Monday, April 26, 2010

Terima kasih... terima kasut


Hmmm... Thanks for those yg congratulate aku ngan my new 'kiddies' inside my tummy nih. Frankly, memula I'm not so happy with this. Kesian kat nufail. Setiap kali tgk muka dia, rasa cam bersalah sebab terlalu rapat (as for me la). Dia pegang title 'adik' pon kejap jerk nanti nih. pastuh, half of my attention kena bagi pada baby lak. Tapi, sumer org sekeliling happy ngan baby nih. sampai kakak promoter yang promote susu tepung utk ibu2x mengandung tuh excited terlebih bila tau aku pregnant lagi... hahahahhaha... apa kess...

So, kalu sumer org happy, apa hal lak aku tak happy kan? so, baik ku nikmati saat2x 9 bulan ini dengan indah dan nyamannya.... tapi sebenarnya aku malu.... hahahaha... malu nak apply cuti lagi ngan boss, malu nak asyik2x mintak time off nak gi check up, malu nak jumpa gynea aku yg dulu.. malu nak jumpa org2x bermulut longkang... hahahahahah... budusnya perasaan ini... apa lah aku nih..

Pastuh suspen lak. kalu baby boy lagi, cenggana? hmmm... cenggitu la, cenggana lagi la kan? recycle je la baju2x Luqman sampai reput... uhuhuhuhuuhu... weekend lepas dah buat meeting ngan housemate. A few plan kena tukar, ada benda yg kena tangguh, ada benda yg desperate kena buat... hmmmm...., 75% plan dah bertukar. Yang pasti, aku tak leh raya ngan baju kebaya purple.... huk huk huk....

So, usaha exclusive breastfeeding akan ku semat lagi utk baby baru nih. Kali nih, aku nk bersalin kat sepital private yg memang menuruti kehendak aku untuk attach ngan baby for the 1st hour. Ku tak pedulik, ku tamau lagi turuti kata2x doktor2x yg kononnya, nk suruh ibu rehat, baby nak kena monitor or whatever. Cabaran gak tuh, cenggana ku nak lawan doktor2x itu.

Oh ya, sebut pasal breastfeeding, kat umah skang nih, 2 ibu kucing (cik sara a.k.a mimi & ivy sudah bersalin). Anak Ivy 2 ekor adalah berbulu lebat sbb dia mmg dinikahkan dgn Teddy (induk berbulu lebat) dan dijaga rapi oleh housemate aku since sekor anak dia adalah bernilai RM300-RM500. Tapi, Ivy tak reti jaga anak, ok, hanya reti beranak dan buat anak. So, housemate aku tumpangkan dgn anak2x Mimi. Mimi ada 4 ekor anak, tapi berbulu biasa even Mimi berbulu lebat sbb Mimi adalah kucing bohsia yg kawen dgn kucing jantan jalanan yg tidak mendapat restu dari Housemate aku. Tapi Mimi sgt pandai menjaga anak dan menyususkan anaknya exclusively sehingga badannya kurus kering. (6 ekor baby tuh...)

Skang, housemate aku amat sibuk menjaga anak2x sendiri dan anak2x kucing di samping sorg ibu mengandung dan 2 ekor ibu yyg dlm pantang. Untuk pengetahuan anda, aku dan Mimi sekarang berkongsi susu Anmum. Hehheheheh... nasib baik tak berkongsi asid folic pill. Housemate aku sgt la mengambil berat akan mereka2x ini, 2-3 helai tuala aku sudah menjadi korban in order nak bagi kehangatan dan keselesaan kepada baby2x itu. Itu takpe lagi, kebelakangan ini, aku selalu dengar dia membebel kepada Ivy. dan topiknya adalah breastfeeding!! hahhhaha, dia marah sbb Ivy tamau breastfeed anak dia... Sometimes ayat2x yg digunakan tuh ku rasa mcm pernah dgr. Macam ayat2x yg aku guna utk educate Housemate aku pasal breastfeeding. Uhuhuhuhuhu... sometimes aku risau gak ngan org cenggini, tapi baru aku sedar yg aku rasa, dia lepaskan stress dia dgn menatap2x dan membelai si kecik 6 ekor yang comel2x tuh...

