Wednesday, August 25, 2010

bapak ohh bapak


saya tak boleh menahan air mata bila melihat wajah tulus anak 3 tahun yg menemui ajal ditangan bapanya sendiri yg sakit mental. usia dia sama dgn anak saya Luqman. Saya tak tahu samada saya mahu marah kepada bapanya yg tidak waras, atau memblame ibunya yang cuai. tapi, semua berlaku diluar kawalan mereka dan tidak dijangka. tapi, saya tak dpt membayangkan anak yg menggelupur menahan sakit sebelum menemui ajal dan trauma seorang ibu bila melihat anaknya terkulai sebegitu, sementelah lagi pisau masih berada di tangan si ayah dan di leher anak tersebut. saya sendiripun, bila melihat anak saya berdarah kena kaca atau lebam terhantuk pun saya sudah mau pengsan, apa lagi ibu tersebut... 

apa agaknya hikmah di sebalik kejadian tersebut? apa iktibar yang boleh kita ambil? tetapi, yg nyata, anak kecil yang tidak berdosa akan terus berada di syurga Dia, tanpa sebarang soal jawab dan mungkin menjadi karamah kepada kedua ibu bapanya kelak. tapi, apa agaknya yg di fikir oleh si kakak yg berumur 8 tahun bila tahu adiknya mati di tangan ayahnya? trauma kah dia? 

hmmm... saya memohon Allah melindungi keluarga ini dan tabahkanlah hati mereka2x yg menyayangi anak tersebut. risau saya. pesakit mental menetak, menyembelih orang2x yg terdekat dengan mereka. orang2x yg menyayangi mereka. orang2x yang mempercayai mereka. orang2x yang menyimpan harapan dan mengharapkan kesembuhan mereka, untuk menjadi pelindung, pencari nafkah, pembimbing dan sebagainya. 

hmm... dunia makin akhir zaman...

Tuesday, August 24, 2010

nak balik raya

  
setelah mencongak2x kemampuan diri, keterbatasan waktu dan faktor2x sekeliling, maka ini tahun makcik 
surrender drpd nak buat kuih raya. kecuali mr. housemate yg gigih nk buatkan cornflake madu jugak. hmmm... elok lah tuh.. ari tuh dah siap pack sumer barang2x buat kuih dlm 1 kotak.. ingatkan senang nk capai bila ada waktu dan semangat kerajinan ini. tapi, yakpelah, buat cekelat jer lah ini tahun. kuih raya tak le mahal sgt. tp cekelat nak order, mahal la pulok. so, baik buat sendirik. nnt makcik masukkan gambar2x cekela makcik yo..

skang nih kat umah musim buat lemang, maksudnya, semua org demam. dah seminggu tidak menjamah air batu. di waktu malam, kami berkompang batuk secara berjemaah dan bersahut-sahutan. agaknya, kalau makcik ada bakat seperti M.Nasir, mesti bunyi batuk itu boleh dibuat lirik dan notes lagu. ye lah, dari tone suara 4 org yg berbeza, kenkadang mcm menyerikan kesunyian malam Ramadhan yang syahdu. kih kih kih...

tapi, yg paling makcik hangin adalah org demam yg degil. like father, like son. dah tau demam, mai la sini makcik letak air asam jawa kat kepala tuh. mai la makcik paksa minum air masak bergelen2x... ini siap melawan lak tuh. pastuh, time berbuka, order makanan kalahkan org mengidam. huhuhuhuhu.... nasib baik bulan poser nih syaitan tak ada, kiranya bersabar sungguh makcik menahan kaenah org2 demam itu. yg kesian nya, tengah2x demam, si Luqman boleh pulak terhantuk kepala kat cermin kereta depan sampai retak. Pergh! ada aura apa kat kepala dia. power sungguh. nasib baik cover insurans. kalu idak, melayang 4-5 ratus budget raya tahun nih. berdebar gak kot kepala dia lebam ka, darah ka, tapi dia rilek jer. cuma dia susah hati tengok cermin yg retak tuh... Yang si abinya rilek memanjang... isk, depa nih tak reti risau kah...? kot ada cedera dalaman ka... pendarahan dalam ka... 

