Tuesday, September 28, 2010

maher zain


saya ada gak terperasan poster dia nih kat campus. He is coming to UIA. tp sy tak berminat pon nk dgr even sy tau aura Maher Zain semakin tersebar kt campus nih. mungkin sbb lagu2x dia tak ada kt radio yg sy selalu dgr... even, sy before this tatau pon yg dia nih lelaki ke pompuan. sampai la suatu hari di minggu lepas Mr. Housemate dedicate sy satu lagu beliau: For The Rest of My Life. 

hmmm... sedikit terkasima sbb before this tak pernah di dedicate lagu2x nih kt saya. Latest lagu paling romantik yg pernah dinyanyikan pon adalah masa raya lepas: lagu iklan keropok Mony. biasanya lagu2x yg bergenre begitulah yg paling romantik didedicatekan kepada saya. hahahahha... I pity myself.

semalam bila sy bersembang ngan kenkawan, owh, terus teruja utk surf pasal org ini, ramai gakkenkawang saya yg minat beliau ini. di samping nk tgk le jugak apa ke bentuk lagu yg Mr. Housemate dedicate kan kt saya itu. ohh.... comelnya lirik lagu itu (comel = indah). saya harap, ia dedikasi yg lahir jauh dasar hati, bukan mengikut trend di Facebook. yelah, bila ramai org dedicate lagu itu kpd sang isteri, kita pon nak meniru. tapi, gimana mau tau ekk...? apakah parameters nya..? hahahhaa, malas saya pikir. cuma sy terpikir, biar benar dia dedicate lagi itu kepada saya.... rasa mcm nak menggulupur! isk, sejak bila dia layan lagu2x cenggini...? apakah..? benarkah..? biar betulll.....

ps: kan ke bagus dedication itu diselitkan sekali dgn duit bonus yg saya apply hari tuh. boleh saya beli Medela Freestyle sekali. hahahahahah!! 

Lyrics: For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You're finally home and stay with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I waz always thinkin' that love waz wrong
But everything waz changed when you came along oh
And there is a coulple of words I wana say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be loving you…loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now n' forever I'll be there for you
I know deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And ask Allah to bless all we do
You're my wife n' my friend n' my strength
N' I pray we're together in gena
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wana say

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart

Neither to fear you're in front of me
I strongly feel in love
I strongly feel in love
And I know that
Nothing in doubt that I will love you eternally

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart

 

Thursday, September 23, 2010

bimbonya...


 hmm... baca tak muka depan suratkabo H M**RO ari nih? ala, yg kes pemandu teksi pembunuh adik Syafiah Humaira tuh. perkataan tajuk di atas saya tujukan kepada ibu anak malang tersebut. tapi, saya pun tercuak jugak kot2x reporter sesaja buat tajuk yg gempak2x gitu. so, kalu itu yg benarnya, maka reporter tersebutlah yg patut dapat title di atas. 

How come she can admit in front of the reporters yg dia masih sayangkan lelaki tersebut? kot yer pun, chenta mu itu seperti Laila kepada Majnun yg lalok even ko tolak tepi nyawa anak yg mungkin bagi mu no values itu, simpan je lah dlm hati perasaan chenta itu.... tapi, kok kalu dah chenta sgt, apa kata sama hidup dan sama mati jer, gi merayu kat mahkamah supaya digantung bersama2x lelaki tersebut. isk... isk... isk... 

tapi kalu lah reporter yg menulis title tersebut nak bagi gempak... hmmm... wa tabik spring la sama itu reporter. biasalah, nk bagi suratkhabar laris, tajuk mesti melotup punya. teruskanlah mengambil peluang melariskan suratkhabar di atas peristiwa2x tragis yg berlaku dlm kehidupan orang lain. namapun suratkhabar tabloid kan..... entahlah, saya pon tatau sgt selok belok ke'reporter'an ini, dan saya pon baca jugak suratkhabar2x tabloid nih....ini pon saya tulis sepontan jer, dari hati terus ke blogpage...

