Thursday, July 29, 2010

bigger and bigger

huh, cepatnye budak ini besar. baru last week rasanya seluar jeans yg selalu makcik pakai tuh muat lagi, tetiba minggu nih dah tak leh zip dah. biar betikk? adakah ini penangan 2 hari makan di KDE (kelab darul ehsan) hari itu? tetiba beliau gigih membesar dengan kuat dan sihat. time flies very fast. makcik masih bersantai2x tanpa membuat sebarang preparation. tetiba dah masuk 5 bulan, isk, bak kata2x yg menjadi favourite Luqman "eh, ye ke? cakaplah awal2x..."

sale demi sale berlangsung. hormon nak sopping baju baby still tak derk. padahal baju2x baby boleh dikira tak ada langsung. untuk yg nufail and Luqman before this makcik gilir2x pinjam baju kakak. skang dia pon pegnan jugak and due date kami selisih 2-3 minggu jerk, so terpaksa la pulangkan balik baju2x baby tuh kat dia. huhuhuhuhuuhuhu... isk, aci tak baby pakai baju besar2x jerk, hik hik hik. malasnya nak sopping baju2x awak la cik delima. (hehehehhe, kami panggil dia cik delima sbb kali nih ngidam buah delima)

sebut pasal buah delima, alhamdulillah dah jumpa last week. tima kasih ler kat kenkawang yg dok bagi info tak sudah. sampai ke Vegas ku jejak delima, at last ada kat jusco wangsa maju jerk. gigih le sorok buah tuh dari anak2x sbb hormon kata nak makan buah tuh dlm keadaan yg tenang dan sorang2x. taknak kongsi! hak hak hak.. apa nyer pe'el daa... malam tuh, gigih kutip sebijik2x masuk dalam mulut kul 12 malam sambil housemate dok perati kelip pok kelip pok mata dia. punya la lama nak perabih sebijik tuh... org suruh pigi tido tamau, gigh nak teman org makan. bila kita pelawa, tak nak pulak. (sebenarnya, tak ikhlas pon pelawa tuh sbb rasa nk makan buah tuh sorang2x ... hahahhahaha)... 

skang nih rasa mcm nak makan sotong sumbat lak. tapi tak nak yg org lain buat, nak yg housemate buat jugak... hahahahha... ada berani...? 

ps: mungkin ini penangan Paul Si Psychic Octopus yang pencen tuh.


Monday, July 19, 2010

facebook


isk, makcik reti la nak berfacebook. belum jumpa apa yg bestnya ber'facebook'ing smpai ada org berjam2x ngadap facebook. ada plak yg facebook dah jadi main duties dia. maybe dlm KPI boleh letak kot, percentage of working hours spend for face book = >65%.

sebenornya makcik agak berserabut ngan facebook. isk, nk baca yg mana. sumer recent post tuh nk kena bacakah? dah, sumer org lain punya, tak derk pon msg utk makcik. isk, best ke tengok gambo2x org kat facebook org lain.? kalu ada muka kita best la jugak. isk, perlukah upload gambo2x kita dlm facebook? hmmm, kenapa ada org suka gambar2x tuh di tengok org lain? 

isk, yg housemate makcik nyer facebook lagi la, ramai gila friend dia. tapi, tak ramai yg dia kenal pon. itu sumer gara2x mafia war. best ker main mafia war? kenkadang siap talipon adik beradik tok nenek pasal mafia wars. hish, tak paham mak cik lah.

isk, tapi seriously lah, facebook is not my tase lah. isk, ortodoks kah aku...? kah aku ...ortodoks kah?

