Thursday, December 23, 2010

huhuhuhuhu


Hari ini sudah masuk hari ke-20 saya berpantang.
saya sangat sibuk.
seminggu di hospital.
seminggu berulang-alik ke Rawang untuk berurut...
minggu ke-3, housemate sudah mula bekerja.
nasib baik ibu saya masih ada di rumah... boleh lah meng-subkan syifa' kepada beliau untuk dibelek2x...
saya sibuk bertungku, sibuk mengadjustkan masa dengan 3 anak kecil, sibuk berbarut perut,
sibuk express EBM... (thanks to freestyle yg sangat membantu!).. sibuk merehatkan badan, sibuk jugak dengan memasak, laundry, housekeeping. namun, saya paling sibuk menguruskan emosi diri sendiri dan anak2x yang sangat beremosi. nufail sangat 'buat perangai', luqman sangat menagih perhatian, dan saya sangat penat..!
minggu depan, ibu saya akan balik ke kampung.
sekarang, housemate di Ipoh, next week pula 3 hari di PD....
perlukah beliau sgt bz skang? adakah korea utara dan korea selatan akan berperang di m'sia? patutlah byk 'org besar' boleh bermain golf.... mungkin kerana pegawai gred pertengahan mereka serajin dan sebusy housemate saya...
apa yang saya perlukan? entah... saya penat. saya mau redah aja.
cuma, cepatlah habis pantang.... saya mau meniarap! HAHAHAHA....

tidak sempat check e-mail, tak sempat tengok tv, sempat tido je di kala sakit pinggang ini...
uhuhuhu.. tetapi malam ini, terpanggil nak baca blog PROF KAMIL, yang saya suka...
dan tetiba perenggan ini memberi sedikit peenawar di atas keletihan saya,,'

"Marilah kita menukar perspektif pembicaraan betapa mudahnya wanita menghampiri pintu syurga. Solat yang paling afdhal di bilik tidur [nota: jangan pula dihalang jika mereka mahu ke masjid. Pilihan di tangan wanita], uzurnya tidak perlu mengganti solat yang tertinggal, rutin hariannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada suami dan anak-anak semata-mata kerana Allah, insyaAllah akan dipandangNya."

ikhlaskah saya menghadapi 40 hari yang kusut masai ini...? saya takmau menjadi super mom (apalagi spt gambo di atas. memakai high heel dan bermuda polkadot di luar. kah kah kah.). 
saya hanya mau menjadi ibu yg sabar....

Wednesday, December 15, 2010

namanya dah bukan delima ...........

pergh...! saya sgt sibuk sekarang.maklum la, anak dah tiga...(relevan kah alasan???).. hahahhaah... entry kali ini saya nak jot down kronologi kesukaran saya menghadapi cabaran exclusive breastfeeding vs anak yg jaundice. but before that, let me announce that her name is ZARA MARISSA NUR SYIFA'.

Nufail dan syifa'. gambar ihsan dari cik onn:

syifa'. macam muka luqman masa kecik



ini luqman masa kecik. ceria meraikan rambut spike yg abi dia buat...

ini nufail. dia nih masa kecik jarang sengih sorang2x.... carik2x gambo, tak ada pon yg tengah senyum...

saya nak nama SYIFA'. abinya mahukan MARISSA. tok ma nya mahu letak PUTRI... owh, sesungguhnya, perlu menjaga hati semua orang maka terhasillah kombinasi nama di atas. so, saya tetap memanggilnya SYIFA' dan abi dengan degil panggilnya MARISSA. nasib baik tok ma dah balik, tapi berpuas hati dengan ZARA (princess)... sampaikan Luqman confius... isk, apa nama adik nih?... heehhehe... itulah nak, nanti kamu dah dewasa, kamu akan paham konflik ini...

.....
alemak, kena stop dulu. time to express the milk!!! buh bye...

ps: di saat ini, melayan mereka adalah lebih syiok dari berblogging!

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah....