Tuesday, September 21, 2010

piggy bank


 perkara paling best selepas raya adalah mengira duit raya anak2x bersama bapaknya selepas anak2x tidur. biasanya, kami akan menggenapkan duit itu kepada ratus yang hampir, bergantung kpd keadaan ekonomi semasa poket kami. seperti fitrahnya, saya akan meminta si bapak menggenapkan duit anak yg paling banyak amountnya yg perlu untuk digenapkan. maknanya, saya top up sikit je lah. hehehehhe... tahun depan, bila anak dah 3, saya tak pasti cenggana caranya pulak. mungkin perlu dicampur tiga, dan ditanggung sama rata oleh kami.

that's is one of the way how we do a saving for the kids. bukan apa, kalu emergency, boleh jugak kita mengepow meminjam duit anak ini, dgn syarat ianya perlu diganti semula. inikan amanah mereka. duit mereka, kalu duit depa banyak, kita jugak yang senang nnt.

selain itu, saya juga menabung secara berdikit2x dgn duit syiling, sumber duit syiling adalah banyak di rumah saya. selain duit baki perbelanjaan hari2x yg dicampakkan ke dlm tabung mereka, duit yg selalu ditinggalkan merata2x oleh si bapak (di atas meja makan, di atas sofa (tercicir dari poket), di atas katil) atau mana2x tempat di dlm rumah secara cuai, automatiknya sy akan ambil dan masukkan dlm tabung anak. ini adalah atas dasar safety sbb nufail suka masukkan syiling dlm mulut. luqman pula skang suka amik syiling letak celah telinga ala2x buat magic... taktik tu pon, di ajar oleh si bapak. even magic hingusan sudah diketahui dan diulang berkali2x, masih mereka layan dan enjoy magic itu. kata kunci di sini: mintak izin dulu dgn org yang cuai itu, barulah halal duit itu. 

selain itu, sumber tabungan anak juga adalah dari duit2x terkelepet yg sy jumpa sebelum basuh baju. dengan bermodalkan kata kunci di atas, org yg cuai tidak boleh mempertikaikan rezeki yg sy jumpa sebelum buat laundry. memiliki washing machine 16kg yg fully auto membuatkan sy berhati2x utk make sure no foreign object yg akan merusakkan washing machine kesayangan saya itu. dan biasanya, sy akan terjumpa rezeki terpijak itu setipa kali mencuci, di samping sampah sarap spt ATM statement, senarai brg yg perlu dibeli, plastik gula2x dll. sapa suruh tak bersihkan poket b4 campakkan seluar baju dlm laundy basket?... nasiblah kalu rezeki not 50 yg sy jumpa, hehehhehe, ia tidak akan dipulangkan semula.. kenkadang sy pun tercuai juga, tp dah sy yg basuh baju, selamtalah duit tu kalu sy sendiri yg jumpa. hehehheh

selain  itu, kami juga meletakkan sasaran simpanan tahunan utk anak2x. stiap kali besday, mrk tidak akan mendapat hadiah mahal krn cash perlu di bank in ke account utk mencapai sasaran tahunan itu. biarlah saving account makbapak kejap bocor, kejap penuh, asalkan anak2x nyer duit constatntly bertambah even dlm jumlah yg sedikit. di sini, konsep sedikit2x lama2x jadi bukit amat signifikan sekali. 

perkara2x di atas adalh amat kami titik beratkan kerana anak2x kami bukanlah anak2x tiri datuk siti nurhaliza yg melimpah ruah duitnya. kalaulah saya bini datuk K itu, tak kuasa saya nak meneropong mengutip duit2x syiliing dan menabung utk anak2x.. baik saya beli kondo utk anak2x sorang satu buat investment. duit sewa tuh, bank in je ke account anak. hahahahahh, tp itu kalu saya bini datuk K lah. yg nyata nya, sy bini DATUK F to be sahaja, yg kaya dengan senyuman dan kasih sayang. kalau boleh ibu belikan kondo untuk anak2x dgn senyuman abi itu, dah lama you all ada asset sorang satu tau... itu kalau boleh la... hahahah!

