Thursday, May 27, 2010

90 days for mum


Since kempen ini still ada, and I'd never paste it in my blog, so, today I paste it lah! heheheh... kempen ini akan berakhir on 2nd June 2010. so, sesapa nk sign/belum sign/nak sign lagi, you can do so at hereeven kpd sesapa yg tanak sign pon, just click and baca the content first, I am sure that you will get something, in term of knowledge lah!

Kelantan sudah buat. memana office yg direct bwh kerajaan negeri, layak mendapat cuti 90 hari. tp ku masih tidak sure yg the 3rd month consider cuti bergaji @ tidak. tak kesah lah, tp at least kami (ibu2x) diberi peluang utk membuat pilihan. Tapi depa senang je ek.., tak perlu buat petisyen, tak perlu merayu sana sini bagai, tup tup depa istihar dh bole dpt cuti 90 hari. hmmm... if you talk about human capital development, this is the start lah, aku rasa... hmmm... pak najib, oo pak najib. please  consider lah! hang tak payah cakap pasal isu integriti, rasuah, rakyat diutamakan, pembangunan sekolah agama rakyat, kempen prihatin or wht-so-ever, kalu hang lupa pasal akar umbi nye. di mana bermula pendidikan seorang manusia? dari dlm perut ibunya lagi. so, kalu bagi ruang sikit kepada ibu2x, aku pasti ibu2x akan menjadi manusia yg baik in order dan melahirkan anak yg baik.

contoh yang paling kecil, mcm aku la. pada awalnya, aku makan junk food kat office, sbb junk food diharamkan kat rumah. sbb kt rumah ada anak kecil. lepas tuh, bila pregnant, junk food cuba diavoid gradually di samping processed food yg lain (eg: nugget, KFC, McD, memana makanan kilang sejuk beku (pss.. kecuali choco top! hahahhaha...belum berjaya avoid lagi)), dan cuba try adapt natural parenting pulak. proses ini bukan amik masa sehari dua, anak dah nak masuk 3 pon, aku terkapai2x lagi mencari ilmu cenggana nk menjadi ibu yg baik. so makanya, bagi la ruang sikit utk kami menjadi ibubapa yg baik. insya alllah, rakyat hang yg akan datang akan menjadi rakyat yg baik jugak... 

aku rasa, sillibus dlm kursus kawen kena revised sikit la, selain bab2x yg ada tuh, tambah sikit bab natural parenting, susu ibu etc. ini bab mlm pertama pon nak dicerita. itu sentuh sikit2x dah lah dari segi adab dan fiqahnya... bebudak sekarang tak payah diajar, depa lagi advanced dari ustaz.. dan subjek nih (natural parenting & susuibu..bukan bab mlm pertama ya..) pon boleh selit dlm sains and KH. tapi, tatau la pulak berapa lama masa depa nk amik utk ubah nih sumer. ini dok bincang isu pendidikan seks pon bertahun2x.. dari menteri itu ke menteri ini.. hangat2x taik ayam je lah. skang dah slow sikit pasal isu nih. yelah, kempen kami prihatin pon dah abis... maklum la kan...?

ps: korang perasan tak, kalu kes buang mayat baby, even dlm keadaan cenggana org sorokkan pon, mesti ada org jumpa kan? dlm timbunan sampah, hanyut kat sungai, tanam secara haram ect... Masya Allah, itu kuasa Dia. Dia yg memberi, Dia yg ambil balik, Dia yg takdirkan janin itu dibuang begitu, Dia yg takdirkan pengakhiran cara semadinya jasad janin itu. tapi yelah, jasad yg dah dimakan semut or digigit anjing tuh, hanyalah jasad. Roh dia dah kembali kpd yg empunyanya.. tapi apa tujuan nya? belum sedarkah kita tentang tanda2x dan amaran dari Dia? hmmm... renung-renungkanlah.

Wednesday, May 26, 2010

Pregnant?.... and still breastfeeding...!

Diambil dari sini
 
Soalan:

Saya kini mengandung lima minggu. Doktor menasihatkan saya menghentikan penyusuan susu ibu kepada anak kedua yang baru berumur lima bulan. Dia khuatir saya tidak mampu menyusukan dua orang anak dalam satu masa memandangkan saya bertubuh kecil. Persoalannya, bolehkah penyusuan susu ibu memudaratkan kandungan? Adakah kehamilan boleh merencatkan penghasilan susu dan perlukah saya mengambil supplement untuk menambah susu?

