Friday, January 29, 2010

Lunatots promotion


TOTAL 400 (worth 443.80)

package contains of:

  1. 1 Velcro CD (worth RM51)
  2. 1 Button CD (worth RM46) 
  3. 1 Velcro Wording CD (worth RM53)
  4. 1 Button AIO CD (worth RM47)
  5. 1 Velcro AIO CD (worth RM52)
  6. 1 Button Printed CD (worth RM53)
  7. 1 Velcro Printed CD (worth RM57)
  8. 1 Wetbag (worth RM39.90)
  9. 1 Laundry Bag (worth RM19.90)
  10. 1 Hemp Insert (RM25) 

    TOTAL 400 only!! (worth 443.80)

ps: ku baru tau Lunatots ada hemp insert. for the info;

HEMP... is environmentally kind - the growth of hemp has less impact on our environment, requires less water to grow than cotton, requires less labour, and hemp can be reproduced much faster than cotton.
HEMP... has four times the durability and absorption of cotton.
HEMP... also has anti-bacterial and anti-fungal properties.

What's the difference between Microfibre and Hemp?

Microfibre is a man made fabric (100% Polyester) that absorbs liquid rapidly like a sponge. It traps the liquid in the small gaps between the fibres. This means that if you place pressure on the fabric, the liquid is dispersed from the fabric. In comparison, Hemp is a natural plant based Fibre and is extremely absorbent, but absorbs more slowly. This is because the actual fibres absorb the liquid and swell leaving the fabric feeling damp. It takes A LOT of liquid to make hemp feel very wet. Hemp fibres alone are difficult to process into soft fabrics. 100% Hemp is scratchy and impractical. But Hemp BLENDED with cotton gives a much softer body to the yarn to make a fabric that is comfortable. All Baby Harmony Hemp inserts are made from a blended fabric of 55%Hemp and 45% Cotton.

Which is more absorbent, Microfibre or Hemp?

Microfibre is solely reliant on layering for it's absorbency potential. The more layers, the more it will hold. But be warned Microfibre can get very bulky if there are too many layers.
Hemp on the other hand, has not only the fibres absorbency potential on it's side, but also its processing. 

I'm confused, which inserts are going to suit me?

It's really just a matter of personal preference. If you are really keen on natural fabrics then Hemp is your answer. Or if you just want to maximise your absorbency then a combination of Microfibre and Hemp will work well for you. If you 're watching the pennies but still want the best that both have to offer then go for Microfibre boosters and Hemp Fleece.

My husbands not convinced he could handle using cloth nappies. How can I make it easier for him to use them?

The best thing you can do is find out what things bother him about using cloth nappies to see if it's a reasonable issue. Showing him how easy it can be is the first step. If He can do a disposable - He can do Cloth. More often than not it's not the nappy change that's the problem for them it's what they do with it after they've taken it off. Create a system that works for you. And physically show Him what's involved and required in the immediate and long term clean up. He may even start to realise just how much you do and appreciate you more for it. Perhaps the biggest deciding factor for a male is the money you'll save not having to buy disposable nappies! It could mean the difference of a night out with your man and getting a babysitter once a month, rather than throwing a disposable nappy into the rubbish bin!!!! Something definitely worth considering.

Which type of closure is better Snaps or Velcro?

Everyone has their own opinions/preferences about this feature, but here are some of the pros and cons for each type.
Velcro:
Pros: Very effective and holds nappy in place well, Size adjusts to the growth of your child, laundry fold back tabs keeps hooks safe and clean functions most like a disposable would, Daddy friendly, sewn on so easy to remove and replace if necessary.
Cons: Can be stiff and scratchy, can catch on other fabrics, collects loose threads/fluff in hooks, maybe not as pretty to look at. May require replacing if not looked after well.

Snaps:
Pros: Looks neat and tidy, keeps nappy securely in place, size increment adjustments, easy to wash and no extra care required.
Cons: Size adjustments may not suit your baby if they're in between snap placements, can break (although not often if applied correctly), Great if your baby has figured out how to open velcro nappies, Can be tricky to snap shut when you're sleep deprived! or if baby is a wriggle worm!