For me, makcik tak kesah. Tapi penuhi dan patuhilah lah 3 syarat yg telah termeterai dulu.

  1. Kucing diharamkan masuk dalam rumah.

  2. Anak2x diharamkan membelai kucing, tapi harus ditanamkan sifat sayang dan bertanggungjawab kepada kucing. Syarat ini berkuatkasa sehingga mereka benar2x faham isu2x hygine dan mampu menjaga kebersihan diri depa.

  3. Sterile diri anda dan pakaian anda setelah anda membega2x kucing2x anda itu...
Notakaki: Masuk akal tak kenkadang aku jeles tgk kucing2x tuh makan makanan yang mahal dan cukup supply vitaminnya tanpa di pinta... Uhuhuhu.. rezeki ko la kucing, dpt tuan mcm housemate aku....!

Friday, April 23, 2010

hmmm... patutlah pon!!!!


hmm... patutla lately..:

  1. Quantity EBM aku jatuh merudum.
  2. Nufail manja and mengada semedang.
  3. Aku nih macam hangin jerk ngan housemate aku.
  4. Tekak nak telan yang masam2x jerk...
  5. Kalu makan ngan housemate, selalu teringin benda yg ada dlm pinggan dia.
  6. Dah seminggu rasanya tak lalu makan nasik time malam2x... nasib baik ada org tolong suap dengan sabar sambil sengih2x sambil kutuk2x... (ikhlas ke idakkk?)
  7. Aku rasa macam gumuk. "Ibu gemuk macam cow" bak kata Luqman.
  8. Aku selalu ngutuk kakak aku mengata dia sbb anak dia ramai.
Rupanya...
ahli keluarga kami akan bertambah lagi seorang hujung tahun ini. Hmmm.... cepatnya alahai...
Frankly, tak derk dlm senarai tahun 2010 pon....
Uhuhuhhuuu... terkejut ada, risau pon ada... yekkk!!!!

Tak sempat aku:
  1. Nak diet. Ingatkan bila Nufail dah campur susu, boleh lah aku skip makan nasik. mau kurus sikit maa.
  2. Nak tempah baju kebaya warna light purple hujung tahun nih... Hmmm... kempunan lagi..
  3. Nak actively jogging semula. Kelas swimming pon dah nak abis, kunun ingat mau proceed la gi swimming pulok. Nanti sampai satu tahap, perut mesti membolat kalu pakai baju renang tuh...
  4. Nak launch dua lagi to-do-list dlm 2010 nih. (yang ini rahsia...)
Tapi, apalah yang aku nak kesalkan. Bebenda di atas lain kali boleh buat lagi. Dah Dia nak bagi rezeki...

SIAPALAH AKU UNTUK MEMPERTIKAIKAN...?

Nota kaki: Dari awal tahun, aku mintak Allah perluaskan rezeki aku. Maksud aku, aku nak duit yang banyak la... tetiba, ini pulak yang dia bagi. uhuhuhuhuuhhu.... moral of the story: Lain kali ku mau lagi spesifik dalam berdoa...

Wednesday, April 21, 2010

Honda Civic Type R Empat Pintu ditamatkan jualan



To my dear housemate: hehehehhe.... kempunan la awak, lepas nih, rega mesti naik gila2x nyer. even yg 2nd hand nyer. rentikan je la cita2x abang tuh, delete je lah dari list. Nanti saya beli sticker TYPE R, tepek kat VZP kita. hahahhahahahha 