Zuraini Mohamad Redhuan Sepang, Selangor
Jawapan:

American Academy of Pediatrics menyarankan bayi diberi susu eksklusif dalam enam bulan pertama tanpa diberi sebarang jenis supplement formula, air atau makanan dan terus menyusu badan sepanjang tahun pertama dan seterusnya. Untuk pengetahuan anda, sepanjang tempoh penyusuan eksklusif, kemungkinan untuk mengandung adalah agak tipis tetapi ia bergantung kepada beberapa faktor. Oleh itu, tidak mustahil untuk anda mengandung lagi walaupun dalam tempoh penyusuan. (huhuhuhu...tak pon!)

Sehubungan itu, apabila disahkan mengandung, kebanyakan ibu dalam dilema sama ada mahu bercerai susu ataupun terus menyusu. Ini berlaku akibat konflik yang dialami setelah mendapat nasihat daripada ahli keluarga, kawan-kawan mahupun doktor. Setakat ini, belum ada bukti yang mengesahkan kehamilan boleh memudaratkan kandungan. Namun, jika ibu pernah melahirkan bayi pra matang, hamil kembar ataupun menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan lebih awal dari tarikh jangkaan, ia patut diberi perhatian kerana oksitosin boleh merangsang kontraksi dan boleh menyebabkan kelahiran pra matang. Oleh kerana itulah, ibu biasanya dinasihatkan untuk bercerai susu.(yay! i still can breastfeed my nufail!)

Walau bagaimanapun, kajian menunjukkan bahawa rahim tidak memahami “mesej” daripada oksitosin untuk memulakan kontraksi sehinggalah kandungan berusia lebih kurang 24 minggu. Jadi, penyusuan sehingga kandungan berusia 20 minggu masih dianggap selamat. Jadi, ibu tidak perlu bercerai susu secara mendadak. Bagi ibu yang bercadang meneruskan penyusuan, dia perlu mengambil kira beberapa perkara penting: sejarah perubatan, tahap keselesaan fizikal dan emosi, usia anak dan keperluan penyusuannya.(iye.. belum ada ibu mengandung meninggal krn menyusukan)

Dalam pada itu, penyusuan sewaktu mengandung tidak akan menghalang janin mendapatkan zat makanan yang diperlukannya. Ia juga tidak akan melemahkan tubuh ibu. Sewaktu mengandung, amat penting untuk anda mengambil makanan berkhasiat, mendapatkan berat badan yang sesuai dan menikmati rehat yang secukupnya. Ibu yang memperoleh khasiat yang mencukupi, sepatutnya tidak akan mempunyai masalah untuk membekalkan khasiat untuk kandungannya dan anak yang disusukan.(so, yg aku 'pengsan' memalam tuh hanyalah mainan hormon, bukan sbb breastfeeding.. huhuhuhu)

Untuk pengetahuan anda, sewaktu mengandung kebanyakan ibu akan mengalami masalah dalam penghasilan susu disebabkan oleh perubahan hormon. Malah, sewaktu trimester kedua, susu itu akan mula berubah menjadi kolostrum. Kuantiti dan rasa susu akan berubah secara mendadak. Oleh kerana itulah, kebanyakan bayi akan bercerai susu dengan sendirinya setelah menganggap rasa susu berbeza daripada biasa.

Perlu diingat! Jika anda menyusukan bayi berumur kurang dari enam bulan sewaktu mengandung, anda perlu memantau perkembangan dan pertambahan berat badannya. Bayi yang berumur enam bulan ke atas pula biasanya mereka akan berubah selera kepada makanan pejal memandangkan bekalan susu anda makin berkurangan.

