Thursday, April 28, 2011

eksiden

Sang suria perkasa hitam saya yang tercalar dan kemek bodynya, dan saya tercalar hatinya.

Sang suria perkasa hitam manis kesayangan saya tercalar sedikit. awal bulan lepas ceritanya. tapi tak settle lagi sebab saya try jadi warganegara yang baik dan bertolak ansur. tapi saya sungguh kecewa ibarat saya beri susu, dia balas tuba. hahahha.. ekcelly, Allah nak menguji kesabaran saya dan saya baru sedar, saya belum sabar dalam erti kata yang sepenuhnya. Sebab, saya masih terasa kecewa yang terlampau.

Antara contoh dan teladan yg dapat diambil dari kejadia di atas.
**warning: points di bawah adalah 18SG. don't do this at home.

  1. Kalu ada student pompuan yg cantik molek lemah lembut berbudi bahasa terketar2x selepas terlanggar kereta anda, time tuh, jgn tenangkan dia. cekak leher dia dan mintak ganti rugi. Lantaklah dia terlambat nak pegi exam ke, dia tak abis study ker.. lantak jer, dia bukan adik anda pon.
  2. Kalau follow up talipon, sbb nk mintak no contact parents dia, tp dia tak angkat talipon, jangan bersabar. Contact kawan anda di Admission and Records unit, untuk trace hostel budak tuh, amik address umah dia, bawak bonzer dua tiga org, bawak cat merah, serang hostel dan umah budak tuh. Lantaklah dia ada paper petang tuh ke, sbb dia mungkir janji kononnya mak dia akan talipon tengahari, tapi habuk pon tarak.
  3. Agak2x dah hampir 12 jam accident berlaku, dan mak bapak student tuh macam tanak nego, terus je report polis. kenapa masih bersabar sampai terpaksa angkut anak laki ke balai polis sampai jam 2 pagi.
  4. Dah jumpa mak budak tuh kat balai, dan dia puji anak anda comel what so ever, jgn terlebih ramah. Tak payah angguk kalu dia kata kesian kat budak2x terpaksa tunggu kat balai smpai jam 2 pagi. kalau boleh, lempang je mulut dia,
  5. Kalu ada mak cik student tuh kata "eh... dia kata keter dia kena banyak, kemek sikit jer acik tengok..". Sumbat mulut acik tuh dgn helmet polis! dia ingat yg calar tuh, org cat balik kt area calar ke? dia ingat cat balik pakai crayon? 
  6. patuh, kalu polis tuh kata, hal kecik kenapa nk di bawak ke balai...? pijak mak budak tuh depan polis sambil bagitau.. " saya tanak bawak ke balai, saya tau renyah nyer proses, tapi ni hah, encik tolong explain kt org di bawah kaki saya nih".
  7. pastuh, bila nak amik keputusan kes dgn koperal pompuan bergincu merah menyala yang pandang anda dengan hidung dan menendang anda mcm bola... kepit je bibil mungil dia tuh dgn stapler besar. nak beli keputusan kes pon payah. tanya bila siap pon tak tahu. dah le kena bayor extra 2 hinggit sbb report aku lebih panjang 3 baris drpd report org lain (BUKAN EXTRA PAGE PON!!! grrrr....)... hampess la lu polis... nak suruh aku hulur la tuh, baru report kes boleh siap cepat. sorry nyah, dari aku hulur duit kat ko, baik aku hulur duit tuh belanja mat rempit isi minyak motor bia dia boleh merempit dan eksiden lagi. biar keja ko lagi banyak. hamnpess!
  8. kalu mak budak tuh nak suruh repair tak pakai insurans pulak (sbb anak dia kena 2 saman: satu, langgar orang, dua: tak bwk lesen yg valid) caci maki jer dia. hangguk ko! dari awal, aku nk setel, ko nk bawak gi balai. berminggu2x aku seksa nk bolos ke dlm keter sbb pintu keter tak leh bukak, baru skang ko kata nk bayar pulok?... ko nih manusia jenis apa? nampak jer cam baik, tak leh bawak berunding. selfish mcama cipan...
  9. aku rasa aku kena stop, sbb aku rasa mcm nak lempang jer budak student tuh ngan mak dia. 
 sekian, terima kasut.
terima kasih kepada sang dia yang selalu menyabarkan saya!

