Thursday, December 22, 2011

cinta tak seharusnya memiliki (part 2)



SIRIM is coming to audit the laboratories today. hati ini menangis melihat beberapa documents yg tidak betul. beberapa term yg tidak betul, beberapa program plan yg tak sempat saya laksanakan di laboratory.
Hati ini menangis bila buddy saya pun tak bercakap dgn saya. saya tau beliau stress dan akur. kenapa akur kawan... beranilah pertahankan yang benar. But I knew she has her own reason for doing this.

sayang. saya sayang dgn project ini. sayang sangat. 15 bulan. bermula dari hampir zero. cukuplah untuk memberitahu netapa sayangnya saya terhadap project ini.

saya tidak pernah berhadapan dgn QU yang bekerja sebegini rupa. di manakah kredibiliti mereka? di manakah prinsip mereka sbg Quality personnel? apakah alasan mereka? tekanan orang atasan? lalu diikutkan sahaja? mengejar RU status yang menjengkelkan? demi duit research yang berjuta-juta...?Setiap hari, 2x saya akan baca slogan yg kita banggakan.. 'Garden of knowledge and virtue'.... Virtue? di mana ia? apa buktinya? ..

kecewa. saya sangat kecewa. sedih dan marah sudah lah tentu. tapi saya tetap mendoakan ada ganjaran dari Nya untuk kawan2x yang saya sayang, yang masih di dalam team. bersusah payah. memendam rasa. Kepada mereka yang ada sedikit kedudukan dan kuasa, semoga Allah memberi petujnuk dan hidayahnya.

Yakin dan belajar untuk redha di atas perjalanan projek ini....

Monday, December 19, 2011

cinta tak seharusnya memiliki


Buat julung-julung kalinya update blog time office hours. aci tak sebagai reward untuk diri sendiri.. hahahhaa.. bengong nye alasan..

saya dah resign dari functional post sbg QM untuk ISO17025. tidak pernah terlintas utk resign dgn cara sebegini, tapi apakan daya, saya pasrah kepada aturan Ilahi untuk percaturan ini. bermalam2x saya tak tidor memikirkan keputusan ini, dan mungkin ini yang terbaik, terutama untuk diri saya sendiri.

selfish? pentingkan diri? whatever, people can judge me. apa penilaian org terhadap saya tidak sepenting penilaian Allah terhadap apa yg ada di hati, naluri dan jauh di dasar qalbu saya ini. orang mungkin mengata, teammate mungkin kecewa, ada yang mencebik, mencemuh dan mungkin ada yg bertepuk tangan. mungkin ada juga yang tidak peduli. ha ha ha ha... semua itu mungkin sedikir sebanyak akan menggoyahkan perasaan dan fikiran saya yg waras, namun sbg manusia biasa saya patut rasa benda ini normal dan cuba menangani nya sebaik mungkin. apa yg penting, penilaian Allah terhadap apa yg saya buat.

15 bulan saya usahakan projek ini. bermula dari hampir 'zero' dan tiada apa-apa.... sehinggakan dah nampak rumahnya... tinggal sikit je lagi nak beautify, tetiba begini jadinya. sedih dan sangat kecewa tak payah lah nak cakap. tapi, yg penting, saya nak mereka tahu yg saya bukannya lembu yg dicucuk hidung, buleh disuruh buat sesuka hati walaupun benda itu terang dan nyata tidak betul. salah!.. mungkin kita lepas kali ini, but we will suffer in maintaining the quality. oh, we? bukan 'we'... kami yg suffer nanti... siapa kami? QM lah yg akan suffer.... semuanya di atas batu jemala patik...

huhuhu.. apa guna jadi QM kalau tiada control. kami dh cakap jgn datang audit lab lagi, kami belum ready, kamu redah jugak. kami dah cakap internal audit nih tak valid, tak ikut procedure, kamu kata tak apa, biar jer kena NCR. kami dah kata findings nya byk yg major, bukan minor, kamu lebih percaya kepada internal auditor yg baru sekali dua belek ISO clause berbanding kami yg dah lunyai belek buku clause tuh.

apa guna jadi QM kalu top management tak support. apa guna jadi QM kalau tak diberi kawalan. apa guna jadi QM kalau tak diberi peluang. kami yakin kami boleh buat yg terbaik toward zero NCR, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. Kami kata DSM pun bagi 2 tahun untuk dptkan accreditation, kamu kata takpa, kamu nk kami buat magic, buleh dapat nih dlm masa dua bulan... kami kata, buat apa nak bekerja untuk audit yg fail, kamu kata tak apa, kita dah tak dak masa. buat je flow tuh...

apa guna jadi QM kalu rekod NCR melambak2x... sedangkan puncanya hanyalah kerana top management tak nagi masa yg munasabah. apa guna jadi QM kalu suara kami tak di dengar.

so, kepada top management yang bodoh piang... good luck dan terima kasih kerana mengajar kami untuk buat kerja yang sia-sia. kepada kenkawan yg masih akur dan patuh, yakinlah Allah adil dengan kita. mungkin anda semua tak boleh lari seperti saya. saya minta maaf, bukan saya mementingkan diri. pantang saya buat kerja tak habis dan tak bertanggungjawab atas apa yg usahakan. tapi, saya nak tp management tahu, yang saya ada prinsip dan maruah saya sendiri. saya tahu apa yg saya buat.. dan saya takkan menzalimi diri saya, dgn meletakkan diri saya sbg QM dan berharadapan dgn external auditor dalam keadaan yg sebegini. saya malu.. kerana saya tahu, saya boleh buat lebih baik, jauh lebih baik dari NCR2x yang sudah dijangka itu..

ruyung dah dipecahkan! cedoklah dengan cara apa pun...!

nota untuk anak2x ibu: semoga lepas nih, ibu tak perlu lagi buat balik kerja2x ISO kat umah... buleh le kita golek2x sama2x... 

Monday, October 24, 2011

zara marissa nur syifa' oooo zara marissa nur syifa'

isk, kalu dgn saya 24 jam mukanya cenggini, bagaimana hati ini mau tenang, fikiran ini mau waras??

 gadis kenit ini sudah 2 bulan boleh berjalan... huhuhuhuh... sangat remaja beliau sekarang, saya rasa. beliau adalah seorang pemerhati. suka benor perhati tingkah laku abang2x dan ibu... kenkadangs aya terkejut bila dia tiru balik gaya2x seperti bercakap telefon, pakai sandal saya, amik breastpump saya main2x ala2x mcm tau guna gittew... which is sangat tajam apa yang beliau perhati. beliau dengan gigihnya cuba beberapa kali buka pintu sliding door, buka selak pagar tangga dan yang paling mengejutkan, hehehheheh... beliau pernah menggayakan perfume kecik saya ala2x lipstik.

oh noo..!  janganlah matang sebelum usia anakku... ibu tak sempat lagi nk kejar milestone perkembangan kamu, kamu dah berlari jauuuuuuh tinggalkan ibu yg timeless, breathless, energyless dan careless ini. huhuhuhuhu... sejak dah boleh berjalan nih, saya sedar yg bau baby dia dah semakin hilang. dah muncul bau 'toddler'! maknanya, dah bau seperti orang yg bakal mencabar kesabaran ibu dgn tantrum dan kerenah dan keletahnya.... huhuhuhuh.. bersangka buruknya ibu ini terhadap anak sendirik!!!

huhuhuhu.. mana tidaknya, sekarang beliau berpenyakit 'asyik-nak-dukung-dgn-ibu' sahaja, sehingga saya benar2x tensyen. dah le berat 10kg, dia asyik nak melekap dan melekat sahaja. I don't mind kalau hanya beliau sahaja yang perlu dikendong dan ditatang... tapi, ada lagi 2 abang yg perlu diberi makan, diberi perhatian... saya boleh abaikan kerja2x umah dan boleh buat selepas beliau tido... tapi, takkan la nak masak, nak poo poo, nak mandi, nak solat pun segalanya selepas beliau tidur..?

hhuhuhuhuh.. can you compromise, a littele bit, my dear? bagi ibu solat dan berada di dalam toilet dgn tenang... percayakah anda, sampai satu tahap, saya berus gigi dan cebok poo poo nufail sambil dukung beliau?? huhuhuuh... kalu korang tak percaya, ada aku kesah? hehehhe...

isk, apa kena dgn beliau ini, huh? ada sesapa nk bagi idea/pendapat/nasihat/tunjuk ajar? please la... kerana saya sgt tertekan dgn keadaan ini. SAYA TAK BOLEH BUAT BENDA LAIN BILA SYNDROME INI MUNCUL!!!! sedangkan saya banyak kerja, saya kesuntukan masa, saya kurang tenaga, ada lagi 2 anak yg meemrlukan saya... huhuhuhuhuuhu.... please la Syifa'............................................

Tuesday, October 11, 2011

Adudu VS Adoyai

Frankly, siri Boboiboy lebih menghantui saya berbanding Upin dan Ipin. kenkadang tuh, time weekend, ibu adalah lebih over berbanding dgn anak2x. namun, karektor Adudu -  Robot hijau ketua penjahat bermuka empat segi tanpa hidung lebih terkesan compared to si heronya. Hahahhaha... tapi citer nih memang best dan boleh jual la. Cume mungkin terlalu banyak dialog “Tak guna!” yang digunakan, kenkadang membuatkan anak2x saya tersyasyul jua.