 Honda Civic Type R Empat Pintu ditamatkan jualan

KUALA LUMPUR - Honda Malaysia Sdn. Bhd. (Honda Malaysia) menamatkan penjualan kereta Honda Civic Type R Empat Pintu susulan pengumumandaripada Honda Motor Co. Ltd. (Honda Motor) di Jepun bahawa ia tidakakan meneruskan pengeluaran kereta tersebut. Malah pengeluaran model kenderaan itu akan ditamatkan menjelang akhir bulan Ogos depan. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, ToruTakahashi berkata, penamatan penjualan model itu mengambil kira aspekalam sekitar iaitu tahap bahan cemar dan permintaan pasaran ketika ini. "Masanya telah tiba untuk menghentikan pengeluaran model Civic Type R Empat Pintu. "Kami berbangga model Civic Type R berjaya memenuhi misinya iaitumemberikan pengalaman dan keseronokan pemanduan kepada pemiliknya dinegara ini,'' katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

LAGI BERITA

KUALA LUMPUR: Honda Malaysia Sdn Bhd berkata, ia akan menghentikan jualan model Civic Type R empat pintu, susulan pengumuman daripada Honda Motor Co Ltd Japan bahawa ia tidak akan meneruskan pengeluaran kereta tersebut.

Ketika ini, Malaysia adalah satu-satunya negara di luar Jepun yang menjual Civic Type R empat pintu itu.

"Selepas menilai model tersebut berdasarkan kepada prestasi alam sekitar, yang juga kaedah baharu pengiraan pelepasan karbon dalam mod JC08, serta permintaan pasaran ketika ini, kami percaya sudah sampai masanya bagi kami untuk menghentikan pengeluaran model Civic Type R empat pintu," kata Pengarah Urusan merangkap Ketua Eksekutif, Honda Malaysia, Toru Takahashi dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Setakat ini, Honda Malaysia menjual 234 unit Civic Type R empat pintu sejak Ogos 2007.
Buat masa sekarang ini, pengguna di Malaysia masih boleh membuat tempahan bagi model Civic Type R itu di mana-mana pengedar sah Honda, demikian menurut kenyataan tersebut. - Bernama

Monday, April 19, 2010

staff oh staff


Pagi ini somebody send a joke to me tru my e-mail. attached the above picture. quite cute tapi agak keji. hahahahha... aku tak der apa perasaan pon since kite berdepan ngan berjuta2x perangai boss di muka bumi ini. ada yg keji, ada yang suci murni. alah, perangai manusia, macam2x la... tetapi aku terpikir gak, apakah pandangan staff yg aku supervised terhadap dirik aku nih.? aku ada boss, aku pon ada subordinate. kalu ikut organization chart kat campus nih, aku ada RAMAI boss, mengalahkan subordinate aku. kalu ikut chartnyer, kedudukan aku adalah kat hujung akar jer pon...

Talk about my boss. dulu time kat CTRM, aku bermula dari fresh grad yg sgt naif dan suci murni. ada sorg mamat nih ditakdirkan menjadi immediate supervisor aku. of courselah yg amik aku kijer bukan dia. yg interview aku adalah boss dia, a.k.a HOD dept aku la. mamat K ini sgtlah bagus mengajar dan mendidik aku menjadi ME (manufacturing engineer) yg baik. sbbkan aku nih pompuan, mmg aku susah nk tangkap benda yg teknikal. sblm dia humbankan aku dgn paperwork yg berjuta2x lemon, berbulan2x jugak dia attachkan aku kat floor, kijer ngan bebudak production buat lay up bagai. OT ngan depa kenkadang smpi jam 5 pagi etc. kalu dia explain something than aku tak paham, dan dan tuh jugak dia akan bwk aku turun floor, tunjuk kat depan batang idung aku benda yg dia explain. tp tahap yg paling best, kalu aku buat silap, dia akan cover aku. huhuhuhuhuuh... so, jasamu akan ku kenang encik K.