Monday, September 20, 2010

balik sudah...


hari ini, kembali bekerja.
saya banyak di assignkan dgn tugas2x baru selepas raya ini...
tugas2x yang berat, 
tugasx yg ditinggalkan oleh rakan seperjuangan sebelum ini.
tugas2x yang terbengkalai...
tugas2x yang baru...
tugas2x yang separuh siap. 
half done.
saya pantang betul disuruh menyiapkan tugas orang yg tak habis atas sebab2x attitude.
tapi, dah kerja makan gaji, terima arahan, patuhilah arahan.. 
mampukah saya?
hmm... blur..
tengah warming up...
Ya Allah, berilah kekuatan.
masih gigih mempertahankan amalan2x semasa bulan puasa dulu.
setakat yang terdaya.. 
harapnya tidak sehangat2x tahi ayam..
puasa 6? masih lagi dlm perancangan..
memujuk mr housemate untuk bersama2x menemani saya berpuasa,
alah, kalau sanggup sehidup semati, takkan tak sanggup puasa 6 bersama2x kan?
kan? kan?... sekarang dah tak ada lautan api..
inilah masa untuk memberi bukti...
hahahha... pelik bila banyak orang berdalih untuk berpuasa 6..
dah taknak puasa, diam2x je lah...
tak yah bagi banyak alasan..
hmmm...



Friday, September 17, 2010

ibu tua itu

saya akan balik ke KL esok hari. biasanya, orang akan berat hati dan malas untuk balik ke KL selepas lama bercuti but not me. saya rasa teruja untuk balik ke rumah sendiri kerana sejak kebelakangan ini, rumah tempat tanah tumpah darah saya sudah tidak memberi ketenangan lagi. lately, saya merasa tension balik ke kampung kerana saya sgt penat dengan suasana rumah yang sudah tidak setenang dulu.

saya tersepit antara derita seorang ibu tua yg mengorbankan diri untuk anak cucu yang 'kurang' menghormati privasi dan diri beliau. saya jelak melihat manusia2x yg dengki dan berkira dalam membuat kerja2x rumah, tidak sedarkan diri dan mementingkan diri sendiri. saya berkecil hati dengan pendirian ibu tua itu tetapi dlm masa yg sama saya sangat kasihankan beliau. saya berharap pengorbanan beliau demi anak dan cucu berbaloi dan setimpal walaupun saya tak nampak langsung tanda2x beliau akan dikenang dan dihargai.

dalam masa yang sama, saya menyalahkan diri saya kerana gagal menjalankan kewajipan saya demi batasan jarak, kerja dan masa. saya gagal mempertahankan beliau kerana kedegilan beliau sendiri untuk berkorban untuk manusia2x yg saya harap menghargai beliau. saya tersepit. saya tertekan. saya buntu. tak tahu nak buat apa. saya penat, sangat penat dengan manusia2x ini. sangat berlagak, tidak sedar diri, kurang ajar, memerah keringat beliau tanpa disedari. sekarang, beliau jarang bercakap dengan saya, namun saya sedar bila beliau tertekan dan berkecil hati, beliau hanya mampu menyapu air mata. cuti raya ini, banyak air mata yang ditumpahkan didepan saya tanpa ada sebarang keluhan atau kesalan dari mulut beliau. beliau sangat berfikir dan mengambil berat perihal mereka2x itu, sedangkan saya kurang nampak tanda2x mereka mengambil berat, menjaga kesihatan dan pemakanan, emosi dan spiritual hati ibu tua itu.

apa yang patut saya buat? saya selalu berdoa agar orang2x yg beliau tatang dan bela itu menghargai beliau. berfikir dan menghormati beliau. saya selalu ingin mencari peluang untuk berbakti kepada beliau setakat yg saya terdaya, tetapi saya sgt sakit hati dan jelek melihat tingkah laku anak cucu yg hanya pandai menceceh dan bercakap dan mementingkan diri sendiri. bila beliau mempertahankan mereka, saya sgt berkecil hati, seolah saya dipinggirkan dan langsung tidak signifikan dalam hidup beliau. tetapi dlm masa yg sama, beliau selalu meluahkan perasaan beliau terhadap saya. saya buntu. saya harap Allah memberi  pedoman kepada insan2x yg selalu ditatang beliau, sekurang2xnya, hormatilah perasaan dan privasi beliau. kadang2x, saya melihat beliau hanyalah tempat sandaran di waktu mereka susah, mengambil kesempatan di atas kasih sayang yang beliau berikan.

