Monday, June 28, 2010

hari ini


Hari ini saya nak.....
  1. Nanti Argentina akan lawan Jerman. saya berdebar. kenapa? entahlah, tidak seyakin match2x argentina sebelum ini. Tapi saya yakin yang Argentina lebih fit berbanding Jerman.
  2. Saya nak buat housekeeping kaw-kaw punya!. jeles tgk PA boss saya hias ofis. saya pun nak buat juga.
  3. Saya nak make sure buddy saya bawak Quran terjemahan itu. saya sudah bertekad untuk 'mendengar kata' boss saya. sudah-sudah lah khatam Quran tiap2x tahun. apa kata Ramadhan kali ini tak nak kejar nak abiskan Quran sebulan, baca dan belajar tafsir pulak. betul jugak kan, bila lagi nak "HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM".
  4. Saya nak declare yang saya mnegidam delima dan kurma yang ada almond kat dlm. sapa kenkawan yang ada jumpa, tolong belikan saya. saya akan bayar. Skang nih saya nak apa, saya kena carik sendirik. kesian saya kan.
  5. Saya nak siapkan kerja tertangguh yang boss saya bagi. Cukuplah 3 hari saya meraikan ketiadaan beliau. hehehehe
  6. Saya nak make sure yang before tido, ada sesuatu yg saya baca. Nak baca tafsir baru!!! huuuuu.
  7. Saya nak membuat keputusan tentang Hospital Rakan Bayi pilihan saya. 
  8. Saya nak talipon mak saya.
  9. Saya nak belajar ber FACEBOOK. saya malu. haruskah saya malu, sebenarnya?. ada org yang saya kenal, berumur 11 tahun, sangat pandai berfacebook. hahahahhahaha.
Cukuplah  7 benda yang saya yang saya nak buat. Yang no 1 dan 4 itu tidak dikira. Saya tak ada usaha apa2x pon di atas kerja kuat Argentina. Tak kuasa dan malas saya nak mendoakan kemenangan mereka. Saya cuma nak mereka menang, untuk membenarkan ramalan saya. itu sahaja.

Sekian, terima kasut!

Thursday, June 24, 2010

cerita ceriti ceritu

Cherita 1: World Cup


Lama saya tidak menulis. banyak yang hendak ditulis, tapi sebab terlalu banyak, maka jadi tak tertulis. Saya tidak menonton World Cup. Tradisi saya, hanya menonton perlawanan akhir sahaja. tapi, entahlah, bila anak sudah hendak masuk 3, saya tatau saya mampu lagikah menonton final match dengan tenang dan aman regardless the time. Tetapi, pilihan saya tahun ini adalah Argentina. sudah 3 match, belum pernah kalah. hmm... kita tengok jer lah nanti.

Cherita 2: Anak-anak
Nufail baru baik HFMD (refer kpd paed satu klinik pakar kanak2x). mana dia dpt jangkitan itu, saya pun tatau. tp, ada seorg yg se'baby sitter' ngan dia mendapat jangkitan kulit yg sama, pakar sakit kulit cakap alahan kulit sbb ruam & panas.  Hm... kami keliru, tapi alhamdulillah, dia sudah semakin ok, semakin tembam semula dan semakin banyak membebel. beliau amak malas berjalan even sudah pandai berjalan. hmmmm... kitchen cabinet dan almari rumah saya terpaksa diikat kali ini, krn beliau sgt rajin mengemas. tangga adalah tpt favourite  beliau mengasah ketajaman minda dan koordinasi motor dan muscle2x beliau. Dulu Luqman tidak begitu. Argh.. kata org, lain anak, lain pe'elnya!
Luqman pulak semakin petah bercakap. antara ayat2x beliau yang kenkadang membuatkan saya rasa 'mcm comel', kenkadang geram, kenkadang marah (bergantung kpd mood saya ketika itu):
- "Aman nak game. sumer org ada game. Aminul ada game, Afham ada game. Luqman sorang jer tak de game. Kesian Luqman" sambil membuat mata berkaca dan memandang  saya dgn penuh harapan.
- Situasi: di dalam kereta, ketika sy tgh sibuk drive di bulatan selayang yg jem atau tgh menukar lane mencilok sini sana "ibu, tolong lah Luqman bukak air kotak nih. kesian Luqman, tak der sorang pon org nak tolong Luqman"
- Situasi: Ketika baru smpi umah dr gombak, stlh berhempas pulas merempuh jem, kenkadang menahan kencing sambil, Nufail merengek nak saya dukung lagi dan kucing merengek kelaparan. belum bukak tudung, belum bukak kipas, belum punggah barang dari dlm kereta lagi pon dan dgn keadaan yg suami entah di mana. "Ibu! Tolong Luqman nih, nak bukak tv. nak tgk citer kartun. tamau tgk berita, eh... cepat ibu, Luqman nk tgk tv nih!"