Thursday, January 28, 2010

talipon buruk between boss besar vs boss kecik


Directly, aku ada 2 boss, boss #1 and boss #2 (bukan nama sebenar) yg sgt sibuk. .. actually, aku ada byk lagi indirect boss yg boleh assign aku anytime. 2 hari lepas, boss #1 mintak sesuatu dr boss #2. tp dia titipkan message thru his secretary utk bg tau kat aku. of course benda tuh related ngan wind tunnel. even aku bukan boss, aku pon sibuk la jugak. hehehehhe... sibuk aku kalah boss!!. aku pon bgtau le ke boss #2. semlm ptg secretary boss follow up aku on that request, sbb boss #1 suruh. since boss #2 dah balik, pepagi nih rushing le aku mengadap boss #2, follow up dia pulak. (power tak aku follow up boss??.. hehehehe). 

boss #2 kata dia dah e-mail ptg semlm. isk, malu aku. aku pon larik la plak ke boss #1, saja le nk tunjuk muka and tanya kot apa lg dia nak.  (nak mengendeng gak since skang nih musim assessment).  bila aku jumpa boss #1, dia kata actually bukan dia nak benda yg boss #2 dah e-mail tuh. dia nak benda lain. kebetulan benda dia nk tuh, aku yg buat dan ada pada aku. aku pon bg le kat dia. chess!!! memang talipon buruk betul..

  1. skang dah tau kan, kenapa aku sibuk lebih drpd boss even aku bukan boss?
  2. apa salahnyer boss #1 communicate terus dgn boss #2? tak de ler misscommunication cenggini. bukan susah pon. meh aku ajar. amik talipon, call je ler hendpon memasing. even tgh lunch pon boleh sembang2x... isk.. isk..iskk...
  3. kesian boss #2, prepare benda yg tak perlu!
  4. kesian boss #1, sbb boss #2 pernah kata "aik! benda yg tuh pon dia nk sy preparekan ke?" maksudnya, jatuh le skit kredibiliti dia sbg boss #1. tp actually, misscommunication jerk.
  5. kesian aku dan secretary boss #1 sbb buat kijer yg tak significant dan menjadi sebahagian rangkaian talipon buruk ini. 

moral of the story, elakkan talipon buruk in management!! use e-mail, sms, memo, notes even benda yg kecik2x. jgn harap sgt buli staff2x nih, especially sbg messanger. nnt masalah communiaction akan berlaku! ke nk aku install ym kat desktop boss2x nih. hehehheeheheee...



Monday, January 25, 2010

january will be over


Today is 25th Jan. huh? really fast..? today is also hari gaji. hehehhehhe.. wink.. wink.. my schedule at home is stabilize now. since mr. housemate pon dh makin 'serasi' dgn hidup kami. hehehehhe... mcm ayat apa jerk. apa taknyer, right after aku masuk kijer lepas confinement, dia blah pegi course. so, it is me alone adapt the changes of life with two sons yg kicik2x itu. Even he come back every weekend and know what's going on juz thru the phone, itu adalah tidak sama dgn mengharunginye sendirik.

3 minggu lalu, dia agak kekok dgn a lot of small2x things need to be done because we are having a baby. itu anak dah 6 bulan, tak ler renyah bebenor. kalu anak 2-3 bulan, mau dia pengsan. pernah satu malam, aku sgn penat + demam + buat2x mcm nak mati dah, ku mintak tolong dia buat segala benda yg routine aku buat. start dari parking kete kt umah bila balik kije, smpi nk tido mlm. sumer ku arah pakai mulut je, best gile baring kt sofa smbil pantau apa dia buat. hehehheheh...