Sesekali, best juga kalu saya jadi Boboiboy. Boleh keluar kembar jadi 3 orang. So, sorang satu boleh jaga Nufail, Syifa’ dan Luqman. So, takyah lah saya kelek syifa’ sambil basuh poo poo nufail. Berat OK. Gadis 9 kg yang sudah petah berjalan ke sana sinun itu suka merengek dan berdukung semasa ke’ada’an saya. Nak saya kepit je sokmo celah ketiak.... teman beliau bermain dan gomol2x.... isk, mana bisa kok ibunya banyak kerja umah dan banyak anak lain yg perlu diberi perhatian jua....

Weekend lepas, setelah sebulan saya menjadi ibu tinggal, maka sessi port-mortem dan mengaudit diri dan keluarga pon dijalankan. Yelah, banyak kelemahan di pihak saya, yg emo, yang marah-marah, yang penat, yg meraung, yg stress.... setelah ditimbal balik gedebak gedebik, mungkin mengambil bibik menjadi opsyen terbaik setakat ini. So, saya boleh lah sub kerja2x mengemas umah, dapur, kain dan pinggan mangkuk kepada beliau, supaya saya boleh memberi banyak masa untuk tengok tv, belek muka dan body, membuta, main facebook untuk anak2x dan rehat.

namun, jauh di sudut hati.... owh, itu opsyen mungkin terbaik untuk sang dia. but not for me. hati saya gundah gulana. rimas bila ada wanita lain orang lain di umah saya... mana mungkin ada org sentuh pinggan mangkuk selain saya... isk, gi mana mau ditinggalkan nufail dan syifa' dengan orang asing yang kita tak tahu hati budinya.... argh!!!!! saya perlu lebih berfikir dan mencari jawapan dari Dia lagi.... so, KIV OK, bang..!

entry kali ini saya nak citer cenggana saya manage laundry. ini adalah sbg escapism dan membuktikan yang saya still boleh manage laundry tanpa bibik, hahahhahha... (ayat untuk menyedapkan hati sendirik)

saya ada mesin basuh 17kg yang besar. saya cuci baju 2x seminggu, dengan 1 trip di tengah minggu (selasa @ isnin), dan 2 trip di hari sabtu. anak2x saya especially si comot nufail memang menggunakan baju yang banyak. mungkin kerana mereka suka buat 'art attack' di baju mereka sendiri atau saya yg jenis rimas, tak bleh tgk budak pakai baju comot-terus suruh tukar.

bersepadan dgn anak yg ramai dan washing machine yg besar, saya ada 7 bakul kain yg besar di samping bantuan 2 baldi kecik. 2 bakul kain untuk letak baju kotor di tingkat atas dan bawah, sementara baldi digunakan untuk campak cloth diapers syifa' sementara tunggu queue untuk di cuci di hujung minggu. 5 lagi bakul kain adalah kepunyaan kami seorang satu. 

biasanya, saya (dan encik suami: kalau beliau ada) akan hang baju di hanger, pada malam hari, dan esok pagi baru keluarkan untuk disidai. cabarannya bermula selepas kain di angkat, sbb sebagai ibu vogue yg ramai anak dan tak banyak masa, mmg saya tak sempat nak lipat kain. sbb itu almari dirumah yg kecik nampak besar sbb banyak ruang kosong sbb kain baju berlipat tak sempat nak lipat dan susun elok2x dlm lemari. takpe.. takpe.. itukan almari umah saya.. bukan umah mak mentua saya... hbahahahhaah... ada mak mentua aku kesah? hahhahahah lagi...

fasa 1 - biasanya Luqman dan abi ditugaskan untuk mencabut baju dari hanger n campak lah kat mana bakul yang kosong.

fasa 2 - luqman dan abi ditugaskan untuk membetulkan baju kain tersebut dan sorting ke dlm bakul setiap org. biasanya kita akan sidai terbalik untuk mengelakkan dari luntur di makan cahaya matahari. fasa ini sgt menyeronokkan luqman sbb dia akan tentukan, bakul siapa yg menjadi juara. maksudnya, bakul siapa yg paling penuh, maka manusia itulah akan menjadi juara di minggu itu. biasanya, fasa ini mmg Luqman champion sbb kenkadang abi akan merujuk kpd beliau masa nk sorting, sbb tak familiar dgn baju anak sendiri. natijahnya, kalau tersilap masuk bakul, saya akan menyinga dan mungkin membebel 2-3 chapter. hahahhahaha...

fasa 3 - sessi susun bakul yg dah penuh bawah tangga. so, fasa ini mungkin memakan masa yg panjang atau pendek, bergantung kepada kesibukan dan mood tukang lipat. sayalah itu. but don't worry, fasa ini tidak idle, sbb kenkadang baju akan terus dipakai fresh dari dlm bakul. so, ini adalah fasa yg paling sibuk. sbb dah sorting ikut tuan, makan amatlah senang nak mencari especially benda yang kecik2x, yang tak perlu di listkan di sini.

fasa 4 - fasa ini amat mudah, setelah fasa 1,2 dan 3 telah dibuat dgn jayanya. biasanya, untuk 5 bakul penuh, saya amik masa dalm 1 jam setengah je utk di habiskan. dan saya rasa sangat AWESOME!

fasa 5 - saya tunggu nufail besar je sikit lagi untuk training beliau terbalikan baju, identify baju dan sorting baju. ini bagus untuk kawalan motor dan menyambungkan sel sel otak beliau. selain itu, manpower saya pon bertambah... haahhaha.... cuma, harapnya, dalm masa 4 tahun ini, saya tak perlu tambah bakul lagi!... huhuhu.. 5 pon dah cukup lah... eh, kalu ada bibik, mesti membazir bakul2x ni kan, tak digunakan lagi...?

sekian , terima aksih.


Thursday, October 6, 2011

Pinggan Mangkuk Meriah

(This is a sticky entry. Kindly scroll down for the new entry) 
Yo, guys! Check it out.. This is my new baby... Macam macam ada...







Thursday, September 29, 2011

gomen dan budak kecik yang stress

yer, presiden Cuepecs masih lagi belum berputus asa, mintak 2 bulan bonus gaji... hahhahahaha. bagi saya? verangan la.. tapi, OKlah sbb beliau masih belum berputus asa. yelah, kalu bukan belio yg mintak, sapa lagi nak mintakkan bagi pihak kiter, ye dop?

Alhamdulillah, Adequacy Audit iso17025 telah berlangsung dengan vouge nya.... hahhahahha... malas nak komen. apa pon findingnya, ada aku kesah??? hik hik hik.. redha je lah. best gila sessi 3 jam membaca 19 Quality manual & SOP bersama auditor yg detail sambil maintain vouge walaupon terpaksa sengih cam kerang busuk apabila kantoi di sesetengah clause. perasaan? owh, amat teruk daripada duduk di dalam labour room. hahahhahahahah....

Alhamdulillah, minggu ini, saya dpt menyaksikan penurunan kadar stress di dlm diri. so, bila saya tidak stress, anak2x saya tidak stress juge. tahukah anda kadar ke'stress'an saya adalah bekadar langsung dgn kadar ke'stress'an Luqman. Sejak abinya tak ada, almost every day dia terkencing ketika nap time di school. yg menjadi stress kpd saya apabila beliau menyorokkan xtvt pengencingan itu, dan menyumbat/bolok/bolos or whatsoever seluar baju ke dlm beg tanpa pengetahuan teacher. hasilnya? satu beg akan berbau hancing hampagas dan sudah tentulah kadar penyingaan saya sewaktu menyorting baju kotor adalah memuncak. biasanya, kalu teacher tau ada budak terkencing, teacher akan tolong bilas kan baju2x tersebut...

lama juga saya mencari punca xtvt haram itu, sbb beliau adalah bukan begitu. so, hasil dari pengintipan dgn teacher dan hasil siasatan ala2x Spy Baba, dptlah saya agak yg beliau stress di waktu petang. beliau tidak boleh bermain dan menonton tv dgn aman kerana saya memaksa beliau menjaga Syifa' sbb saya perlu masak dinner. malam pon beliau tak sempat siapkan Lego dan kaler2x sbb saya memaksa beliau tidur awal dan mengaji. ketika mengaji pon beliau stress sbb adik2x adalah mengkerumun iqra' seolah2x sama2x ingin bertadarus dan merebut pahala.. (erk sedikit selingan: tahukah anda, setiap kali maghrib, saya akan solat berkongsi satu sejadah bersama 3 anak kecil di samping 2 sejadah di sisi yg terdampar kaku tanpa penghuni? bayangkan ko solat 4 org satu sejadah... isk, stress tak? huhhuuhuhuh... isk, saya berdoa Allah menjustifikasikan dan mengampunkan kekurangan solat maghrib saya)

owh, berbalik soal Luqman. solution yg saya amik adalah: SELANG SELI. maksudnya, saya kena kurangkan stress beliau dgn let him enjoy the xtvt yg dia nak buat. dgn mutul agreement dgn pengasuh, saya akan amik Syifa; lewat selang sehari dan saya akan balik rumah dulu utk masak dan mandikan bebudak 2 org itu. ketika memasak tanpa Syifa', Luqman boleh main basikal diluar rumah or tgk Upin Ipin yg berulang2x atau buatlah apa ke jadah benda penting dlm hidup beliau... so, xtvt mengaji pon di selang seli dgn xtvt kaler and Lego krn masa yg constraint. hasilnya? yessss... minggu ini beliau tidak terkencing lagi.... so, approach SELANG SELI saya menjadi....

huhuhuhuhuh.. anak.. anak.... one day if you read this and i am not around anymore, I want you to know that what ever in my life, I will try my best to do the best and the right things for you. tak kesah le apa2x untuk ibu diketepikan pon, kegembiraan kamu adalah yg paling utama dlm hidup ibu.... nyawa sekali pon sanggup ku gadai, apalah sgt setakat SELANG SELI main lego dan mengaji tuh. he he he he ....



