nuff

Thursday, September 29, 2011

gomen dan budak kecik yang stress

yer, presiden Cuepecs masih lagi belum berputus asa, mintak 2 bulan bonus gaji... hahhahahaha. bagi saya? verangan la.. tapi, OKlah sbb beliau masih belum berputus asa. yelah, kalu bukan belio yg mintak, sapa lagi nak mintakkan bagi pihak kiter, ye dop?

Alhamdulillah, Adequacy Audit iso17025 telah berlangsung dengan vouge nya.... hahhahahha... malas nak komen. apa pon findingnya, ada aku kesah??? hik hik hik.. redha je lah. best gila sessi 3 jam membaca 19 Quality manual & SOP bersama auditor yg detail sambil maintain vouge walaupon terpaksa sengih cam kerang busuk apabila kantoi di sesetengah clause. perasaan? owh, amat teruk daripada duduk di dalam labour room. hahahhahahahah....

Alhamdulillah, minggu ini, saya dpt menyaksikan penurunan kadar stress di dlm diri. so, bila saya tidak stress, anak2x saya tidak stress juge. tahukah anda kadar ke'stress'an saya adalah bekadar langsung dgn kadar ke'stress'an Luqman. Sejak abinya tak ada, almost every day dia terkencing ketika nap time di school. yg menjadi stress kpd saya apabila beliau menyorokkan xtvt pengencingan itu, dan menyumbat/bolok/bolos or whatsoever seluar baju ke dlm beg tanpa pengetahuan teacher. hasilnya? satu beg akan berbau hancing hampagas dan sudah tentulah kadar penyingaan saya sewaktu menyorting baju kotor adalah memuncak. biasanya, kalu teacher tau ada budak terkencing, teacher akan tolong bilas kan baju2x tersebut...

lama juga saya mencari punca xtvt haram itu, sbb beliau adalah bukan begitu. so, hasil dari pengintipan dgn teacher dan hasil siasatan ala2x Spy Baba, dptlah saya agak yg beliau stress di waktu petang. beliau tidak boleh bermain dan menonton tv dgn aman kerana saya memaksa beliau menjaga Syifa' sbb saya perlu masak dinner. malam pon beliau tak sempat siapkan Lego dan kaler2x sbb saya memaksa beliau tidur awal dan mengaji. ketika mengaji pon beliau stress sbb adik2x adalah mengkerumun iqra' seolah2x sama2x ingin bertadarus dan merebut pahala.. (erk sedikit selingan: tahukah anda, setiap kali maghrib, saya akan solat berkongsi satu sejadah bersama 3 anak kecil di samping 2 sejadah di sisi yg terdampar kaku tanpa penghuni? bayangkan ko solat 4 org satu sejadah... isk, stress tak? huhhuuhuhuh... isk, saya berdoa Allah menjustifikasikan dan mengampunkan kekurangan solat maghrib saya)

owh, berbalik soal Luqman. solution yg saya amik adalah: SELANG SELI. maksudnya, saya kena kurangkan stress beliau dgn let him enjoy the xtvt yg dia nak buat. dgn mutul agreement dgn pengasuh, saya akan amik Syifa; lewat selang sehari dan saya akan balik rumah dulu utk masak dan mandikan bebudak 2 org itu. ketika memasak tanpa Syifa', Luqman boleh main basikal diluar rumah or tgk Upin Ipin yg berulang2x atau buatlah apa ke jadah benda penting dlm hidup beliau... so, xtvt mengaji pon di selang seli dgn xtvt kaler and Lego krn masa yg constraint. hasilnya? yessss... minggu ini beliau tidak terkencing lagi.... so, approach SELANG SELI saya menjadi....

huhuhuhuhuh.. anak.. anak.... one day if you read this and i am not around anymore, I want you to know that what ever in my life, I will try my best to do the best and the right things for you. tak kesah le apa2x untuk ibu diketepikan pon, kegembiraan kamu adalah yg paling utama dlm hidup ibu.... nyawa sekali pon sanggup ku gadai, apalah sgt setakat SELANG SELI main lego dan mengaji tuh. he he he he ....



5 comments:

Dda Ly said...

OMG kak liza...kenapakah saya tidak mampu berbuat seperti kamu dan masih lagi rasa stress??? adoi!!!

Sidratul Muntaha said...

saya ari2 stress..
budak 2 org ni dah mula gaduh berebutkan mak diaorg yg ternyata beso badan tapi tak beso dengan kesabaran..
minggu ni aku stress sbb setot dah 4 ari pergi sekolah lmbat!
mlm2 nak belajo jer kejenya dgn tgk tviq.
even tak buka tv pun masih gigih belajo abc dlm gelap!
dang!!
ara?!
nak bergantung jer sbb tak mahu bagi chance mak dia ni ajo abang dia abc!
aku pasrah.
belum lag tuntutan sang suami yg skunk ni dah tak berapa kemas dan jugak tuntutan 23cm!

mood hilang la..
siap lupa nak makan ubat ni.
mcmana nak jumpa doc nnti?!
ehehehhee..

hadapinya dengan senyuman........

mrs plain-june said...

tahniah! ibu yg vogue dah berjaya troubleshoot dan skaligus countermeasure xtvt haram si anak teruna yg lebih matang drp usianya itu..

Tajul Adli said...

aku kagummm....

luvmum said...

sy juga kagum..