Immediate boss aku skang adalah Prof W. seorg foreigner yg sgt berpengalaman. I can share almost every problem ngan dia (yg job related lah!) dan dia akan bg nasihat mcm seorg bapak. that's make me respect him much. dan, dia adalah penunjuk contoh yg baik, sentiasa tenang dan bersangka baik. aku sgt malu kalau aku failed to buat task yg dia suruh. time tuh, aku akan melarikan diri, menyorok atau bertukar menjadi pasu bunga kalu bertembung ngan dia. especially kalu kijer tuh, related to my subordinate. dah kalu depa failed, aku pon failed la. aku bergantung kat depa, tapi depa tak wat kijer. mana aku nk sorok muka cun aku nih kat depan boss?

skang aku ada 2 subordinate, especially bawah Wind Tunnel nyer team. tp management agak susah since depa ada commitment lain yg depa need to report to other enginner jugak. before this, aku pernah supervised 11 staff serentak. mcm nak gila ooo.... ada yg ok, ada yg ko. actually aku rasa, aku taklah garang semedang ngan depa. Aku nyer prinsip senang jer, hang buat kerja hang ikut time, pastuh apa2x hal, hang jgn sorok ngan aku. lab pecah ker, barang terbakar ker, hang nak ponteng ker, hang nak tidur sampai mati ka time kijer... yg penting, apa yg aku suruh hang buat, hang buat la. aku pon dpt arahan dr org atasan, bukan sukahati aku ja suruh hang buat apa2x... kita sama2x ada tugas and tanggungjawab kita.

yang paling aku pantang kalu org yg cakap main hembus jer. biasa kalu ada task, aku akan tanya depa BILA depa boleh siapakan. so, depa yg kena bagi tarikh. tapi, bila on that date hang gagal tanpa penjelasan, itu yg aku rasa mcm nak gigit telinga org jerk. pastuh, lambat time meeting and tak bgtau kalu EL. isk, susah sgt ka, hangpa nk berkomunikasi ngan kami nih. hangpa tau tak, apa2x hal, MSD akan merefer kpd kami. KAMI. K A M I !!!... adusss, nih sebenarnya aku bengkak sket ngan apa yg berlaku. time buat salah, sorok2x ingat tak kantoilah. pastuh, pandang kami nih mcm tiang lampu ja, tak berfungsi. so, time top management panggil, mula lah, mintak tolong cover lah, apa lah... baru nak explain itu ini... sama gak kalu time ada staff promo, kalu kami tak recommend, kata kami zalim bagai. hai, time kamu abaikan hak2x kami sbg supervisor, kamu lupa...? hah? hah? hah? hah?

kami = saya2x dan kawan2x sy yg menjadi perntara antara mereka. (top mgmnt and support staff). 

Friday, April 16, 2010

magic of breastfeeding (part 2)

ok. aku mengalah. minggu nih, berselang sehari dia terpaksa minum susu fomula. aku? tgh giat kan semula production aku. mana mungkin seorg ibu berputus asa selagi hayat masih dikandung badan. kerana... ku masih yakin ada keajaiban di luar sana. ingat tak ku pernah tanya, beranikah korang melangkah setapak ke belakang untuk dapatkan 2 langkah ke hadapann? itulah yg aku pernah dilemma, before decidekan dia susu formula. untuk mengubat hati sendirik, aku selalu berkata kpd diri ini, oklah, at least 1st 6 month engkau dah berjaya melakukannya. yess... I did it!!! 9 bulan lg. bak kata housemate, nnt anak ke3 berjayalah tuh smoi 2 tahun... ek eleh.... cakap main petikk jerk..

magic2x yg bakal kusenaraikan ini, adalah berdasarkan pengalaman sendiri. kenkadang rasa rendah diri pon ada sbb baru 9 bulan berjaya BF exclusively, dah nak tulis semedang kat dlm blog. org lain 5-6 anak, sumer BF exclusively. bukan setakat 6 bulan, ada yg 2 tahun lebih. depa pon bekerja jugak. tapi, tak kesah lah, blog ini adalah untuk aku dan anak2x ku... at least, bila depa dh reti nk baca blog, depa tahu betapa kasihnya ibu yang kekadang tak centre ini, kepada anak2x nya.  lagipon, inikan blog aku, lantak akulah nak tulis apa.