Tuesday, May 25, 2010

sawang

wah, blog akak chantek sapa lah nih? sgt bersawang... huhuhuhu... mood swing made me very lazy to get close to the technology. minggu lepas al-kesah makcik sgt malas. malas nak mandi, malas nak makan, malas nak pakai baju chantek2x, malas sungguh... besides, makcik sgt bz bila drawing2x makcik kena revised, material makcik order salah thickness pulok, plus kena assess ngan boss. huhuhuhuuhuh... boss sgt 'banyak bercakap' tahun ini. makcik kena. makcik kena... ... kena tingkatkan produktiviti. Kena serius on KPI... huhuhuhu... BAIKLAH! Makcik akan serius selepas ini. hahahhahahahah....
Skang makcik tidak bawak VZP lagi. my big bro bagi pinjam itu kereta Proton Generasi ke2... Gen-2 lah. bawak machine Campro ini, actually not bad. handling ok, enjin yg senyap. best la jugok. cuma, kenkadang makcik terlupa menutup pintu ala2x hulk holgan. maka pintu itu akan seperti bunyi tin milo yg diketuk. kalu BLM guana le gamoknyer..? maklumlah, muscle tangan nih dah biasa dgn force yg kuat2x masak bawak VZP dulu. kete ini auto. uhhhh... sangat nikmat, umpama membuat urutan kaki di spa kat Bali. x payah berhempas pulas dah nak tekan clutch... dan makcik rasa sgt mengantuk petang2x melayan jem. nasib baik ada anak bujang dibelakang yg boleh dilayan bercakap.

Perut dah makin bulat. mcm le b4 this leper benor. hik hik hik. most of the baju sudah tidak muat. asyik2x pakai baju yg sama. tak pe lah, itupun ada org tolong ironkan. kali ini, memang makcik sgt 'pengsan' di waktu malam. maka, adalah org yg malang tolong uruskan dinner, laundry and anak2x.... huhuuhuh, nasiblah, sapa suruh buat makcik mcm ini, kan? tetttt..!

besides the new kiddies (banyak ke..?) inside this tummy, ada satu lagi baby project nak di launchkan. tapi, sbb makcik tak larat, sbb makciklah kuli, makciklah tokeh, maka makcik sgt bersantai umpama tapak sulaiman terdampar di pasiran pantai. maka, tak dapatlah rasanya makcik nak bersalin kat Prince Court Hospital yg banyak bintang itu kalu project ini tak on. huhuhuhuhu... tak pe lah, makcik akan mencuba lagi... gigihkan hati dan perut ini.  

tekak dah stabil nih. asyik nak makan makanan mahal jer. anggur mau yg seedless punya. epal mau yg Fiji punya. nak makan ketam sambal, tapi yg  kat restoran Amy Search tuh aje... huhuhuuhuhu... ku mau Amy yang hantar pinggan ketam tuh, boleh? heheheheh.... baby.. baby... memang le si abi tepuk dahi berkali2x.. tak selera dah nak shopping barang dapur kat Tesco, rasa mcm nak gi shopping kat  Pavilion ulak... ada berani? nak beli milo, beras, susu, gandum, meehoon kat Pavilion ... ada jual ke ah? roti tamau yg roti biasa tu tau, makcik nak butterscotch.. takpun rotiboy jerk... ari tuh nk makan roti boy. tapi housemate tak layan sbb pukul 1,30 pagi.... uhuhuhuhuuhu... nak menguli, internet tak ada nk carik resepi. so, kempunan la... cekelat pon rasa nak yg Belgium punya. tak nak layan dah Cadbury. padahal, sebelum nih, aku tak pernah le rasa cekelat Belgium nih...

hahahaha... makcik sudah sewel. PC makcik pon dah sewel asyik rework CATIA drawing nih jer. nasib baik lisence ini halal, kalu donlod yg pirate, mau meletup PC ini...

huhuhuhu... salam 1 malaysia!! biarkan makcik melayan hari2x yang 'maha indah' selama 9 bulan ini... huhuhu

Monday, May 17, 2010

tak happy tak happy tak happy

kecewa.
saya harapkan malaysia kalah dgn china, sesukar indo kalah ngan china.
tapi saya kecewa.
malaysia kalah dgn mudah
china menang dgn mudah
bila chong wei kalah mudah, housemate sy sgt keciwa.
lalu beliau ke dapur untuk menggoreng telur dadar buat santapan dinner kami.
alangkah bagus kalu tiap2x ptg ada game, dan chong wei kalah sokmo,
jadi, saya tak perlu ke dapur.
biar yang kecewa itu melepaskan kekecewaannya di dapur.
yait! hahahhahahha

kalau begitulah cara kita berlawan,
saya tak rasa itu berhabis-habisan.
entahlah.
saya kecewa lagi.

