 32 tahun. den dah tuo, makin hari makin dokek dengan hari mati ha... makin hari makin tambah kodut dokek muko. makin hari tak tau la makin tambah pahalo ko makin tambah doso... harta memang la makin hari makin susut... huuuhuhuhhu... 
Di hari tersebut, buat kesekian kalinyo den mengimpikan bendo nih.. 
mano lah tau kot orang yg sangat cinto dan menyayangi den tu bagi sebijik kan... mau lah den lagi double mencintai dan menyayangi belio. Tpi dio kato, sebab dio cinto den dunio akhirat, dio bagi den bendo ni ha....
Yolah, sebagai isteri yang solehah dan mithali den terimo jo lah ha.... tanpo hentak2x kaki, tanpo prasangka bak kata orang... hu hu hu hu... yolah, den masak yo bang yo, den masak.... !


Sunday, July 8, 2012

Happy 3rd Birthday Nufail



Merajuk 

Kalau anda nampak ada budak pakai helmet naik kereta, anak saya lah tu! jenuh suruh tanggal... nak pakai jugak! isk.....

Time kamcing, siap bukak saloon... time gaduh, gegak gempita alam semesta !

cendawan butang! hahahahahahhaah

sayang kamu!

HAPPY BIRTHDAY NUFAIL,
ANDA SUDAH 3! 
CEPAT-CEPAT LAH MATANG..... HUHUHUHUUHUH...
WHAT EVER IT IS, YOU ARE THE MOST CHARMING BABY OF MINE
AGAK GILA-GILA DAN BANYAK MENCABARKESABARAN SAYA,
 KERAS HATI, KUAT MERAJUK TAPI SENANG DIPUJUK KALAU KENA CARANYA. 
BOLEH BERTOLERANSI KALAU KENA AMPU, 
NAMUN SANGAT PANDAI MEMUJUK DAN MENCAIRKAN HATI SAYA.
AYAT YANG PALING BUAT SAYA CAIR
"Apai sayang ibuuu.... nanti kita masuk syurga sama-sama ek... masuk syurga la...."


Thursday, May 31, 2012

Support

**ps: This is a sticky notes. Scroll down for a new entry!



Dear Readers,
Datang lah berkunjung ke blog baru saya. 
Blog mengenai kesihatan dan 
Boleh like fanpage saya, supaya kita boleh berkongsi promosi dan tips2x yang berguna.
Do support me, ya!

Btw, fanpage PingganMangkukMeriah sedang mencari likers yg bertuah untuk mendapat free gift! Cuba lah 'LIKE' mana tahu, anda lah yang bertuah itu!

Thursday, May 3, 2012

sabar: 21-69

amik dari jaa64.blogspot.com

Ingat lagi tak cabaran 21 hari saya untuk tidak meninggikan suara kepada anak2x? huhuhuhu. sehingga ke pagi tadi, saya masih gagal. betullah kata sesetengah orang, sabar perlukan latihan. sabar perlukan doa. sabar perlukan keazaman.

Setiap hari, saya latih diri bersabar dengan karenah anak. Actually bukan karena anak, saya harus bersabar dengan diri saya. supaya tidak cepat melatah dengan karenah anak. bersabar even saya penat, bersabar even saya lapar, bersabar even saya tak cukup masa di rumah, bersabar dan bersabar. Saya akan teruskan juga cabaran ini. Hati ini perlu di ajar. Hati ini perlu di didik. supaya berSABAR. itu sahaja. senang je menyebutnya. SABAR! S.A.B.A.R!!! rendahkan suara dengan anak-anak kamu wahai cik chibi... please..

Kenapa 21 hari? Formula 2169 ini saya dapat semasa mengukuti productive muslim course oleh Abu Muslim di www.productivemuslim.com. Otak memerlukan 21 hari untuk suka dengan perubahan yang kita buat. Dan memerlukan 69 hari untuk kita berubah selama-lamanya.