Tuesday, April 26, 2011

S.T.R.E.S.S

 Time flies so fast.

tensen.

serious.

sangat tension 



Depression. Its hurt. Anyone. Anywhere. 
  

 mana pergi sang dia kepunyaanku?

mana pergi kawan-kawan yang kita suka

mana pergi orang-orang kesayanganku


Tiada.

Yang tinggal hanya aku dan Tuhanku!
 

Bak kata Avril Lavinge:

All my life I've been good but now,
I'm thinking 'What the hell'
All I want is to mess around,
and I don't really care about
If you love me, if you hate me,
you can't save me, baby, baby
All my life I've been good but now,
whoa 'What the hell'
 

Monday, April 18, 2011

Happy birthday Abang Luqman

He is 4 today! I am speechless. Do not know what to write, and how to say it. What ever it is, as long as nyawa ibu dikandung badan... ibu akan buat yang terbaik untuk kamu. Nanti bila ibu telah tiada, hanya doa kamu dan adik2x sahaja yang boleh membantu ibu di sana. Kami semua sayang abang!
Gambar baru lahir. overdue. 10 bulan 10 hari. Keluar2x jer, rambut and kuku sangat panjang. Nampak tanda merah di dahi? sama macam Atuk Din, kalu marah, tanda ini akan keluar!

Dari kecik hingga sekarang, suka tidur denagn ketiak terbuka. Nampak telinga sendal ngan cotton ball? Gara2x telinga kemek dek tali pusat. Nasib cek gigih repair telinga time dlm pantang, kalu idak, Luqman kekal dengan gelaran Luqman telinga sepet!

Rambut pacak!

Sampai umur setahun, bila rambut pacak dah kena potong, terus tinggal rambut sejemput, makan dek bantal

Macam muka Syifa! Still dgn gaya tidur ketiak bukak. Baju nih Acik Wawa yang bagi, skang still dipakai oleh Syifa'.

Rambut still makan dek bantal. Baju nih Auntie Junita yang bagi, dah 3 generasi turun ke Syifa'.


Heheh... pipi timbul.

Masa nih ikut ibu gi Taman Negara rasanya...

Antara gamba yang saya suka


Masa birthday 2 tahun!

Sampai sekarang, memang suka pets. Kucing, ikan dan kura2x.. pernah minta bawak balik biawak untuk dibela. Ibu rasa, nanti kamu jadi pegawai perhilitan pun tak per Luqman, membela fauna2x di luar sana.

Time lepak2x kat Taman Tasek kepong

Bila tengok gigi, teringat time bersusah payah nak gosok gigi masa kecik2x dulu, in order nak jadikan brushing teeth is an enjoyable routine. Gigi ibu masa kecik tak secantik gigi kamu. Gigi abi? hmm... lagilah ke lauuuut! Tapi dgn usaha abi itulah (atas arahan dan bebelan ibu), gigi kamu secantik ini.

Kami sekepala. Boleh menjadi geng sengal saya. Muka dia pon banyak mirip saya, kan?

Masa birthday yang ke 3 tahun, di UiTM puncak alam. Tahun nih, tak sempat ke sana.

Time nih rasanya tengah mengandungkan Nufail. kemaruk sangat nak anak pompuan.

Time nih tengah mengandung kan Syifa'. Still ibu kemaruk nak anak pompuan, sehinggakan sengal dan menjadikan anak mangsa kemarukan.
Raya 2007. Baju nih pun Auntie Junita yang bagi. Tapi, dipakai sampai Nufail jerk. Syifa tak bagi pakai lagi! heheheh

Raya 2008

Raya 2009

Monday, April 4, 2011

penat dan penawar

hmm... sudah pukul 5.30pm. saya sangat penat... penat! penat!!!!! saya mau pulang. kembali ke akar umbi saya. kembali kepada mereka yang telus... peluk cium dan menggomol mereka, supaya hati ini lebih tenang. sudah lah, saya mau letak jawatan... (ps: untuk hari ini sahaja). pagi esok, saya akan time in semula sebagai pekerja. selamat kembali ke rumah!

sedikit gambar untuk kenangan. inilah harta saya... ! 

owh... budak yang setiap hari berdebat dan bertikam lidah dengan saya. 
owh... budak bulat yang saya rasa saya spent sgt sedikit masa dgn dia. tengok pipi... pipikah itu? adakah kuih paw?


ustaz saya!
kalu gi tesco, sumbat semua anak dlm troli. dalam hati... eh, ramainya anak awak, bang! penuh satu troli...