sapa yg lawan Lin Dan, memang tak dan wat apa2x.
waima chong wei, waima taufik
sesuai le mak pak nye bagi nama Lin Dan
org lain tak kan dan
dia sorang jer yang akan dan
tapi, sy terpaksa menutup mata semasa aksi beliau membuka baju di depan ribuan supporters malaysia selepas mengalahkan chong wei,
saya terasa amat mencik melihat muka beliau yg sgt 'macam best'
cuma saya takut baby dlm perut saya terkenan akan muka beliau
yelah, sebab saya amat benci melihat muka dan kemenangan beliau masa itu
tak ke hodoh  haru, kot keluar baby girl anak saya dan housemate tapi versi muka Lin Dan?
hahahhaha. gurau je
sekadar melepas kecewa.
what ever, Thomas cup balik ke China sudah,
mungkin kita boleh ke sana, bawak balik yg tiruan punya.
hahahahha lagi.

sekian
saya,
rakyat m'sia yg kecewa.
(ps: dari kecik aku tak pernah reti nak kuis shuttlecock pakai raket, pastuh tangkap then start servis. hahahahha. selalu terkuis ke depan sokmo)

Friday, May 14, 2010

PELITA

SPECIAL DEDICATION FOR MALAYSIA's THOMAS CUP TEAM.
 Come on.... fight! fight! fight!
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!
 

  
ps: lambatnya kul 5.. ku mau pulang. boss dah balik, kalu ikutkan nafsu serakah ini, mau je ku cabut awal!! 
 
A.P.I- Pelita(Lagu Tema Hooperz)

Tak pernah sesaat daku meragui
apa yang telah daku temui
slama ini,

Tak pernah sesaat daku menyesali,
apa yang telah aku nikmati,
apa ku alami,

slagi hayat di kandung badan,

Korus:
Takkan ku menyerah kalah,
walau mimpi ku musnah,
harapan ku hancur,
sayapku patah,

kan ku pancarkan cahaya,
seperti pelita ke srata dunia,
yang gelap gelita

sehingga hembusan nafas
yang terakhir.

tak pernah sesaat ku mencurigai,
apa yg telah aku kecapi,
stakat ini,

tiba saatnya kan ku tangisi,
pada yang pergi, takkan kembali
Kembali lagi,

ulang Korus.

Bridge:
Slagi jasadku belum terkubur!
Slagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!


Ulang Korus x 2

Akan Ku Pancar Cahaya Seperti Pelita,
Ke Srata Dunia,
Seperti Cahaya…….

Thursday, May 13, 2010

happy happy happy

Dear Lin Dan & all China player
hangpa jangan ingat hangpa hansome no.. player kami lagi bergaya dan segak dari hangpa. kita tengok la besok lagu mana. kuat manapun hangpa, jangan lupa, kami lebih tang penonton dan penyokong. kami akan psiko dan lunyai2x kan emosi hangpa. masa 1992 dulu, hangpa kalah gak ngan kami, so jgn sangka kami senang2x nak bagi hangpa menang. hangpa kata player kami tua2x yer... oi, kami ada tongkat ali tau. hangpa ada apa? tongkat ali tiruan ada la kot no. whatever, kita jumpa besok. special pesanan to Lin Dan: esok, jgn sampai aku rasa cam nak baling remote tv kat muka hang. nanti remote aku rosak, kesian anak2x aku nk tgk tv. you... whatch out!

Dear all Malaysia Players
Congrate untuk kemenangan semalam. Hafiz, hang jgn dok perasan jadi wira juz sbb mennag semlm dan boleh bwk team ke semi-final. hang tuh selalunya tak constant, time perasan handsome kang, mula lah lemah gemalai kat court tuh. tapi, semalam ko rileks je. selamba beb, yg penting kita dpt mata. 

aku tabik ngan percaturan berani coach Rexy tu, turunkan gandingan beregu baru. tapi korang boleh buat apa... best best best.. itulah encik F, sapa suruh hang emo, kan dah tak leh turun, silap2x besok hang gantung raket lagi. apapun, jadikan pengajaran and tutup lah buku semalam. (apa kata ko saman je mamat yg buat emo ko tuh tak menentu semalam. kita potong jari tengah dia, nak?... hahahhaha jahat aku menyucuk) besok kita lawan China. dan, depa memang kuat. ala, Denmark pon kuat jugak, tapi boleh jerk kita menang. Kami doakan hangpa menang dan memang kami nak hangpa menang. kita memang boleh kalah, tapi kalah biar lepas kita dah berhabis2x habisan. 

to choon han: jgn la bawak muka serabuit hang tuh dlm court, aku tgk pon nak naik loya lah. aku suka tengok hang sengih or senyum sket time hang dapat point. rilek la bro.   
to dato' lee: haa, dah jumpa Lin dan tuh, tak reti2x nak menang? jgn samapi aku gigit remote tv aku tuh tau!