So, saya hanya perlu bersabar selama 21 hari untuk tidak menaikkan suara dengan anak-anak saya. Selepas itu, bertahan selama 48 hari lagi untuk mencukupkan 69 hari, supaya selepas ini, saya sudah terlatih untuk tidak menaikkan suara dengan anak-anak saya waima dalam apa jua keadaan dan situasi pun. Kalau saya berjaya... maka layaklah saya untuk berusaha mendapatkan baby kembar pulak selepas ini... eh...? tiba-tiba je ending begini? hehehehe.. ada significantnya. Atau kata-kata untuk diri sendiri.. " mau baby kembar kalu.. kasi sabar dulu sama itu 3 budak kicik. lepas ujian ini... maka berusahalah kamu ke arah itu"


Wednesday, April 18, 2012

HBD Luqman


Selamat Hari Lahir Luqman
You are 5 today!
5 Resolutions!
Marilah ikut ibu SOLAT!
Tahun ni kita belajar puasa penuh, ya..!
Apa kata tamat Iqra' 6 before next birthday..
Bilik abang dah siap.. bila nak pindah? hehehehe
Udah-udah le bawak beskal roda 3 tu... kita cabut tayar kecik, OK?


Wednesday, March 28, 2012

18 punca keberkatan

Sumber dari  productivemuslim.com
Kalau disenaraikan 18 nya di sini, Masya Allah.. bukanlah benda yang susah2x seperti kena memerdekakan seorang hamba atau mengIslamkan seorang kafir... tapi, semua benda yang boleh dijadikan routine. MASHA ALAHNYA adalah... kenapa la saya tak boleh nak konstant buat benda nih. Contohnya nak mulakan sesuatu dengan Bismillah.... lupa sokmo! Isk.. nak kena piat betul nih!.
So, jomlah kita sama-sama amalkan. Saya gagal sokmo, tapi masih dalam usaha lagi... so, mungkin sebahagiannya sudah menjadi amalan anda.. Tahniah saya ucapkan. Jom kita kongsi, apakah 18 punca keberkatan ini...
  1. Niat yang baik
  2. Beriman kepada Allah
  3. Yakin dan percaya dengan Allah
  4. Membaca AL-Quran.
  5. Setiap perbuatan dimulakan dengan nama Allah
  6. Berkongsi makanan
  7. Jujur dalam urusnniaga
  8. Doa
  9. Punca pendapatan yang halal
  10.  Mengikut sunnah Rasulullah dalam segala hal
  11. Istikharah
  12. Bersyukur
  13. Sedekah
  14. Mengikat silatur rahim
  15. Bangun di awal pagi
  16. Perkahwinan
  17. Solat
  18. Istighfar

Friday, March 16, 2012

Insaf



Skang nih musim anak2x kecil diamibil Ilahi. bukak berita, bukak suratkhabar dlm 3 hari kebelakangan nih, ada jer cerita anak2x yg kecil meninggal di dlm jagaan ibu bapa.Tak habis lagi kes Dirang, ada pulak anak kecil yg lemas di sungai dpn umah ketika mak dia sibuk basuh kain dlm bilik air. Bukak pintu sendiri, terkedek2x jalan keluar rumah. Kakak dan abang (yg juga kurang 6 tahun), ada kat luar tu, tp x endah. Anak itu sebaya syifa, baru je pandai berjalan. Semlm, kat Titiwangsa, mati lemas dlm kolam. Mak sibuk entertain abg main buai, tetiba terleka. Hilang... pagi esoknya jumpa terapung dlm kolam.

Biasalah kat m'sia, ada musim buang bayi, bayi mati di tangan pengasuh bayi kena dera, musim simbah asid... Terpulang pada kita nak baca jer, nak emo, nak amik iktibar atau redha je la... Macam saya, saya mmg emo kalu kes2x mcm nih, especially berlaku kat anak2x sebaya anak saya. Tetiap malam, bila merenung anak2x tido, saya selalu mengeluh sambil pasrah tentang untung nasib hidup dan mati saya anak beranak, mmg saya serah bulat2x kpd Allah. Sebelum tido, byk benda nk kena pikir... pintu, tingkap, sendal, electrical safety, sume dalam kepala saya. kenkadang siap terfikir, kalu umah terbakar, nak lari kat mana. Kalu org pecah rumah, apa nk buat... kalau tetiba saya jatuh pengsan atau mati dlm tidur, isk, tak leh bayang le camne anak2x tuh. 

