Thursday, December 22, 2011

cinta tak seharusnya memiliki (part 2)



SIRIM is coming to audit the laboratories today. hati ini menangis melihat beberapa documents yg tidak betul. beberapa term yg tidak betul, beberapa program plan yg tak sempat saya laksanakan di laboratory.
Hati ini menangis bila buddy saya pun tak bercakap dgn saya. saya tau beliau stress dan akur. kenapa akur kawan... beranilah pertahankan yang benar. But I knew she has her own reason for doing this.

sayang. saya sayang dgn project ini. sayang sangat. 15 bulan. bermula dari hampir zero. cukuplah untuk memberitahu netapa sayangnya saya terhadap project ini.

saya tidak pernah berhadapan dgn QU yang bekerja sebegini rupa. di manakah kredibiliti mereka? di manakah prinsip mereka sbg Quality personnel? apakah alasan mereka? tekanan orang atasan? lalu diikutkan sahaja? mengejar RU status yang menjengkelkan? demi duit research yang berjuta-juta...?Setiap hari, 2x saya akan baca slogan yg kita banggakan.. 'Garden of knowledge and virtue'.... Virtue? di mana ia? apa buktinya? ..

kecewa. saya sangat kecewa. sedih dan marah sudah lah tentu. tapi saya tetap mendoakan ada ganjaran dari Nya untuk kawan2x yang saya sayang, yang masih di dalam team. bersusah payah. memendam rasa. Kepada mereka yang ada sedikit kedudukan dan kuasa, semoga Allah memberi petujnuk dan hidayahnya.

Yakin dan belajar untuk redha di atas perjalanan projek ini....

Monday, December 19, 2011

cinta tak seharusnya memiliki


Buat julung-julung kalinya update blog time office hours. aci tak sebagai reward untuk diri sendiri.. hahahhaa.. bengong nye alasan..

saya dah resign dari functional post sbg QM untuk ISO17025. tidak pernah terlintas utk resign dgn cara sebegini, tapi apakan daya, saya pasrah kepada aturan Ilahi untuk percaturan ini. bermalam2x saya tak tidor memikirkan keputusan ini, dan mungkin ini yang terbaik, terutama untuk diri saya sendiri.

selfish? pentingkan diri? whatever, people can judge me. apa penilaian org terhadap saya tidak sepenting penilaian Allah terhadap apa yg ada di hati, naluri dan jauh di dasar qalbu saya ini. orang mungkin mengata, teammate mungkin kecewa, ada yang mencebik, mencemuh dan mungkin ada yg bertepuk tangan. mungkin ada juga yang tidak peduli. ha ha ha ha... semua itu mungkin sedikir sebanyak akan menggoyahkan perasaan dan fikiran saya yg waras, namun sbg manusia biasa saya patut rasa benda ini normal dan cuba menangani nya sebaik mungkin. apa yg penting, penilaian Allah terhadap apa yg saya buat.

15 bulan saya usahakan projek ini. bermula dari hampir 'zero' dan tiada apa-apa.... sehinggakan dah nampak rumahnya... tinggal sikit je lagi nak beautify, tetiba begini jadinya. sedih dan sangat kecewa tak payah lah nak cakap. tapi, yg penting, saya nak mereka tahu yg saya bukannya lembu yg dicucuk hidung, buleh disuruh buat sesuka hati walaupun benda itu terang dan nyata tidak betul. salah!.. mungkin kita lepas kali ini, but we will suffer in maintaining the quality. oh, we? bukan 'we'... kami yg suffer nanti... siapa kami? QM lah yg akan suffer.... semuanya di atas batu jemala patik...

huhuhu.. apa guna jadi QM kalau tiada control. kami dh cakap jgn datang audit lab lagi, kami belum ready, kamu redah jugak. kami dah cakap internal audit nih tak valid, tak ikut procedure, kamu kata tak apa, biar jer kena NCR. kami dah kata findings nya byk yg major, bukan minor, kamu lebih percaya kepada internal auditor yg baru sekali dua belek ISO clause berbanding kami yg dah lunyai belek buku clause tuh.

apa guna jadi QM kalu top management tak support. apa guna jadi QM kalau tak diberi kawalan. apa guna jadi QM kalau tak diberi peluang. kami yakin kami boleh buat yg terbaik toward zero NCR, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. Kami kata DSM pun bagi 2 tahun untuk dptkan accreditation, kamu kata takpa, kamu nk kami buat magic, buleh dapat nih dlm masa dua bulan... kami kata, buat apa nak bekerja untuk audit yg fail, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. buat je flow tuh...

apa guna jadi QM kalu rekod NCR melambak2x... sedangkan puncanya hanyalah kerana top management tak nagi masa yg munasabah. apa guna jadi QM kalu suara kami tak di dengar.

so, kepada top management yang bodoh piang... good luck dan terima kasih kerana mengajar kami untuk buat kerja yang sia-sia. kepada kenkawan yg masih akur dan patuh, yakinlah Allah adil dengan kita. mungkin anda semua tak boleh lari seperti saya. saya minta maaf, bukan saya mementingkan diri. pantang saya buat kerja tak habis dan tak bertanggungjawab atas apa yg usahakan. tapi, saya nak tp management tahu, yang saya ada prinsip dan maruah saya sendiri. saya tahu apa yg saya buat.. dan saya takkan menzalimi diri saya, dgn meletakkan diri saya sbg QM dan berharadapan dgn external auditor dalam keadaan yg sebegini. saya malu.. kerana saya tahu, saya boleh buat lebih baik, jauh lebih baik dari NCR2x yang sudah dijangka itu..

ruyung dah dipecahkan! cedoklah dengan cara apa pun...!

nota untuk anak2x ibu: semoga lepas nih, ibu tak perlu lagi buat balik kerja2x ISO kat umah... buleh le kita golek2x sama2x...