Dear all Malaysians supporters
teruskan menyokong dan mem'psiko' china besok dgn ngauman jeritan kita kat stadium tuh. aku jerit gak, tapi kat umah je lah. hek hek. tapi, aura jeritan aku akan sampai ke stadium putra besok. kalu agak2x yg nak sokong bawak rebah or ada jari hantu yang terlebih panjang tuh, aku nasihatkan korang jgn gi stadium la. player tak perlukan sokongan org macam korang. 

Dear boss
hik.. hik.. sob.. sob.. hmm....
boss, boleh tak
bagi time off awal sket lepas jumaat besok? saya nk balik awal la. memang la game kul 6, tapi saya nk masak dinner dulu. yelah, saya kan pekerja boss yg berkaliber, saya kena balancekan family dan xtvt sebegini. erk, apakata kita sama2x balik awal esok..? hehehheheheh

Wednesday, May 12, 2010

orang jepun terror main badminton?

 ENTRY PENUH EMO
aku nih dah ler tengah loya2x... tengok player2x main semalam, lagi la naik loya. apa kalu dah kalah ngan JEPUN, ingat senang2x boleh menang ngan Denmark? sapa suruh carik pasal. orang makan kot depan, depa pilih makan kot belakang. pakai siku lak tuh.

semalam punya la amazing, jalan nak balik Rawang tak jem langsung! macam hari raya. gila babas. maybe sumer org nk make sure kul 6 dah terpacak depan tv tgk Thomas Cup. aku lak, bila dah 2nd game tuh kita mennag mudah tak sampai 1/2 jam, punya la kompiden lepas nih mesti menang jugak punyer.  tapi kalu dah lagu nih gaya.... wassalam la player malaysia. aku rasa petang nih pun bungkus jugak (jahat tak aku??)

kalu Uber cup pon buleh kalah telur ayam ngan China, hang ingat ngan Indonesia hang boleh menang mudah even satu game? hah? hah? hah??? depa pun nak jugak bwk balik piala tuh. bukan kita je...

ENTRY PENUH SUPPORT
Come on la Malaysia team. to win this, you need a team work. ini bukan game individu. ini game berkumpulan. hang tuh, kalu pressure drpd penonton pon hang takleh control, apa lagi pressure time main game untuk game yg besar2x cenggini. tak yah jadi atlet ler wei kalu tak leh nak cool. rileks la, kalu kita ada match, kalu tak menang, kita kalah je. hanya ada 2 opsyen. seri2x tak main. belakang ko, ada berapa puluh juta rakyat mesia yg dok nak meraikan dan mengaharapkan kemenangan korang. setakat denmark ngan Indon tuh, kita pernah lawan depa dengan sengitnya what... jatidiri korang tak kuat arr. kalu kuat, mesti korang boleh bangkit balik petang nih. takyah nak control2x hensem dan sopan santun kat dlm court tuh! dah memang korang atlet, don't worry, korang memang hensem punya!

penyokong lak, kalu yang menang hang nak tatang, yang kalah hang nak boo... baik tak yah datang stadium ler wei. dok umah main teng teng lagi bagus. kalu ko nak boo orang, ko amik raket dia ko lawan la. meh aku nk tengok  ko menang ke ko kalah. apa punya warganegara la....!


sekian dari aku yg separuh emo separuh profesional.

ps: dear player, aku sain tandatangan sokongan sejuta rakyat mesia tuh tau? ada signature aku yg betuk ikan kat situ. dah tuh, tak reti2x nak menang petang nih..?!