cuti raya tahun nih, sgt mengidam nak gi pasar Ramadhan kat Chabang Tiga. ala, pasar yg dekat kg budak 6 tahun mati sbb stor mercun haram meletup tuh. ha, kat sebelah kampung makcik jer... heboh kat kampung skang nih isu stor mercun. dah ajal budak tuh.. kesian dia. itulah, mak bapaknya tak serik, tahun lepas dh kena tangkap, tahun nih buat lagi. nih dh sampai anak sendiri terkorban, tahun depan tak ingat2x nak bertaubat kah? apa makna buat kerja2x tuh.. kita pulun carik duit utk belanja raya, untuk anak jugak. tapi skang, anak ke mana, duit ke mana, mercun ke mana, raya kat lokap. hai.... (mengeluh.. mengeluh)

entry kali nih di sudahi dgn serangkap pantun untuk mr. housemate. kami sgt happy bila mencongak2x yg UPNM semester break raya kali nih. so, atas kertasnya, 2 minggu free, mcm boleh cuti lama... tapi...hmm... tatau la..

kot sangka panas hingga ke petang,
rupanya ribut di tengahari,
ku berangan nak cuti raya panjang,
tatau la kot kena balik awal sbb husband kena duty!

ps: saya tak kira. raya tahun nih kan giliran rumah mak saya. saya nak cuti lama2x!!!


Friday, August 20, 2010

serak serak basah


 semalam saya MC. malam sebelum tuh, tidak tidur langsung dek kerana berdondang sayang dengan batuk yang bekompang-kompang.. akibatnya, pagi itu saya weng weng... memaksa mr housemate menghantar anak ke EDUCARE adalah bukan perkara yang efficient. so, tanpa paksaan saya, dia rela menghantar anak ke taska juga. terima kasih, kerana membuka peluang untuk saya ber MC di rumah sambil bersantai seorang diri.

tetapi, hidup tidak seindah yang diimpikan. tanpa mereka di rumah, saya rasa sangat buntu. sunyi. sepi. kosong. nak nangis pon ada. apalagi bila mata tak boleh lelap jugak even satu malam tak tido before itu. puas saya bertadarus mengaji dengan harapan untuk tidur... hahahah.. niat yg tidak murni. tapi, ia berdasarkan pengalaman sebenar sebelum ini, time tadarus jer, mesti ngantuk. tapi ia tidak berlaku semalam... alamak, sudah nak sampai ajalkah saya..? huhuhuhuhu

semalam, kali pertama lauk  beli di pasar ramadhan. sebelumnya, gigih untuk memasak demi memastikan kualiti makanan tetap terpelihara even setiap kali nak masak, berbuku-buku buku resepi di belek. saya tidak pandai masak, tetapi saya akan masak dan cuba bermati-matian untuk masak jika ada permintaan untuk saya masak. alhamdulillah, sejak saya berkahwin, saya tengok kemajuan dari segi perut mr housemate saya yang sudah tidak bersegi lagi. beliau pon belum pernah muntah darah selepas makan masakan saya, dan setiap kali saya masak, makanan tidak bersisa. Alhamdulillah, mungkin bukan kerana skill, tapi kerana kegigihan dan keikhlasan hati saya mendorong beliau untuk makan masakan saya walau kenkadnag tak semenggah juga rasanya.

selepas makan berbuka semalam yg 100% dibeli (kerana saya tidak larat), saya bertekad untuk terus gigih memasak untuk hari2x yg mendatang.. tidak mau banyak bercerita tentang  makanan yg dijual, cukuplah jika mengatakan mereka itu tidak berbaloi dengan duit yg kami keluarkan. hmmm

bila sakit tekak juga, menyebabkan saya lebih banyak senyum daripada bercakap. dah tekak sakit, apa lagi  suara tak ada. mungkin masa ini anak2x dan suami lebih tenang seperti air di kali. tak de org membebel. tapi, bila saya tak boleh membebel, saya ada skill bari iaitu menjegilkan mata. hahahahah... tengoklah, bila tekak ini sudah baik, bebelan saya akan diselangselikan dengan jegilan mata pula. 