9 bulan, pernah kulalui dgn beribu rintangan (cewah! bermula dgn tekad dan keazaman sebaik pregnant (dah lah mengandung uri kat bawah.... sakit oooo), bersedia bagai nak rak dlm pantang, dan saat yg paling kemuncak adalah semasa dia 3-6 bulan. kerana time tuh aku adalah ibu tinggal. ditinggalkan encik housemate sebatang kara, rasa mcm nk tunggang terbalik dunia. cabaran kedua bila dia dah 5 bulan, time susu sgt kering. itu time yg aku decide nk bagi dia makan awal. lagipun, dia dh cukup kriteria mcm dah boleh tegakkan kepala, berat badan dah 2x ganda berat time lahir, pandai gerakkan lidah dan etc...

9 bulan ku gagahi penuh semangat. org yg paling buat aku bersemangat adalah baby sitter aku. dia tak pernah menolak setiap 'arahan' yg aku berikan. even aku dah bekalkan susu formula seawal dia 7 bulan, dia tak la amik kesempatan since dia tahu yg aku bersungguh2x kali ini dan beliau menyokong susu ibu sepenuhnya. sebenarnya aku bekalkan FM awal2x just nak  make sure dia tak gelabah biawak bila aku supply susu yg sikit. tapi keajaiban demi keajaiban terus berlaku sehingga aku boleh bertahan sehingga 9 bulan. kenkadang aku heran, supply 6 botol x 4 oz pun cukup, supply 3 botol x 5 oz pun cukup jugak. apa yg selalu berlaku? tp yang aku perasan... 

  1. time aku supply susu sikt, nufail akan dgn sendirinya tidur lama dan demand utk menyusunya akan berkurang. kenkadang tak habis dan boleh buat bekal utk esok. 
  2. time aku rushing nk balik awal dgn niat hanya nk susukan dia, selalunya jalan ke Rawang akan tak jem dan smooth. tp hari lain, 45 minit dlm tangan kena merangkak dlm jem. sapa yg buat aturan itu? (selalunya kul 3 dia akan minum bekal yg last dan 5.30pm dia perlu sebotol lagi... itu adalah time kritikal yg selalu aku tak mampu bekalkan) 
  3. memula aku tak percaya teori B perlu dikosongkan, baru susu akan bertambah. tapi teori itu betul! so, perahlah constantly dgn teknik pengosongan yg betul, Insya Allah, refill akan bertambah secara berperingkat.
  4. aku  sendiri tak percaya aku boleh bekalkan 20-24 oz sehari (waktu siang sahaja) utk bekalan dia. mmg dia kuat menyusu. ibu lembu new zealand pon kurus kering kalu hari2x kena perah gini, tapi magicnya... aku tak kurus2x pon. waaaa....
  5. bila aku sebuk, tp dgn tekad aku niat nak perah susu, sentiasa ada masa untuk aku express susu. even wind tunnel running pagi smpi petang, pressure bagai nak rak... 
  6. rahmat yg paling besar aku pernah rasa adalah, konsep tawakkal dan pergantungan kpd Dia. ada aku baca dlm 1 blog seorg kauselor laktasi. beliau kata, beliau sgt yakin kalu sikit mana pon perahan untuk bekal anak dia hari tuhn (ini kes yg dah abis stok la nih, perah ari nih utk bekal esok), dia yakin itulah rezeki yg CUKUP Allah bagi untuk anaknya di esok harI. Memula aku baca tuh, aku selalu kata, ala... itu ayat kempen kauselor laktasi.... boleh lah.. tp bila aku sendiri laluinya, hmmm... betul rupanya!
  7. magic lain.... Nufail tidak pernah kembung sekali pon dari dia lahir sehingga hari ini. stool dia sgt ok (sbb dia pakai cloth diapers, so aku dpt monitor stool dia). Luqman dulu, hari2x mandi minyak yuyi smpi kakak baby sitter bg gripe water (time tuh aku jahil yg Wood's nyer gripe water ada alkohol). kenkadang aku was was gak ngan hygine susu perahan ini, susu yg disimpan berbulan2x, ntah betul ke idak kakak baby sitter tuh panaskan... kenkadang ada yg aku perah pakai tangan... tapi, elok jerk perut dia. no kolik, no cirit birit....
  8.  magis lain.... aku lebih menghagai. hargai nilai setitik susu. dulu, aku selalu menyampah kalu ada citer melayu ala2x tanggang yg mak dia selalu quote kan "mak takkan halalkan susu badan yg mak bagi.... bla bla bla"  mak aii... susu mak tuh, Allah yg bagi, mementang lah mak itu adalah mak, kot yer marah pon, jgn ler smpai tak halal susu yg budak tuh dah digest 30-40 tahun dulu. apalah nk disombong sgt dgn susu badan yg Allah bg tuh. kesian anak dia... tapi skang aku paham yg ayat tuh simbolik kekecewaan dan tergurisnya hati seorg ibu. hopefully aku takkan keluarkan statement tuh kat anak2x aku bila aku tua kang. hahahaha..  ok dah lah setakat ini.
  9. tp yg magic nyer kan, time aku tulis entry nih, aku sgt terasa let down reflect on my B. so, inilah kaitan emosi BF yg sukar nak dicerita. macam org kata kalu  nk susu byk, time memerah, tgk gambo anak kita... haaa... inilah dia magis emosi dan psikologi yg tercetus. susahlah nak cerita. kalu nk tau, KORANG BREASTFEED LAH SENDIRIK! 