Sempena Maal Hijrah besok, kami tutup tahun ini dan bukak tahun baru esok dengan semangat dan kehidupan baru dgn landingnya Cik Delima semalam. Jauh di sudut hati saya malu dgn Allah dan sgt bersyukur atas 'mudah'nya menglandingkan Cik Delima, compared to dua2x abangnya before. Pregnant kali ini, saya tak byk bersolat hajat apalagi mengaji kerana kekangan masa dan lebih menumpukan hal2x lain.. (ah.. alasan)... saya lebih banyak pasrah dan mungkin jugak sedikit berputus asa krn before this anak2x sy adalah besar dan labour pain saya sangggggggggaaaaaaaaaaatttttttt panjang dan lama... Tapi Rahman dan Rahim Nya masih diberi kepada saya... speechless..

saya bersyukur krn birth dream saya come true. husband di sisi, sakit yang tak lama, water bag yg pecah secara semulajadi, luka prenium yg sgt sikit (kalau boleh tanak langsung, tp okla,, sikit je)..., breastfeed baby di jam pertama kelahiran, room in dgn baby, dan tiga ultraman saya selamat. Thanks to mr housemate (argh! malas puji lebih2x..), Syahmi (adik bongsu husband) yg pengsan menjaga dua ultraman selama 5 jam di hospital, ibu, adik beradik, sedara mara dan kenkawan yg mendoakan saya... apa cerita semalam.... uhhuuhuhuuh.... beginilah episodnya...

sepatutnya Dr F nk jumpa sy 10 hari dr last sy check up ngan dia, so jatuhnya hari Jumaat 3hb. tp sbb takde clinic ari tuh, so, staff dia schedulekan saya hari ni. target nya hari nih lah kot kena warded. so, wikend lepas, sy bersantai siapkan kije umah, penuhkan fridge and etc. sbbkan anak2x selsema, sy plan nk gi amik ubat dkt pakar kanak2x di rawang, dlm stage nk prepare la sbb takut sy terjangkit or nnt kalu depa demam time di wad, idak le pakcik tuh kelam kabut semacam.

so, pg ahad semlm, saya kerahkan mr. housemate dan anak bgn awal2x pg sbb sy nk smpi kt klinik tuh dlm 9 pg dan breakfast roti canai di Dhurbar Rawang. sambil tuh, nk tgk umah, amik bill dan jumpa pengasuh nufail. bila smpi di klinik, kul 9.30am, org dh ramai. sy suruh housemate gi amik nombor sambil terbayang roti canai Dhurbar. Tetiba, heheheeh water bag pecah. actually, inilah 1st time rasa air ketuban pecah sendiri. selalu terbayang mcm dlm drama atau citer omputih, tgh borak2x tetiba selipar basah, ataupun tgh jadi tawanan org jahat, tetiba air pecah dan bersalin dlm pesawat atau gua atau tpt org jahat. hehhehheeh... sempat lagi.

so, bila dh amik nombor, sy suruh housemate gi petronas jap, sbb nk go toilet and kebetulan minyak pun dh nak abis. keluar jer keter, mak aii... betul la air mengalir terus basah kain... wuhuhuhuhhuu... kalut member tuh. amik plastic bag TESCO alas seat, kelam labut pegi tapaukan roti. terus pecut ke ampang putri. ek eleh, tetiba ada road block kat selayang pulak, dramatic sungguh. anak2x tido.. housemate bebel2x marah kt polis sbb salah timing. saya? saya rilek jer menikmati pengeluaran air ketuban secara semulajadi. sebenarnya rilek sbb mild contraction je, and sy tak rasa sakit lagi. hehhehehe

smpi di emergency entrance smpai lah ke labour room di level 3, air menitik2x dr wheelchair. sebijik mcm drama, cuma tak ada penjahat jer. hahahhaah... buat VE dah bukak 4cm. contraction start kul 11, dan saya hadapi seorang dgn bantuan staff hospital yg setaraf dgn bayaran yg saya buat. housmate sibuk urusakan payment dan anak2x... dgn bantuan adik bongsu beliau. nasib baik anak bujang tu tak banyak songeh, sy rasa dia tak expect akan menjaga 2 raksaksa di hospital sbb kami kerahkan dia ke hospital time dia tgh tido. maybe dia mamai... hhehhehehe...

time nih jugak 1st time saya rasa etanoks dan amik pain killer sbb saya pasrah dan yakin sakit saya akan berpanjang. biasanya, 2 shift nurse bertukar, baru saya selamat. dlm dok mamai tido sekejap bangun sekejap sembang sekejap mengaji sekejap (sebenarnya Mathurat yg husband saya bekalkan tuh, sy tak tau dah page mana saya baca atau saya ulang je page yg sama). biasa housemate ada checkan utk saya, tp yelah, nurse teman tak sama dgn dia. nurse dok sibuk kejutkan bb dlm perut sbb heart beat dia dlm sleep mode. perut saya kena goncang, belly button kena tolak ke kanan kiri atas bawah, puas mengiring kejap kanan kejap kiri. time tuh pulak temp saya dlm 37.8, so kira demam le sikit. kena antibiotics lagi. hmmm...  tp yg pelik, cik delima tak bangun2x, smpi nurse suruh saya amik oxygen sbb dia betul 2x nak hertbeat bb time dia terjaga. apa punya anak dara la, kul 12 noon pun still mekingkar dlm perut ibu!

