Tuesday, May 31, 2011

lagi 2 hari...

Owh... ini gambar kambing, bukan sang dia kesayangan saya. gambar tak ada kena mengena dgn entry..

 lagi 2 hari...
  1. ada accreditation untuk Automotive Programme
  2. baby sitter syifa' lak nak cuti, nk setelkan urusan anak dia masuk asasi UiTM. haruskah mendukung syifa' sambil bawak auditor lawat lab?
  3. hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6.
Dalam banyak2x tuh, bab no. 3 tuh yang paling mencabar. apa nak bagi kat sang dia ekk..? segala benda cam ada... tapi ada dua tiga benda yang dalam senarai..
  1. Pelapik ekzos moto LC dia tercabut ari tuh. skang ekzos tuh jadi 'biasa' tanpa aksessori yg berkilat itu. haruskah meredah kedai spare part di Setapak carik benda lah tuh, letak reben elok2x.. hulurkan sebagai hadiah hari ulang tahun?
  2. Hari2x dok bebel susah nak pakai kasut spike. banyak tali lah, lambat lah.. sangkut perut lah nak tunduk2x... hari2x dok puji spike boots yang jenis komando pakai, ada zip bagai.. tapi dealer dia aku tak kenal lak.. tak surprise le kalu bagi duit, suruh beli lak, sbg hadiah untuk diri sendiri. 
  3. Macam nak beli buku parenting pon ada... tapi sang dia kesayanganku ini sangatlah malas membaca. Cipan pon tak malas membaca macam dia tau..... nak beli CD ceramah/ motivasi lak, kat atas moto tak ada player... isk.. isk.. isk..
  4. ke... nak belanja keluar makan? hmmm... mana sempat.. ari tuh kena kerja. keluar makan nak ngan anak2x kang, tak romantik la pulok. lagipon, tak kuasa nak tambah lagi berat badan dia. kang sama2x bulat dan comel lak kang....
  5.  tetiba terlintas gak nak beli quran dan kain kapan... bagi insaf sikit, kan? ok apa....
  6. ke nak belikan typr-R idaman beliau... eh, lupa lak.. mana la aku mampu. embelem je boleh lah kot... pastuh tampal kat Gen-2. hehehehhe
  7. Nak beli baju kain what-so-ever... dah banyak sangat dah. baik bagik kat pakcik gelandangan kat Sri Gombak tuh...
  8. Isk... nak bagi apa nih?
  9. Bagi Syifa' je lah... jimat kos. lagipun memang dia sayang sangat kat anak dara pelengkap lesung pipit dia tuh. (Sang abi ada lesung pipit di kiri, Syifa' ada lesung pipit di sebelah kanan).
  10. Ke nak bagi duit? tapi last-last kang.. aku pow gak duit tuh... tak memori langsung lak... 
  11. Ke aku bagi AK-47 je selaras? tapi letak dalam frame ah.. tapi, mana nak carik. takkan malam nih nak seludup masuk stor senjata. kang esok keluar Harian M lak...
  12. Dia memang suka kumpul pisau. tapi, dlm masa sekarang, nak gi beli kat mana> takkan nak beli pisau jenama Tupperware pujaan ramai tuh, letak dalam frame...
  13. Aku tau dia suka DLSR... he he he he he... boleh jer sambar (flash je la kot..).. main unit beli lah sendirik... ekekekek... tapi kalu bg hadia tuh, pakej dia, untuk tahun pertama, gambar manusia yang dia boleh ambil hanyalah gambor aku sahaja... heheheh... macam berat jer syarat tuh.. 
  14. isk... nak bagi apa nih.
  15. ke tak yah bagi apa2x lah... bagi kasih sayang je letak dalam kotak kan? actually tak yah kotak ler kan, sbb kasih sayang tuh kan meluas, tak ada boundary. so, nanti, pada hari kejadian, saya berlakon la membawa sesuatu yg seperti berat sgt di atas tapak tangan nih, pastuh kat dia. kononnya nak bg kasih sayang yg terlampau banyak melimpah ruah lah kan... ala, buat aksi sket macam kumpulan Jambu tuh... mesti dia suka.. 
  16. dan mesti dia tambah chenta! hahahahha