Mcm kes Dirang, ada org kata anak itu terlalu kecil untuk diberi tanggungjawab pergi ke kedai. Orang boleh mengata, tapi kita tak berada di tpt keluarga itu. Ibunya dlm pantang. mungkin duduk umah flat. Mungkin mak dia pikir, takkan dia nak angkut anak2x turun tangga bertingkat2x semata nak beli telur dan magi. Atau dia sorg turun beli telur, dan tinggalkan Dirang dengan baby kecil di rumah? So, mak dia rasa Dirang mampu menggalas tanggungjawab ke kedai tu (dan dah biasa pun kan)  Sebab tu mak dia tulis note dan bagi duit ngam2x je RM4 untuk dua bungkus magi dan telur 5 biji. Ada org terpaksa tinggalkan baby kecil bawah jagaan abang yg berusia -5 tahun, sementara ibu memasak, mandi or whatever. ada org rasa tak wajar. tapi, dah kalu itu pilihan yg ada..

Tak semua org bernasib baik. tak semua org shopping di awal bulan, beli semua barang dapur sampai 7-8 ratus lump sump, so, cukup bekalan sebulan. tak semua org ada bibik. tak semua org ada play pen, play cot or whatever jadah baby safety gear yg mahal2x tuh. tak semua org mampu buat rumah safety proof for child. mereka yg mengata boleh je mengata, tapi cuba lihat dunia mcm helicopter view, jgn asyik dok compare hidup org dgn hidup ko yg serba serbi ada...

Prof. Muhaya ada berkata, anak2x 0-6 tahun, belum berakal. kita kena tolerate, kita tak boleh pukul, naik suara atau marah. Semua org tahu itu. Semua org tanak tengking anak mereka kalau mereka di dalam fikiran yg waras. Tapi kalau Prof berada di tempat mereka2x yg stress dgn kehidupan, duit tak cukup, laki kaki judi, rumah serba tak lengkap, perut lapar dan songeh anak2x yg menghimpit, mampukah prof apply apa yg prof cakap. Saya bukan anti Prof Muhaya, saya selalu dgr ceramah beliau, cuma saya memandang dari persepsi yg berbeza.

Dulu ada kes perempuan India minum racun tikus dgn anak dia kat Bangi. Ada kes yg terjun flat bunuh diri dgn anak2x. saya rasa mereka2x ini adalah perempuan2x tersepit, yg tertekan dgn kehidupan tetapi cukup menyayangi anak mereka. mereka tak tau jalan nak keluar dari masalah. suami tak support, jiran tak membantu, so mereka nak bunuh diri. kalau mereka mati sorang, so, sapa nk jaga anak mereka? so, itu yg dlm keadaan tak rasional, heret sekali tangan kecil yg tak tau apa2x tuh bunuh diri sekali.. 

Macam dlm kes saya pun. In stead of baca surah Toha kepada anak2x, saya baca kepada diri saya sendiri. (Dah laki acik tak mau baca kat ubun2x acik.. hehehehe).. saya kena kawal diri. Nak jugak saya challenge Prof Muhaya duduk di tempat saya. hehehehe.. berani ko... Dgn kekangan masa, financial freedom yang tidak ada, stress, stress sbb anak kata gemuk lagi.. hahahahha, sakit belakang (saya ada slipped disc), anak sederet, breastfeeding, nak masak, nak itu nak ini, kenkadang saya rasa sgt semput untuk menarik nafas. Tapi, apa pilihan yg ada selain bertahan dan mengawal diri... Benar apa yg dikatakan oleh Prof, benar apa yg dikatakan oleh Ustazah Norhafizah Musa... benar sgt... tapi, cubalah anda2x berada di tempat kami.. susah sebenarnya nak mengawal diri.