Friday, July 16, 2010

entry sengal

hehehe...
saja nak jot down jugak. entry sengal ini.
sapa yg agak2x tanak baca, sudah! tak yah baca.
tujuan tulis = saja je nk mencoretkan detik2x yg takkan berulang lagi ini.
hahahahha..maklumla, namapun entry sengal.

tengahari jumaat tadi, saya and 2 kelik pegi ke butik munaww yg kat TTDI. owh, sungguh meriah, sbb ada lagi satu geng kami pon pegi jugak, and secara tak sengaja tertembung kat sana. butik tuh dah mcm butik kitorang, gege acu-try-test tudung ikut suka hati... sambil kecoh2x... maklumla, macam butik kami.

tetiba ada satu artis wanita masuk. tahap mak orang dah, masuk ngan anak remaja dia. Jarang dia berlakon skang, skang dia terbitkan drama. ala, malas nak tulis nama dia kat sini, tp dia memang cun la. aku dok jeling la, sbb nk tengok putih melepak dia tuh. hmmm, memang dia cantik, dan tambah plak dia pakai tudung, emmang cantik.

ada satu tudung limited edition (LE) tuh, kaler aku tak berapa berkenan, tp cara jahitan dan potongan tuh sangat mengujakan hormon shopping kami. so, kami berebut la nak try tudung tuh, ramai kat fitting room. heheheh.. kecoh, kecoh ngan kitorg je kat situ. memula aku malas nk try tudung memana pon sbb datang juz bawak member be4 dia gi study leave.... tp bila tudung LE tuh mcm cantik, aku pon try lah. dah depa sumer try, mana buleh aku tak try. time aku try je, artis tuh lalu kat belakang. dia kata "hmm... cantik"...

hohohohohoh. masalahnya, aku tak dgr pon. member yg dengar. dan aku tak rasa dia bohonmg coz member ini adalah golongan member yg berhati suci. hahahah... dia story balik time kitorg dah dlm keter nk balik. what! artis tuh kata aku cantik???,.... hahahahhaha... ku rasa sgt mekar hidung ini. mungkin dia kata tudung tuh cantik kan? tp tak pelah, nk menyedapkan hati aku, tetap ku rasa dia puji aku sbb kalu org yg tak sepatutnya pakai tudung tuh, tak tentu nmpak cantik kan? hahahahah... tp ku rasa, 65% nmpak cantik sbb aku yg pakai tudung tuh. ahhahahahahahh.

so, biarlah aku bahagia dgn pujian yg tak ku dengar itu. Maybe Allah tak bagi aku dgr sbb takut aku 'TAK LARAT'. (dulu masa kat STF, istilah taklarat adalah bila kita mencair bila bertemu ngan org yg hensem atau org yg kita puja2x..)... hehehehhehe.... isk, kalu le aku dgr dia puji aku time tuh, mesti aku gi slaam dia, mintak dia sign autograf. pastu, tanya dia "Kak Zxxxx Jxxxx, kalu ada nak amik pelakon extra, nnt akak contact saya ye, this is my card... hohoho... kot nk jadi model pakai tudung pon, saya boleh."

hehehehheehehe... best nya bila org puji cenggitu. hahahhaha.. biarlah korang nk kata aku perasan pon, tp yg perting, artis terkenel pernah puji aku... korang ada..? hahahahahhahah

Wednesday, July 14, 2010

Budak itu pelupa rupanya.. :))

situasi: balik dari pasar tani. dgn si ibu chantek yang bulat penuh kehampaan krn tak dpt beli buah delima sambil dlm hati merungut2x... chess... time ku taknak, ko datang bergolek ke riba, time ku mau, sebijik pun tak ada..! sebelah tgn bimbit sate, sebelah tangan bimbit tangan budak kecik yg ala2x tak semanggah krn happy pegi pasar tani.

anak: ibu... kenapa ibu tak belikan Luqman belon?
ibu  : ha..? mana ada jual?
anak: ada la....
ibu   : kat mana?
anak: kat pasar ni la...
ibu   : ye la... ibu tak nampak pun...
anak: ada, bawah pokok....