hahahhaha... seram tak anak2x kku..? hahahha 

Sunday, August 15, 2010

beranak dan campak



setiap kali baby dlm perut nih bergerak dan berdansa sakan, aku teringat imej2x baby2x yg kena buang, yg selalu keluar kat TV or paper. aku tak tau lah, apa agaknya situasi ibu kepada baby2x tersebut yg sampai sanggup dia membiarkan baby yg dia bawak 7/8/9 bulan itu, mayatnya berakhir di tp yg tak sepatutnya. buang dlm tong sampah, campak dlm sungai, letak dlm pembentung, campak dari flat, tinggal kat toilet... Ya Allah....! tak kesah le siapa dia pon, budak sekolah yg hingus pon mak masih lap lagi, or even bohsia yg tiap2x malam membuat toot or pendatang asing haram atau halal. tapi yg penting, dia mesti manusia dan perempuan.

Mana fitrahnya naluri dan hati kita yg lembut nih, jiwa yg sensitif, manja, cepat tersentuh hati nih? takkan selama baby tuh dlm perut, sedetik pon tak terasa naluri keibuan. even ibu babi or anjing, binatang yang Allah haram sampai kiamat tuh pon ada naluri keibuan itu... Aku paham la yg baby2x yang dibuang tuh, baby2x yang tak diundang.. yang tak dikehendaki, yang muncul secara tiba2x ntah dari mana? , tapi kebanyakkannya berpunca dari kesalahan ngko sendiri. Adakah tertekan sgt perasaan ko saat itu atau benda2x tuh dilakukan oleh org yg bukan ibu baby tersebut?

kalau baby yg masih bertali pusat dibuang, sudah tentulah maksudnya baby itu dibuang lepas baru jer dilahirkan. even sebohsia mana pun mak dia, even Allah tak bagi nikmat rasa sakit bersalin sgt pon pada mak dia, larat ke mak dia nak bangun berjalan dan bungkus baby yg bergerak2x tuh, masuk dalam beg, bawak keter gi campak dlm hutan or sungai or tong sampah? kan ke darah tengah banyak keluar? kan ke sakit time tuh? ke org2x macam nih tak payah meneran sampai putus 199 urat dlm badan dan berhabisan tenaga? kalau ikut sains la kan, (let say nk diabaikan lah nikmat bersalin penghapus dosa sbb dia berzina or bohsia jalanan), of course ada contraction bagai pada dinding rahim tuh... sakit oo... even tak sakit pon, kan darah banyak keluar, itu pon dah cukup untuk melemahkan ibu yg bersalin tuh... ke org2x nih bersalin tak keluar darah nifas?

ke pembuangan ni dah dirangcang? aku tak rasa semua baby yg dibuang nih dibuat sendiri oleh ibu dia tanpa bantuan sesiapa... ke ngko dah plan beranak kat rumah kosong atau tepi sungai, atau dalam hutan or tepi pembentung, then lepas beranak lantak la apa nk jadi kt budak tuh, ngko bangun tinggalkan dia dan terus blah balik umah. iskkk... isk, boleh ke ko berjalan right after bersalin? mesti dia nk buat kerja2x nih cepat2x kan sbb kalu lama2x  kang, nanti kantoi dek org ramai lak. 

hmm... mau gila bila aku pikir situasi2x nih. tapi, sampai hatinya lah mereka2x ini... apa lagi kalu benda nih berlaku atas desakan parents ibu baby tersebut. isk isk isk, aku rasa hang la yg patut kena hukum mati. dah le cuai dlm menjaga dan mendidik anak, pastuh pressure budak tuh supaya buang anak tuh pulak...