Saya suka baca kisah ustaz hazrizal mengaku jujur betapa susah mengawal diri menurunkan berat badan. macammana pengakuan dia betapa susahnya berda'wah untuk diri sendiri, dlm mengekang nafsu makan. ah, tak retilah saya nak olah. pegilah baca sendiri entry2x beliau di saat awal beliau diet dulu...

Apa sebenarnya point entry saya hari ini? Entah, berikutan kejadian yg berlaku disekeliling, saya rasa saya bertambah sayang dan cinta akan anak2x saya. so, even pressure macammana pun saya, saya akan mengawal diri saya, supaya tidak tercalar emosi mereka. Sebab saya takut, kot saya selalu mengeluh perihal mereka, saya takut Allah ambil mereka dari saya dgn sekelip mata. Dalam bentuk yg macammanapun, kalau Allah nak ambil, semua di atas kuasa Dia. Ya, Luqman, Nufail dan Syifa' bukan hak saya. Saya diamanahkan untuk mencorak  mereka. 

So, bermula hari ini, saya mencabar diri saya selama 21 hari, untuk tidak meninggikan suara terhadap mereka, apalagi menengking dan menjerkah mereka. Saya tak mau merungut lagi. takpelah Nufail nak berak setiap pagi sebelum kita keluar pagar pun, takpelah, Luqman dan Nufail bertekak dlm kereta mcm PKR lawan UMNO pun, tak pelah Syifa sentiasa nk dukung dan menetek setiap kali saya nk masak, nk berak, nak mandi, nak solat pun, tak pelah Luqman beri seribu alasan tanak solat dan mengaji pun..... saya akan kawal diri dan berhemah menangani mereka ini... Alah, dari rahim ini kamu lahir, takkan lah ibu nak mengalah dengan nfsu amarah untuk menghandle kamu semua dgn berhikmah.... uhuhuhuhuhuhu

Wednesday, March 14, 2012

worldless wednesday

Hantu durian. Yang penatnya, setiap kali makan durian, mesti kena mandi, kalau lambat mandi, habis dia gesel-gesel kat sofa, curtain, peti ais, baju orang... satu umah bau durian!

Hantu jagung. bagi sebiji, sampai lunyai. biasanya dia ralit makan sorang2x, tapi banyak jagung berterabur je atas lantai. Ini, abi terpaksa assist, sbb tanak baju belumuih dgn jagung. Kenkadang siap terselit kat pampers jagung tuh!

Hantu camera. asal org pegang camera je, dia sebuk le... nak pegang le, nk amik gambo le, nak letak dlm poket dia le.. siap nk tulis nama dia dekat camera nih... Ha, nanti masuk kelas fotografi, biar ibu jadi model...

Thursday, March 1, 2012

Perkataan baru

Di suatu mlm yg hening, tetapi tidak kedengaran suara unggas dan kunang2x kerana ditelaan dek riuh rendah suara2x 3 budak kecik yang ditinggalkan bapa mereka. TV telah berjaya di shut down sepanjang mlm di hari weekdays kecuali bila ibu menonton sendirian di pagi2x buta setelah anak2x kecik sederet tidur dgn lena, sambil mengepam dan hanya kerana nk tgk NCIS yg diulang tayang...

Si abang sedang bermain roket yg terbina dari susunan lego. dan si adik2x yg lagi dua tak perasan pulak si ibu, apakah yg sedang dibuat mereka. Maklumlah, anak ramai sangat, mata ada dua je, tak juling lak tuh.. susah nk tgk 3 org serentak di saat yg sama. Yang penting, xtvt mereka adalah berfaedah dan tidak berpeleseran di kaki lima merempit seperti haram jadah.. bla.. bla.. bla.. (apa ko mengarut da...!)

Abang sulung: Ibu, tgk nih, abang buat roket besar!

Si ibu yg chantek: Wauuu.... besarnya. Apa yg hebat roket abang tuh? - konon nak meransang pemikiran descriptive anak le... maklumla, bakal ibu mithali.