dlm kul 1, lepas dh setel sume, baru haousemate masuk. hajatnya nk tgk je, b4 dia smayang zuhur. tgk2x nurse dah kalut prepare sbb saya rasa dh nk teran. saya dh lalok time tuh... cakap pon mcm drunken master. tp saya sedar dia masuk. nurse tak bg push selagi doctor tak dtg. saya plak... ntah... lalok la katakan... bila doc duduk je, alhamdulillah, sekali nafas je, cik delima keluar. housemate tak sempat capai kamera, dan baru saya sedar, eh, dah keluar dah.??? syukur sungguh.. bila timbang, aik, ringannya. yg dua tuh sume 3.3kg, cik delima hanya berat 2.76kg. aik, kenapa sy mengandung kali ni 10kg lagi berat dr tahun lepas? owh, saya sudah gemuk rupanya. haahhaahaah..lantak la, yg penting saya boleh meniarap dah lepas nih! (dan untuk 3 tahun akan datang! kah  kah ! kah ! - kenapa rasa mcm gelak syok sendiri...?)

momen yg paling indah, fitrah anak kecil itu menyusu tanpa perlu di ajar. dlm 1/2 jam je selepas setel sumer. hmmm... susah nk tulis lah part nih. hanya naluri ibu  je yg tahun keindahan ini, dn saya tatau method cenggana yg saya perlu untuk nukilkan keindahan momen ini, saya harap cik delima menjadi penawar dalam hidup saya. membesarlah menjadi hambaNya yg solehah, dan jangan lah di luka kan hati ibu ini. sbb momen indah itu pasti tercalar andai cik delima membuat hati ibu terluka... pergh.. dalam hati ada taman jugak aku nih rupanya!.

next entry sy nk nukilkan pengalam pertama room in dgn baby di hospital. menyesal gak sbb anak ke3 baru dpt rasa experience nih, but it's ok, better late than never. breastfeeding is a never ending journey in mothers life....

Wednesday, December 1, 2010

overdue

kalau ikutkan hisab pengiraan doc dgn carta usang yg bulat kaler pink itu, cik delima adalah due hari ini... tapi, kalu ikut tarikh scan, duenya adalah 17hb december. so, after a discussion ngan doc, kami decide utk letak 10 dec as a due date... hhuhuhuhu... hari ini sy masih termanggu di pudar mentari meredah jem di pandan menekan minyak menghantar anak ke nursery dan punch ke office mcm biasa. malas memikirkan apa2x pasal kelahiran ini kerana sy sgt sibuk. sibuk dgn ISO, sibuk dgn plan bajet 2011 utk tunnel, sibuk dgn ICC yg belum tahu hujung pangkal, sibuk dgn benda yang  ntahapahapantah yg berkaitan dgn isu2x kerja dan hal2x dunia semata. 

perut ini sgt besar ok. pregnant kali ini, sy adalah 10kg lebih berat dr pregnant sebelum ini. no wonder kaki saya adalah spt kaki hippopotamus yg boleh membesar dan mengecil ikut suka hati. sudah tak larat nak makan apa2x, malas dah nak telan vitamin or apa-ke-jadah supplement. apalagi nk memikirkan air selusuh or akar siti fatimah or whatever. apa yang saya tahu, saya nk bersalin cepat, sbb saya nak meniarap, nak berlari2x naik turun tangga, nak mengecikkan semua yg besar di badan saya, dan of course teruja nak tgk muka cik delima...

semasa melahirkan Luqman di KTS dulu, saya sgt suspen untuk melahirkan sehingga saya lupa persediaan selepas bersalin, how to handle the bb and breastfeeding. no wonder luqman bukan lah exclusively breastfeeding bb sbb semuanya berpunca dari kejahilan saya dan mind setting 'alah, lepas beranak lain cerita lah.. mak aku kan ada!"... jd, saya campur susu dari awal lagi. masa luqman, saya overdue 10 hari. doc d KTS sgt berani ok, tp setelah menginterview segala sejarah dan latar belakang ibu dan ibu mertua saya... dan kesimpualnnya, dia sgt berani memberi saya due yg over 10 hari. kesimpulannya, abdomen saya adalah kecil, dan anak saya adalah besar2x dan panjang2x mengikut baka housemate sy yg tinggi. owh, kuasa tuhan, miracle nya Dia dgn Kuasa penciptaan seorang manusia di dlm janin ibunya.