hmmm... ikutkan hati saya, saya ingin mengasingkan beliau dari oramg2x ini, tetapi saya faham tindakan beliau sebagai tunjang dalam keluarga ini. beliau tidak akan melarikan diri dari tanggungjawab! cumanya Ya Allah, tolonglah kurangkan derita perasaan yg beliau pendamkan, atas ketidak prihatinan mereka2x yg beliau tatang.

dengkikah saya? busuk hati kah saya? oh, tidak sama sekali. saya cuma kesal kerana tidak dapat mempertahan dan melindungi beliau sehabis nyawa saya. saya sedih kerana mereka2x ini juga merupakan darah daging dan orang2x yg amat saya sayang. tetapi, amat susah berurusan dengan mereka yg degil, perasan hebat, perasan betul, perasan bagus dan tidak menghormati dan menghargai orang lain. Saya harap, anak2x saya dan diri saya sendiri dijauhkan oleh Allah dari sikap2x buruk dan perasaan hasad dengki ini.

Wednesday, September 8, 2010


(gambo tiada kena mengena dengan entry....)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERAKHIR DENGAN PENUH KEINSAFAN.
SEMOGA SYAWAL YG BAKAL MENDATANG MEMBERI SERIBU PENGERTIAN.
MAAF ZAHIR BATIN DI ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KESALAHAN.
SEMUA YG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, YANG BURUK ITU ADALAH ATAS KELEMAHAN KAMI SENDIRI.

Ikhlas dari:
Hazliz Fairuz Afzuan
Azliza
Luqman Nur Hakim
Izz Iman Nufail
Cik Delima (hik..hik..hik... aci ka?)

Sunday, September 5, 2010

nak balik kampung



di samping menggelupur dgn whishlist utk dptkan pump yg baru for my dear cik delima, aku juga menggulupur nak balik kampung. tp ape nak dikate, pagi ahad ini still di KL. dah nak wat cenggana, drebar demam, so, bas raya tak jalan. like what I have said before, kalu mr.housemate demam, kiamat kecil la dunia kami. demam dia adalah lebih teruk dari cipan yg tertelan bijik getah. so, pagi nih, nmpak mcm dah OK sbb dia lepas sahut td tolong settlekan laundry dan apply for nak pergi mancing! aiyak! katanya 1 jam sahaja untuk melepaskan meroyan di jiwa. hehehehheh... tak pe, pegila... andai itu boleh meredakan demam abang, apa salahnya. dan tak salah kalu kepergian ke memancing itu diiringi dengan restu utk saya membeli pump yg baru FS itu. hahahahah!!!

2 ultraman masih tido. bapak ultraman gi mancing. ibu ultraman gigih siapkan drawing utk project wind tunnel yg baru. tapi cam malas lak since mengenangkan Ramadhan yg dah nak abis nih. baik buat apa yg patut merebut saki baki pahala kot Allah masih sudi kurniakan. bila dh ngantuk, makcik hijack sat work area org nih, surf internet tengok apa2x yg patut. 

Sedih lak bila puasa dah nak abis. lepas nih time table mesti bertukar balik. lepas raya dah boleh concentrate utk siapkan kerja yg melambak before maternity leave. senang sikit kalu buat kerja in order, nnt buddy yg menggalas tugas gua akan kurang menalipon semasa dlm confinement. maklumla, sumer in order.. hehehhe. dah le maternity leave tetiap tahun. hahahhaahha.. nnt kalu sumer kalut, boss bising lak.... cuti sokmo berbulan2x, dah tuh nyusahkan orang.. hahahah.. relax la boss, lepas target gua nnt kang, gua stop la maternity leave. gua pon nak gorgeous jugak.. takkan nak berlumuih dgn bau muntah baby jer sepanjang hayat, asyik kelek pam susu ke hulu hilir. gua pun nk gak bawak laptop kecik dlm beg couch dan menjadi wanita berkarier yg berketerampilan. hahahahaha.. menagrut jah!

raya kali nih kami sambut dgn sederhana je mcm tahun2x sebelumnya, baju maternity yg baru beli utk opis itula akan ku lenjan semasa di hari raya. yg lain lebih kepada anak2x... depa tak reti lagi, ada baju raya ke, tak ada ke, yg penting happy dan cukup makan pakai sihatnya. cuma luqman seems very happpy dpt jam ultraman. kalu tanya dia kul berapa, memanjang kul 6 setengah @ 3 setengah. itulah, 2 waktu yg dia sgt tahu di dlm hidupnya. hahahahah.

alemak, dah ada tanda2x ultraman nak bangun... so, choww cin cauuuu!!!