Nauzubillah, aku harap keluarga dan masyarakat aku terkecuali dari petanda akhir zaman ini. Ya Allah, apa yg Engkau nak tunjukkan kepada kami. Aku tau baby tuh datangnya dari Engkau, akhirnya kembali kepada Engkau. mungkin itu sbg petunjuk kepada umat akhir zaman ini, petanda kepada mereka2x yg terlibat dgn zina nih, warning kepada kami yg leka dan lalai nih, tapi aku tak sampai hati nak tgk pengakhiran jasad kecil bertali pusat itu tersadai dan dijumpai di tempat yg tak sepatutnya. Semoga roh2x baby ini mendapat tempat yang istimewa di JannahMu. Amin..

Friday, August 13, 2010

kes bunuh, kes bung, kes macam2x..

hmmm... baru nak consider kes buang baby nih kes bunuh? apa kess...? sepatutnya dari dulu lagiii... cenggitu lah undang2x yang manusia buat nih. mesti ada jer yang tak kena, tak sesuai, tak adil.. bla bla bla... skang nih kes tuh makin menjadi2x.. yang aku pelik, 2-3 ari sudah, ada baby yang sudah umur sebulan, siap bungkus mcm kafan, buang dlm tong sampah.. Ya Allah, apa nak jadi nih. macam dah teruk dari zaman jahiliyyah.

yang satu lagi aku tak puas hati tuh, kes bung mokhtar. abis2x kena denda RM1k jer... ek eleh... setakat denda 1 ribu tuh, laki aku pon mampu, apa lagi abang bung yang gebu itu... patut la ramai lelaki kat sana tak kesah rules yg kena mintak izin dulu before berpoligami... dah dendanya 1k je... kalu nk kena penjara pon, boleh rayu sana, rayu sini. itu yg buat depa lupa apa rasionalnya diletakkan syarat untuk mendapat persetujuan berpologami tuh even itu bukan rukun sah nikah.

lagi yang aku pelik, stail org2x especially artis2x janda nih kawen ngan lelaki mudah. hmmmm.... habis lah stok2x lelaki muda, abis di kebas dek mak2x janda... beza umur 10-12 tahun, isk cenggana lah nak laksanakan tanggungjawab memimpin. yang suami lebih tua atau sebaya pon, susah isteri nak hormat.... dah ler anak tiri berderet ala2x sebaya gitu... patut la ramai anak2x remaja perempuan kita dok carass suami org, ikut mat indon Lambok, ikut Mat Afrika.. dah stok lelaki muda Melayu dah makin pupus dan berkurangan...

Isk.... kenkadang tak gemor baca suatkhabar sekarang nih. dgn kes tembak2x orang, semelih2x orang, culik anak org... macam tak selamat dah Malaysia ku nih... mana silapnya? isk, tak leh imagine le zaman anak2x aku nanti nih... isk, mencabar sungguh menjadi parent sekarang. budak makin bijak, teknologi depan mata, gejala sosial makin menjadi2x... isk isk isk...

Thursday, August 12, 2010

namakan beliau...

 

semalam ada org buang tebiat. dalam dok menahan letih dan lesu selepas berbuka poser, ada lak nak start meeting untuk carik nama baby... apa kess..... tapi kami memang begitu.. tiap2x tahun maklumla, beranak setahun sekali. hahahahahha! isu nama baby tidak akan habis. even nk decide nama baby pon siap makan tahun dan meeting berkali2x. tapi tidak la sampai melayang pinggan mangkuk vantage kat umah kami. tapi, yang over nya aku la... biasalah, dah aku yang tukang bawak 9 bulan dan bertarung nyawa bawak keluar beliau ke muka bumi nih. nanti bila beliau mati kang, nama aku jugak yang dibintikan ketika talqin. harap nama bapak? ala.... time kat dunia jah. hahahahahahah (ini ayat jahat)

pilihan beliau sudah tentulah yang moden2x... dan panjang2x, sekufu nama beliau. kalau boleh biar 3 patah perkataan jugak, di samping huruf2x yang seimbang. biasanya, setiap kali mengandung, senarai yang sama akan di print, di bawa ke hulu hilir (sampai lunyai koyak rabak penuh contengan) sampai ler hari terakhir utk register kat pejabat pendaftar.. pastuh terkial2x nak tukar ejaan ke jawi, then gi refer kat org2x yang arif lagi bijaksana dalam hal2x makna nama2x nih.