(dlm hati).. ish, ye ke ada? tak namapk pon. alemak, malas nyer nk jalan semula ke sana. dah nak masuk kereta nih. tp confirm mmg tak ada la...

ibu  : ala, ibu tak bawak duit lebih la. lagipun dh lewat nih nak amik adik.
anak : ala, mintak la duit ngan abi...
ibu  : dah mana abinya? tak bagi duit pon?
anak : abi pegi work. nnt abi balik, mintak la duit banyak2x...
ibu  : kalu camtu, tunggu abi balik la kita beli ekk...?
anak : eh..? nak beli apa..?

laaa.... pelupa rupanya. cakap macam tok nenek, hujung pangkal pon lupa.

ibu  : la, nak beli belon la...
anak: ooo, camtu. cakap la awal2x...

la... sudoh! aku pulak yang salah sbb tak cakap awal2x... isk, confuse makcik.

Monday, July 12, 2010

ha ha ha ha: macam macam

  1. ha ha ha ha . Spain menang. saya suka. saya tidak menonton. kenapa? buat apa mengorbankan waktu rehat saya yg sememangnya sedikit. lagipun, tak seorg pon pemain spain itu kenal dan mempunya talian darah dgn saya.ha ha ha ha ha lagi. dan ha ha ha ha lagi. saya suka. spain menang. 
  2. hari ini terbaca satu artikel yg sgt menarik. Kolostrum: Cecair bernilai Emas. For those who are interested, sila ke link ini.  andai gagal klik di situ, ada link nya di blog list saya. 
  3. antara ayat yang best: "Maka yakinlah, jika seseorang ibu itu mampu mengandung dan melahirkan anaknya, maka mengapa pula dia tidak mampu menyusukan anak itu dengan susunya sendiri?"
  4. Saya suka, musim FIFA sudah habis. saya perlukan staf saya semula. mereka seolah2x hilang begitu sahaja di bawa angin vuvuzela ketika ini. di mana mereka? ah, kena ON balik GPS tracker saya. target ID: staff saya. ha ha ha ha. watch out anda semua. Cukuplah flexibility saya untuk sebulan ini. 
  5. saya masih gigih mencari nursery untuk nufail. targetnya di sekitar gombak. any suggestion? saya terpaksa korbankan perasaan nufail ketika ini. dgn berpindah rumah, beliaulah yg melakukan pengorbanan yang paling besar setakat ini. berubah pengasuh. sebenarnya, mengorbankan perasaan beliau, sama seperti menghiris hati saya ini. bagaimana mahu keraskan hati meninggalkan anak di tempat yg baru, yang kita tidak familiar dan harapkan. sesungguhnya queue di IIUM Educare adalaha sgt panjang. dan, saya masih mengharapkan bantua Dia. Bantuan Allah tidak terduga, kenkadang dlm bentuk yg kita tak sangka. hmmm.....
  6. Kami sudah pra-tonton quarters yg baru di kem sg. besi. cantik. banyaknyua tingkap untuk saya sediakan langsir. ada dua set sofa. semua bilik lengkap dgn perabot. kami hanya perlu membawa pakaian dan electrical appliances sahaja. hmmmm... saya mengeluh lagi. perlukah perpindahan ini?
  7. bila difikirkan, sgt lah perlu. saya sgt2x memelukan bantuan beliau di rumah ketika ini. beliau perlu membantu dlm kerja2x rumah dan uruskan anak2x. Luqman pulak refuse to solat dan mengaji dgn saya. bg dia, Solat dan mengaji hanya dgn Abi. saya sudah tak betah makan makanan kedai lagi. saya dan anak2x perlukan makanan sihat yg dimasak sendiri. sekarang, kalau byk masa beliau di UPNM, kemampuan saya sgt terbatas, especially di wakyu ptg di hari bekerja. weekend pula dihabiskan dgn mengemas umah dan laundry. hmmm..... saya tak suka perpindahan ini. tp, ia perlu. perlu dan sgt perlu.
  8. semalam, pertama kali meraikan besday dgn nufail, mungkin ini tahun pertama dan akan menjadi tradisi utk tahun2x yg seterusnya. ha ha ha ha . saya tahu, ini strategi bijak si bapak dlm menjumatkan masa, tenaga dan duit. huh.