Monday, September 26, 2011

hari gelap.

hahahhha... gelap sungguh hari saya di minggu lepas. ujian dia sikit je. demam batuk dan selsema. tapi, itu sudah cukup benar menggegarkan iman dan kehidupan saya. stress... sungguh stresss..... pastuh, Allah tambah pulak dgn peti ais rosak. hahahhahah... sungguh mengagumkan ujian yg menimpa2x di minggu lepas. hampir hilang akal jugak saya... saya sgt penat... penat dan penat.... even mlm nih pon, saya masih menghitung dan mencanak nasib saya di minggu ini. adakah akan seteryuk minggu yang lepas...?? rasa macam takut je nak bangun tido di esok hari, dan menempuh jam dan saat yg bakal menimpa.

isk, teruk kan?

memang teruk. 

jadi, dengan ini, dengan ini, saya ingin mengisytiharkan...
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
/
 /
/
/
/
/
.
.
.
.
.
.
.

saya malas melayan encik STRESS itu lagi.
saya sudah sihat!
peti ais pon saya sudah repair. (berdebar jugak sebab godek2x sendiri....takut kang rosak lagi..)
dan minggu ini, saya nak ke TUTTY FRUTTY!!!!!!

ps: sudah gilakah saya??? hahahhahahahha


Monday, September 12, 2011

Persediaan menjadi Ibu Tinggal

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi minggu lepas dgn emosi yang boleh dikatakan baik even memang selalu tunggang langgang sbb hidup saya dipengaruhi oleh pemboleh ubah yg kenkadang OK dan kenkadang tidak OK (sapa tu? anak2x kecik saya yg tiga itulah!).

Namun, ada a few things yg merisaukan terutamanya dari segi emosi anak2x (err.. emosi saya, siapa peduli..?). nufail masih lagi melambai "Abi" setiap pagi setiap kali melintasi rumah kami semula selepas meninggalkan Syifa' di rumah pengasuh. Itu rutin sebelum ini, di mana selepas menyumbat semua barang2x dan anak2x ke dlm kereta saya akan ke rumah pengasuh untuk hantar Syifa', dan sang bapak akan menunggu kami lalu semula untuk babai what-so-ever yang menyebabkan anak2x happy dan terjerit2x riuh satu taman di pagi hari. Menyeramkan bila Nufail masih membuat lambaian yg sama sedangkan sang dia tiada di rumah, Hehehehe.. minggu nih je ibu bagi chance kat kamu Nufail, kalau berlarutan lagi, ibu needs to do something.

Berdasarkan pengalaman2x yg lepas, saya telah membuat sedikit persediaan. semuanya adalah berorientasikan kpd pengurusan dalam usaha memudahkan rutin harian saya. yelah, kalau saya OK, anak2x akan menjadi OK. Ala, bak kata Prof Muhaya dlm iklan kat Astro Oasis untuk rancangan Ustazah Pilihan tu... ' Terdidik Wanita... Terdidiklah Generasi'. And dalam kes ini, saya lah wanita itu....
  1. Siapkan menu untuk sebulan. senang nk prepare nk masak apa, pagi2x, apa yg perlu di letak kat rak bawah peti sejuk, dan segala makneka ayam ikan udang tuh, dah siap letak dlm bekas dgn kuantiti yg sesuai. cuma tak label mcm kat lab je. hehhehehhe... 5S nih....
  2. Menu dinner di hari bekerja adalah berkonsepkan "Hidangan lazat dan berkhasiat yg boleh disiapkan dlm masa 15 minit'. Saya smpai umah dlm kul 6pm - 6.30pm. bergantung kpd traffic dan lama atau tidak sessi gossip dgn pengasuh time amik Syifa'. saya perlu masak supaya tak perlu tapau nasi goreng hari2x... target saya: by 7.30pm, anak2x dah siap dinner dan perlu mandi untuk mengaji dan sessi tidur harus bermula jam 9.30pm. anak sy perlu bgn seawal jam 6am, so mereka perlu tidur awal. selain itu, mereka KENA WAJIB tidur awal utk beri ruang kat saya basuh pinggan, handle susu Syifa utk besok, belek jerawat di muka (... perlukah..?) dsb. maka, tersenarailah menu2x spt, ikan tenggiri rebus + mee suah, yee mee kungfu, spaghetti, taosted bread + mushroom soup, sandwich dan mi rebus. kan senang, sayur ada, protein ada, anak suka dan ibu setuju, hahahahaha.... sapa tanak makan, sudah!!
  3.  minimumkan kerja umah yg ada. bila abi nya tak ada, makan ala buffet sahaja. kalau boleh, 4 beranak kongsi satu pinggan, satu cawan, satu sudu. hahahhahah, bolehkah? buat kerja terus siap. angkat ,letak beg, terus di tempatnya... huhuhuhuhu.... tepat dan betul mcm polis malaysia!
  4. No penangguhan kerja. kurangkan kain yg tidak berlipat, kurangkan pengumpulan pinggan cawan kotor di singki, CD syifa' dan kain baju setimbun yg tidak sempat diipat, harus di sorting. sbb  tu umah saya ada byk baldi dan bakul. nnt next entry saya ceritakan, how to handle baju yg tak berlipat jika anda seorang ibu tinggal tanpa bibik.
  5. Cuba utk tidak bangun lambat. bila lambat bgn, lambat masuk opis, akan lambat time balik karang. So, timing dan perancangan kena ikut jadual, kalu idak tendency untuk anda menyinga dan hari anda dan anak2x untuk tidak best sepanjang hari adalah tinggi.  
  6. Kekal bertenaga. Saya bukannya kerja kat opis je, lemah gemalai sepanjang hari mengahadap PC. sy stress dan terkejar2x dgn ISO 17025 dan kerja2x di wind tunnel yg panas dan memenatkan otak dan badan. so, after 5pm, saya kena make sure sy bertenaga untuk handle anak2x dan siapkan makan pakai depa sehingga depa tidur. ia tidak berakhir di situ. siapa pula yg kena cuci pinggan, sorting EBM syifa dan preapare utk besok hari? saya jugak kan? so, sy amik vitamin dan performance drink untuk kekal bertenaga seperti Hussain Bolt.
  7. Doa. Even sekecil2x doa seperti "Ya Allah, timing aku dh lari pagi nih, Tolong la jgn bagi Nufail berak time aku nk gi opis nih., biarlah dia berak kat school karang"... erk... best tak contoh nih, tapi, apa yg sy maksudkan adalah" kebergantungan hanya kepada Allah sahaja. 
  8. Selamba..... penat? layan kan je lah... Syifa' asyik nak berdukung je? sabo je la.... Luqman dan Nufail bertekak dlm keter sepanjang jalan dr Gombak ke Rawang? buat pekak je lah.... Boss dan staff banyak karenah? sabo je lah....  sang dia langsung tak telefon sepanjang hari bertanya khabar? bersangka baik je lah....hari untuk saya bergelar ibu tinggal masih panjang. saya perlu selamba kodok untuk kekal chantik, anggun dan vouge seperti anita sarawak... cuba untuk tidak stress dan sweet sokmo seperti lisa surihani... 
sekian lah coretan sebagai luahan perasaan, tips of the day, untuk saya sendiri. kot lepas nih, hormon saya tidak stabil atau adrenalin saya tidak merembes, mungkin perlu untuk saya rujuk kembali.
huhuhuuhuh

Wednesday, September 7, 2011

Kamus Poket Bahasa Arab

***This is a sticky note. Scroll down for a new entry

Saya sekarang mengedarkan kamus poket bahasa Arab as per picas di bawah ini.
Its a himpunan of all the bahasa Arab syllabus j-QAF, KBSR dan KSSR. 
(actually saya sendiri gunakan untuk Luqman since cikgu Educare kata dia 'senyap/kurang aktif' time kelas Arab. 
(dah dia sendiri kurang familiar sbb kat umah kami tak pernah tekankan bahasa Arab sbb kami sendirik pun tak pandai. Makcik mengira wahid isnaini pun tunggang langgang dik oi!! Adoyai!!)

Very helpful especially boleh selak2x dalam kereta, time menunggu etc. yelah, namapun kamus poket!

Bilangan mukasurat: 99 m/s
Size: 90cm x 130cm (hanya sebesar tapak tangan) 
PRICE: ONLY RM4.00 perunit (Semenanjung Malaysia) 
              ONLY RM4.50 perunit (Sabah dan Sarawak).
 Very cheap! 


Back and Front Page




You can order from me:
Azliza Embong 
012-9251270
cik_chibi@yahoo.com
azliza@iium.edu.my 
http://cik-chibi.blogspot.com
Maybank Account Number: 164799015897
PENGHANTARAN PERCUMA!!!
(Tak kisah lah berapa unit pun anda order!!)
Dan saya mencari partner yang boleh distribute this to adik2x di sekolah rendah seluruh Malaysia. Call me for further info!!!! 