Cherita 3: Perut, sabar dan sang suami
Mr. Housemate sekarang adalah instructor tanpa tauliah dan elaun di UPNM. pegi keja kul 6 pagi, balik umah kul 9 malam. weekend nya sibuk memantau dan menjaga anak org lain, sedang kan anak sendiri di sub sepenuhnya kepada saya. saya sgt penat, dgn anak yg tidak sihat, anak yg semakin cerdik pandai mebuat keputusan dan memberi arahan, anak2x yg sentiasa memerlukan perhatian. Aduhai... Anakku, andai ibu boleh membeli segunung kesabaran dari Tesco Rawang tuh, mesti bertroli2x ibu angkut tiap2x bulan untuk mentop up kesabaran itu. saya tak ada byk masa utk diri saya, apalagi untuk membuat amalan2x yg sepatutnya untuk baby di dlm perut ini. Satu surah Luqman pun sukar dihabiskan dlm satu waktu. semuanya kena tunggu anak2x tidur. jgn kata nak baca magazine, kenkadang, saya lupa menyikat rambut sendiri. jadi, kemungkinan besar kami akan berpindah ke kem sg. besi tak lama lagi. hmmm... that's life. we need to reflect and act accordingly. 

Cherita 4: Kerja
skang saya lapang sikit sbb boss pergi bercuti. tp, of course ada benda yg perlu di buat. career path, dan apa yg saya nak kena buat untuk career satisfaction sy pon perlu difikirkan. 3 engineer akan tak ada, belum campur lagi kenkawan yg bercuti denagn dan tanpa gaji.  membawa haluan masing2x utk meneruskan hidup. dah lah yg pergi, semua wanita2x yg core belaka. apa nak jadi kpd kami yg tinggal, sy pon tak tahu. Engineers union pon diharapkan semakin utuh ikatan ukhuwwah nya. saya suka mereka. bila saya down, saya akan carik mereka untuk mendapat semula aura positif. tak kisah lah dlm scope apa pun, masalah kerja, teknikal, dokumentation, problem staff, waima masalah rumahtangga dan anak2x, kami saling bertukar pandangan. tiada hasad dengjki, tiada umpat cela, apalagi hina dan memandang rendah. sumernya telus dan ikhlas, walau keadaan nya baik atau buruk. saya tatau, lepas mereka semua pergi, mampukah kami yg tinggal mempertahankan work environment yg sebegini.   

hmmm... kenkadang saya rasa keseorangan dlm menempuh semua ini. Kenkadang saya lupa ada Dia yg sentiasa ada untuk saya. kenkadang saya lalai dlm meminta bantuan dari Dia. kenkadang, saya abaikan yang semuanya datang dan pergi atas ketentuan Dia.

hmm... entah lah... * mengeluh. 

Wednesday, June 9, 2010

Thomas Edison

semalam 2 bulb kat umah saya berkelip2x . mungkin x lama lagi akan kong lah tuh. housemate x ada. sy tak kuasa mengusung tangga & memanjat utk menukar di dlm keadaan yg 'sedang membawa anak orang' ini. lampu itu x boleh dioff krn 1 suis akan on 4 lampu dan 2 bulb yg berkelip itu dtg dr 2 suis yg berbeza. kalu saya off, maka, ruang tamu akan menggunakan lampu kipas sahaja di mana lampunya berwarna kuning. saya tidak suka lampu yg malap. alang2x berlampu, biarlah putih menyala. alang2x tutup, biarlah terus gelita. tp kepala sy pening melihat lampu yg berkelip2x itu. di saat itu saya mengaharapkan doraemon @ superman muncul or at least cicak man datang supaya sy boleh mendapatkan pertolongan.