balik umah, berkocoh simpan fresh EBM kt dlm peti ais. simpan ice pack, sorting bekas2x EBM dr umah baby sitter, bilas balik and masuk dlm strelizer. sorting baju2x kotor 2 anak, and check notes teacher luqman kot ada apa2x yg perlu dibuat@dibawak utk school besok. mandikan luqman and prepare simple things for dinner. oops, before that, rendam CD dlm baldi to buang all those yg hancing2x... hour after that, baru rendam ngan sabun. lepas maghrib, dinner. dh siap dinner, preparekan nufail utk tido, tukar pampers bagai. solat isya' and cuci pinggan mangkuk dinner tadi. kul 9.30, preparekan beg luqman, and tidokan dia. ini bab yg penuh mencabar in order nk ensure dia tido awal. lepas luq dah tido, lap bg kering bekas2x and botol susu nufail, sorting susu baru lak utk bekal esok. before abis part kt dapur, masakkan bubur nufail  dlm slow cooker. pastuh kite lak prepare bebarang @ uniform @ bag utk pegi kijer esok lak. before tido, cuci sumer cd, spin and sidai bagai, bagi ikan2x makan. pastuh baru boleh tido. by that time, dlm kul 11.30 mlm, dia dah terkangkang tobat dekat sofa. (itu baru 2 anak. kata nak 7 orang.. nnt tak tobat lagi dah, mau koma terus). hehehheheheh... dlm hati aku, kesian dia, amik alih sumer tugas aku. takpe, takpe.. time nih dia tgh penat, tak leh nak bebel banyak. esok dlm keter baru aku tarbiyyah dia. hehehheh.. 

esoknya, bila dlm kete, baru kami buat post mortem. he made a confession yg dia tak pernah terbayangkan begitu byk benda nk kena buat. benda tuh sgt kecil and tak memerlukan tenaga yg byk seperti kawad kaki @ lari 2.4km @ panjat tembok 10 kaki @ gi masuk hutan, training lawan2x perang. (spt routine askar2x kita... hehehhehe..) tp itu sgt memenatkan dia. hah, baru ko tahu??? abis, bini mu ini di mana kekuatannya utk buat itu selama 6 bulan terkebelakang ini... itu tak campur anak buat perangai, basuh, iron or lipat baju lagi. belum time bawak balik kije kt umah bila ada deadline nk kena kejar... hahahahhahaha.. sesungguhnya kami si ibu2x ini lebih kuat dari komando2x di luar sana... hahahahha...

so, sejak itu, aku nmpk sedikit perubahan pd beliau. now he knows to play a role, where to help, how to support. ada routine yg dia dh amik alih, tak perlu di suruh lagi. tp sikit2x perlu di pantau sbb biasalah, sbg pompuan fitrahku adalah cerewet dan nak sumernya nak nearly perfect... sila bertahan ye encik housemate. hahahahha... kenkadang aku tanya gak dia soalan2x maut seperti... .. 

"hmm, encik malu ke tolong saya sidai kain?"

"eh... taklah, kenapa tanya?"

"yelah, kot ada jiran mengata, hilang lak macho. kot  malu plak kang kena kutuk bila time lepak2x ngan memember satu taman nih "

"isk, tak de ah"

nasib baik dia ok. sbb kalu dia kata dia malu pon, aku takkan mintak dia berenti tolong nyer, tp aku tukar le method pertolongan itu. sbb aku akan bg solution spt sidai la baju kul 5 pagi, time tu jiran tak nmpak. hahahhahahah, nak tak nak, awk kena tolong sy gak... hahahhhha.. jahat tak aku?

anyhow, tima kasih lah banyak. tima kasih coz kurangkan workload sy nih. tima kasih sbb kurangkan pressure saya. tp sy still tak leh kurangkan bebel saya argh... sbb kalu sy diam, awak diam, umah kita akan sunyi sepi. kang bunyi pump aquarium tuh lagi kuat dari suara kite. hehehehhe... tak balance la... sbb tuh sy byk cakap, sbb awak banyak diam... dan sbb tuh lah Allah takdirkan saya kawen ngan awak, sbb awak ditakdirkan utk mendengar sy bercakap. hehehehhe.....


Thursday, January 14, 2010

selamat untuk sehari lagi...


alhamdulillah, semalam selera makan nufail terbuka. sepanjang hari kat opis, walau sesibuk mana pon aku asyik berdoa je supaya dia makan. doa aku dimakbulkan! Maknanya, selamatlah nufail dengan susu ibunya untuk sehari lagi. actually aku dah standby kan susu tepung kat umah baby sitter. tapi aku bertegas kt baby sitter yg ini hanyalah untuk kecemasan sahaja, selepas tak de daya lain dah, and please let me know before you proceed with that formula milk. bukan apa, aku just nk kurangkan suspen babysitter nih. dia asyik cemas je kalu aku bekalkan susu sikit.. yelah, prinsip hidup aku senang, kalau tanak tolong org, jgn susahkan org. aku tak suka babysitter aku susah hati, nnt payah dia nk concentrate jaga anak aku.  lagipon, bukan senang nak mendidik org tentang breastfeeding ini. mereka kena nampak keajaiban ini, baru minda mereka akan terbuka. 

