Buat julung-julung kalinya update blog time office hours. aci tak sebagai reward untuk diri sendiri.. hahahhaa.. bengong nye alasan..
saya dah resign dari functional post sbg QM untuk ISO17025. tidak pernah terlintas utk resign dgn cara sebegini, tapi apakan daya, saya pasrah kepada aturan Ilahi untuk percaturan ini. bermalam2x saya tak tidor memikirkan keputusan ini, dan mungkin ini yang terbaik, terutama untuk diri saya sendiri.
selfish? pentingkan diri? whatever, people can judge me. apa penilaian org terhadap saya tidak sepenting penilaian Allah terhadap apa yg ada di hati, naluri dan jauh di dasar qalbu saya ini. orang mungkin mengata, teammate mungkin kecewa, ada yang mencebik, mencemuh dan mungkin ada yg bertepuk tangan. mungkin ada juga yang tidak peduli. ha ha ha ha... semua itu mungkin sedikir sebanyak akan menggoyahkan perasaan dan fikiran saya yg waras, namun sbg manusia biasa saya patut rasa benda ini normal dan cuba menangani nya sebaik mungkin. apa yg penting, penilaian Allah terhadap apa yg saya buat.
15 bulan saya usahakan projek ini. bermula dari hampir 'zero' dan tiada apa-apa.... sehinggakan dah nampak rumahnya... tinggal sikit je lagi nak beautify, tetiba begini jadinya. sedih dan sangat kecewa tak payah lah nak cakap. tapi, yg penting, saya nak mereka tahu yg saya bukannya lembu yg dicucuk hidung, buleh disuruh buat sesuka hati walaupun benda itu terang dan nyata tidak betul. salah!.. mungkin kita lepas kali ini, but we will suffer in maintaining the quality. oh, we? bukan 'we'... kami yg suffer nanti... siapa kami? QM lah yg akan suffer.... semuanya di atas batu jemala patik...
huhuhu.. apa guna jadi QM kalau tiada control. kami dh cakap jgn datang audit lab lagi, kami belum ready, kamu redah jugak. kami dah cakap internal audit nih tak valid, tak ikut procedure, kamu kata tak apa, biar jer kena NCR. kami dah kata findings nya byk yg major, bukan minor, kamu lebih percaya kepada internal auditor yg baru sekali dua belek ISO clause berbanding kami yg dah lunyai belek buku clause tuh.
apa guna jadi QM kalu top management tak support. apa guna jadi QM kalau tak diberi kawalan. apa guna jadi QM kalau tak diberi peluang. kami yakin kami boleh buat yg terbaik toward zero NCR, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. Kami kata DSM pun bagi 2 tahun untuk dptkan accreditation, kamu kata takpa, kamu nk kami buat magic, buleh dapat nih dlm masa dua bulan... kami kata, buat apa nak bekerja untuk audit yg fail, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. buat je flow tuh...
apa guna jadi QM kalu rekod NCR melambak2x... sedangkan puncanya hanyalah kerana top management tak nagi masa yg munasabah. apa guna jadi QM kalu suara kami tak di dengar.
so, kepada top management yang bodoh piang... good luck dan terima kasih kerana mengajar kami untuk buat kerja yang sia-sia. kepada kenkawan yg masih akur dan patuh, yakinlah Allah adil dengan kita. mungkin anda semua tak boleh lari seperti saya. saya minta maaf, bukan saya mementingkan diri. pantang saya buat kerja tak habis dan tak bertanggungjawab atas apa yg usahakan. tapi, saya nak tp management tahu, yang saya ada prinsip dan maruah saya sendiri. saya tahu apa yg saya buat.. dan saya takkan menzalimi diri saya, dgn meletakkan diri saya sbg QM dan berharadapan dgn external auditor dalam keadaan yg sebegini. saya malu.. kerana saya tahu, saya boleh buat lebih baik, jauh lebih baik dari NCR2x yang sudah dijangka itu..
ruyung dah dipecahkan! cedoklah dengan cara apa pun...!
nota untuk anak2x ibu: semoga lepas nih, ibu tak perlu lagi buat balik kerja2x ISO kat umah... buleh le kita golek2x sama2x...

6 comments:
gitu kesahnya.. sadis.. sudahnya diorang ni lagi menjauhkan yg dikejar, mencicirkan yg dikendong. rugi!
tak tentu jugak kak. Insya Allah buleh dapat ISO nih. dah nak siap dah. target saya bulan april. tapi depa nk cepat jugak... tapi dgn cara yang sebegini, agak susah nk maintain quality nya nanti. azabnya balik kat kita balik yg buat kerja nih. itu yg saya tak nak buat tuh
release the knot...
'mereka' merancang dan melaksana dgn sebaik yg 'mereka' sangka..
tapi Allah kan sebaik - baik PERANCANG DAN PELAKSA..
*saya yg mendengar dan melihat dari kejauhan menghela nafas.tak thulah lega tau tidak.paling tidak berkurangan sudah buat cik chibi.
akak pula yg merasa lega nya.. well done.. org boleh kata apa saja.. tp kita yg menanggungnya.. sekali kau berani melakukan apa yg kamu rasa baik utk diri kamu, utk keluarga kamu.. utk maruah kamu.. kamu telah melakukan yg terbaik.. wpun bukan yg terbaik dmata org2 .. apa perlu mereka.. kerana bukan mereka yg kasik kamu nasik pun.. paling banyak.. mereka bagi kamu makan hati saja.. huhuhuhhu..
huhhuuu
sid: ya, Dialah sebaik-baik pelaksana
kakkecik: terima kasih. inspired. sekurangnya2x saya tau ada yg sokong keputusan saya...
aku tak tau apa2 ajie..mati2 aku ingat hang cerita pasal tukang masak yg bergelar Quater Master...hahahaha...
anyway, when life give you so much pressure....never forget to increase the surface area..because P=F/A
Post a Comment