Wordless Wednesday

Sessi mengutip hasil tanaman

 anak dara nan seorang


bunga api

separuh lagi



yupp.. saya separuh lagi. means, my other half is leaving again. kali ini agak lama.. paling lama! 4 tahun 3 bulan! saya ulangi ... 4 tahun ok, bukan 4 hari, bukan 4 minggu, bukan 4 bulan!!! empat tahun maa.... bersamaan 51 bulan @ 204 minggu @ 1550 hari @ 37,200 jam @ 2,232,000 saat!

kini, tinggallah kami berempat bersama 3 ekor tortoise dan seekor ikan besar apa ntah nama dia di samping cicak2x dan semut2x dan nyamuk2x dan lipas2x.... huhuhuhuhu... baru 3 hari kena tinggal, memang saya penat. rerupanya, baru saya sedar, selama ini, sang dia banyak membantu saya dalam kerja2x umah. just to list a few, cuci pinggan, masakkan air masak, top up air panas dalam thermos, vacuum, lap habuk, sidai kain, angkat kain, cuci kereta, kemas meja makan, mop lantai bla.. bla.. bla...

teringat time memula kawen, jarang saya perlukan dia untuk buat kerja rumah kecuali bersihkan all-those-kucing-related stuff. sbb, umah kecik jer (flat dua bilik), dia pun balik weekend je pon dan mmg saya mampu buat semua kerja rumah yang ciput itu. cuma tugas hakiki beliau adalah habiskan makanan yg saya masak regardless rasa, texture, rupa dan segala yg buruk pasal makanan itu. nhahahahha....

bila anak 1 dan 2 pun, beliau masih kurang membantu, kerana saya masih mampu buat semuanya. kecuali tugas beliau adalah vacuum dan cuci kereta sbb time tuh pun dah pindah umah besau sikit.

namun, bila mengandung anak ke-3 sehingga 3 hari lepas, buleh kata 90% kerja rumah di bantu beliau. kerana, saya dah kekurangan masa, kakitangan, upaya (maybe letih dan sudah tua! hhahhaah) dan kesedaran yg datang dari diri beliau sendiri. tapi, di sebabkan saya seorang yang nearly perfectm agak menderita jugalah beliau untuk membuat kerja2x umah as per specification yang saya letakkan.. hahahhaahha.. ala, time bercita dulu, lautan api pn sanggup di redah, takkan le sekarang buat kerja umah ikut specifikasi isteri pon dah tak mampu diikut.. kata sayang!

dan sejak 3 hari lepas, tanggungjawab saya makin bertambah, dgn kerja umah yg melimpah ruah dan makan tak habis, di samping mendidik dan mengajar anak2x beliau (dan anak saya juge!) yang berceridai itu.... huhuhuhuhu... 

apa pun, saya rindu beliau. lepas nih, saoa lagi nak dengar saya membebel? sapa lagi nak tolong saya bunuh cicak2x durjana itu? saoa nak tolong saya buang sampah? sapa nak kejutkan saya kalau saya terbongkang keletihan tanpa sempat siapkan beg skolah anak atau iron baju, sapa nak jadi mangsa mencari kunci, remote tv, remote aircon dan senduk sudip saya yang disorokkan anak2x? sapa? sapa? sapa?

huhuhuhuhu... rindulah sama kamu. walaupun kamu tak le hensem mana, kamu tetap 'separuh saya!'... 


Thursday, August 18, 2011

knapa saya lama tak update blog

knapa lama saya x update blog saya



  1. bulan poser. memang taget blogless. facebook less. pasar ramadhan less. paperless. berleter less. mengulau less.
  2. broadband kat umah dh kena potong. harap tenet kt opis jer... 
  3. mmg tak ada masa pon. terkocoh kacah bangun sahur-siap gi opis-ISO17025-tadarus-wind tunnel-balik masak-layan upin ipin-bukak poser-terawih celang celup-kemas dapur-tertidur-bangun semula wat apa yg patut-erkocoh kacah bangun sahur-siap gi opis-ISO17025-tadarus-wind tunnel-balik masak-layan upin ipin-bukak poser-terawih celang celup-kemas dapur-tertidur-bangun semula wat apa yg patut-...... sampai lah 18 ramadhan dah nih.
  4. hasil tenusu merudum. dah agak. tapi still mengharap tidak. dan kesudahannya, hari ke17, saya amik Shaklee.... nanti saya update hasilnya. minggu pertama selamat sbb sy direct BF. minggu kedua panic button dah tertrigger, tp saya masih tunggu dan lihat. minggu ketiga.. qalbu berbisik... "please do something".... itulah try shaklee.
  5. tak de mood nk berblog. sebab? sebab lepas nih saya akan kembali menjadi 'ibu tinggal yg tunggang langgang'. nnt saya update entry pasal ini.
  6. malas.
  7. ......
  8. ...... huh.....
  9. .............. huh lagi...
  10. ..............................

Monday, July 25, 2011

"berapa banyak beg ko, riz?"



Pagi2x, keluar je dr keter, org pertama yg selalu bertukar salam, senyum, cerita hantu (kenkadang) dan gossip adalah kakak cleaner. pagi nih dengan muka yg serius dia tanya..

"Berapa banyak beg ko bawak ari2x Riz...? Tak cukup tangan akak nengokkan"
 note: kakak Indon sorang nih memang panggil saya Riz. tatau lah kenapa.. tapi saya layankan jer. hahahahah...

Memang! saya memang terpaksa bawak beg banyak2x ke opis. nak nak kalu ari Isnin.... saya dah cuba sort out, tapi itu dah paling minima dah tuh. nasib baik saya tak ada handbag... kalu idak bertambah lagi satu beg... eh.. sebut pasal handbag, rasanya saya tak pernah ada handbag la... kesian saya kan? paling kuat pon, saya bawak beg bunjut jer isi waller, kunci, henpon ngan tisu. tapi, saya tak perlukan handbag kot sbb baju kurung saya kebanyakannya ada poket. sumer sumbat dalam tuh termasuk kaki robot transformer Luqman... hahahah.

cerita balik pasal beg. beg2x yg saya bawak adalah:
  1. Beg ice pack - penting nak bwk balik expressed BM ke Rawang lepas waktu kerja.
  2. Beg Laptop - eh, saya kan QM. saya kena mobile sokmo...
  3. Beg pump dan botol susu - beg nih besar. memacam saya sumbat termasuk bekalan roti, biskut sepanjang hari. kenkadang tersumbat sekali toys bebudak yg dirampas sebelum hantar  depa ke school... hahahaahaha.
Itu yg wajib. kalu ada training or course lak, sy terpaksa bawak beg telekung. mcm skang, pepetang main badminton, ada satu lagi bag isi air masak, baju sukan and kasut. hahahahhaha... banyak nyer beg ko Riz...! 

Office saya adalah di dlm workshop automotive. Saya duduk nun di hujung wind tunnel bersama 4 staff yang lain yg kesemuanya lelaki. peti ais adalah terletak dihujung lagi satu, tempat yg depa selalu lepak, minum2x, makan2x cekedis, mengeteh, merokok, mengumpat, menggosip, membaca suratkhabar dan sebagainya. memula saya pindah ofis, saya sgt malu nk menyimpan susu perahan saya ke peti ais,bila penuh bebudak lelaki kt meja tuh. yelah, tp tuh tpt lepak ramai org..... 

memula tuh, ada la yg bermulut longkang mengusik dan mengata. biasalah, lawak org lelaki... dengan susu perahan lak tuh. banyak le idea lawak depa... tapi, bila saya dah bagi sedas dua, lama2x mereka diam dan paham. siap la, sapa sound lagi, aku ceramah lagi pasal breastfeeding sampai korang muntah ... lantak la. bukan peti ais bapak ko. peti ais office. baik le aku curik masa ofis memerah susu untuk anak aku (heloo... akcik boleh freestyle tau... boleh mengepam sambil membalas e-mail)...  dari ko mengulor kat workshop aku sambil mengutuk2x management dgn penoh emosi dan gaya...

huhuhuuhhhuu... lama2x... salah seorg daripada mereka lak selalu bertanya saya cara2x nak maintain supply susu sbb isterinya  breasfeeding jugak... hohohoh.. dulu ko senyum sinis tgk akak muka merah malu2x kucing lalu belakang korang ulang alik simpan susu... sekarang, baru ko paham ekkk...?? baguslah.. alhamdulillah...