Abang sulung: Roket nih buleh menjelam....


Si ibu yg chantek: Menjelam..? menyelam lah luqman... mcm submarine ekk?


Abang sulung: Eh, menjelam la ibu... lagi hebat dr submarine... mula2x naik ke atas, pastuh syyuuuuuumm...
dia turun menjelam ke bawah terus masuk dlm air batu.


Si ibu yg chantek: mana ada word 'menjelam'? menyelam adalah! ke 'menjelang'?


Abang sulung: Eh, adalah ibu.... Ibu tak tau ekk? perkataan baru ni. meh abang ajar ibu. MENJELAM! menyelam tuh untuk submarine... kalu roket masuk ais, kita panggil MENJELAM! terjegil2x mata explain nak bagi ibu paham...


Si ibu yg cantik senyap je la... sambil berfikir confuse! kang aku lawan kang, dia merajuk lak..

amboi... pandai2x lak nk ajar ibu perkataan baru ekk... Kamu ingat kamu sape? Prof Awang Had? A samad Said? Pengarah DBP? menjelam lak... tapi cuak gak. terasa nk gi selak kamus dewan je, mana tau kot ada perkataan 'menjelam'.

Monday, February 27, 2012

kembali ku sendiri



Bismillahirrahmanirrahim.

Sudah seminggu saya menjadi 'separuh' semula. Alhamdulillah, setakat pg ini, segalanya masih OK dan berada dlm kawalan. Mungkin kerana pengalaman dari sem yg lepas, kehidupan kali ini lebih teratur dan lebih produktif. Saya lebih bersedia secara mental dan fizikal. Heh, mungkin kerana effect pengambilan vitamin dan cara makan yg lebih berkualiti serta sleep management yg baru dipelajari juga, saya lebih bertenaga smpai ke malam. Dan yg lebih penting, saya kurang menyinga dan tidak stress sangat.

Alhamdulillah, awal minggu lepas, tertakdir sy utk join seminar productive muslim dari productivemuslim.com. Sy  mmg dh lama subscribe newsletter dr depa, since Ramadhan thn lepas, cumanya bila pergi sendiri ke seminar depa yg free disponsor UIA ni... hehehe ianya lebih berkesan dan menusuk jiwa. Diajar cara manage sleep, power of nap di waktu tengahari dan beberapa tools lain, byk yg boleh sy apply di dlm kehidupan sy yg ngok ngek ini...

Bangun seawal 4 pagi tanpa alarm (kena tahu teknik sleep cycle), nap sekejap di waktu lunch, amik vitamin, workout poyo2x utk kurus, kawal marah, stay calm dan tidak panic dgn masa, mmg menjadi untuk membuatkan sy tenang sepanjang minggu. kerja umah tetap byk, sy still berkejar2x balik ptg utk memasak, anak2x masih tiga sederet yg double troble,  skang mengaji bukan sekadar luqman je, bertambah lg dgn nufail yg selalu main2x, stiill mencurik masa utk mengepam...  huuhuhuhu, sy pon tak percaya yg sy boleh mengawal letih dan stress... Alhamdulillah, sy berharap ianya berpanjangan dan kesan positif ini terkesan didlm emosi anak2x sy supaya mrk tidak stress dan tidak terkencing di tilam atau gigit kuku atau memendam perasaan lg spt sem lepas.

Workout? hehehehe.. dah timbang minggu lepas. tp tak turun pun berat, tp sedikit terbentuk la tone body ini.. nmpak le dah rupa orang, bukan rupa tong dram . hahahahah.. byk air rupanya badan sy ini... dgn kekangan waktu dan sumber ini... sy mesti terus berusaha, buang lemak, buang angin, buang stress, buang tension... buang segala yg negatif itu... kalau tak, sia-sialah sy amik B-complex yg membuatkan kita lebih beauty itu. hhuuhuhuhuhu.

nota: ada 18 punca barakah didlm hidup. salah satunya adalah, memulakan sesuatu dgn Bismillah.... jom kita amalkan!