Tuesday, May 11, 2010

cornflakes madu


pagi nih saya breakfast dgn cornflakes madu.
mmlm tadi, saya nyer supper pon cornflakes madu, dlm kul 11.30 mlm.
hasil air tangan house mate yang gigih.

ceritanya, mlm tadi, adunan yg pertama terpaksa dibuang ke tong sampah alkesah kerana pakcik terguna garam halus as gula icing. nak pakai sgt gula icing, gula kasar biasa tuh pon boleh abang oii.. masin. nasib baik Luqman yg perasan. dah tak perasan cenggana kalu sumer benda dia nk makan. kesimpulannya, aku gak yang salah sbb tak 5S kan fridge. no labelling. make the user confusing. hazard. ala, setakat 4 sudu garam halus tuh, tak ler hazard mana... kih. kih. kih. sapa suruh ceroboh dapur org tanpa bagi salam.

nasib baik ada lagi belen cornflakes ngan buttercup. tray pertama, hasilnya golden hitam manis sebab guna suhu 150 deg. nak bakar ayam ke bang? hehehehhehe.. tapi, amik hati nyer pasal, telan jugak... hmmm... so, crunchy! rasa cam nak telan ngan paper cup tuh sekali. hehehehhehehhe. dah lah seketul besar penumbuk beruang. makan 2-3 biji, dah kenyang, hahahahhahahhah

tray yang kedua, baru cantik. yelah, queen of the chef datang re-set temp and oven, baru lah semenggah jadinya. dengar khabar tak puas hati. hasil tak memberangsangkan sbb kesalahan org lain. salah aku ler tu! tak label tupperware garam. hehehehhehe... kot mlm nih nak belasah buat lagi, tatau la makcik. ikut la pakcik ooii... yg penting, saya tanak masuk campur time awak kelentang kelentung mcm nk pecah dapur tuh. baik saya bergolek2x tidurkan anak2x sambil mereleks kan urat2x kaki yg tegang penangan jem yg menggila sekarang nih.

anyway, terima  kasih. ia sangat shedapp!! i lap u!

Monday, May 10, 2010

haish!


 it is 1700h. hujan lebat kat luar. tak sabar nak balik umah, nak gomol nufail yg gebu. tak sabar nak gi amik Luqman kat school, nk dgr citer2x apa yg dia buat ari nih. kadang2x citer yg berulang2x, terselit rojak sumer benda dgn vocab2x baru yg kenkadang lucu, kenkadang tak senonoh di dengar. tak sabar nak jumpa housemate, sbb malam nih dia janji nak buat cornflakes madu. special request, tolong buat ye... nanti saya tolong habiskan. muah! muah!

Mood of the day? sgt penat dan lesu hari ini. dengan sumer benda upside down. yang aku pelik, aku boleh muntah tengok + makan choolate? what the h***? so, let's blame all this on the hormon. rasa mcm nak nangis sbb tak bleh telan cekelat. dah aku nk makan apa? makan itu geli, makan ini geli, takkan nak makan cornflakes madu sokmo. sumer benda yg aku tak suka, rasa mcm suka. suma benda yg aku suka, rasa mcm dah tak suka sgt.

haish!!! tak leh jadik nih. tak leh dilayankan sgt nih.takkan lah untuk next 200 days nak melepek gini? isk, tak rock langsung arr... isk, rasa mcm nak manage nih.. isk isk isk.... i
sk, rasa mcm nak gi spa kat bali la....
isk, rasa mcm nak telan epal hijau sebakul. 
isk, rasa mcm nak duduk bawah selimut mengkerekot mcm tenggiling.
isk, rasa mcm nak gi main hujan kat luar nun.
isk, rasa mcm nak angkat kayak terjun tasik maryam skang nih.
isk... apa ke jadah perasaan ini???
tak jadah-jadahnya..
baik aku balik le weii!!!!


Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu



Selamat hari ibu...

dulu saya hanya seorang anak,
pastuh upgrade jadi seorang isteri,
kini saya seorang ibu...

dulu saya tertanya2x...
perlukah ada hari2x seperti hari ibu, hari bapa, hari guru, hari pekerja, hari wanita, hari alam sekitar...
tapi, bila saya menjadi salah seorang daripada mereka2x yg diraikan.. 
(bila saya menjadi ibu dan wanita lah!...erk, sebelum ini, tidak wanitakah saya.?.)
baru saya tau....
hmmm... memang patut...
it is more on appreciation,
more on ...
more on everything lah...
dan memang patut di adakan,
dan sangat kembang menjadi orang yg diraikan...
tetapi. bila tak der org meraikan...
memang kita akan sedih...

so, SELAMAT HARI IBU
kepada semua ibu...
once you are a mother, you'll always be a mother!

ps: tak der ke HARI ISTERI ...ke arrr..?? 