pilihan aku sudah pastilah yang klasik, tapi evergreen. alah, example sudah ada. nama Luqman, aku yang bagi. nama nufail, dia yang bagi. so, automatically yang ke-3 ini (even tidak termaktub di mana2x perjanjian), akulah yg kena bagi, kan? tapi, kali nih dia lak yang excited. ke, nak kena main ooo-zom atau baling duit syiling? iskkk, tapi yg pasti, dia selalu tak setuju nagn pilihan aku yang klassic tapi evergreen itu. contohnya nama Luqman, Taufiq, Faroq, Aishah, Hannan, Jannah.... nama2x itu kan evergreen. boleh dipakai even dari org zaman dulu sampai zaman sekarang dan di era akan datang... tak gitu?

kesimpulannya, aku biarkan je dia memilih nama2x yang dia nak untuk beliau. tapi, of course nanti aku akan gila kuasa untuk final authority nya apporoval. hehehheh, kali nih nak tengok, perang nama nih sampai bila... isk, beliau... beliau... cepatlah hadir dalam hidup kami dengan sihat dan selamatnya. ibu tak sabar nak meniarap semula nih!

kepada sume preggy mothers out there, selamat berpuasa dan teruskan lah menggalas cabaran ini selagi tidak mengeffect baby and us. Jgn jadi cam sesetengah org yg amik kesempatan tanak puasa time ngandung. even boleh bayar  fidyah, ganti still wajib selagi nyawa di kandung badan. for those breastfeeding mothers, lagi lah gua salute you all. jaga diet, jaga kesihatan dan jangan jadikan alasan puasa ini utk kita stop breastfeeding. cari info bebanyak on how to maintan susu during this fasting month...! good luck dan banyakkan berdoa, ye. 

ps: beliau... merujuk kepada cik delima dlm perut nih. dulu time nufail, time stimulatekan baby, selalu panggil dia cik karim, time luqman, mmg dari awal dah panggil baby luq. so, tatau lah nanti apa pengakhirannya misi pencarian nama cik delima nih.

Wednesday, August 11, 2010

azam ramadhan


dari bulan lepas lagi dah rasa aura ramadhan nih, suasana lain mcm jerk. umah baru nih lagi best, dekat sgt ngan masjid, boleh dgr azan live. kalu idak, pasang kat TV jerk. biasa la, time bulan pose nih, banyak azam di set kan.... tapi sumernya ke arah perubahan yg kecik2x tapi signifikan dlm idup. dan yg paling best, makcik mau masak hari2x kali ini... housemate dah janji nak tolong masakkan! hehehhe... semalam ligat pikir nak buat perubahan apa, sekali list down kan menu berbuka. bukan apa, senang nk carik resepi, nak plan beli barang, nak manage peti ais. biasalah, makcik kan wanita mengandung rapat yang beranak kecil dan bekerjaya. di samping masa yg sgt limited, tenaga yg limited, byk benda nak dibuat. dari segi spiritual lagi, takkan nak improve skill kat dapur je, yg peluang keemasan di bulan poser pon nak dikejar jugak.

Ya Allah, semoga azam ini berterusan sehingga ke akhir Ramadhan dan di bawak ke bulan2x yang seterunya selagi nyawa di kandung badan... banyak hikmah dan rezeki yang engkau bagi, selepas ujian melanda yang bertimpa2x. kenkadang rasa mcm tak mampu, tapi kalau tak mampu, kenapa diuji, kenkadang sampai berkali2x... hmmm... susah nak menundukkan dan melembutkan hati untuk redha, namun apa2x pun ku redha juga sebagai hamba-Mu..

kepada org2x yang saya sayang (family dan kenkawan), marilah kita bersama2x menghayati bulan yang berkat ini.. semoga ada sedikit kasih saya Dia, dikurniakan kpd kita utk membuka pintu hati kita untuk berubah dan berbuat kebaikan dan kebajikan, ta kisahlah untuk diri sendiri atau org lain...

ps: kami dah scan baby!