Monday, February 13, 2012

cheat day


Hari Ahad, cheating day... bukan cheat makan, cheat exercise. kalu hari Ahad Cheat Day untuk makan, gamaknya musnah le usaha diet 6 hari yg sebelumnya... mungkin hari Ahad, hari untuk menghadiahkan diri sendiri sekeping roti canai telur melekat kuah banjir, atau sebatang magnum yg hmmmm...mmenggiurkan atau sekeping cokelat cadbury yg mengasyikkan...

Hari Ahad acik tak exercise. Ada peluang, acik melingkar je kat atas sofa atau katil atau carpet. maklumla, untuk seminggu lagi nih, part time bibik acik masih available. huh, guna le peluang yg ada. I kan opportunist. Bibik bukan calang2x bibik, bibik I handsome, gagah perkasa, manis melentin, budak U lagi. hahahahhaaha... dah sebulan dah amik kesempatan sebenarnya. Dia yg mandikan anak, dia yg suapkan anak, dia yg pakaikan baju anak, dia yg ajar anak mengaji, dia yang layan anak, dia yang repair beskal anak, dia bawak anak jalan2x nak moto.. dia yg vaccum umah, dia yg cuci toilet, dia yg lap habuk, dia yg sidai dan angkat baju..dia yg iron baju. Tugas I? Tugas I masak dan hal ehwal dapur je, pastu decide baju apa yg anak kena pakai, siapkan beg skolah anak dan laundry... 

Yelah, 4 bulan you tinggal I, apakata sebulan nih bagi I rehat, next week, 4 bulan lagi you tinggal I... kesian I kan.. hahahahaha..

Tapi betul la, alhamdulillah, cuti sem kali nih, dia betul2x concenrate on Iqra' Luqman. abis dah pun Iqra' 2, skang dah naik Iqra' 3. Next week acik le kena sambung kesinambungan itu. Sbb targetnya cuti sem bulan 6 kang, nk suruh dia concentrate on Luqman untuk membaca pulak.. Kenkadang kesian gak bila tgk banayk kerja umah yg dia bantu siapkan.. tapi you all, itu adalah atas SUKARELA ohkies.. bukan acik yg paksa. acik pantau je dan kenkadang pot pet pot sikit kalu tak kena... alah, itukan cara laki bini berkomunikasi.,... hehehhee...

Namun yg acik perasan, mulut dia makin banyak bebel, acik pulak kurang membebel. hah, baru abang tau cenggana jadi ibu,, dulu, dia selalu kata.. dalam sehari kalau saya membebel kat anak2x, ayat2x bebelan itu jika di sambungkan, buleh sampai ke Mekah, dan patah balik. hehehehhe.. kini baru abang tau ekk kenapa ku banyak bebel. berdepan dgn anak2x yg keletah itu, yg tau menjawab, yang banyak soal jawab, yg banyak songeh, yang tau dah nak buat pilihan... hehehhehe.. itu le, kata kat orang lagi..

Anyway encik F, tima kasih le bebanyak... especially berikan saya masa gi berenang, dan bila balik, dah siap dah dinner.. adoi... rasa syahdu sungguh... tak payah hadiahkan X7 sebijik dah, memang I Lap U so much... tapi kalu dapat sebijik... memang I lap u so many lah...

Malam tadi Luqman tanya..
"Isk, bila ibu nak kawen dengan abi?"
"Eh, dah kahwen dah.."
"Eh. dah kahwen? Bila? Kite tak tau pon. kita nak tengok..."
"Dah.. dulu-dulu.. lama dulu dah.."
"Ibu nih! selalu macam tuh.. tak ajak kita!"
Terus dia merajuk.... isk,.. camne acik nak pujuk..? 

Thursday, February 9, 2012

Cerita workout acik

huhuhu.. harus begini pengakhirannya!