jadi, kebegantungan aku kepada doa dan pertolongan Allah semakin tinggi. actually, rasanya dah hampir 2 tahun aku men'study' situasi di mana pergantungan kepada Allah adalah maha hebat hasilnya. semuanya bermula  dari blog seorang insan ini yang aku follow since awal 2008.  aku terclick (secara tak sengaja) blog beliau dari sikecik  lama dahulu. 1st time baca, rasa mcm nk baca lagi. bahasa beliau mudah dan setiap entry, ada jer something significant yg boleh di amik kira, even benda tuh simple. skang beliau dah glamer di Astro Oasis, dan mmg perhatian aku beralih dari follow perkembangan cinta Fahrin Ahmad yang ntahapahapa kepada follow perkembangan hidup beliau.

Sehari tak jenguk blog beliau rasa macam tak best. dari situlah aku tgk yg beliau sgt meletakkan Allah sebagai kabel no.1 beliau even untuk benda yang sekecil kuman. sumer benda, doa kepada Allah. sumer benda, balik kepada Allah. and one more thing, satu yg aku nampak dari beliau nih adalah konsep rendah diri dan konsistensi. istiqamah. hmmm.... admire betullah aku kat beliau nih.. kalu you all ada masa, baca lah blog beliau... I am sure, your heart and brain will trigger something. 

Wednesday, January 13, 2010

nufail oh nufail


I try my best to be a superwoman to you. it seems like 'i am about to fail', but believe me, I still pray for Allah's miracle. Dah dua hari nufail and ibu tak sihat. dah dua hari nufail tamau makan. dah dua hari ibu dimomokkan oleh cerita mama si baby sitter perihal nufail yg tak cukup susu. mengamuk!. kenapa sayang... why did you do this to me..? 

this week, I force myself to consume 2 litre plain water ONLY during the office hour. (gila berulang alik ke toilet. ekekekkeke). take more fenugreek, cut off all the caffein, try to get enough sleep, more relax, less stress. abi poyo poyo purcahse the oat, horlicks, fresh milk, (longan kering je dia tak jumpa), all of them kami sumbat ke mulut ibu... but, still my EBM still in CRITICAL condition.

theoritically (after again the fishbone diagram!), the amount is enough, BUT YOU NEED TO MAKAN!!! makan!!! makan!! makan!! makan!! makan sajalah.... (sila nyanyi dlm nada lagu 'potong' oleh iklan di TV itu) kenapa tamau makan sayang...? tak best ke bubur nasi air tangan ibu tuh? kenapa tolak nestum beras tuh? nk nestum yg manis tu ke? apa yg nufail nak? pizza? indulgance cake? choc-top ice cream? sugus?... adusss... itu tak boleh la.. at least today I supply you with baby biscuit. manis lentin. tapi if you like it, it ok with us,. please do...

You a re such a beautiful gift to us. you are a good boy. you help me a lot while just the three of us together before. Don't do this to me nufail... please. makan la sayang...

ps: time nih la aku rasa nak berenti kejer, nk duduk umah ngan depa jer 24 hours... my der housemate, cepatlah abang kaya..


Tuesday, January 12, 2010

berat hati


To my dear..

I am sorry to let you go. I hope you will understand. (tukar ke bahasa melayu lah. nostalgic sket) Ko memang kekasihku donia dan akhirat. I think you know me better than my housemate. (yelah, dgn ko mana aku ada control2x ayu...) Agak berat untuk melepaskan ko ke tangan kasar yang berbulu lebat itu. tapi apa kan daya, aku harap he will love you more than I do. isk.. isk.. isk.. rasa cam nak meleleh lak air mata nih. di hari2x terakhir ini, byk nostalgia bersamamu terflashback di otakku yg agak tidak centre sejak dua menjak ini. ko adalah lambang kasih sayang abang kpd adik (thanks to my dear abg lan), ko menyaksikan per'dating'an dua insan sehingga ke jinjang pelamin, ko lah tempat ku hilangkan tension setelah stress time kije kilang dulu (selain tong sampah di toilet yg selalu aku sepak bila aku geram kat superior@ boss aku), ko lah saksi perit jerih aku merempuh jem ketika perutku sebesar tong dram, ko jugaklah yg bwk aku ke spital utk mengeluarkan 2 ortromen ku yg comel ke dunia. . ko bawak aku ke hulu, ko bwk aku ke hilir. 5 years being together, sumer tempat kat mesia kita gi bersama. nasib baik aku tak leh bwk ko ke sabah s'wak. kalu idak, mau ku angkut ko jua. paling tak leh lupa, time kite gi treasure hunt smpi cherating. kita sampai awal sbb ko mmg laju, tp kita kalah sbb byk checkpoint kita miss. hahahahahaha