Friday, July 22, 2011

ramadhan - cenggana nak maintain the milk supply..????



huih, bila blog tak update; tandanya saya sgt bz. memberi tumpuan kerja2x ISO, memang ambil byk masa, tenaga dan komitmen saya. even kijer2x di wind tunnel pon dibuat sambil 'lalu' and byk pass kat staff tanpa pantauan dan ekoran (read: follow up).. Alhamdulillah, pagi nih berjaya letak fail final SOP untuk boss besar sign.. selasa nih dah buleh antor kat DSM kot. huhuhuhuhu..

tak lama lagi dah nak puasa. terkesan dgn baca E-book: Ramadan_Report-a-guilt-free: tetiba terpanggil untuk nak list downkan wishlist untuk bulan puasa nih. tapi tak yah lah nak declare kat blog kan? kang malu lak kat diri sendirik bila tak tercapai.. tapi yang agak berputar di kepala nih is on "how to maintain the milk supply".

stok memang ada. Insya allah mencukupi untuk Ramadhan. tapi bila dipikir panjang, saya ada setahun 4 bulan lagi before target nak exclusive;y breastfeed Syifa' sehingga dia umor 2 tahun. Maknanya apa? maknanya.... kalu stok bulan poser mencukupi. saya kena make sure jugak stock in (yg dipam hari2x) tak terlalu jauh gap kuantitinya dari stock out...

saya tatau ibu2x lain buat cenggana? ada banyak cara, based on the mother's body itself. Saya terfikir gak nak beli supplement mcm Shaklee or wahtsoever yg ada kat market, tapi hati keep on telling relax la dulu... tgk cenggana prestasi di bulan poser nih... But for myself, antara benda yg perlu adalah.
  1. Expect for the supply yg akan merudum. so, nanti tak ler terkejut biawak tetiba amaount yg dipam dapat separuh je dari yg selalu dapat time bulan tak poser.
  2. Concentrate on quality more on quantity. makanya, pengambilan diet seimbang yg bayk fiber and carbo and protein penting... susu sikit tak pe, asal penuh nurtrient. so, takleh la makan magi bulan poser nih.. hahahah. 
  3. Makanya, saya perlu lupakan dulu hasrat nak buat Diet Atkin's bulan poser nih. Diet nih adalah diet yg kurangkan carbo dlm daily meal intake. takpe, lagipon, sang dia kesayangan saya kata takpe kalu tebal sikit pon... masih comel. hahahahaha..
  4. Memang kena banyak minum air dan buah. 
  5. Buka poser and sahur kena ensure ada foods yg terdiri drpd benda2x yg dipercayai boleh tambah susu badan. To list a few: kurma, habbatus sauda', pegaga, fresh milk, longan, carrot putih, jantung pisang... dan banyak lagi. 
  6. makanya, saya kena siapkan 30 resepi untuk 30 hari, yg ada benda2x tuh. tapi, mungkin dlm 30 hari tuh ada beberapa hari 'cheat day' untuk makan pizza, grilled lamb, ikan bakar or apa ke jadah... huhuhuhuhh... saja je create cheat day tuh as motivasi untuk diri sendiri.
  7. Dan yg paling penting, saya rasa saya kena tambah sessi mengepam di office, instead of 2, may be 3 dan kalu terpaksa, kalau malam tuh, mungkin boleh curi waktu mengepam either masa sahur or before tido...
Apa alasan saya untuk berkata 'TIDAK' kepada item no. (7) itu. saya ada cukup kelengkapan mengepam... cuma time kat office, maybe time constraint kot. dgn kerja yg melamnak, waktu kerja yg pendek, waktu lunch yang dilupuskan, campur mengantuk, menguap, dsb...susah nk dapatkan 3 sessi untuk satu hari. tapi, saya rasa saya boleh curi mengepam time tadarus lah... ok kot ekk...? ekk????

Monday, July 11, 2011

haa? sudah 31? (entry buat2x terkejut)



aiyo. hari ini birthday saya.
tapi apa maknanya?
maknanya kalu saya mati umur 62, tinggal separuh usia lagi saya.
isk, apa yg saya sudah buat selain dari makan, minum, berkumuh dan memikirkan hal2x anak2x dan diri sendiri yang kejap comel kejap gemuk selama 31 tahun ini...? isk, 15 tahun lampau, mesti sy ingat org yg berumur 31 tahun adalah orang yang sgt dewasa. tapi bila saya sendiri cecah usia 3-series ini, heheheh.. dewasa sangatkah saya. isk, itu kalu mati umur 62? kalu lagi dari awal dari itu? kalu esok? kalu minggu depan? kalu tahun depan? isk isk isk.... lagi cepatlah peluang sang dia kesayanganku untuk mendapat suri baru secantik lisa surihani... isk..

patutlah semakin hari, saya rasa macam tak cukup masa. 24 jam tak cukup bagi saya. percaya tak? mana nak kejar ISO17025 lagi, mana nak kejar nak blajar instrument yg nk diattached kan kat wind tunnel lagi, mana nak kejar ICC lagi, mana nak kejar itu, mana nak kejar ini... kat umah pulak, setiap kali wikend, 5 bakul penuh kain tersedia minta dilipat, umah nk kena vacuum tetiap minggu, nk kena masak.. takkan nk ngelat lagi, weekday dah selalu sgt ponteng masak, weekend pon takkan nak ponteng masak. mana nak berkebun, mana nak iron baju, mana nak melayan 3 yg kecik time bapaknya kerja... isk, kenkadang saya lupa, apa last sekali benda yg saya buat untuk diri saya. contohnya: bila kah saya menikmati milo panas sambil kaki terlunjur atas sofa L-shape dan menonton Shaun the Sheep tanpa gangguan?

huhuhu.. sebenarnya, saya tak cukup masa bukan sbb apa, mmg saya sudah tak punya banyak masa. semakin hari, semakin hampir dengan hari kematian, tapi saya masih leka dgn hal2x dunia. hal kain baju, hal anak2x, hal2x membebel laki bekerja sokmo di hari cuti huhuhuhuhu....

isk, kalu saya mati esok, apa yg saya nk bawak masuk kubur? dah lah luqman selalu mengeluh bila saya ajar doa ibu bapa. susah dan panjang katanya. isk, sapa yg nak doakan saya nanti? nk harap tumpang doa orang lain, muslimin sangatkah saya? isk isk isk 

tapi satu lah keinginan saya, saya mau spend banyak masa dengan ibu saya lah... gimana ekk...? banyak alasan yg boleh diberi, tapi niat yg satu ini membuat saya terkilan dari hari ke hari...

notakaki:
ada seseorang yg tidak pernah miss wish saya setiap tahun, selama berbelas tahun sudah. sedangkan, saya selalu mengelak untuk mengewish beliau di hari jadi beliau.. hmmm.. jahat saya kan...  maafkan saya. kawan awak yg sorang ini memang jahat dan tidak sebaik awak. terima kasih encik ******!

Friday, July 8, 2011

Awang Gebu


Naluri Hospital, 8 July 2009.... vacuum... hehehhehhehe.. sikit jer vacuum pon, dah kena tambah rm500....

dalam pantang

dari kecik sampai besar, suka benor duduk dalam kotak, besen, tudung saji atau apa2x lah yag dia suka lepak kat dalam.

saya pernah letak dia sekejap dalam mesen basuh. hahahahah.. sekejap jer, tanpa power on. sbb susah nak masak coz dia nak membuas dan mintak didukung. besar nanti boleh jadi angkasawan la, travel dalam kapsul.

eh, besar nanti jadi Imam Muda lah.... boleh ibu tumpang glamer.. (tengok, niat pon dah tak betul)

saya rasa dia comel... mungkin sebab dia anak saya. hahahahaah

kereta plastik nih dah takmampu nak menanggung berat badan gebu beliau... so, kami dah belikan basikal baru. kereta nih pass kat syifa' lak...

He turns two today!
Alhamdulillah,  sejak keluar spital, dia semakin ok untuk dikawal, mungkin byk masa saya spend ngan dia kat Spital, makes our bond closer.. (apa aku cakap nih... takpelah, aku sorang jer paham)... both of us pun malas dah nak mengeluh pasal Awang Gebu nih, apa jer kerenah nya, kami look at the positive side dan relakan aja.... sbb dah lesson learnt dgn ketidakaktifan beliau semasa beliau sakit, yesss, we prefer dia aktif dan mengganas dgn perangai 'trouble two' beliau. walaupun penat dan mencabar kesabaran, tapi semuanya dipandang sangat comel dan kiut... hehehhehehe...

of course, it is going to be the temporary period. tak lama lagi, dia akan menjangkau tiga tahun, empat tahun, sampai le berbelas2x tahun.... lepas nih tak leh gomol2x dah... dan yang paling ketara, dia sudah tidak gebu lagi.. seminggu di spital memang menguruskan kegebuan beliau. whatever lah anak, yang penting kamu sihat. 

mengimbas kembali apa yg berlaku sepanjang dua tahun yang lalu, selepas dikurniakan beliau, saya byk belajar tentang SABAR skill drpd beliau yg gebu ini. susah payah melahirkan, habis pantang husband kena course kat Ipoh selama 3 bulan, baru nak start exclusive breastfeeding... huhuhuhuhu... sangat mencabar. dan hasilnya, saya tidak bermasalah dgn penyusuan syifa', kerana byk benda dipelajari dr pengalaman menyusukan nufail. walaupon hanya 9 bulan jer berjaya exclusively menyusukan beliau, itu sudah meletakkan tanda aras yg cukup tinggi buat saya. berpuas hati? tentulah tidak kerana tidak tercapai target.... semuanya kerana teraccident mengandung lagi... hehehehehe.. pengalaman lagi... !

huhuhu... dear awang gebu, walaupun muka kamu penuh kesyahduan, telatah dan kerenah kamu penuh kelucuan, keletah mulut kamu mencetuskan hilai tawa kami, perangai kamu mengupside downkan jadual harian kami.... kami tetap sayang kamu. 
walaupun kamu selalu berebut barang dan mengepow barang2x kepunyaan abang luqman, abang luqman tetap sayang kamu. walaupun kamu selalu membuli dan memperdaya abi dgn redup wajah kamu meminta supaya didukung sbb kamu yg gebu malas berjalan, abi tetap sayang kamu. walaupun kamu selalu habiskan bubur nasi, biskut, carrot fingers dan apa2x yg selalu ibu buat untuk bagi syifa' makan, baby Pipa tetap sayang kamu... 

walaupun kamu selalu berak hari2x di saat ibu dah chantek bersiap sedia nk gi office, walaupun kamu selalu sepah dan hilangkan sudip sudu pinggan mangkuk ibu, walaupun kamu selalu curi2x selongkar wallet ibu, walaupun kamu selalu curah belen air minum ke badan, lantai, basikal, toto adik, walaupun kamu selalu tarik ikatan getah rambut ibu, walaupun kamu selalu lupa bukak selipar time nak masuk umah, walaupun kamu selalu masuk dlm telekung time ibu solat, walau apapun yg kamu buat, ibu tetap sayang kamu....

dan kami akan sentasa menyayangi kamu. Harapannya, Allah sentiasa memberkati kamu, menjauhi kamu dari jilatan api neraka, menjadikan kamu hamba yg sebenar2x hamba, dan of course, menjadi anak soleh yg mendoakan kami selepas kami tiada... 