Tuesday, May 4, 2010

antara realiti dan mengada2x..

hmmm.... bila dah tau bawak budak, mula lah itu tak kena, serba tak kena. padahal 2 bulan b4 this, steady jerk. ku cuba asingkan antara hormon imbalance ngan sifat kemengada-ngadaan in order nak kurangkan sikit perasaan kacau bilau mr. housemate. namun, ku masih samar untuk mengasingkan antara realiti (kebenaran bahawa hormon yg bercelaru akan membawa kepada mood swing untuk org mengandung) dan mengada2x... (yang lebih kpd menagih perhatian dan simpati daripada orang yg bertanggungjawab menyebabkan aku begini!). hahahhahahahhah


Realiti: Tekak dah tak lalu nak telan apa2x, asyik mual2x jerk. geli tgk ikan, geli tgk nasi, geli tgk roti canai, padahal itulah santapan hari2x sebelum ini, even 2 bulan kebelakangan ini.

Mengada2x: Rasanya mual ini akan hilang kalu this beautiful necklace with a flawless clear quartz diamond shape briolette (betul ke eja..?) ini dikalungkan dileherku . uhuk! uhuk!uhuk! ku pernah tgk julia roberts pakai rantai nih masa berlakon ngan richard gere. ia adalah sungguh cantikk!!!




Realiti: Hmmm... lenguhnya kaki nih mengadap jem hari2x. VZP lak manual, rasa mcm nak krem jerk kaki nih. nanti kot 9 bulan lagu nih, mesti urat biru timbul kat kaki. sakit....

Mengada2x: Kan ke bagus kalu abang beli keter nissan murano nih, siap ngan driver sekali. ala, driver indon pon tak pe, tak yah carik yg hensem, yang ala2x muka Anang (duda krisdayanti) pon dah kira ok dah. mesti ku ceria sepanjang masa.

Realiti: Hmm... lepas nih badan mesti bam bam. rasa mcm berat lori 3 tan. Pipi mesti mcm kuih pau punya. kalu tak naik jerawat tak pe gak, kot nnt kang strech mark menjalar mcm sungai Amazon. Naik tangga sure mengah, belum kira tak leh meniarap selama 1/2 tahun tuh! uhhuuhuhuh

Mengada2x: Kan bagus kalu tiap2x minggu abang hantar saya pergi spa. tanak kat m'sia, nak gi spa yang kat Bali tuh. ala, penerbangan tambang murah kan ada, saya boleh pergi balik hari....




Realiti: Uhuhuhu, lepas nih keretapi kita makin berderet, sorang pimpin kat tangan kanan, sebelah tangan tolak stroller, kot sorang lagi atas dukung. jangan time tuh, ada sorang lagi lak dlm perut. I sue you!

Mengada2x: Kan ke bagus kalu abang boleh assign sorang bibik untuk sorang anak. kalau camtu kan, tiap2x tahun saya beranak pon tak pe. bukan apa, ada sorg puan muda kat M'sia nih kan, dia lawa maintain jerk muka & badan dia. raut wajahnyer tenang, bersopan santun (tak mcm sy yg suka menjerit tarzan kat anak2x) sbb anak2x dia sume ada bibik memasing... uhuhuuhuh... even laki dia muka tak siap, tapi pandai dia jaga bini dia supaya cun sentiasa. abang boleh...??


Realiti: Kalu ikutkan penat nih, rasa mcm nak tido 15 jam sehari. lepas subuh nak tido, time masak lunch rasa cam nak tido, memalam lepas Isyak rasa mcm nak tido. mengantuk semacam. maklumla, hormon tak stabil.                                                                               Mengada2x: Hmmm... kan ke bagus kalu anak2x dah pandai bawak diri. makan pakai sendirik. Abang lak apa kata 9 bulan nih amik alih kerja2x saya... bukan sebahagian jerk, tapi semuanya. kan ke bagus kalu saya boleh amik cuti tanpa gaji setahun, duduk umah jerk jaga baby dlm perut nih. makan tido makan tido mcm sleeping beauty. mesti baby kita lahir cantik dan comel dari segala segi. ahaks!!!