aku ingat lagi lepas SPM dulu, masa tuh abg kakak ko ada dlm 10 bijik je di bawak masuk ke m'sia, 2-3 pages kat suratkhabor tuh citer pasal ko. time tuh, haru giler aku dah jatuh cinta pandang pertama. lama aku pendam perasaan itu. bukan senang nak menyunting ko di taman, 7 tahun memendam rasa, akhirnya dgn pertolongan abg aku, dpt juga aku memiliki ko. aku dh putus asa time tuh. sbb ko adalah batch terakhir yg diproducekan oleh mak bapak kacukkan mu itu.  

Ko memang hebat. aku kekalkan diri ko yg sebenar, sbb aku x smpai hati nk modify ko  atau mmg aku tak reti pon. tapi takpe, sbb ko standard la ramai yg nk meminang ko. huhuhuhuhu..  namun, aku cukup berpuas hati dgn ko. aku takkan lupa setiap sentuhan yg ko berikan. jiwa kita memang sejiwa (apa ayat aku nih..?) oops, kita memang sejiwa. ko dan aku memang satu. apa kan daya, aku bukan hidup seorg diri lagi. ada komitmet lain yg harus aku beri. mungkin jodoh kita sampai di sini.. apa pon, kenangan indah bersamamu tetap terpahat di sanubari ...

ps: ayat last mcm pantun.. entry jiwang yg terbaik setakat ini. :)) maybe aku akan post ke majalah mangga di ruangan puisi. hahhahahhah


Friday, January 8, 2010

mana mungkin


sudah 2 hari stock EBM abis. maksudnya express hari nih, ngam2x utk esoknyer supply. uhuhuhu. aku tension and kelam kabut. ada decision yg perlu aku buat. masalahnya adalah utk menundukkan nafsu serakah terhadap kehendak kepada harta dunia yg sementara. one side of me try to be an angel by thingking wisely using a brain. another side of me is still 'the old me' yg agak semberono and self-oriented. housemate pulak tidak langsung membantu dengan hanya menyerahkan keputusan 100% di tangan aku. 

masa makin suntuk. i am still blurr on my decision. petunjuk di minta belum membuahkan hasil. Bila Dia nk bagi? kejap2x ada je insiden yg menggugat keputusan aku. apa kena nih? aku rasa makin mengusutkan keadaan. i am not so firm on my decision this time. jarang aku mcm nih. biasanya kalu aku buat keputusan yg salah pon, at least aku confident and syok sendiri . arghh... agaknya ini adalah stigma org yg berumur 30-an.


Wednesday, January 6, 2010

cerita abang dan adik

this week I am able to drive earlier to campus. ya lah, since he is home, half of my workload is gone. speed aku marathon pepagi pon dah decrease sket. Luqman pon dah happy balik and makin banyak xtvt since he got his abi back. pagi nih aku tgh dok bwk masuk barang dlm keter, selamba dia bukak beg nursery dia and kuarkan all those baju yg aku dh prepare mlm td. hangin lah makcik!

"Luqman, buat apa tu?"

" Nih tgk beg umman nih"

'"carik apa?"

