Friday, March 25, 2011

terima kasih tuhan.. terima kasih kenkawan...

gambar kiri: takyah diperjelaskan lagi ok, mungkin sumer org boleh paham. gambar kanan: ibu menyusu yg guna poncho penyusuan... ada baby tengah menyusu tuh!

 kami akan dapat kembali sang dia hari ini. minggu ini adalah minggu terakhir beliau berkursus, dan semoga selepas ini hidup kami kembali normal. saya tak payah berkejar2x seorang diri menguruskan anak2x comel yang berderet itu. saya harap saya boleh lebih luangkan masa bersama Syifa'.. saya harap tetiap hari saya tak perlu lagi menegeluarkan suara berpitching tinggi kepada Luqman untuk mengingatkan rutin2x beliau yang seharusnya berulang2x dan berkisar dengan perihal yang sama. saya harap saya tidak lagi terduduk dengan aksi nakal Nufail yang belum 'masak' sepenuhnya itu...

mlm tadi, dia duduk lagi di atas kepala saya ketika saya sujud bersolat. sakit, ok... sbb dia henyak2x mcm naik kuda. Semoga Allah boleh mengjudge seadil2x nya solat maghrib saya yg selalu ke laut dan selalu bersambung sgn solat Isya' itu.

masa saya di Ampang puteri seminggu, pernah saya tertengok dahi sang dia yg agak lebam. dalam hati, saya agak bersyukur dan heran.. "wah, laki makcik dah insaf kah sepanjang makcik di hospital?" yelah, bila nmpak laki masuk wad dgn lebam di dahi mirip org yg banyak bersujud, hehehhehe... hati makcik berbunga... semoga sujudnya yang panjang menambahkan keimanan beliau, dan ini sudah tentulah diharapkan keimanan beliau itu menjadi pembimbing dan pelindung kami di kehidupan yang satu lagi.(isteri yg bersangka baik)...

tapi arghh!!! saya mcm nk pecah perut bila tau lebam di dahi itu adalah hasil kerja nufai yg suka menunggang beliau ketika beliau bersujud. Ya Allah! kuingatkan lebam cahaya keimanan, rupanya, lebam sebab anak kerjakan... heheheh.. nufaill... oh nufaill...

alhamdulillah, stok susu saya adalah memberansangkan kali ini. chest freezer saya sudah tiga suku penuh, itupon saya suka hati lambakkan susu sbb space nya besar. setakat ini, kesihatan Syifa' adalah ok, dan ini menambahkan lagi keyakinan saya yang frozen EBM jauhhhhhhhhhhhhh lebih baik dari susu formula yang mahal... 

di ofis pun, hasil perahan masih lagi dalam keadaan terkawal, tidak negatif. dengan tuntutan masa yg limited, wind tunnel yg run ikut suka hati student, ISO yang mencengkam otak, saya masih lagi mampu mengawal emosi untuk tidak tensen. terima aksih kepada kenkawan yg banyak membantu dlm apa jua bentuk pun, kalu idak, saya merasakan saya sgt keseorangan.. dahlah kat rumah sensorang tanpa sang dia, kat ofis kalu saya sensorang jugak, mungkin saya boleh mati katak! bukan saya la.. jiwa saya..!

ps: hati berbunga... tak sabar nak jumpa sang dia.

Thursday, March 24, 2011

adoyai!.. perihal cikgu shida sehingga ke dato' T


adoyai! (sambil tepuk dahi)..

apela mereka ini. skang, sumer org nak buat video. sumer orang nak upload kat youtube, sumer org bercakap pasal 'rakaman'. dari cikgu Shida dari Parit, sampai la ke Datuk T yang 3 ekor tuh....

