Thursday, September 29, 2011

gomen dan budak kecik yang stress

yer, presiden Cuepecs masih lagi belum berputus asa, mintak 2 bulan bonus gaji... hahhahahaha. bagi saya? verangan la.. tapi, OKlah sbb beliau masih belum berputus asa. yelah, kalu bukan belio yg mintak, sapa lagi nak mintakkan bagi pihak kiter, ye dop?

Alhamdulillah, Adequacy Audit iso17025 telah berlangsung dengan vouge nya.... hahhahahha... malas nak komen. apa pon findingnya, ada aku kesah??? hik hik hik.. redha je lah. best gila sessi 3 jam membaca 19 Quality manual & SOP bersama auditor yg detail sambil maintain vouge walaupon terpaksa sengih cam kerang busuk apabila kantoi di sesetengah clause. perasaan? owh, amat teruk daripada duduk di dalam labour room. hahahhahahahah....

Alhamdulillah, minggu ini, saya dpt menyaksikan penurunan kadar stress di dlm diri. so, bila saya tidak stress, anak2x saya tidak stress juge. tahukah anda kadar ke'stress'an saya adalah bekadar langsung dgn kadar ke'stress'an Luqman. Sejak abinya tak ada, almost every day dia terkencing ketika nap time di school. yg menjadi stress kpd saya apabila beliau menyorokkan xtvt pengencingan itu, dan menyumbat/bolok/bolos or whatsoever seluar baju ke dlm beg tanpa pengetahuan teacher. hasilnya? satu beg akan berbau hancing hampagas dan sudah tentulah kadar penyingaan saya sewaktu menyorting baju kotor adalah memuncak. biasanya, kalu teacher tau ada budak terkencing, teacher akan tolong bilas kan baju2x tersebut...

lama juga saya mencari punca xtvt haram itu, sbb beliau adalah bukan begitu. so, hasil dari pengintipan dgn teacher dan hasil siasatan ala2x Spy Baba, dptlah saya agak yg beliau stress di waktu petang. beliau tidak boleh bermain dan menonton tv dgn aman kerana saya memaksa beliau menjaga Syifa' sbb saya perlu masak dinner. malam pon beliau tak sempat siapkan Lego dan kaler2x sbb saya memaksa beliau tidur awal dan mengaji. ketika mengaji pon beliau stress sbb adik2x adalah mengkerumun iqra' seolah2x sama2x ingin bertadarus dan merebut pahala.. (erk sedikit selingan: tahukah anda, setiap kali maghrib, saya akan solat berkongsi satu sejadah bersama 3 anak kecil di samping 2 sejadah di sisi yg terdampar kaku tanpa penghuni? bayangkan ko solat 4 org satu sejadah... isk, stress tak? huhhuuhuhuh... isk, saya berdoa Allah menjustifikasikan dan mengampunkan kekurangan solat maghrib saya)

owh, berbalik soal Luqman. solution yg saya amik adalah: SELANG SELI. maksudnya, saya kena kurangkan stress beliau dgn let him enjoy the xtvt yg dia nak buat. dgn mutul agreement dgn pengasuh, saya akan amik Syifa; lewat selang sehari dan saya akan balik rumah dulu utk masak dan mandikan bebudak 2 org itu. ketika memasak tanpa Syifa', Luqman boleh main basikal diluar rumah or tgk Upin Ipin yg berulang2x atau buatlah apa ke jadah benda penting dlm hidup beliau... so, xtvt mengaji pon di selang seli dgn xtvt kaler and Lego krn masa yg constraint. hasilnya? yessss... minggu ini beliau tidak terkencing lagi.... so, approach SELANG SELI saya menjadi....

huhuhuhuhuh.. anak.. anak.... one day if you read this and i am not around anymore, I want you to know that what ever in my life, I will try my best to do the best and the right things for you. tak kesah le apa2x untuk ibu diketepikan pon, kegembiraan kamu adalah yg paling utama dlm hidup ibu.... nyawa sekali pon sanggup ku gadai, apalah sgt setakat SELANG SELI main lego dan mengaji tuh. he he he he ....