Happy birthday awang gebu!

Monday, July 4, 2011

LIMA 2011


 Selesai sudah.. proposal kami nak participate dlm LIMA 2011 sudah berada di meja orang Finance... lepas ni nak kena follow up le sokmo pulak. huhuhuhuhu... sumer IPTA yg ada ada aerospace programme boleh join exhibition booth bawah MOHE nyer pavilion... makcik lak menolong lecturer yg jadi Chef de Mision... no hal lah, LIMA je pon... 

Target tahun ini adalah untuk face to face dengan angkasawan pertama yg handsome tuh.. eheheheh... hopefully wife dia tak bersalin lagi time tuh, sbb makcik nk mintak diatandatangan kat baju, tuala, CD, poster dan segala apa ke jadah benda lah. maklumlah, peminta no.1. angkasawan no 2 makcik dah pernah jumpa face to face... heheheh... ini misi utama dlm projek kali ini... hahahaah.. sengal!

Targeyt yg kedua adalah untuk membawa misi universiti dan fakulti untuk mempromosikan... bla.. bla.. bla... isk, tak best arr point nih nak tulis dlm blog... so, we move to the next target.

Target yang ketiga adalah nak bawak hero saya... yelah, sang dia kesayanagn saya keLIMA jugak. dari bercinta, sampai ke anak 3, dia selalu dgr cerita saya pasal LIMA... LIMA.. LIMA... tapi kesian, selalunya  dia tetiap tahun dgn bunyi fighter jet je time MiG/F18 tgh buat airshow. time tuh la selalu saya tipon dia... hehehhehe... kesian... itulah kan, bini selalu teringat dan nak mencapaikan cita2x laki, tapi laki selalukah berfikir sebegini? selalu time dia outstation yg best2x (eg: tgh test keter kebal baru ke), jarang benor dia nk talipon dan teringat kat saya. huhuhuhhuhu...

Target yg ke4, nak beli periuk vision yg dah banyak pecah kat langkawi. hehehehehhe.. kena kumpul duit nih, and belajor cenggana nak kenal barang yg ori.

target yg kelima, nak beli cekelat dan minyak gamat banyak2x, balik kang buleh meniaga...

heheheheheheh.... eh, tetiba confius lak, dlm proposal td aku tulis apa ekkk... isk, kenapa rasa mcm lain benor dgn apa yg ditulis dan apa yg tersirat di hati ini.. huhuhuhuhuh... bila lah aku nak kembali ke jalan yg benar.

note: kepada kenkawan aero sekelian, jom la gi LIMA... refreshkan kembali memori kita gi LIMA time remaja dulu. ala, time bas rosak kat tol Jelapang, time accident ngan keter baru Usop kat highway, time tidokat jeti dan meminjam charger encik polis sementara setel insurans and polis report. K dut, amin and Rahmat.. ingat tak time kita balik naik bas lompat2x dariKuah-Kuala perlis-Butterworh-KL di dalam hujan dan berselimutkan telekung? huhuhuhu... pengalaman tuhh..

Wednesday, June 29, 2011

hmm.. tatau tajuk apa

Syuuhhhh... banyaknye spider web.

So many things happened, and of course it changed my view of life. Spicing up life with some obstacles, tested by God, motivation yg sometimes down, sometimes up, kenkadang terfikir, sakit kah jiwa aku ini.... huhuhuhuuhuhuhu... My husband warded due to dengue for almost one week. In the middle, my Awang Gebu lak warded due to broncho pneumonia. Seminggu tak masuk office, byk nyer kerja nk kena cover. What I am doing  now?. Hehehehe.. procastinating with the blog... ehh... ada boss aku kesah? hahahahahh... sbb terlampau tepu dan lesu, terpaksa break sekejap... nanti otak jem dan boleh membawa keparahan mental yg hakiki,, bla bla bla... (banyak nye alasan koooo... makcik!).

  1. Before this, saya selalu merungut yg Awang Gebu selalu meng'upside down' kan hidup saya yang chantek nih. Suka berak time saya nk keluar pagar ke opis, suka kecahkan barang saya, selongkar wallet saya dan etc. ect. Tapi, seminggu je Allah bagi dia demam dan tak mau makan dan bercakap dan bermain, saya rasa sungguh sunyi and sepi like I lost him... huhuhuhuhu... sekiranya diberi pilihan, biarlah dia mem'buas' dengan telatahnya yg 'tidak masak' itu, better than menutup mata dan hanya bernafas turun naik sambil doctor dripkan air ke badan beliau...
  2. Before this, saya selalu kata, even my husband is not at home, I can manage my kids and my life properly. Tapi, itu bila dia kat tempat kerja la... but once I know he is suffering at the hospital, hati saya jadi tak tenang, dan my brain is empty. Dapur rumah hampir terbakar, periuk vision saya dan beberapa mangkuk lagi habis pecah sbb saya tak boleh berfikir dan masak dgn tenang. sekiranya diberi pilihan, biarlah dia tak ada dirumah demi berbakti kepada negara (cewah.. macam poyo!), bukannay tiada di rumah sbb terlantar di umah sakit.
  3. Semasa mereka berdua di hospital, saya selalu terpikir, What if I lost them forever? kuat kah saya mengahadapinya? like the kiddos, I realize the fact that they are the Amanah dan dipinjamkan by Allah untuk sementara. Kuasa Dia nak bagi dan ambik bebila masa... tapi, mampukah saya menanggungnya? Belum yakinkah saya dgn kata2x bahawa Allah hanya menguji mereka yang layak dan mampu sahaja. Dan jika diberi pilihan, biarlah saya yang pergi dahulu sebelum mereka. Saya tau anak2x saya kuat. Dan ini mungkin memberi peluang kepada sang dia kesayangan saya untuk memiliki suri yang baru, yang kurang berleter, yang lebih cantik dan gemalai, yg lebih sopan dan ayu.... yang lebih Lisa Surihani..
  4. Eh, abang nak kawen lain kah lepas saya mati? takpe, kalu lepas saya mati takpe, saya redha.... Tapi, kalu isteri baru abang tuh dera anak2x saya, saya akan bangun dari kubur dan cekik kamu berdua.... and lagi satu, kalu sebelum saya mati abang nak kawen lain... hehehehhe.. siap la... saya letupkan anda berdua dgn C4... apa, ingat ahkak pink jer ker ada? tapi jika diberi pilihan, biarlah kita menjadi bidadari for each other kat akhirat nanti. saya taknak berkongsi payung emas pon, sbb kalu kat syurga tuh, tak payah payung pon tak pe... dah sejuk dah, tapi, mana hadis dan firman Allah yang kata ada ganjaran payung emas kat Syurga untuk mereka yg bermadu?? saya cabar abang kemukakan saya hadis sahih ini bersama dgn proposal dan surat kebenaran untuk berkahwin lain, baru saya kan sign.. eh? apehal aku emo lak nih,??.... theehehheheheeh
  5.  Dalam hidup saya yang berjauhan dengan keluarga, saya selalu memastikan saya bersedia untuk menghadapi saat2x susah seperti ini, dgn harapan tidak mahu memnyusahkan orang lain waima keluarga, jiran tetangga ataupon kenkawan. hakikatnya, bila keadaan terdesak ini, kenkawan lah org yg banyak membantu di samping doa dan keprihatinan ahli keluarga yg jauh. terima kasih kepada semua yg menghulurkan bantuan dan bertanya khabar, apa lagi yg mendoakan... dan jika diberi pilihan, saya memilih untuk ikatan ini akan berkekalan dan semoga Allah menjadikan saya orang yang mengenang budi.
huhuhuhu... sekejap je kalu Allah nak test, sekejap jer kalu Allah nak bagi, dan sekejap jer kalu Allah nak ambik. tak payah saya bercakap dan mengulas panjang, kerana semua jawapan nya ada boleh baca disini.

dan  'nikmat Allah yang mana lagi mahu saya dustakan'? 
so, kembalilah bekerja, dan jadilah mukmin yang baik.....



Monday, June 6, 2011

6 bulan sudah


alhamdulillah.

6 bulan sudah. Short term target sudah tercapai... nak susukan Syifa' 6 bulan, exclusively. 

sungguh cepat masa berlalu.

sedar2x dah masuk june, sedar2x dah masuk rejab.

badan saya tak kurus-kurus jugak. hik hik hik...

apakah kaitan bulan rejab dan june dengan badan yang gemuk? ha ha ha ha.. tak der kaitan pon. cuma, saya risau bila sang dia kesayangan saya komplen..
"tadi kat Tesco, abang cari awak tak jumpa... rupanya2x ada kat depan tuh jer arr.. tak perasan. nampak besar sikit dah... owh, mungkin baju tuh jer kot"... pastu.. lama dia diam... then sambung balik. "Abang rasa awak dah gemuk sikit arrr.. makin tebal"..

dang!!! argh!. ku rasa mau pengsan. sebelum nih.. bila ditanya, dia selalu kata "OK lagi"... tapi tetiba hari nih lak boleh dia bgtau lagu tuh... isk, kalu dah gemuk, baru nak cakap... baik tak yah cakap. sebab dah terlanjur gemuk. bagi tau la awal2x sebelum gemukk... isk. isk. isk...