Tuesday, August 3, 2010

kenangan zaman dedulu

hehehe.... rindu la kat korunk!
heheh.. seksyen yang paling best. time nih tak ingat le, time pertahanan ke, serangan. ini gambo biasa jer, tak ler ganas sangat.ada lagi yg lagi ganas.. muka pon dah macam cipan, letih ooo, tapi buat2x ok sbb nak masuk gambo. 
dulu aku selalu take cover, biasalah nak mainatain cun. hahahah. sebenarnya depa yang terlebih excited nak2x acara conteng muka nih. susah oo nak cuci camouflage tuh, nak tenyeh ilangkan dari muka. ini memang barang betul guna nih, kotak dia macam compact powder, siap ada cermin lagi. ada yang 3 kaler, hijau cekelat and itam. hahahha
nampak tak aku kat mana? clue: nuuun jauh di sana.. ini before test perapungan kat tasik USM. tasik nih best, berenang ngan biawak and labi2x. air dia hijau ala2x air kiwi. hehehhe.. takpun, green tea kot!
ini dah nak abis, ah nak tauliah. depan bangunan PALAPES main campus USM. best woo, kitorang antara badge terawal guna bangunan nih, ada padang kawad etc. cukup lengkaplah facility utk jadi mini kem askar. mana aku? biasalah, kalu bergambo, mesti kat tepi2x... kalu kawad pon, mesti kat depan2x gak.... biasalah, budak rendang!
masa buat model dan ujian baca peta. time pentauliahan badge kami, USM jadi host. so, bini sultan perlis (time tuh dia permaisuri agung) datang rasmikan bangunan and bilik model kami. kalu tak silap, time nih aku jadi pengacara majlis. haaaa.. baru aku ingat, patutlah aku tak conteng muka kat atas nun. sbb aku control ayu di belakang tabir. hahahahah!
baju purple yg kusimpan hingga kini. ada selai lagi baju sukan yg dipakaiguna, kaler itam. baju yg jadi saksi jerit pedih akiu sepanjang jadi cadet sampai jadi YO. masa test UKA, PT pagi, roll sampai muntah ijau keluar sumer isi perut, lap ngan baju nih arr. air mata pun lap ngan baju nih gak. hahahahahahhah. kena fitigue dining hall ke, PT pagi petang cam orang gila and bla bla bla..... nostalgia tuh baju nih, kaler purple sbb sama kaler ngan USM.

Monday, August 2, 2010

pindah



kami sudah pindah. ada org yang pelik. biasa org pindah dr quarters @ umah sewa ke umah sendirik. ini kami pindah dari umah sendirik ke quarters. hmmm, biasalah menongkah arus. hari sabtu malam baru start packing. congak2x cam sikit jer barang nk di bawa. Ala, electrical appliances + baju kain + barang2x dapur yang nak dipakai dari masa ke semasa. tapi, adoyai, banyak pulak nak dibelek time packing barang2x kat dapur. huhuhuh.. sudah nya makcik tidor 2 jam jer ari sabtuh tuh. kejar masa coz trak and adik2x askar yang kena detail secara paksarela di hujung minggu  akan datang angkut barang on Ahad jam 9. Terima kasih lah adik2x, akak doakan semoga ada sedikit keikhlasan membantu kami yg dapat Allah bagi ganjarannya. Luqman sgt heran melihat abang2x askar yang gagah perkasa angkat moto, peti ais besar, mesin basuh 16 kg, tv pesen lama yang lagi tebal dari badan ibu... (hmm... kenapa la aku tak mengidam flat screen?)... huhuhu. bila cakap ngan dia, kalu nak kuat mcm abang tu, kena makan banyak sayur, tak boleh isap rokok, makan nasik banyak2x, tak boleh makan gula2x., tak makan McD.. hehehehe, tersengih bebudak askar tuh. mesti dia kata aku perli depa. apalagi bab rokok2x tuh....