     

Thursday, July 8, 2010

Paul si sotong kurita

semasa Jerman mengalahkan Argentina, beliau mengutuk saya sepanjang game dan 2 jam selepas game. kutukan sebenarnya lebih menjurus kpd serangan kutukan peribadi kpd Maradona, ttp tlh menggunakan saya sbg platformnya. heh. kesian saya. padahal maradona tidak pernah ada kaitan dgn saya. dan seolah2x beliau lebih terror drpd maradona dr segi coaching. he he he lagi.

pagi tadi, rumah adalah senyap sunyi seperti baru diserang garuda. saya tidak berminat menonton game mlm td krn jam 2 pagi adalah waktu utk saya tidur dan saya adalah menjangkakan yg Jerman akan menang. saya bosan dan bingit mendengar penyokong yg sorang nih yg sgt gah dan bangga dgn pasukan 'hitam' itu. Cuma pesan saya, kalu habis game, jgn lupa kejutkan saya kerana sy ingin bersahur. tapi, kesudahannya, saya sdang menelan breakfast ketika ini.

Alasan: "abang lupa". saya malas nak pertikaikan atau bersedih atau apa2x yg sewaktu dgn nya krn alasan akan menjadi sama: "abang lupa". bila on radio pagi ini, owh, baru ku tahu Jerman kalah sebenarnya. waka! waka!. dan benarlah ramalan Paul si octopus semlm. sebelum ini, sy follow jugak ramalan Paul krn berminta nak paham cara si paul ini berfikir. sy lebih menyangkakan yg beliau lebih suka memilih pasukan yg warna benderanya lebih terang. tapi, bila semlm Paul memilih Spain, sy meramalkan mungkin selepas ini beliau akan dilepaskan di laut dalam atau dibuat goreng celup tepung dan khidmatnya sudah tidak diperlukan lagi. nampaknya, secara kebetulan, Paul betul lagi. 

so, skang ini, saya dah mula rasakan yang perang dingin akan bermula di rumah. sudah tentu saya akan berpaling kpd Spain krn mereka berjaya mengalahkan pasukan yg mengalahkan team pilihan saya. saya tak pernah tgk Spain main. tp saya tau Torres ada di situ. tapi, sesiapa pun di dlm pasuka spain, saya ttp akan sokong spain untuk final kali ini. 

dlm masa yg sama, still berminat dgn apa pilihan Paul. tp knp mereka guna octopus? kenapa tak guna cimpanzee atau burung atau binatang lain? knapa Paul di tunjukkan bendera pasukan? knp tak guna alphabet atau logo pasukan atau apa2x yg lain? berapa besarkah otak octopus? ada otakkah octopus itu? bagaimana mereka berfikir? dan kenapa octopus? why? why? hu hu hu hu. 

waka ! waka!

Wednesday, July 7, 2010

aik? mana semua org....

aik, mana sumer org? semua org sudah berenti kerja kah? depa baru balik family day di perhentian. aku lak telan air liur je lah dari Gombak, dah housemate tak dpt choti. mana mungkin berangkut sakan 3 and a half beranak ke perhentian tanpa bapa nya. buat letih badan jer.

sementara depa ke Perhentian, aku amik annual leave la. duduk kat wind tunnel nih sensorang pon macam seram jerk. hik hik hik. kebetulan housemate dpt pulak cuti 4 hari start semalam. banyak le to-do-list yang aku senaraikan untuk beliau buat. yelah, sbg isteri yang queen control dan selalu ditinggalkan, aku kena dptkan balik 4 hari yg beliau bercuti itu. bukan utk aku sorang pon, fight utk anak2x gak. hik hik hik.