Nampak tak logo Shaklee tuh? hehehehe.. Acik dah mulo jatuh cinto dah dgn Shaklee nih. lamo acik dok perati and cubo makan trial pack dio.. alhamdulillah, dlm dok susah payah tunggang langgang kehidupanku sbg ibu tinggal nih, campur de-motivated (isk.. udoh le diungkit!) kes QM tuh, campur masa dan emosi terganggu, masih lagi maintain susu untuk Syifa'. skang nih acik dah start beli full pack: botol besar (untuk penjimatan berpanjangan).. yg acik pelik, sang dia kesayangan acik copet jo approve bilo kato nk boli shaklee.. kalu nk beli tudung munaww ke... nk beli cloth diapers ke.... byk pulak uh ah uh ah dio...

semlm kat kampus dah kembali bz ngan student, menandakan cuti sem dah berakhir... sayu hati makcik... tandonyo, next week sang dio dah kena balik ke kampus. maka tinggal lah kami anak beranak semula dgn 3 ekor kura-kura dan seekor ikan kaloi... so, minggu nih pulun lah acik pegi swimming dek kerana dah tau kalu bilo dio dah tak der kat umah, acik buleh gi swimming seminggu sekali jerk. hari lain terpaksa le gi jogging atau gym, yg mana tak amik masa yg lama di waktu ptg. kalu tak, mana nk masak, nk amik bebudak, nk mengaji... isk, camne nk kurus camni... 4 tahun pon tak leh kurus kalu cenggini...

makcik tak daya le nk workout gila2x, spend masa 2-3 jam sehari kat gym, tak makan atau cari meal replacement produk (mcm herbalife), cuma makcik nk kena disiliplin dgn kalori intake, make sure sehari exercise setengah jam (nnt acik ulas nih dlm next entry), tak mkn nasik malam dan minum air yg banyak. selain tuh, start dulu dgn detox, dan mungkin lepas nih nk donload tarian zumba atau aerobik untuk ku buat di rumah dgn anakx ku yg sederet itu...

itulah kekangannya. tapi, acik harus mencabar diri acik nih.... no pressure.. target nya raya nnt nak pakai baju yg acik dah target nk pakai lee... skang dok gigih nk carik hulahoop.... tapi masalahnya, kena beli 4... satu untuk acik, satu utk luqman, nufail and syifa'... kalu beli 1, mau keempat-empat kami duduk dlm 1 gelung yg sama... apa ke jadahnya.... mau menyinga acik yg beauty nih...

itu lah cerita acik.. makcik yg gigih nk kurus, walau kekangan melanda jiwa.... biarkan badai itu pergi, pelangi yg cerah pasti kembali.... apa aku merepek da...

nota: abang, semlm kami mimpi naik threadmill. background dia mcm kt ruang tamu umah kite jerk... owh.. adakah terbuka hati abang untuk meluluskanku mendapatkan thread mill itu... isk.. mimpilah! nk beli hulahoop 4 bijik pon banyak soal jawab... huuuuhuhu

Saturday, February 4, 2012

Turning Point

Bukan senang memandang sesuatu dari sudut yang berbeza. 'Seru' ini datang munkin kerana pengalaman, keperitan dan kepayahan hidup atau sesuatu yg berlaku dengan mendadaknya. Sbb tu org kampung saya selalu berkata.. 'everything happens for reason' atau dalam bahasa yg selalu didengar 'sesuatu yang berlaku ada hikmahnya'.... ataupun.. there is always a rainbow after a rain....(ye ke..? kalu ada sun, adalah rainbow tuh... kalu hujan tgh malam, celah mana rainbow nak keluar?.. he he he)

selalu yang berkata begitu adalah orang yang memerhati, bukan tuan punya badan yang sendiri mengalamai 'sesuatu yang sedang berlaku' itu. berat mata kita memandang, berat lagi bahu yang memikul. so, bagaimanakan si bahu yang memikul hendak memandang hikmah di atas setiap yang  berlaku yang sedang dipikul nya...? hmm.. entahlah... saya pun tak tahu. jika kita sendiri di tempat bahu tersebut, adakala emosi lebih menguasai hati dan akal, sbb itulah hikmah yang tersembunyi tidak dapat dilihat... mungkin redha dan sabar dan syukur adalah jawapannya... semua itu soal hati... carilah sediri cenggana cara mendidik hati... sebab saya sendiri pon tak layak berbicara topik ini...