Wednesday, April 14, 2010

Hampesnyer....


Semalam memang hari lemah aku ler. aku dpt satu e-mail yg mintyak aku verify account maybank2u sbb ada a few attemp nk log in account aku online. before this, aku mcm tak amik kesah and tau this is spam. tapinya, e-mail semalam mmg berjaya memperdaya akal dan naluri aku ini.

so, aku click on the URL, sebijik keluar page maybank2u yg mintak kita masukkan username and password. dengan cuai dan bimbonya aku pon pegi la masukkan. tetiba dia mintak aku masukkan TAC # yg akan disend sebentar lagi ke h/p aku. pastuh aku naik cuak. TAC # will be sent kalu kita request, lain la kalu favourite nye payment or transfer fund. dlm masa yg sama, ada 2 SMS masuk bg TAC # tp atas urusan yg berbeza (satu utk bill payment & satu lagi transfer account). no pengirim, susunan ayat & even no talipon maybank yg dia bg dlm tuh sebijik bijik yg betul nyer TAC # SMS.

Bila dah cuak, aku pon talipon la maybank and dia verifykan yg itu adalah penipuan. nasib baik aku tak masukkan lg TAC # tuh, kalu idak, mau tinggal seposen jer dlm account makcik. tapi nya, dah aku kena block sumer maybank2u log in aku and kena buat kad bank baliik. sbb org maybank tuh kata, dia dh tau aku nyer password, username and ATM card number.

hampess ko. lesson learn to me. dah satu kijer aku kena menderum ngan VZP aku ke Sri Gombak ari nih in order nk buat kad semula. nk kena reset balik account maybank2u dan pasti, RM12 melayang sbb nk replace kad baru. kepada hackers, spammer, peragut cyber or-what-ever nama hang di luar sana, tahniah kerana anda sgt smart. tp smart di dunia belum tentu smart ngan malaikat sana. cuba ko hack kitab yg Raqib Atid tulis amal kebajikan dan keburukan ko kalu ko betul2x pandai. ha, cuba la kalu ko benar2x terror.

haa... apa lagi! pegi la hack!!! anak cipan la korang nih...!

(aku geram tahap gaban nih!!!. buang masa, tenaga, duit RM12, byr parking lagi...dah ler semlm housemate ceramah pasal benda nih... adoyaiii... ye lah bang, saya dh nak terkena sket. nasib baik tak ilang duit2x tuh.... kalu idak, tak merasa la kita keter lain smpai lima tahun lagi...)

Tuesday, April 13, 2010

Tak tahulah...

"Tak tahulah..."

Itulah favourite word Luqman skang.
Itulah yang aku dok rasa skang nih.
"Tak tahulah..." nak buat apa hari ini. dah dua hari blur macam kambing.