isnin pagi aku keluar ngan buddy pegi ampang puteri. buat maternity check up la. knapa ampang puteri? sbb dia hospital rakan bayi. full stop. tp, bila nnt pindah sg besi, maybe aku akan usha HUKM nagn Putrajaya Hosp. lak. tengok la cenggana. petang tuh lak gi buat facial. since buddy aku kijer, terpaksa la aku gi sensorang. tp bukan yg kat bali nyer, hehehehhe... yg dkt tmn melati tu jer. ada promo sbb baru bukak. RM35 jerk. saja le gatal2x buang masa sementara tunggu ptg sket utk amik Luqman. pergh, dgn bau lavender dia, mmg sgt merileks kan badan. kalu tidak kerana anak org di dlm perut ini, mau jer kau buat urut mandi lulur ke apa jadah sekali. tapi, sbb ada org di dlm perut ini, so, belek2x muka jer lah.

selasa lak gi dating ngan housemate. sambil carik nursery utk nufail. huhuhuhuhu... aku sgt sedih pikir hal ini. nak letak anak kat nursery yg bukan pilihan, adalah satu benda yg sgt tidak menggembirakan. sbb dah down dgn pencarian nursery itu, kami ke KLCC, tgk wayang cerita J-Lo. The back Up Plan. cerita yg best sbb aku mint J-Lo. dah lama tak layan cerita cenggini. dedulu tgk citer gini ngan kenkawan jer, tp bila tgk ngan housemate nih, aku rasa cam segan lak. ye lah, J-Lo tuh biasalah dgn hot dan sexynya , tp sbb aku nk tgk, takkan kami nk separate pegi panggung lain2x lak kan? aku bajet dia akan tido.. tapi mana mungkin spesis bernama lelaki akan tido kalu J-Lo yg hot di depan mata. he he he.

lepas wayang, makan ala2x dating. sembang2x pasal cerita tuh. he he he. rupa2x nya makhluk lelaki ini ada lah view dia tersendiri pasal cerita sebegitu. hmmm, now I know more the way he thinks. tak leh kompleks sgt, cuma persepsi kami ttg perkahwinan dan komitmen agak berbeza, tp still bermatlamatkan benda yg sama. kalu nk tau cerita nih pasal apa, surf la sendiri ekk...

hari ini, aku kena kerja balik, dan housemate duduk rumah tolong buat housework yerk. heheheheheh... nama pun housemate, apa ke jadah jadi housemate kalu tak berkongsi menguruskan rumah. hik hik hik. dan macm biasa lagi, aku sudah siapkan to-do-list nya. yelah, nama pun isteri, mesti ada QC (quality control or queen control? or both can do..? ha ha ha ) nyer skilll. .. pesan itu pesan ini pun tak jadi, balik ku buat memo and put everything in wtiting.. hehehehe. nasib lah. time saya cuti, abang kerja, time abang cuti saya kerja.... inilah jadiknya...

esok, beliau akan ke KLCC ngan Luqman plak. nak penuhkan impian budak kecik itu untuk naik train dan ke aquaria dan ke KLCC dan ke galeri sains dan tgk toy story. ikut la mana dia sempat. mcm biasa la, aku sbg ibu yg queen control akan siapkan not-to-do-list kpd dua beranak ini. no air gas. no nakal2x smpai anak hilang. careful dlm train. no itu. no ini. ha ha ha. mummy is still mummy right?

esok mlm lak nak raikan besday nufail. aku mcm biasa lah, 1st year besday of anak2x, aku akan grant kan mereka dgn insurans. untuk si bapak, mcm biasa lagi, aku akan ingatkan apakah hadiah yg patut di beli. jgn beli mainan yg tak berguna. sila beli yg dia boleh manfaatkan. jgn beli yg mahal sgt. jgn beli yg murah sgt. bla bla bla itu. bla bla bla ini. bla bla lagi dan lagi dan lagi.

hmm..... queen controlkah aku? ha ha ha.pedulik kapak lah. this is for the sake of my family. but for me, once you are a mother, automatically skill qc ini akan ada. dialah queen controlnya, dia lah, quality controlnya.

but from the J-lo nye movie, i've learned something lah... apa dia? he he he. let me keep it for myself... tapi cerita sgt best lah. ada lawaknya, ada romantiknya, ada seriousnya, ada semua. part horror ada gak, bila ada scene org beranak dlm kolam air budak. tapi banyak yg sensor dan memang sesuai untuk org dewasa yg berfikiran terbuka sahaja!