Pasal cikgu Shida dari Parit, memula, teman idok le layan video2x klip cikgu tuh. tapi, ate bila dah keluor TV, radio dan Dato' Siti pun agak2x tercabar sbb video cikgu ramai org tgk kat youtube, mengalahkan video klip beliau, so, teman rasa terpanggil le nk nengok dan mengenali cikgu Shida nih. bila teman nengok video cikgu, pertama sekali yg muncul dlm otak teman, hmm... cikgu nih talented dlm skill miming dan menghafal especially lirik2x lagu omputih (Akon etc) dan juga skill video editing. bila terpikir kali kedua, kenapa la cikgu shida mcm nih ekk..? apakah perasaan beliau, mengupload video sebegitu. mahu jadi ana rafali kah? mau glamer murah kah? (... dan sudah glamer pun...), atau beliau ini ada skru yg tercabut kah...? (maaf ye cikgu shida)... tapi, bila teman nengok gambo cikgu jd suhaimi meor hassan, dgn menampakkan sedikit rambut (aurat) cikgu tuh, teman terus berdoa supaya cikgu shida tidak ler lari jauh bebenor daripada apa yg sepatutnya. kan ke elok kalu lepas nih cikgu buat video2x klip yg lebih interaktif untuk tarik minat anak2x murid cikgu belajor bahasa. saya dulu pun suka copy dan hafal lagu2x omputeh nih cekgu weh, sbb itu pon cara nak tambah vocab juge... apapun, semoga Allah merahmati anda.

pasal 3 ekor datuk T tuh plak, saya secara tak sengaja tertengok press conference mereka di TV3mlm tadi. Apa yg terfikir dibenak saya adalah:
  1. Berapakah wang rakyat yg digunakan untuk terhasilnya video klip tersebut. Dari bayaran kepada pelacur pelakun 2x.. bayaran (read as: suapan) kepada ahli2x politik, bayaran (read as: suapan) kepada 3 datuk TOLOL, bayaran kepada perakam, pencacai, dan mereka2x yg berusaha gigih itu. Semoga Allah merahmati mereka.
  2. Apakah yg wanita itu sedang buat sekarang, ketika org dok heboh sembang pasal video beliau? adakah beliau sedang merakamkan aksi yang lain, atau sedang bermewah-mewahan dengan duit yg dia dapat (hei whore.... entah2x duit aku bayar tax yg ko dpt tuh tau!!), atau sedang berada di katil berasama lelaki yg sama sambil tgk buletin utama Dan ketawa berdekah2x, atau sudah dibom oleh C4 yg abu mayatnya mungkin dah tercampak dekat sungai memana.
Cuma saya terfikir, apakah perasaan menjadi makcik Wan Azizah, isteri org yg dikatakan difitnah itu? sabarnya beliau..... tabahnya beliau, sbb saya tgk dia sentiasa di belakang suaminya. tak kesah lah cerita ini benar atau salah, wajah beliau tetap sama. ada ke buat press conference menangis2x mintak simpati. bagaimana beliau mengahadapi tekanan sebegitu, yer...? 

andai cerita ini benar, dan sejauh manakah beliau boleh cover 'cool' dan berlakon mengatakan perkara ini tidak benar dan mainan politik parti kerajaan? bagaimana beliau boleh menyimpan emosi sebagai seorg perempuan, isteri dan ibu.. di depan media. 

dan andai perkara ini tidak benar, saya tabik sangat kekuatan beliau yg sentiasa menyokong suami beliau. Hei, org dok mengata laki aku gay, laki aku suka skandal and bla... bla... dan semuanya yg berkaitan denagn keperibadian dan akhlak yg rendah.. dia tak tensen kah? dia tak malukah? 

Lnataklah org nak kata apa, tapi saya admire lah beliau...semoga Allah merahmati beliau juga, tak kesahlah cerita ini benar atau salah. saya pon tidak tau, dan tak mahu ambil tahu. tp dgn adanya teknologi dan media massa, saya tetiba terboleh tahu juga...

hmmm.. betul lah org kata, di sebalik kejayaan dan kekuatan seorang lelaki, ada seorang wanita yg menjadi tonggaknya...  

Friday, March 18, 2011

rindu


Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia

Asal masih adanya kamu

sang dia tak balik minggu nih. terkujat la anak2x bersama ibunya tak ada xtvt special weekend nih. saya? haish! saya mana terkujat. berbakul2x kain menunggu saya untuk dilipat. berduyun2x anak2x sang dia menunggu saya untuk diberi perhatian. hehehehhe tapi.. nuuuuuuuuuuuuun jauh di sudut hati.........
saya rindu! 