Pernahkah korang mengalami situasi di mana kita perlu melangkah 1 tapak ke blakang in order nak maju 2 tapak ke depan?
Beranikah mengambil risiko untuk membuat keputusan yang diketahui 50-50, samaada untuk menang atau kalah.?
Perlukah kita gamble dan berserah kepada nasib yang kita tahu jarang sekali menyebelahi kita?
Haruskah kita berputus asa?
Apabila selalu gagal, di manakah lagi kekuatan harus dicari untuk BERANI GAGAL?

Aku adalah jenis orang yang tidak suka menunggu.
Aku tidak boleh duduk diam.
Aku perlu sentiasa ligat dan bergerak.
Sekali aku static, susah untuk aku dinamik semula.
Bila aku dinamik, jgn static kan aku.
Nanti aku akan terus switch off...

Argh... aku rasa nak layan Choco Top sambil baca komik Shin Chan arrr....
(note: kenapa tetiba rasa rindu sangat kat Nufail...)

Wednesday, April 7, 2010

mandom of breastfeeding

Saya masih terhutang on magic of breastfeeding entry. ingatkan nak post esok sbb esok saya nak meraikan ke9 bulan nufail berexclusive breastfeeding. tapi hari ini saya diuji lagi. supply kpd baby sitter is half on usual supplies. dengan berat hati saya membenarkan beliau membancuh susu formula jika nampak tanda2x anak saya akan mati kehausan susu petang nanti (owh, ini ayat exaggerate ok..) tapi sepanjang perjalanan yang ala-ala nyaman-tak-nyaman-manapun dengan VZP, saya memerah otak cenggana lagi nak memeras susu ini supaya ada. saya mengaharapkan magic seperti tetiba B saya tumbuh lagi 4 atau tetiba susu memancut seperti air zam-zam hasil hentakkan kaki nabi Ismail. yess, saya berdoa supa Dia memberi magic.
masuk office, letak beg bagai, dengan lafaz bismillah, pulun nasi goreng sebelanga dua, barulah otak saya ter'TING'! owh, saya lupa yang kalu perut kosong maka otak saya pon kosong. saya telah mendapat idea. Dengan menggunakan suara yang sedikit sexy dan rengekan manja, saya berjaya memujuk mr. housemate untuk balik ke rumah lunch hour ini untuk menghantar susu. frankly, pujukan manja saya terselit ugutan yang kalu beliau refuse to hantar, bagi saya kunci motor, biar saya berdessup ke rawang untuk menghantar susu. adalah tidak praktikal untuk naik VZP memandangkan kos minyak yang agak vugi-de-vass. sanggupkah abang berkorban demi saya (dan anak kecil itu). dulu, lautan api pon abang sanggup redah, takkan lah sekarang, terik mentari pon abang dah gerun.

so, selamatlah untuk hari ini.. esok bagaimana? esok lain cerita. saya yakin Dia akan membuat magic lagi. Hari ini saya bertekad untuk memeras setiap 2 jam. even hari ini ada test run di wind tunnel, Allah permudahkan urusan saya. Fan sgt sporting hari ini. respond yang cepat, dan tenaga kerja yang efficient, menyebabkan saya boleh mengepam sekali di jam 10am tadi, dan mengupdate blog semasa depa menukar setting model. magic kan? sapa yg buat magic tuh? Dia di atas sana....

kenapa saya begitu obsessed. adakah nilai untuk menjadi ibu yang baik terletak hanya kepada susu apa yg diberi kepada anak? adakah saya akan menjadi ibu yang tidak baik jika memberikan anak susu yang selain susu ibu? adakah saya sudah menjadi ibu yang sangat baik dengan hanya memberi anak susu ibu?jawapannya TIDAK. saya tidak pernah mengganggap begitu. habis kenapa saya sgt tertekan dan berusaha bersungguh2x sedaya upaya memeras susu dan mr.housemate saya untuk bersusah payah bersama saya? saya tidak pernah memandang hina dan jijik kepada susu formula. (hahahhaha, exaggerate lagi...) tetapi yang paling nyata, susu ibu adalah susu yang terbaik. so, dlm usaha menjadi ibu yang terbaik, hanya yang terbaik sahaja patut diusahakan dengan sehabis baik untuk diberikan kepada anak saya.