Jadi, memandang ke belakan kehidupan saya ini, saya bersyukur dengan segala apa yang Dia kurniakan. tak payahlah nak di list down, biarlah saya sendiri je yang tau senarainya... mungkin 'hijau rumput' di halaman saya, tidak 'sehijau' di halaman mereka di sana, tetapi alhamdulillah, halaman saya 'masih lebih hijau' dari orang yg halamannya yang 'kering kontang'... huhuhuhu

apa yang saya merapikkan..? haahaha.. mungkin sebab frust sbb swimming pool tutup tadi. saya tak leh gi swimming. camne nak kurus nih? baru nk gi berenang, dah ada cabaran... terus rasa nak gi beli cangkul nak korek kolam depan rumah.. hahhahha... tapi hikmahnya, saya balik awal kat rumah, dan tetiba hujan lebat mencurah membasahi bumi dan enjoy nasi goreng sosej lazat yang digoreng sang dia, bersama kopi O kampung yang beraroma... itulah hikmah dia.. kalu tak, mesti saya basah swimming dalam hujan.. eh..? bukan memang dah basah..? isk...

tapi, berbalik kepada tajuk di atas, apakah peristiwa me ndadak yang berlaku yg menjadi turning point  yang menyebabkan saya nak kurus? kejadiannya simple je, tapi di trigger oleh otak sebagai High Risk Hazard.. hahahaha.. sebabnya... 2-3 hari lepas ketika saya sedang bersandar ala2x Garfield di sofa smbil tengok masterchef junior, tetiba nufail bertanya... "dalam perut ibu... ada bola ke..?"

huhhuuhuhuh... bosar sangat ko perut ibu.. nih..?
ps: itu baru nufail... agaknya, apalah yang bapak nufail pikir bila tgk perut saya nih...? uhuhuhu... baik saya bertindak cepat..!

Friday, January 27, 2012

selamat 2011... welcome 2012


January 2012 hampir berlalu... lama saya menyepi.. Healing process bak kata omputeh.. banyak berlaku pd 2011 especially penutupnya yg memaksa saya inkar perintah dan resign dari QM. i've just let the time heals me... sekarang, hari ini, pada hari Jumaat yg barakah ini, saya kembali menjadi cik chibi yg lebih baik..

tahun baru kami sekeluarga dimulakan dgn baik. me and my other half sit down and do the audit of our life... yes, it happens lepas anak tido, ok. saya suka sgt sessi ini. audit dan muhasabah diri, berdua sahaja di mlm yg hening dan syahdu. awesome! rupanya, byk yg saya tak sempat teroka tentang isi hati dan apa yg difikirkan sang dia. maklumla, saya rasa, saya lebih expressi dan emosi, dan dia pula kurang berkata2x.. tetapi mlm tahun baru itu merungkai segala, dan byk yg dapat saya korek dari isi hati dan perasaan beliau.. hahahahaa.. after almost 7 years kawen dan mempunyai 3 anak... huhuhuhuhu.. segala benda diluahkan dan hasil akhirnya sgt memberi inspirasi eventhough sessi awal dimulakan dgn jokes dan saya yg byk provoke dia. hehehehe... susah nk korek isi hati cik abang i sorang nih...

so, mlm tahun baru itulah menjadi turning point untuk kami berdua, plan dan re-schedule balik mission and vision kehidupan kami yg bermatlamatkan hari akhir disana- kembali kpd Pencipta kami. bila disenaraikan to-do-list kami utk 2012, semuanya berkisar kepada anak2x... yg personal.. tak banyak. tak ada pon, cuma satu je untuk diri saya...

SAYA MAU KURUS!
ikuti pengembaraan sessi pengurusan saya pada entry selanjutnya...