Monday, September 26, 2011

hari gelap.

hahahhha... gelap sungguh hari saya di minggu lepas. ujian dia sikit je. demam batuk dan selsema. tapi, itu sudah cukup benar menggegarkan iman dan kehidupan saya. stress... sungguh stresss..... pastuh, Allah tambah pulak dgn peti ais rosak. hahahhahah... sungguh mengagumkan ujian yg menimpa2x di minggu lepas. hampir hilang akal jugak saya... saya sgt penat... penat dan penat.... even mlm nih pon, saya masih menghitung dan mencanak nasib saya di minggu ini. adakah akan seteryuk minggu yang lepas...?? rasa macam takut je nak bangun tido di esok hari, dan menempuh jam dan saat yg bakal menimpa.

isk, teruk kan?

memang teruk. 

jadi, dengan ini, dengan ini, saya ingin mengisytiharkan...
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
 /
/
/
/
/
.
.
.
.
.
.
.

saya malas melayan encik STRESS itu lagi.
saya sudah sihat!
peti ais pon saya sudah repair. (berdebar jugak sebab godek2x sendiri....takut kang rosak lagi..)
dan minggu ini, saya nak ke TUTTY FRUTTY!!!!!!

ps: sudah gilakah saya??? hahahhahahahha


Monday, September 12, 2011

Persediaan menjadi Ibu Tinggal

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi minggu lepas dgn emosi yang boleh dikatakan baik even memang selalu tunggang langgang sbb hidup saya dipengaruhi oleh pemboleh ubah yg kenkadang OK dan kenkadang tidak OK (sapa tu? anak2x kecik saya yg tiga itulah!).

Namun, ada a few things yg merisaukan terutamanya dari segi emosi anak2x (err.. emosi saya, siapa peduli..?). nufail masih lagi melambai "Abi" setiap pagi setiap kali melintasi rumah kami semula selepas meninggalkan Syifa' di rumah pengasuh. Itu rutin sebelum ini, di mana selepas menyumbat semua barang2x dan anak2x ke dlm kereta saya akan ke rumah pengasuh untuk hantar Syifa', dan sang bapak akan menunggu kami lalu semula untuk babai what-so-ever yang menyebabkan anak2x happy dan terjerit2x riuh satu taman di pagi hari. Menyeramkan bila Nufail masih membuat lambaian yg sama sedangkan sang dia tiada di rumah, Hehehehe.. minggu nih je ibu bagi chance kat kamu Nufail, kalau berlarutan lagi, ibu needs to do something.