"spender"

"isk, ibu dh letak dh mlm tadi. kan ada tuh"

"saja jerk.. takut ibu lupa"

isk, budak nih! memang tema dia kt umah skang is 'spender'. taksub benor ngan seluar kecik dia tuh. all the time kena make sure ada. actually dia tgh dlm proses potty training. before this ok je, x prnh lak dia tersasul dlm seluar. tp 1st time pakai spender, habis dia buang dlm spender. ingat spender tuh mcm diapers kot.. hehhehe... dah ler lawak gila time nk beli spender dia. kami nih plak 1 st time nk beli spender budak, camner nk tau size. takkan nk test pakai kot. housemate aku lak dok sibuk ngan nufail, so, terpaksa le aku membelek spender budak2x tuh satu satu. pening betul. bila dh dpt spender tuh, boleh dia bwk ke hulu ke hilir smbil sembang pasal spender kuat2x.. agaknye, satu shopping mall tau kitorg beli spender. bila balik umah (time tuh kat kampung).. belum sempat basuh dah melalak nk pakai. dah tuh, habis satu umah dia tunjuk plak yg dia pakai spender. hmm.. umman.. umman!

skang dia sgt menunjukkan sikap ke'abang'an dia kat nufail. sumer yg nufail buat dia betulkan. ini kotor, itu jangan. ini tak boleh, itu bahaya. kenkadang aku plak yg kelam kabut bila dia jerit adik nk jatuh la. adik kena gigit nyamuk la. yg best, tetiba jer dia akan carik adik dia. "eh, adik mana bu?" check sokmo kt mana adik dia. yg aku hangin tuh, adik tgh elok duduk diam , tetiba dia dtg cubit pipi adik dia. smpai merah2x pipi member. kalu ada lagu 'potong' kat tv, ha, siaplah peha gebu member kena potong. aku kenkandang bila dh geram, aku buat balik kat dia apa yg dia buat kat adik. yg si adik nih lak, jarang benor la menangis kalu abg buat apa2x kt dia. nih spesis hati kering nih. tp dlm dok gitu, luqman sgt kedekut utk share toys ngan adik. si adik lak apa yg abg dia dok main, yg tu lah dia nak sgt.. kalu aku pakaikan baju dia kt adik, 1001 soalan akan ditanya. berbuih mulut gak la nk jawab. hmm... kecik2x dah tangkai jering. kalu tak dibendung, besor nnt jadi haji bakhil la ngan adik beradik.

ada satu hari nyaris dia suapkan ayam goreng kat nufail. member nih dok menganga la smpai terkeluar air liur tgk ayam goreng. dia juga pernah cuba gosokkan gigi adik yg 4 batang tuh. sumernyer tiru apa yg aku buat.. isk... bahaya betul budak nih. 

tapi yg aku perasan, dia nih mmg satu kepala arr ngan aku. dari campus nk balik umah, kalu jem, best gila layan lagu ngan luqman. dari selawat ke atas nabi sampai lagu bunkface, selamba je layan. actually dia nyanyi adalah lebih beritma compare to my housemate. housemate kalu nyanyi, memang ke laut. at least even luqman pelat, but for me it is the sweetest song i've ever heard. pastuh sibuk lak dok tanya. nih lagu sapa nih. mcm le dia kena sumer penyanyi tuh.. hmmmm..

whatever luqman, please take note that ibu love you so much. so do abi. Allah grant us with you and nufail, to complete our life, our  journey yg sementara di dunia nih. kami tatau lah kami dpt tak menjaga amanah ini sebaik mana. but, we will try our best. muah!




Monday, January 4, 2010

selamat tahun baru


baru ada chance update blog..

baru ari nih masuk kijer. cuti panjang, balik kg. best gila sbb balik umah makcik jer. umah housemate singgah gitu2x je. hahahahahha...

sempena tahun baru, makcik doakan semua org2x dan kwn2x yg makcik sayang lebih bahagia dan diberkati. tahun nih makcik tak banyak azam. tak der list pon sbb before this kalu list down panjang berjela pon, lupa gak. suam2x kuku kambing jerk jadinya.

apa2x pon, tahun lepas makcik banyak berkurang ajar dengan Dia. makcik selalu ingat Dia time susah, time senang ingat sket2x je. kenkadang tak ingat langsung... so, di usia yg dah cecah 30 ini.. (whattt....!!! tuanya aku..).. makcik rasa nak couple lebih lah dgn Dia. makcik nak lebih bergantung ngan Dia, sbb Dia adalah kabel besar. sebab Dia kata

“…He who relies on ALLAH, ALLAH is enough for him…”(65.3).

Siapalah makcik untuk menidakkannya... mampukah makcik menjadi pencinta yang setia?