so, for the decision, I let me and my kids avoid any activities at the hall. after dinner at the kitchen, we straight go upstairs and tgk Upin Upin (yg entah keberapa ratus juta kali) tru the laptop. sambil siapkan depa utk tidur, sambil sy fast forwardkan cerita itu supaya cepat abis. hahahhahahha.... akhirnya Luqman terperasan jugak ada scene yg terskip. tapi saya buat tak layan. yang penting, sharp at 9.30pm, light mist be off. ibu byk kijer lagi kat dapur hokey!!!

kebetulan pagi nih sy mendapat e-mail poster thomas edison di atas. in stead of mendapat motivasi, tetiba saya rasa cam nak kondem lak beliau. yelah, kata2x beliau (failed 1000 times be4 succeed) itu, LAKU apabila beliau sudah berjaya. cuba beliau gagal, org especially org kita akan kata.. "appalah.... dah buat 1000x pun tak jadi2x lagi...".

1000 unsuccessful attempt mmg membuktikan yg beliau too-stupid-to-learn-anything. kalu ada bekerja di kilang, berapa kerugian yg ditanggung kalu fail sampai 1000x? patutlah beliau di fire sbb tak produktif. hehehehhe... 

so, what is the moral of the story? ntah lah.. lu pikir lah sendiri.

Monday, June 7, 2010

Entry getik

Minggu lepas, semasa aku kt kg, mr housemate kat KL, di dalam satu perbualan talipon....
Dia    : Abang bukak blog...
Saya : Blog sapa
Dia   : Blog cik-chibi lah...
Saya : Carik apa? (Aik, before nih dia malas nk bukak blog makcik. Alasan: "ala, sumer citer kt dlm tuh abang dah tau..." eleh....)
Dia    : Yelah, hari nik kan anniversary... tak buat posting ke?
Saya  : Eh, kena buat ekk? kot sy buat pon, abg bukan nak baca. sgt pon kan ? eh, bukan ke abang ada on that day? abang dah tau apa yg berlaku kan? hahahahha... (hehehe.. makcik pekenakan dia balik)

Oooo... gitu ceritanya.. masih mau tau ku tulis apa ya? kotnya mengharapkan ku ucap sayang cinta lah di situ kot. bersyahdu syahdan dan berpuisi bagai memberi ucapan.? hhuhuhuhuhu... belum mungkin ku mau tulis itu dong.... kalu mau tau apa di hati ini, amik kapak belah lah dada. hahahahhahah.. kantoi! sebelum ini sikit punya sombong tak pandang blog cik-chibi... kot tiba di hari begini... baru tau bukak

Dear abang...
Kalu ko mau ku titipkan ucapan sayang dan chentaku kepadamu di blog itu, apa kata di hari anniversary kita, abang hadiahkan dulu sebuah istana sepeti Taj Mahal yg dibina oleh Syah Jehan untuk Mumtaznya...
(hahahahaha... jahat tak aku??? )
untuk ucapan yang selebihnya.... no need to be written lah. Please look deeply in my eyes. If you are truly, deeply, madly love me, you will see it.. and you will know it!!

apapun, tetiba pagi nih terindu pulak kat org tua ini. hari ini beliau ke Jelebu bawak student masuk hutan 3 hari. yelah, sejak jadi instructor di UPNM nih, banyak masa diluangkan untuk bakal2x askar di sana. huk huk huk... AKU CHEMBURU!  

oklah, tanpa ucapan apa2x, letak je lah gambo kawen nih haa.cukup lah untuk tatapan anak2x... saja buat getik. lama tak bukak album kawen, bukak pon setahun sekali jerk, time2x cenggini la..  

ini baru lepas akad nikah. takder sanding bagai, buat kenduri arwah jerk.tapi, hari nih lah aku menjadi awek yang paling bersopan sekali dalam dunia. cukuplah 2 hari seumur hidup. sehari time akad nikah, sehari lagi time bersanding umah mak mentua. hahahhaah

ini koknya satu trak dtg bawak pedang. bila tgk dlm tv, tak pernah berangan nak sanding bawah pedang. bila tgh dok lalu bawah pedang, aku blurr jer pikir.. apa signifikannya nak kena lalu bawah pedang nih? sapa pengasasnya? sumer askar kawen lalu bawah pedang ke? depa nih, kalu time cuti sekolah, tak pegi perang ker? hmm... best ke kawen bawah pedang ni? apesal aku tak rasa apa2x pun. 

   
dalam banyak2x event, budak2x kompang nih yang paling aku suka. sbb depa kata aku chantekk! hahahahah.. budak kecik tak pernah tipu kan? mereka bercakap dari hati. heheheh