Wednesday, March 9, 2011

nasib si pembaling kasut



hrmm... hari ini saya penat. penat sungguh. rasa mcm nak jerit kat semua org  yg saya jumpa..."TENGKORAK HANG!!!!" biasalah, bila semut kecil marah kat boss besar... rasa mcm nak baling kasut jer..  mana tanyak... poyo poyo nak certificate yg glamer, tapi duit pon ada 2 hinggit jer! marah!!! marah!!! dah half way buat kerja, baru tau duit tadak. sebelum nih canang2x cam ada duit... dah tuh! terpaksa lah hamba sahaya ini make it done! make it done! make it done! haish!! baling kasut kang!!!

teringat pg td sy dgr cerita dr satu radio skema di m'sia ini. DJ tuh bercerita pasal reporter yg baling kasut dekat Bush dulu. lepas kena penjara semala 9 bulan, bila dia keluar, company tpt dia kerja dah sediakan rumah 4 bilik kat dia. pastuh, ada org sponsor kereta dan banyak lagi lah... saya tak ingat. tp dua yg paling best yg saya ingat, ada jutawan maghribi bagi dia kuda berpelana emas. dan ada org tawarka kasut yg dia baling tuh dgn harga 10 juta dollar!

agak2x kalu hari ini saya baling kasut ke muka boss saya, atau boss kepada boss saya, atau boss kepada boss kepada boss saya, atau sesiapa sahaja yg saya pon tatau saya marah kat sapa... agaknya, lagi 9 bulan hidup asaya berubah mcm reporter tuh tak?

ha ha ha ... verangan la...

Tuesday, March 8, 2011

s.l.e.e.p.y



hari ini hari wanita.
mungkin itulah sebabnya saya mengantuk.
apa kaitan?
kerana kewanitaan saya tercabar kah?
ha ha ha.
malam tadi, tidur pukul 9pm, bangun pukul 3am.
gara2x anak bujang yang booolat itu demam.
temperaturenya overshoot without noticed.
petang semalam sekali di school, dan pukul 3 pg lagi sekali.
hmmm... nampaknya, bila time begini, antibiotik perlu di ambil.
bawak ke doktor, mak aiii....
sementara tunggu turn, dia punya active langsung tak nmpak macam demam...
spt di agak, gegendang telinga sebelah kanannya bengkak.

saya mengantuk.
even sambil expressing EBM inipun saya mengantuk.
hrmm... harus berjoggig seround dua selepas ini untuk hilangkan mengantuk
t-shirt dan sport shoe memang selalu ada di opis ini...
maklumlah, opis ku rumah ku syurga ku...

petang ini kena singgah pasar tani.
kerana ada rorg nak makan satan.
satan = sate..
ok, lepas jogging, amik budak2x, pastu balik umah.
on d way, singgah pasar tani beli satan.
amik syifa', pastu dinner, mandikan bebudak.
selepas Isya'...  dah boleh tido!
ooops, kena ajar si dia mengaji Iqra' dulu.

nampak macam pendek je 'to do list' before tidur.
tapi hakikatnya:
  1. dah sampai umah, angkut barang dr dalam keter bwk pegi dapur.
  2. simpan EBM letak dlm peti es. 
  3. angkat baju kat ampaian.
  4. kalu rajin, siram pokok bunga. Alhamdulillah sang hujan dh tolong siram hari ini.
  5. bagi ikan makan. 
  6. kalu syifa' tak tido, susukan dia dulu.
  7. anak2x tgk tv, buat xtvt sendiri. 
  8. sorting EBM, mana yg perlu bwk esok, mana yg perlu masuk freezer.
  9. Thaw EBM untuk lusa.
  10. rendam air panas pum yg comel itu.
  11. simpan ice bag, ice pack dr cooler box syifa' (yg bwk dr umah pengasuh).
  12. strile sumer botol susu syifa' dan bekas2x EBM (strile hari2x coz she is < 6 months).
  13. simpan pinggan mangkuk yg dicuci semalam n pg tadi kat almari.
  14. basuh cawan2x pagi tadi.
  15. sorting baju kotor budak2x. asingkan mana yg ada tumpah bihun, air milo, yg bau muntah, spender yg bergulung dan basah, bla... bla.... bla..
  16. serve dinner.
  17. basuh pinggan dinner.
  18. selit semayang maghrib.
  19. mandi kan budak2x dan gosok gigi
  20. pakaikan baju. belek tahi telinga  dan bla.. bla.. bla...
  21. mandikan diri sendiri.
  22. selit semayang Isya'.
  23. tukar pampers Syifa', tukar baju.
  24. Luqman minum susu.
  25. sessi bagi makan tortoise 
  26. siapkan beg skolah anak2x untuk besok.
  27. siapkan susu nufail 
  28. Iqra'.
  29. sessi menalipon ibu di kampung dan sang suami yg jauh di perantauan.
  30. letih dan sessi tido bersama anak2x tanpa sengaja. 
hampir 30 kerja rutin antara jam 7 malam sehingga 9.30 malam. timing semuanya bergantung sama ada syifa' tido atau berjaga ... owh! semuanya untuk mereka. mana masa saya nak sapu losyen kat badan? bila saya nak pakai masker? bila saya nk tengok Glee? bila saya nak beronline tgk web resepi? bila saya nak buat senaman kucing bangun tidor agar sakit badan saya berkurang? bila saya boleh bersantai di sofa sambil baca majalah wanita? bila? bila? bila?

owh... dalam mimpilah jawabnya....!