Berdasarkan pengalaman2x yg lepas, saya telah membuat sedikit persediaan. semuanya adalah berorientasikan kpd pengurusan dalam usaha memudahkan rutin harian saya. yelah, kalau saya OK, anak2x akan menjadi OK. Ala, bak kata Prof Muhaya dlm iklan kat Astro Oasis untuk rancangan Ustazah Pilihan tu... ' Terdidik Wanita... Terdidiklah Generasi'. And dalam kes ini, saya lah wanita itu....
  1. Siapkan menu untuk sebulan. senang nk prepare nk masak apa, pagi2x, apa yg perlu di letak kat rak bawah peti sejuk, dan segala makneka ayam ikan udang tuh, dah siap letak dlm bekas dgn kuantiti yg sesuai. cuma tak label mcm kat lab je. hehhehehhe... 5S nih....
  2. Menu dinner di hari bekerja adalah berkonsepkan "Hidangan lazat dan berkhasiat yg boleh disiapkan dlm masa 15 minit'. Saya smpai umah dlm kul 6pm - 6.30pm. bergantung kpd traffic dan lama atau tidak sessi gossip dgn pengasuh time amik Syifa'. saya perlu masak supaya tak perlu tapau nasi goreng hari2x... target saya: by 7.30pm, anak2x dah siap dinner dan perlu mandi untuk mengaji dan sessi tidur harus bermula jam 9.30pm. anak sy perlu bgn seawal jam 6am, so mereka perlu tidur awal. selain itu, mereka KENA WAJIB tidur awal utk beri ruang kat saya basuh pinggan, handle susu Syifa utk besok, belek jerawat di muka (... perlukah..?) dsb. maka, tersenarailah menu2x spt, ikan tenggiri rebus + mee suah, yee mee kungfu, spaghetti, taosted bread + mushroom soup, sandwich dan mi rebus. kan senang, sayur ada, protein ada, anak suka dan ibu setuju, hahahahaha.... sapa tanak makan, sudah!!
  3.  minimumkan kerja umah yg ada. bila abi nya tak ada, makan ala buffet sahaja. kalau boleh, 4 beranak kongsi satu pinggan, satu cawan, satu sudu. hahahhahah, bolehkah? buat kerja terus siap. angkat ,letak beg, terus di tempatnya... huhuhuhuhu.... tepat dan betul mcm polis malaysia!
  4. No penangguhan kerja. kurangkan kain yg tidak berlipat, kurangkan pengumpulan pinggan cawan kotor di singki, CD syifa' dan kain baju setimbun yg tidak sempat diipat, harus di sorting. sbb  tu umah saya ada byk baldi dan bakul. nnt next entry saya ceritakan, how to handle baju yg tak berlipat jika anda seorang ibu tinggal tanpa bibik.
  5. Cuba utk tidak bangun lambat. bila lambat bgn, lambat masuk opis, akan lambat time balik karang. So, timing dan perancangan kena ikut jadual, kalu idak tendency untuk anda menyinga dan hari anda dan anak2x untuk tidak best sepanjang hari adalah tinggi.  
  6. Kekal bertenaga. Saya bukannya kerja kat opis je, lemah gemalai sepanjang hari mengahadap PC. sy stress dan terkejar2x dgn ISO 17025 dan kerja2x di wind tunnel yg panas dan memenatkan otak dan badan. so, after 5pm, saya kena make sure sy bertenaga untuk handle anak2x dan siapkan makan pakai depa sehingga depa tidur. ia tidak berakhir di situ. siapa pula yg kena cuci pinggan, sorting EBM syifa dan preapare utk besok hari? saya jugak kan? so, sy amik vitamin dan performance drink untuk kekal bertenaga seperti Hussain Bolt.
  7. Doa. Even sekecil2x doa seperti "Ya Allah, timing aku dh lari pagi nih, Tolong la jgn bagi Nufail berak time aku nk gi opis nih., biarlah dia berak kat school karang"... erk... best tak contoh nih, tapi, apa yg sy maksudkan adalah" kebergantungan hanya kepada Allah sahaja. 
  8. Selamba..... penat? layan kan je lah... Syifa' asyik nak berdukung je? sabo je la.... Luqman dan Nufail bertekak dlm keter sepanjang jalan dr Gombak ke Rawang? buat pekak je lah.... Boss dan staff banyak karenah? sabo je lah....  sang dia langsung tak telefon sepanjang hari bertanya khabar? bersangka baik je lah....hari untuk saya bergelar ibu tinggal masih panjang. saya perlu selamba kodok untuk kekal chantik, anggun dan vouge seperti anita sarawak... cuba untuk tidak stress dan sweet sokmo seperti lisa surihani... 
sekian lah coretan sebagai luahan perasaan, tips of the day, untuk saya sendiri. kot lepas nih, hormon saya tidak stabil atau adrenalin saya tidak merembes, mungkin perlu untuk saya rujuk kembali.
huhuhuuhuh

Wednesday, September 7, 2011

Kamus Poket Bahasa Arab

***This is a sticky note. Scroll down for a new entry

Saya sekarang mengedarkan kamus poket bahasa Arab as per picas di bawah ini.
Its a himpunan of all the bahasa Arab syllabus j-QAF, KBSR dan KSSR. 
(actually saya sendiri gunakan untuk Luqman since cikgu Educare kata dia 'senyap/kurang aktif' time kelas Arab. 
(dah dia sendiri kurang familiar sbb kat umah kami tak pernah tekankan bahasa Arab sbb kami sendirik pun tak pandai. Makcik mengira wahid isnaini pun tunggang langgang dik oi!! Adoyai!!)

Very helpful especially boleh selak2x dalam kereta, time menunggu etc. yelah, namapun kamus poket!