Syifa' start her solid food already... makanya, dia kurang menyusu, even weekend pun saya terpaksa memerah dan menyimpan susu since dia lebih suka makan carrot finger dia berbanding susu badan. bagus jugak, tumpuan kepada stok harus digiatkan since puasa pon dah nak dekat. kalu stok banyak, bulan puasa susu berkurang pon, saya still boleh mantain the supply... hehehehe... tak menyesal beli deep freezer. So, bila dia dah start makan, boleh ler saya diet sikit. tak yah makan nasi. stok pun banyak lagi... la la la la...

Hari ini saya puasa, Insya Allah sampai ke sudah ler kot (dengan izin Dia..)... saja melatih diri dan badan, supaya badan tak terkejut time Ramadhan nanti. melatih badan supaya respon jugak sbb saya nak study saya nyer milk production masa berpuasa nih. begitulah rutin menjadi ibu lembu susu yang exclusively b/feeding .... sambil tuh, boleh ler saya menipiskan diri sedikit...

Dear Encik F...
  1. Lain kali, bagitau awal2x, sebelum saya dah gemuk... bukan selepas saya dah gemuk ..OK.
  2. Jangan belanja saya makan lagi.. apa kata lepas nih selalu lah belanja saya tudung munawwarah pulak.
  3. Jadinya, in order nak celebrate kejayaan saya menyusukan Syifa' untuk 6 bulan pertama nih, jangan belikan saya kek SR lagi... belikan saya benda lain lah... contohnya... cincin berlian ka..... rantai emas ka... induction cooker ka... SK-II cleanser set ka... honda odessey ka... apa-apa lah encik F.. janji tak ada kaitan dengan makanan. saya terima seadanya.. mueh mueh mueh 
  4. Eh... bukan saya memang gemuk sejak dulu, kini dan selamanya.. kah?
  5. Jom berpuasa sunat bersama saya...
  6. Saya memang gemuk, ok. sebab saya tak selalu bersenam dan berenang seperti abang.. orang sekeliling abang mementingkan penampilan..  abang nyer metabolisme rate lagi tinggi dari saya... dan abang memang kena maintain supaya kadet2x tak gelakkan abang. Saya? ok jer.. kawan2x saya tak komplen saya gemuk ka, kurus ka... kami bukan ada competition among each other pun. masing2x menerima seadanya.... 
  7. Saya gemuk sebab saya ibu kepada Awang Gebu (Nufail)... eh, bukan, Awang Gebu adalah gemuk sebab ada ibu yang gemuk seperti saya.!! 
  8. ok... saya mengaku... saya gemuk!!!! 


-ibu gebu-

Friday, June 3, 2011

Quality Manager



Saya teringin nak tukar plate keter ke plate yg baru. QM2012.
QM = Quality Manager
2012 = Dead line saya! sama ada saya akan mati atau termati atau dimatikan..!!!

Ye! saya telah dilantik menjadi QM sejak tahun lepas. ini adalah untuk certification ISO17025. cert ini adalah utk lab practice. QM here is the hottest assignment yg bertukar tangan dari 1 engineer ke 1 engineer. Dari satu anak ke satu anak. saya boleh senaraikan seramai mana anak yg dilahirkan oleh engineer-engineer di sini, dalam ketika memegang assignment ini, termasuk saya. Ehem!!

Dulu saya selalu terselamat drpd di assignkan jawatan lahanat ini kerana memang saya tak mampu dan tak berquality langsung dari perihal paperwork apalagi jahil mengenai QMS ini. dan saya merupakan mangsa engineer ke5 yg mengambil tugas ini secara paksa rela setelah dinaikkan ke jawatan senior. huhuhuhu... saya tau ada mulut longkang mempengaruhi DD untuk mengassignkan saya dgn jawatan ini... tak apa... semoga berbahagia ke atas kamu.

Percaya atau tidak, sudah 4 bulan saya de-motivated disebabkan penangan QM ini. mereka mengassign saya, tanpa sebarang butir bimbingan dan panduan. fail2x yg sebelum ini hilang begitu sahaja dan memerluka effort yg sangat banyak dan masa yg sangat lama untuk di trace kembali. budget? tak payah cakap lah... hanya ada beberapa ringgit, cukuplah untuk mengelap airmata saya ketika saya hilang punca.. apa yg perlu saya buat? di mana harus saya bermula? 

2 hari lepas, menerima e-mail; reminder tentang KPI 2011 universiti, in order to achieve the Research University status. dan ISO ini dimasukkan sekali. tapi hanya bawak 3 point sahaja. 2 hari lepas, ketika mengentertain former rector nyer alumni sekolah dia yg dtg visit wind tunnel, dia tetiba bertanya saya "Are you the one who is working for the lab ISO?".. Dang!! he recognize me! alemak... nasib baik dia tidak lagi menjadi rector. hahahahah.. kalu idak, mampus terkulat-kulatlah saya di hujung tahun nanti andai saya gagal!

Saya rasa terbeban. sungguh terbeban. namun saya langkahkan kaki juga. saya sematkan semangat, kerana 4 bulan yg lepas, banyak mempengaruhi kehidupan saya, waima di umah pon. kesian mereka2x kesayangan saya... huhuhuhuuhhhu.. saya mahu tebus semula.... saya mahu tebus.... 

terima kasih kepada buddy yg banyak membantu dan kenkawan engineer lain yg memberi kerjasama.
terima kasih kepada encik dean yg selalu "buat tak tahu" tapi amik tahu dan buat-buat macam tahu ...
terima kasih kepada sang dia kesayangan saya yang paham sangat... yer... saya tahu, empat bulan kebelakangan ini saya sangat emo... 

erk...
buddy.... nanti saya bagi appointemnt letter awak yer.
encik haluuuussss... selalu lah follow up saya. saya perlukan perhatian dan belaian dari orang atasan.
encik CSQA... huhuhuhu.. terima kasih kerana tai chi kerja2x ini kepada kami... semoga selamatlah ber RU... encik bad... tolong la masukkan 55 ribu saya tuh.. saya nak beli calibrated ruler nih...
encik diri sendiri... tolong jangan de-motivated lagi!!!!!  





Wednesday, June 1, 2011

naik


  1. berat badan naik
  2. rega gula naik
  3. tarif bil letrik naik
  4.  rega yuran nursery anak-anak naik
  5. rega upah jahit baju raya naik
  6. rega kuih raya naik 
  7. rega emas naik
  8. rega minyak stand by to naik
  9. rega ayam proses naik
  10. rega beras naik 
  11. rega astro naik 
  12. rega barang-barang naik
  13. blood pressure naik  
  14. kadar penceraian naik
  15. kadar jenayah naik
yenneday!! naik! naik! naik!
owh.. lupa lak.. ke arah negara maju berpendapatan tinggi. 

Tuesday, May 31, 2011

lagi 2 hari...

Owh... ini gambar kambing, bukan sang dia kesayangan saya. gambar tak ada kena mengena dgn entry..

 lagi 2 hari...
  1. ada accreditation untuk Automotive Programme
  2. baby sitter syifa' lak nak cuti, nk setelkan urusan anak dia masuk asasi UiTM. haruskah mendukung syifa' sambil bawak auditor lawat lab?
  3. hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6.
Dalam banyak2x tuh, bab no. 3 tuh yang paling mencabar. apa nak bagi kat sang dia ekk..? segala benda cam ada... tapi ada dua tiga benda yang dalam senarai..
  1. Pelapik ekzos moto LC dia tercabut ari tuh. skang ekzos tuh jadi 'biasa' tanpa aksessori yg berkilat itu. haruskah meredah kedai spare part di Setapak carik benda lah tuh, letak reben elok2x.. hulurkan sebagai hadiah hari ulang tahun?
  2. Hari2x dok bebel susah nak pakai kasut spike. banyak tali lah, lambat lah.. sangkut perut lah nak tunduk2x... hari2x dok puji spike boots yang jenis komando pakai, ada zip bagai.. tapi dealer dia aku tak kenal lak.. tak surprise le kalu bagi duit, suruh beli lak, sbg hadiah untuk diri sendiri. 
  3. Macam nak beli buku parenting pon ada... tapi sang dia kesayanganku ini sangatlah malas membaca. Cipan pon tak malas membaca macam dia tau..... nak beli CD ceramah/ motivasi lak, kat atas moto tak ada player... isk.. isk.. isk..
  4. ke... nak belanja keluar makan? hmmm... mana sempat.. ari tuh kena kerja. keluar makan nak ngan anak2x kang, tak romantik la pulok. lagipon, tak kuasa nak tambah lagi berat badan dia. kang sama2x bulat dan comel lak kang....
  5.  tetiba terlintas gak nak beli quran dan kain kapan... bagi insaf sikit, kan? ok apa....
  6. ke nak belikan typr-R idaman beliau... eh, lupa lak.. mana la aku mampu. embelem je boleh lah kot... pastuh tampal kat Gen-2. hehehehhe
  7. Nak beli baju kain what-so-ever... dah banyak sangat dah. baik bagik kat pakcik gelandangan kat Sri Gombak tuh...
  8. Isk... nak bagi apa nih?
  9. Bagi Syifa' je lah... jimat kos. lagipun memang dia sayang sangat kat anak dara pelengkap lesung pipit dia tuh. (Sang abi ada lesung pipit di kiri, Syifa' ada lesung pipit di sebelah kanan).
  10. Ke nak bagi duit? tapi last-last kang.. aku pow gak duit tuh... tak memori langsung lak... 
  11. Ke aku bagi AK-47 je selaras? tapi letak dalam frame ah.. tapi, mana nak carik. takkan malam nih nak seludup masuk stor senjata. kang esok keluar Harian M lak...
  12. Dia memang suka kumpul pisau. tapi, dlm masa sekarang, nak gi beli kat mana> takkan nak beli pisau jenama Tupperware pujaan ramai tuh, letak dalam frame...
  13. Aku tau dia suka DLSR... he he he he he... boleh jer sambar (flash je la kot..).. main unit beli lah sendirik... ekekekek... tapi kalu bg hadia tuh, pakej dia, untuk tahun pertama, gambar manusia yang dia boleh ambil hanyalah gambor aku sahaja... heheheh... macam berat jer syarat tuh.. 
  14. isk... nak bagi apa nih.
  15. ke tak yah bagi apa2x lah... bagi kasih sayang je letak dalam kotak kan? actually tak yah kotak ler kan, sbb kasih sayang tuh kan meluas, tak ada boundary. so, nanti, pada hari kejadian, saya berlakon la membawa sesuatu yg seperti berat sgt di atas tapak tangan nih, pastuh kat dia. kononnya nak bg kasih sayang yg terlampau banyak melimpah ruah lah kan... ala, buat aksi sket macam kumpulan Jambu tuh... mesti dia suka.. 
  16. dan mesti dia tambah chenta! hahahahha