Monday, March 7, 2011

hari ini




  1. Hari ini, genap sebulan saya memulakan kerja selepas bercuti panjang berpantang selama 60 hari.
  2. Hari ini, genap sebulan Syifa’ di rumah pengasuh, bergantung sepenuhnya kepada EBM di siang hari semasa sy bekerja.
  3. Hari ini, genap sebulang ‘sang dia’ berkursusu di PD. Dan sekarang, beliau tgh sibuk dgn mid-term exam nya.
  4. Hari ini, genap sebulan kami berempat beranak  bertunggang langgang di rumah seumpama kain baju yg dicuci menggunakan mesin basuh side loading.
  5. Hari ini, genap sebulan nufail bermendung dan berhujan air mata setiap kali saya meninggalkan beliau di educare. 
  6. Hari ini, genap sebulan saya tak pernah time in sebelum jam 8 ditempat kerja!
  7. Hari ini, genap sebulan saya ke tempat kerja dgn peluh di dahi, hidung berkilat dan comot2x… bukannya tak sempat sapu bedak dan liptstik sebelum ke tpt krja, tp itu berjaya di lunturkan oleh kekalutan saya di pagi hari yg indah.
  8. Hari ini, saya tak sangka saya boleh mengharungi sebulan yg sgt suspen itu. 
  9. Hari ini, bila tengok date dan harinya, saya mengimbau kembali apa yg berlaku di pagi isnin di tarikh yg sama di bulan february yg lepas.
  10. Hari ini, saya nak satu dunia tahu, saya masih lagi bertarung untuk hidup tunggang langgang sebegini untuk sekurang2x sebulan lagi, yang akan mendatang.
  11. Hari ini, saya  melepaskan satu keluhan yg berat dan besar, yg saya sendiri tak pasti, adakah itu satu keluhan kelegaan, keluhan puas hati, atau keluhan…”wah, I can’t believe I can do it!”… atau keluhan…”argh! Malas aku nak piker, redah jer lah!” atau keluahn….”sebulan jer lagiiiiiii!!!”
  12. Hari ini, genap sebulan say berdoa supaya setiap hari Allah berikan saya kesabaran sehebat Gaban. Maksudnya, kesabaran saya mengatasi rasa marah saya selama kurang dari 0.03 saat sahaja… jika lebih dari itu, mungkin ada anak kecil yg akan menjadi mangsa ketidaksabaran saya.
  13. Tapi yg paling best, hari ini, syifa’ Berjaya menelangkupkan diri, dlm attempt nak meniarap! Wah, milestone beliau sgt cepat berbanding abang2x nya yg lain. Walaupun lepas ini saya terpaksa tambah sensitivity sensor pengawasan terhadap beliau, tp sy still teruja sbb dia dah nak meniarap. Tapi, perlu di awasi selalu kerana beliau belum dpt menegakkan kepala lagi bila meniarap. Ia seumpama menelangkupkan sebiji kuali yg berpipi tembam. Hmmm…. Bahaya dan berisiko kerana dia belum dpt mengangkat kepala dgn sempurna, mungkin kerana pipi tembam itu sgt berat dan labuh, berrespon dgn daya gravity. Hehehehe… comel. Ruginya, talipon berkamera saya yg berpixel tinggi itu rosak keypadnya dan belum sempat di hantar ke service centre.. maklumlah, hidup ibu tinggal yg tunggang langgang… tak sempat sebab seharian aktivinya padat maximum seumpama milo fuze.!

Wednesday, March 2, 2011

87 hari sudah...