Friday, July 2, 2010

air mata pagi jumaat

air mata di pagi jumaat

awal pagi tadi, ada tertengok iklan ini.
tak perasan pulak rasa mcm nak keluar air mata.
isk, bukan rasa, terkeluar dah air mata ini.

Yasmin Ahmad, you are so creative! You know how to touch our heart! 
ps: tetiba teringat Tan Hong Ming.

ooh ooh aah aah ooh ooh aah aah

Kalu korang bijak, sila nyanyikan tajuk entry saya spt lagu tema beruk dua ekor di PHDC ini. ;'
ooh ooh aah aah ooh ooh aah aah
hahahahahahahha....

saja jer. gila sket ari nih. 2 hari makcik tak masuk opis. pergi training. ala, training kat ISTAC. memula cam malas. tapi, best jugak bila instructor tuh ajar cenggana nak buat self-healing bila kita stress. ajar measure positif energy dlm badan kita, dan ajar cenggana nak transfer high frekuensy positif energy kat org lain. namanya adalah teknik Reiki-LVT yer kenkawan. boleh surf di internet. sifu teknik nih pernah heal seorg medical doctor dr trg yg kena servic cancer stage 4. Dia just beam HF +ve energy dia dari Puchong terus ke Trg dan alhamdulillah boleh heal. depa ada buat cancer treatment secara percuma setiap hari jumaat. beberapa kali jugak la makcik cuba try-test teknik asas yg dia ajar, and amazingly, makcik dpt ukur energy badan makcik. pergh, rasa mcm Goku dlm dragon ball tuh... heh, pasnih, kalu anak2x makcik buat hal, meh makcik nak dragon ball kan dia, hantar HF +ve energy kat depa, biar menjadi anak2x yg soleh dan mendengar kata ibu ni.... hi hi hi. tapi bukan senang kenkawan. syarat  untuk buat benda ini adalah click and lock, unconditional love, dan deep breathing, ada teknik dia... kena practice selalu.

memula makcik tak berapa gemor topik2x spt ini, apa lagi topik2x spt terapi warna. berubat pakai pembedahan batin and etc, yg tak sampai dek akal makcik yg berfikiran logic ini. tp, bila makcik boleh rasa medan tenaga dlm diri makcik nih, (setelah berhempas pulas buat teknik yg instructor tuh ajar), Ya Allah, I can feel it! hmmm... patutlah org boleh santau org dari jauh. huhuhuhuhu.... ilmu Allah dlm dunia nih byk sgt.. makn bayak kita rasa kita tau, makin banyak kita tahu yang kita masih belum tahu. huhuhu. paham tak? tak paham tak apalah, biar makcik sorang jerk paham.

tapi makcik tertarik la dgn teknik di tuh.  click and lock, unconditional love, dan deep breathing. makcik rasa nak try apply kalu dlm solat dan berdoa. sbb teknik dia tuh, boleh buat makcik focus, sbb tuh dpt rasa energy tuh. tapi, time semayang, tak leh pulak makcik nak konstant fokus dari angkat takbir sampai salam terakhir. kenapa makcik tak rasa connection dgn Dia time makcik berdoa... hmm, tapi time niat nk ukur energy, boleh pulak makcik fokus, CLOCK (niat) and LOCK (yakin) untuk dpt ukur tenaga energy diri nih. he he he .. nampak sgtt masih self-oriented. hmmmm.....

bila lah nak berubah makcik nih, tak lama lagi umur dah nak masuk 30. what? 30 dah...? aku dah akan tinggalkan era 20an? lepas nih, mesti masuk group 'seorang wanita lingkunagn umur 30an'.... bukan lagi 'remaja cantik awal 20an.' huhuhuhuhuuhuhu.....

umur dah makin pendek. anak2x dah makin besar. bila makcik nak berubah? huhuhuhuuhuuh...