Thursday, April 28, 2011

eksiden

Sang suria perkasa hitam saya yang tercalar dan kemek bodynya, dan saya tercalar hatinya.

Sang suria perkasa hitam manis kesayangan saya tercalar sedikit. awal bulan lepas ceritanya. tapi tak settle lagi sebab saya try jadi warganegara yang baik dan bertolak ansur. tapi saya sungguh kecewa ibarat saya beri susu, dia balas tuba. hahahha.. ekcelly, Allah nak menguji kesabaran saya dan saya baru sedar, saya belum sabar dalam erti kata yang sepenuhnya. Sebab, saya masih terasa kecewa yang terlampau.

Antara contoh dan teladan yg dapat diambil dari kejadia di atas.
**warning: points di bawah adalah 18SG. don't do this at home.

  1. Kalu ada student pompuan yg cantik molek lemah lembut berbudi bahasa terketar2x selepas terlanggar kereta anda, time tuh, jgn tenangkan dia. cekak leher dia dan mintak ganti rugi. Lantaklah dia terlambat nak pegi exam ke, dia tak abis study ker.. lantak jer, dia bukan adik anda pon.
  2. Kalau follow up talipon, sbb nk mintak no contact parents dia, tp dia tak angkat talipon, jangan bersabar. Contact kawan anda di Admission and Records unit, untuk trace hostel budak tuh, amik address umah dia, bawak bonzer dua tiga org, bawak cat merah, serang hostel dan umah budak tuh. Lantaklah dia ada paper petang tuh ke, sbb dia mungkir janji kononnya mak dia akan talipon tengahari, tapi habuk pon tarak.
  3. Agak2x dah hampir 12 jam accident berlaku, dan mak bapak student tuh macam tanak nego, terus je report polis. kenapa masih bersabar sampai terpaksa angkut anak laki ke balai polis sampai jam 2 pagi.
  4. Dah jumpa mak budak tuh kat balai, dan dia puji anak anda comel what so ever, jgn terlebih ramah. Tak payah angguk kalu dia kata kesian kat budak2x terpaksa tunggu kat balai smpai jam 2 pagi. kalau boleh, lempang je mulut dia,
  5. Kalu ada mak cik student tuh kata "eh... dia kata keter dia kena banyak, kemek sikit jer acik tengok..". Sumbat mulut acik tuh dgn helmet polis! dia ingat yg calar tuh, org cat balik kt area calar ke? dia ingat cat balik pakai crayon? 
  6. patuh, kalu polis tuh kata, hal kecik kenapa nk di bawak ke balai...? pijak mak budak tuh depan polis sambil bagitau.. " saya tanak bawak ke balai, saya tau renyah nyer proses, tapi ni hah, encik tolong explain kt org di bawah kaki saya nih".
  7. pastuh, bila nak amik keputusan kes dgn koperal pompuan bergincu merah menyala yang pandang anda dengan hidung dan menendang anda mcm bola... kepit je bibil mungil dia tuh dgn stapler besar. nak beli keputusan kes pon payah. tanya bila siap pon tak tahu. dah le kena bayor extra 2 hinggit sbb report aku lebih panjang 3 baris drpd report org lain (BUKAN EXTRA PAGE PON!!! grrrr....)... hampess la lu polis... nak suruh aku hulur la tuh, baru report kes boleh siap cepat. sorry nyah, dari aku hulur duit kat ko, baik aku hulur duit tuh belanja mat rempit isi minyak motor bia dia boleh merempit dan eksiden lagi. biar keja ko lagi banyak. hamnpess!
  8. kalu mak budak tuh nak suruh repair tak pakai insurans pulak (sbb anak dia kena 2 saman: satu, langgar orang, dua: tak bwk lesen yg valid) caci maki jer dia. hangguk ko! dari awal, aku nk setel, ko nk bawak gi balai. berminggu2x aku seksa nk bolos ke dlm keter sbb pintu keter tak leh bukak, baru skang ko kata nk bayar pulok?... ko nih manusia jenis apa? nampak jer cam baik, tak leh bawak berunding. selfish mcama cipan...
  9. aku rasa aku kena stop, sbb aku rasa mcm nak lempang jer budak student tuh ngan mak dia. 
 sekian, terima kasut.
terima kasih kepada sang dia yang selalu menyabarkan saya!

Tuesday, April 26, 2011

S.T.R.E.S.S

 Time flies so fast.

tensen.

serious.

sangat tension 



Depression. Its hurt. Anyone. Anywhere. 
  

 mana pergi sang dia kepunyaanku?

mana pergi kawan-kawan yang kita suka

mana pergi orang-orang kesayanganku


Tiada.

Yang tinggal hanya aku dan Tuhanku!
 

Bak kata Avril Lavinge:

All my life I've been good but now,
I'm thinking 'What the hell'
All I want is to mess around,
and I don't really care about
If you love me, if you hate me,
you can't save me, baby, baby
All my life I've been good but now,
whoa 'What the hell'
 

Monday, April 18, 2011

Happy birthday Abang Luqman

He is 4 today! I am speechless. Do not know what to write, and how to say it. What ever it is, as long as nyawa ibu dikandung badan... ibu akan buat yang terbaik untuk kamu. Nanti bila ibu telah tiada, hanya doa kamu dan adik2x sahaja yang boleh membantu ibu di sana. Kami semua sayang abang!
Gambar baru lahir. overdue. 10 bulan 10 hari. Keluar2x jer, rambut and kuku sangat panjang. Nampak tanda merah di dahi? sama macam Atuk Din, kalu marah, tanda ini akan keluar!

Dari kecik hingga sekarang, suka tidur denagn ketiak terbuka. Nampak telinga sendal ngan cotton ball? Gara2x telinga kemek dek tali pusat. Nasib cek gigih repair telinga time dlm pantang, kalu idak, Luqman kekal dengan gelaran Luqman telinga sepet!

Rambut pacak!

Sampai umur setahun, bila rambut pacak dah kena potong, terus tinggal rambut sejemput, makan dek bantal

Macam muka Syifa! Still dgn gaya tidur ketiak bukak. Baju nih Acik Wawa yang bagi, skang still dipakai oleh Syifa'.

Rambut still makan dek bantal. Baju nih Auntie Junita yang bagi, dah 3 generasi turun ke Syifa'.


Heheh... pipi timbul.

Masa nih ikut ibu gi Taman Negara rasanya...

Antara gamba yang saya suka


Masa birthday 2 tahun!

Sampai sekarang, memang suka pets. Kucing, ikan dan kura2x.. pernah minta bawak balik biawak untuk dibela. Ibu rasa, nanti kamu jadi pegawai perhilitan pun tak per Luqman, membela fauna2x di luar sana.

Time lepak2x kat Taman Tasek kepong

Bila tengok gigi, teringat time bersusah payah nak gosok gigi masa kecik2x dulu, in order nak jadikan brushing teeth is an enjoyable routine. Gigi ibu masa kecik tak secantik gigi kamu. Gigi abi? hmm... lagilah ke lauuuut! Tapi dgn usaha abi itulah (atas arahan dan bebelan ibu), gigi kamu secantik ini.

Kami sekepala. Boleh menjadi geng sengal saya. Muka dia pon banyak mirip saya, kan?

Masa birthday yang ke 3 tahun, di UiTM puncak alam. Tahun nih, tak sempat ke sana.

Time nih rasanya tengah mengandungkan Nufail. kemaruk sangat nak anak pompuan.

Time nih tengah mengandung kan Syifa'. Still ibu kemaruk nak anak pompuan, sehinggakan sengal dan menjadikan anak mangsa kemarukan.
Raya 2007. Baju nih pun Auntie Junita yang bagi. Tapi, dipakai sampai Nufail jerk. Syifa tak bagi pakai lagi! heheheh

Raya 2008

Raya 2009