Alhamdulillah, Syifa' sudah 87 hari hari ini... ekekekek... gigih kira hari lagi since saya adalah org yg berpantang 100 hari. har har har!  

semalam saja mencabar diri dgn menjoin Ummatic Run kat kampus. bukankah musuh paling besar manusia adalah dirinya sendiri, kan?? saja nk tgk, mampukah lagi berlari non-stop utk 2.5km... bukan nk sgt menang pun, tapi t-shirt dan topinya sgt mengujakan... hehheh... nampaknya, setelah setahun tak berlari, berjaya jugak berlari tanpa henti a.k.a berpura2x lari bila mental tgh gila berkata sudah penat bagai nak mati.. (eleh, mcm le tahu cenggana rasa nk mati - cakap pandai la..)... risau gak kot retak jalan2x yg dilalui maklumlah, lemak2x tepu dan tidak tepu itu sgt menggegar satu badan... terbayang diri mcm belon berisi air berkaki dua, tanpa leher tgh berlari...!

hehehehehe... dpt jugak sy bwk balik medal, saja nk simpan utk berlagak dgn housemate. tp lupa plak nak timing berapa jam minitkah saya amik utk habiskan itu 2.5km. masa ROTU dulu, setakat 2.4 km utk less than 15 minit dah kira mcm 'breakfast' dan 'minum petang'.. tapi itu dululah, 7-8 tahun yg dulu..

saya terbaca satu blog luahan hati seorg ibu yg marahkan seorang blogger yg lain perihal susu formula. ceritanya, dia x dpt exclusively breastfeed kan anaknya, dan dia sgt marah kpd exclusively breastfeeding mothers yg pandang rendah terhadap org yg bg anak susu formula..

adoyai, kaum ibu sekalian... jgn lah bergaduh sesama kita..., dan usahlah nak menjengkelkan antara satu sama lain. semua ibu pastinya berusaha membuat yg terbaik utk anak masing2x... kalau awak 100% b/feed anak awak, jgn le pandang rendah kt org yg bg susu formula kt anak depa. rezeki itu bukan 100% dari kita, bersyukurlah sbb kita ada kesedaran, ilmu, rezeki dan berjaya susukan anak kita sepenuhnya. takyah le jakun bebenor smpi org naik menyampah. kita cubalah kita ajak ibu2x yg lain dan kalu mrk tidak boleh, kita berdoa semoga usaha mereka dipermudahkan. kalau mereka memilih utk bulat2x tidak mahu menyusukan anak mereka, biarlah... itu pilihan mereka. stp org ada kisah kehidupan memasing...

kepada yg memberi anak susu formula... mungkin itulah yg terbaik utk anak mereka. kalau sudah mencuba tetapi tidak berjaya, usah berlengah lagi... terusakan mencari ilmu untuk anak2x yg seterusnya. bg saya, penyusuan ibu secra exclusive memerlukan kemahiran teknikal, apalagi untuk kita ibu2x yg bekerja dan berjauhan dgn anak sehingga 12 jam sehari. sekarang, mcm2x info bljh didapati di internet dan kaunseling penyusuan pun berada di mana2x. yg penting, libatkan diri dgn org yg betul, Insya Allah semuanya berjalan dgn lancar. jadikan kejayaan org lain sbg pencetus semangat diri sendiri.

saya pun gagal untuk anak pertama, sedikit kemajuan untuk anak kedua, dan al-hamdulillah berasa sgt maju untuk anak ketiga ini. tp syifa' baru 87 hari, dan perjalanan masih panjang untuk mencapai goal sy menyusukan dia sehingga 2 tahun dan ke atas. cumanya sekarang, akibat kesopanan dan kesusilaan beliau itu, sy dpt menyimpan stok yg boleh lah dikatakan byk berbanding dgn sebelumnya. saya dah beli chest freezer sekarang. hi hi hi hi.... sesapa yg nak tumpang letak daging lembu/kambing/unta, boleh lah contact saya. hahahahha...!

lagi 2 tahun, kalau saya berjaya menyusukan Syifa' secara exclusive... owh, maka tercapailah KPI saya! yang saya kena make sure adalahh..... jeng! jeng! jeng!... saya tidak mengandung lagi untuk 2 tahun akan datang. kerana, itulah punca kegagalan program penyusuan exclusive saya bersama Nufail tahun lepas... hi hi hi..!
what to say.... tomorrow will be better, kan? sometimes bila kita down, fikirlah, it is not too late to make changes.. better late than never.

ps: kena tambah sub-KPI kdp main KPI. main KPI: menyusukan syifa exclusively untuk 2 tahun (at least)... sub-KPI: tidak mengandung untuk 2 tahun ini (at least!).. ha ha ha