Bilangan mukasurat: 99 m/s
Size: 90cm x 130cm (hanya sebesar tapak tangan) 
PRICE: ONLY RM4.00 perunit (Semenanjung Malaysia) 
              ONLY RM4.50 perunit (Sabah dan Sarawak).
 Very cheap! 


Back and Front Page




You can order from me:
Azliza Embong 
012-9251270
cik_chibi@yahoo.com
azliza@iium.edu.my 
http://cik-chibi.blogspot.com
Maybank Account Number: 164799015897
PENGHANTARAN PERCUMA!!!
(Tak kisah lah berapa unit pun anda order!!)
Dan saya mencari partner yang boleh distribute this to adik2x di sekolah rendah seluruh Malaysia. Call me for further info!!!! 

Wordless Wednesday

Sessi mengutip hasil tanaman

 anak dara nan seorang


bunga api

separuh lagi



yupp.. saya separuh lagi. means, my other half is leaving again. kali ini agak lama.. paling lama! 4 tahun 3 bulan! saya ulangi ... 4 tahun ok, bukan 4 hari, bukan 4 minggu, bukan 4 bulan!!! empat tahun maa.... bersamaan 51 bulan @ 204 minggu @ 1550 hari @ 37,200 jam @ 2,232,000 saat!

kini, tinggallah kami berempat bersama 3 ekor tortoise dan seekor ikan besar apa ntah nama dia di samping cicak2x dan semut2x dan nyamuk2x dan lipas2x.... huhuhuhuhu... baru 3 hari kena tinggal, memang saya penat. rerupanya, baru saya sedar, selama ini, sang dia banyak membantu saya dalam kerja2x umah. just to list a few, cuci pinggan, masakkan air masak, top up air panas dalam thermos, vacuum, lap habuk, sidai kain, angkat kain, cuci kereta, kemas meja makan, mop lantai bla.. bla.. bla...

teringat time memula kawen, jarang saya perlukan dia untuk buat kerja rumah kecuali bersihkan all-those-kucing-related stuff. sbb, umah kecik jer (flat dua bilik), dia pun balik weekend je pon dan mmg saya mampu buat semua kerja rumah yang ciput itu. cuma tugas hakiki beliau adalah habiskan makanan yg saya masak regardless rasa, texture, rupa dan segala yg buruk pasal makanan itu. nhahahahha....

bila anak 1 dan 2 pun, beliau masih kurang membantu, kerana saya masih mampu buat semuanya. kecuali tugas beliau adalah vacuum dan cuci kereta sbb time tuh pun dah pindah umah besau sikit.

namun, bila mengandung anak ke-3 sehingga 3 hari lepas, buleh kata 90% kerja rumah di bantu beliau. kerana, saya dah kekurangan masa, kakitangan, upaya (maybe letih dan sudah tua! hhahhaah) dan kesedaran yg datang dari diri beliau sendiri. tapi, di sebabkan saya seorang yang nearly perfectm agak menderita jugalah beliau untuk membuat kerja2x umah as per specification yang saya letakkan.. hahahhaahha.. ala, time bercita dulu, lautan api pn sanggup di redah, takkan le sekarang buat kerja umah ikut specifikasi isteri pon dah tak mampu diikut.. kata sayang!

dan sejak 3 hari lepas, tanggungjawab saya makin bertambah, dgn kerja umah yg melimpah ruah dan makan tak habis, di samping mendidik dan mengajar anak2x beliau (dan anak saya juge!) yang berceridai itu.... huhuhuhuhu... 

apa pun, saya rindu beliau. lepas nih, saoa lagi nak dengar saya membebel? sapa lagi nak tolong saya bunuh cicak2x durjana itu? saoa nak tolong saya buang sampah? sapa nak kejutkan saya kalau saya terbongkang keletihan tanpa sempat siapkan beg skolah anak atau iron baju, sapa nak jadi mangsa mencari kunci, remote tv, remote aircon dan senduk sudip saya yang disorokkan anak2x? sapa? sapa? sapa?

huhuhuhuhu... rindulah sama kamu. walaupun kamu tak le hensem mana, kamu tetap 'separuh saya!'...