Faham kah? tak faham yak apalah. yang penting saya faham. tapi yang nyata, semuanya berkisar tentang diri saya. keinginan saya, kemahuan saya dan apa yang saya nak capai. matlamat saya. bila saya kata saya nk breastfeed dia bertargetkan 9 bulan (yakni esok!!!) saya kena capai walau apa jua pun yang terjadi. SAYA ADALAH TASK-ORIENTED?

ya, saya lah itu...



Tuesday, April 6, 2010

Me and my VZP

Sudah 2 hari saya menderum dengan VZP (how to pronounce? vee-zee-pee...) Volvo Zaman Paleolitik. Hahahahahhaah... semalam, 1st 1/2 an hour, saya rasa mcm naik lori hantu. asyik salah masuk gear je. hampess, ni gear 1 ke 3? ni gear 2 ke 4? setiap kali salah masuk gear, akan ada suara "boss kecil" di belakang... "apa gegar2x ni ibu...?" hehehhehe.. inilah rock anakkku! we are rocking. tapi yang hebatnye, enjin dia tak mati tuh... fuhyoooo...!!

Bila on/off radio jer, ada bunyi ketak2x kat bonet belakang. alemak? sapa ketuk bonet aku nih...? bila intai2x .. chess... arial dia keluar masuk ghupanyer.... hehehehhehe... ketak ketak ketak...! semalam masalah tidak sampai kaki pendek belum selesai. balik umah aku gedegang gedegung sikit, hehehhehe... sampai dah kakiku ini. housemate aku tengok jer dari jauh apa aku buat kat keter tuh semalam. hehehhehe.... appa daa.. itu pun tak bleh buat. aku bengang bukan apa, aku kata tak sampai dia kata sampai.... ikut kaki dia yg panjang tuh boleh la. kaki aku adalah agak tidak panjang ok...    dia kata tak yah tekan clutch abis kalu nk masuk gear... dah tu? nak rosakkan gear and clutch ke.... ? meh sini skru driver and tukul bagai... meh aku buat....

rasa sangat macho membawa kereta ini tau. dulu kalu kat bulatan selayang tuh (tpt yg sgt jem dan bottle neck) aku sgt takut dgn taxi driver. menyelit ikut suka hati. tapi 2 hari nih, dia yg takut kat aku. hehehhehe.. berani selit la, kita tgk keter sapa yg kemek. tapi betul la, body kereta ini sgt kuat dan menggerunkan, aku bagi signal lebih kurang jerk, dah org bagi laluan utk cilok... heheheh...nampaknya skill cilok gua pon semakin bertambah.

I think, I am gonna love this car. Honestly, he is not too bad. dgn bau downy yg semerbak (encik housemate, kerapkali lah sembur downy ya, bukan minggu peratma ke2 ini sahaja), steering yg ringan, speaker yg power, aircond yg nyaman, I think I found the beauty of driving it. It needs some art, skill and love I believe. so, my dear VZP.... I think i'm gonna love you more.

ps: skang tgh belajar "how to drive an old car efficiently". gerun tgk meter minyak dia ooo....

Thursday, April 1, 2010

I likeee......


boss, ari nih saya sakit mata.
kepala saya pon berdenyut-denyut,
jika saya teruskan juga dgn drawing saya, doctor kata mata saya akan buta. jadi untuk meredakan sakit dan bengkak mata saya, doktor suruh saya repair layout blog saya (boss, sila marah dia sbb dia tak bg saya MC) maka, inilah hasilnya.
(saya rasa blog page saya sgt comel...)

i L I K E !

Ketika Cinta Bertasbih

Ketika Cinta Bertasbih
Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabdamu dalam kitabku
Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Ku sandarkan hidup dan matiku padamu
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik rasa
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Cinta…

Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku merangkai butir cinta
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala
Garis tangan tergambar tak bisa aku menentang
Sujud syukur padamu atas segala cinta
Ketika cinta bertasbih nadiku berdenyut merdu

My mood for the day: MOODLESS!