Monday, October 24, 2011

zara marissa nur syifa' oooo zara marissa nur syifa'

isk, kalu dgn saya 24 jam mukanya cenggini, bagaimana hati ini mau tenang, fikiran ini mau waras??

 gadis kenit ini sudah 2 bulan boleh berjalan... huhuhuhuh... sangat remaja beliau sekarang, saya rasa. beliau adalah seorang pemerhati. suka benor perhati tingkah laku abang2x dan ibu... kenkadangs aya terkejut bila dia tiru balik gaya2x seperti bercakap telefon, pakai sandal saya, amik breastpump saya main2x ala2x mcm tau guna gittew... which is sangat tajam apa yang beliau perhati. beliau dengan gigihnya cuba beberapa kali buka pintu sliding door, buka selak pagar tangga dan yang paling mengejutkan, hehehheheh... beliau pernah menggayakan perfume kecik saya ala2x lipstik.

oh noo..!  janganlah matang sebelum usia anakku... ibu tak sempat lagi nk kejar milestone perkembangan kamu, kamu dah berlari jauuuuuuh tinggalkan ibu yg timeless, breathless, energyless dan careless ini. huhuhuhuhu... sejak dah boleh berjalan nih, saya sedar yg bau baby dia dah semakin hilang. dah muncul bau 'toddler'! maknanya, dah bau seperti orang yg bakal mencabar kesabaran ibu dgn tantrum dan kerenah dan keletahnya.... huhuhuhuh.. bersangka buruknya ibu ini terhadap anak sendirik!!!

huhuhuhu.. mana tidaknya, sekarang beliau berpenyakit 'asyik-nak-dukung-dgn-ibu' sahaja, sehingga saya benar2x tensyen. dah le berat 10kg, dia asyik nak melekap dan melekat sahaja. I don't mind kalau hanya beliau sahaja yang perlu dikendong dan ditatang... tapi, ada lagi 2 abang yg perlu diberi makan, diberi perhatian... saya boleh abaikan kerja2x umah dan boleh buat selepas beliau tido... tapi, takkan la nak masak, nak poo poo, nak mandi, nak solat pun segalanya selepas beliau tidur..?

hhuhuhuhuh.. can you compromise, a littele bit, my dear? bagi ibu solat dan berada di dalam toilet dgn tenang... percayakah anda, sampai satu tahap, saya berus gigi dan cebok poo poo nufail sambil dukung beliau?? huhuhuuh... kalu korang tak percaya, ada aku kesah? hehehhe...

isk, apa kena dgn beliau ini, huh? ada sesapa nk bagi idea/pendapat/nasihat/tunjuk ajar? please la... kerana saya sgt tertekan dgn keadaan ini. SAYA TAK BOLEH BUAT BENDA LAIN BILA SYNDROME INI MUNCUL!!!! sedangkan saya banyak kerja, saya kesuntukan masa, saya kurang tenaga, ada lagi 2 anak yg meemrlukan saya... huhuhuhuhuuhu.... please la Syifa'............................................

Tuesday, October 11, 2011

Adudu VS Adoyai

Frankly, siri Boboiboy lebih menghantui saya berbanding Upin dan Ipin. kenkadang tuh, time weekend, ibu adalah lebih over berbanding dgn anak2x. namun, karektor Adudu -  Robot hijau ketua penjahat bermuka empat segi tanpa hidung lebih terkesan compared to si heronya. Hahahhaha... tapi citer nih memang best dan boleh jual la. Cume mungkin terlalu banyak dialog “Tak guna!” yang digunakan, kenkadang membuatkan anak2x saya tersyasyul jua.

Sesekali, best juga kalu saya jadi Boboiboy. Boleh keluar kembar jadi 3 orang. So, sorang satu boleh jaga Nufail, Syifa’ dan Luqman. So, takyah lah saya kelek syifa’ sambil basuh poo poo nufail. Berat OK. Gadis 9 kg yang sudah petah berjalan ke sana sinun itu suka merengek dan berdukung semasa ke’ada’an saya. Nak saya kepit je sokmo celah ketiak.... teman beliau bermain dan gomol2x.... isk, mana bisa kok ibunya banyak kerja umah dan banyak anak lain yg perlu diberi perhatian jua....