tapi, bila time dah lepas makan, bebudak nih mengepam ler asap rokok kt luar rumah tuh. biasa lah kan, aktiviti wajib selepas makan untuk memendekkan uimur sendiri dan orang2x yang berhampiran... Luqman ternganga pulak tanya aku balik. 
"Ibu kata tak isap rokok boleh kuat.. itu abang tuh hisap rokok?"
Alemak, kantoi daaa... iskk... 

Ada org heran, kenapa kami perlu pindah. especially pengasuh nufail la. dia 2-3 ari lepas aku cakap confim kami nak pindah, dia asyik bersyahdu syahdan jer, sebab takmo pisah ngan nufail. siap suruh pikir balik. yelah, tukar nursery (Alhamdulillah, nufail dpt masuk IIUM Educare), potong elaun umah, cola pun tinggal separuh. aku pun heran, apa ke jadah duduk Quarters dpt cola separuh jer? kami dapat makanan askar ker? dah ler milage tak boleh claim dah... isk.. isk.. isk..

tapi, aku yakin, duit bukan segalanya. heheheh... visa dan master card kan ada??? Yang penting, masa mr housemate banyak di rumah, bukan di atas moto atau bersama kadet2x di sana sehingga aku chemburu. sampai bila Luqman taknak mengaji dan solat kalau abi tak ada di rumah? sampai bila aku nak bermasam muka kalu dia asyik kerja jer sabtu dan ahad?.masa bersama kami di curik dek komitmen dan jarak tempat kerja yg jauh. isk, sampai bila aku nak memendam rasa perasan diri isteri yang terabai? dah ler elaun instructor pon tak ada. so, biarlah kami yang mengadjust diri kami demi komitmen askar juruletih yang sorang tuh. Dua2x tanggungjawab dia, dua2x amanah yang dia pikul. hmmm... adalah kot rezeki di mana2x itu. tapi lepas nih, kena pikir 3-4 kali ah sebelum beli tudung munawwarh... nak kena jimat2x...

Quarters itu bagi aku sgt besar, dengan 4 bilik tidur yang lengkap ada almari, katil, penyidai tuala, 3 bilik air yang lengakp berheater, 2 stor, kabinet kitchen, 2 set sofa, siap almari ruang tamu bagai. tapi, dapur dia adalah kecik, ok. aku rasa mcm nk convert jer bilik tidor menjadi dapur. hahahahha, beranikah aku.?.. yelah, kami ber 4 setengah nih tak terutilizenya bilik tidur, almari, katil dan biliik air yg banyak tuh. siap meja makan 10 seater tuh. takkan nak susun batman, pooh, teddy bear, barney kat situ ajak makan sekali.. gila mewah..... tapi, masalahnya dapur adalah kecik. peti ais kami dah ler boleh sumbat anak2x campur bapak anak , aku pulak bercita2x tinggi nak buat kuih and cekelat bagai. mana nak susun dapur lagi, oven, rice cooker, slow cooker, water heater, kettle, blender, toaster, steamer botol susu. (maklum la. modern mum banyak robot assistant nya dlm hal ehwal masak memasak nih). haish... nak kena convert jugak bilik tidur jadi bilik masak nih,. hahahahahhaha...

tapi yelah, itu cita2x aja, nantilah, balik karang makcik pikir, cenggana nak buat dapur tuh jadi besar. so, nanti sesapa nak guna umah kami jadi homestay, boleh lah. cajnyer berpatutan, boleh ler cover balik elaun umah dan cola yang dipotong tuh! hahahahha. hmmm, macam best jer idea. BILIK UNTUK DISEWA! hahahahhaha