semasa mengandungkan nufail, saya dikejutkan dgn case low lying placenta. kononnya, refer ke hospital selayang, dan sy booking FPP (full paid patient - ala2x private wing la, booking specialist, booking single bed room). tapi, dgn mentality nurse dan doc yg hampeh yg tidak respect saya dan tidak pro, saya bersalin di naluri. saya tekad utk exclusively breastfeeding, tp kalah di hari pertama kelahiran kerana tidak bertegas dgn nurse utk room in dgn baby. sudah nya, nufail minum susu formula + breastmilk di hospital, dan alhamdulillah, exclusively breastfeed selepas keluar wad sehingga 6 bulan, dan seterusnya 9 bulan. selepas 2 bulan, housemate pulak transfer ke Ipoh, tinggallah saya, bb yg fully breastfeed dan luqman, terkial2x menguruskan kehidupan tanpa bantuan hosemate. saya byk belajar tentang cabaran fully breastfeeding ketika itu dan yupp... ia sgt memberi suatu pengalaman yg unik dn priceless.

hmmm... cita2x tak kesampaian bila termengandung lagi. nufail terpaksa di top up dgn susu formula krn saya mengalami sindrom hormon dan emosi tak stabil akibat kandungan yg tidak dirancang (namun semua itu rezeki tuhan). jadi, kali ini saya berpaling ke private hospital yg 100% sokong breastfeeding. saya tutup mata dgn charge yg mahal kerana kali ini saya akan memastikan misi breastfeeding saya berjaya. tetiba saya di kejutkan lagi yg housemate kena kursus di PD sejurus selepas saya habis pantang 60 hari february depan. huhuhuhu! menguruskan 3 anak keseorangan, dgn baru nk start masuk kerja... hohohoohoho.... saya tak melatah cepat kali ini. saya amik pendekatan. "MALAS AKU NAK PIKIR" redah jer lah. yg penting,.. yg penting, saya perlu melahirkan dengan selamat dulu, pastu meniarap puas2x.... pastuh, baru saya pikir... hmmm.. cenggana nak handle 3 budak kecik itu keseorangan nanti...

cuma jauh di sudut hati saya, saya nak housemate saya tahu dan ingat apa yg saya lalui ini. saya nk dia ingat  momen2x ketika menemani saya di labour room, semasa saya mencengkam tgn dia ketika menahan sakitnya contraction, ketika setiap kali saya mintak maaf kat dia dan mintak halal makan minum terkutuk teramik dan etc. sebelum masuk labour room, ketika dia ingatkan saya dgn ayat2x suci ketika saya mcm org gila tgh tahan sakit, ketika dia panic kali pertama tgk proses kelahiran smpai amik tuala yg saya sediakan untuk baby untuk lap peluh dia (bukan lap peluh saya, lap peluh dia, ok!)... , ketika hidung saya kembing kempis make sure teknik breathing yg betul utk PUSH (sbb nk elak luka prenium yg banyak), ketika dia terkejut tengok darah yg keluar dgn banyak ketika kali pertama saya bangun selepas bermati-matian di labour room, ketika saya mempertaruhkan nyawa saya (yang tiada di jual di TESCO atau SOGO atau JUSCO) untuk landingkan penyambung zuriat dia, ketika dia kali pertama pegang baby itu sambil azan dan iqamatkan anak dia, dan ketika dia menguruskan uri2x yg perlu dilupuskan dengan sempurna.

kenkadang, syaitan sentiasa menyelit dann membisikkan sesuatu untuk menghancurkan anak2x adam, sebagaimana janji dia dgn Allah... dan ketika itulah hati saya akan hancur dan kecewa bila saya kalah dgn bisikan itu... of course hati ini akan bercantum dan heal kembali, tapi, sbg kaum yg byk hormon dan complicated, parut dan kesan itu takkan hilang selagi nyawa di kandung badan.

kenapa entry saya berakhir begini? semuanya kerana seulas nangka. (ala2x dang anum la pulekk!!!)...

abang, permintaan saya untuk hari ini... saya nak makan nangka. abang janji nak beli kat MAHA hri tuh, tapi kenapa bawak balik betik pulak. owh, saya nak nangka jer, bukan X6 ataupun 5 siries pon....apalagi sebijik M5 ataupun meminta abang bawak doctor sheikh muzaffar shukur sebagai tetamu di rumah. saya tak mintak dah honda civic (kita tunggu jer edition baru tahun depan ekk), apa lagi honda EX5... SAYA NAK NANGKA jer!!!!   

huhuhuhhu... syahdu dan terasa tidak disayangi!!