Weekend lepas, setelah sebulan saya menjadi ibu tinggal, maka sessi port-mortem dan mengaudit diri dan keluarga pon dijalankan. Yelah, banyak kelemahan di pihak saya, yg emo, yang marah-marah, yang penat, yg meraung, yg stress.... setelah ditimbal balik gedebak gedebik, mungkin mengambil bibik menjadi opsyen terbaik setakat ini. So, saya boleh lah sub kerja2x mengemas umah, dapur, kain dan pinggan mangkuk kepada beliau, supaya saya boleh memberi banyak masa untuk tengok tv, belek muka dan body, membuta, main facebook untuk anak2x dan rehat.

namun, jauh di sudut hati.... owh, itu opsyen mungkin terbaik untuk sang dia. but not for me. hati saya gundah gulana. rimas bila ada wanita lain orang lain di umah saya... mana mungkin ada org sentuh pinggan mangkuk selain saya... isk, gi mana mau ditinggalkan nufail dan syifa' dengan orang asing yang kita tak tahu hati budinya.... argh!!!!! saya perlu lebih berfikir dan mencari jawapan dari Dia lagi.... so, KIV OK, bang..!

entry kali ini saya nak citer cenggana saya manage laundry. ini adalah sbg escapism dan membuktikan yang saya still boleh manage laundry tanpa bibik, hahahhahha... (ayat untuk menyedapkan hati sendirik)

saya ada mesin basuh 17kg yang besar. saya cuci baju 2x seminggu, dengan 1 trip di tengah minggu (selasa @ isnin), dan 2 trip di hari sabtu. anak2x saya especially si comot nufail memang menggunakan baju yang banyak. mungkin kerana mereka suka buat 'art attack' di baju mereka sendiri atau saya yg jenis rimas, tak bleh tgk budak pakai baju comot-terus suruh tukar.

bersepadan dgn anak yg ramai dan washing machine yg besar, saya ada 7 bakul kain yg besar di samping bantuan 2 baldi kecik. 2 bakul kain untuk letak baju kotor di tingkat atas dan bawah, sementara baldi digunakan untuk campak cloth diapers syifa' sementara tunggu queue untuk di cuci di hujung minggu. 5 lagi bakul kain adalah kepunyaan kami seorang satu. 

biasanya, saya (dan encik suami: kalau beliau ada) akan hang baju di hanger, pada malam hari, dan esok pagi baru keluarkan untuk disidai. cabarannya bermula selepas kain di angkat, sbb sebagai ibu vogue yg ramai anak dan tak banyak masa, mmg saya tak sempat nak lipat kain. sbb itu almari dirumah yg kecik nampak besar sbb banyak ruang kosong sbb kain baju berlipat tak sempat nak lipat dan susun elok2x dlm lemari. takpe.. takpe.. itukan almari umah saya.. bukan umah mak mentua saya... hbahahahhaah... ada mak mentua aku kesah? hahhahahah lagi...

fasa 1 - biasanya Luqman dan abi ditugaskan untuk mencabut baju dari hanger n campak lah kat mana bakul yang kosong.

fasa 2 - luqman dan abi ditugaskan untuk membetulkan baju kain tersebut dan sorting ke dlm bakul setiap org. biasanya kita akan sidai terbalik untuk mengelakkan dari luntur di makan cahaya matahari. fasa ini sgt menyeronokkan luqman sbb dia akan tentukan, bakul siapa yg menjadi juara. maksudnya, bakul siapa yg paling penuh, maka manusia itulah akan menjadi juara di minggu itu. biasanya, fasa ini mmg Luqman champion sbb kenkadang abi akan merujuk kpd beliau masa nk sorting, sbb tak familiar dgn baju anak sendiri. natijahnya, kalau tersilap masuk bakul, saya akan menyinga dan mungkin membebel 2-3 chapter. hahahhahaha...

fasa 3 - sessi susun bakul yg dah penuh bawah tangga. so, fasa ini mungkin memakan masa yg panjang atau pendek, bergantung kepada kesibukan dan mood tukang lipat. sayalah itu. but don't worry, fasa ini tidak idle, sbb kenkadang baju akan terus dipakai fresh dari dlm bakul. so, ini adalah fasa yg paling sibuk. sbb dah sorting ikut tuan, makan amatlah senang nak mencari especially benda yang kecik2x, yang tak perlu di listkan di sini.

fasa 4 - fasa ini amat mudah, setelah fasa 1,2 dan 3 telah dibuat dgn jayanya. biasanya, untuk 5 bakul penuh, saya amik masa dalm 1 jam setengah je utk di habiskan. dan saya rasa sangat AWESOME!

fasa 5 - saya tunggu nufail besar je sikit lagi untuk training beliau terbalikan baju, identify baju dan sorting baju. ini bagus untuk kawalan motor dan menyambungkan sel sel otak beliau. selain itu, manpower saya pon bertambah... haahhaha.... cuma, harapnya, dalm masa 4 tahun ini, saya tak perlu tambah bakul lagi!... huhuhu.. 5 pon dah cukup lah... eh, kalu ada bibik, mesti membazir bakul2x ni kan, tak digunakan lagi...?

sekian , terima aksih.


Thursday, October 6, 2011

Pinggan Mangkuk Meriah

(This is a sticky entry. Kindly scroll down for the new entry) 
Yo, guys! Check it out.. This is my new baby... Macam macam ada...