Wednesday, September 1, 2010

ngidamm.... ngidammmm

huhuhuhu.. ini adalah whishlist yang baru... ngidam... ngidam... ngidam....
(biasa kalu nk apa2x, aku selalu ym or chat ngan pakcik nih. segan ler nk mintak depan2x... takut kena smash... hahahahha. kang dia bukak ceramah 2-3 chapter, terpaksa lr tadah telinga 2-3 jam... lagipun, susah la nak meeting kat rumah, ada je yg menyelit. tak leh nak bermadah manja sket. line selalunya tak clear nak ayat pakcik nih betul..)
 
Me: huhuhuhuhu

Hazliz: napenya..
Me: mengidam
Hazliz: ape dia yg diidamkan tu
Me: adala... mahaaaaaaaaaaaaaal harganya. tp tak le semahal honda civik
Hazliz: apo tu............. boleh dimakan ke ... or buleh dipakai ...or buleh dinaiki.. yg mano satu?
Me: tak boleh. baby jer boleh makan
        breastpump la.... yang gitu gitu tuh
        nak letgo yg lama nih.
Hazliz: OOooo...duit dah masuk.. guna la..
Me: duit apa ?
Hazliz: nanti kalu ada lebih lopeh bersalin pogi la boli
Me: hah? mana duit? mana? tak nampak pon (sambil mata terbeliak dan telinga tercapang bila dgr $$$)
Hazliz: yg xk tu la
Me: ooohh... itu reserve nak bersalin
Hazliz: kalu ado lobih la
Me: ada kerja part time tak? apa kata saya amik upah cabut uban dan picit badan, satu mlm bayar RM5O? boleh kumpul duit. sayang nk guna duit bersalin tuh
Hazliz; alamak..keje part time dah xado dah..tokei dia dah pencen
Me: ataupon, masak satu ketul kari kepala ikan, saya charge RM40
Hazliz: nak makan kari je..kepalonya xnak la
Me; KALU GITU, BAYAR SEPARUH HArga laa... hirup kuah jer, 50% off
        hahahahahahahha
Hazliz: keskeskeskeshuhahhuha
Me: saya amik upah gosok uniform abg la.... sepasang, RM30, siap letak accessori, RM40
Hazliz; pergh....kayap la kalu gitu. kalu 2 pasang that mean 80 
Me: upah kilat kasut, sepasang RM30
        ala, ngan bini sendirik pon berkira!
Hazliz: adui..dah la kasut banyak jenis
Me: apa kata saya sewakan laptop saya tuh, sebulan rm300
        hahahahaha. (gila byk cabang idea nak carik duit)
Hazliz: hahahahaha...xpe la balik ni nak pulangkan balik la
Me: sumer nak mengepow laki sendirik
Hazliz; abih tu nk megepow sape lagik
Me: kes kes kes. CePatlah mr. profit engineer. nak mintak bonus rm1500 jer nih.
        bonus tahunan
        nak beli breastpump yg canggih nih
       boleh mengepam sambil memasak
       1500 jer.....
       1500 jer.....
       1.5k dan jer lagi
Hazliz: alamak...bonus xmasyuk ag arr
            iye la.. ado rejeki.. ado bahagian tu
Me: ha, ada satu lagi
Hazliz: ehhh..ado lagi ke
Me: apa kata sy sewa perut saya utk anak abang nih. sebulan rm200 jer
pastuh nak claim backdated luq ngna nufail dulu
Hazliz: adui..itu pon nak kena sewa ka
Me; hihihihih
Hazliz: mak aiii...
Me: MPS pon buat bisnes bukak tapak pasar ramadhan. sama konsep la nih
Hazliz: ish..ish..ish.. tp bini saya bukan tapak bazar
Me; hihihhihh...

(pastuh.. dia offline... chett!!! taktik kotor nak end of the story lah tuh!!!. takpe, esok makcik ayat lagi. nak tgk skett kuat ke idak imannya. hehehheheh . keluar tandukk!!!)