Thursday, December 23, 2010

huhuhuhuhu


Hari ini sudah masuk hari ke-20 saya berpantang.
saya sangat sibuk.
seminggu di hospital.
seminggu berulang-alik ke Rawang untuk berurut...
minggu ke-3, housemate sudah mula bekerja.
nasib baik ibu saya masih ada di rumah... boleh lah meng-subkan syifa' kepada beliau untuk dibelek2x...
saya sibuk bertungku, sibuk mengadjustkan masa dengan 3 anak kecil, sibuk berbarut perut,
sibuk express EBM... (thanks to freestyle yg sangat membantu!).. sibuk merehatkan badan, sibuk jugak dengan memasak, laundry, housekeeping. namun, saya paling sibuk menguruskan emosi diri sendiri dan anak2x yang sangat beremosi. nufail sangat 'buat perangai', luqman sangat menagih perhatian, dan saya sangat penat..!
minggu depan, ibu saya akan balik ke kampung.
sekarang, housemate di Ipoh, next week pula 3 hari di PD....
perlukah beliau sgt bz skang? adakah korea utara dan korea selatan akan berperang di m'sia? patutlah byk 'org besar' boleh bermain golf.... mungkin kerana pegawai gred pertengahan mereka serajin dan sebusy housemate saya...
apa yang saya perlukan? entah... saya penat. saya mau redah aja.
cuma, cepatlah habis pantang.... saya mau meniarap! HAHAHAHA....

tidak sempat check e-mail, tak sempat tengok tv, sempat tido je di kala sakit pinggang ini...
uhuhuhu.. tetapi malam ini, terpanggil nak baca blog PROF KAMIL, yang saya suka...
dan tetiba perenggan ini memberi sedikit peenawar di atas keletihan saya,,'

"Marilah kita menukar perspektif pembicaraan betapa mudahnya wanita menghampiri pintu syurga. Solat yang paling afdhal di bilik tidur [nota: jangan pula dihalang jika mereka mahu ke masjid. Pilihan di tangan wanita], uzurnya tidak perlu mengganti solat yang tertinggal, rutin hariannya jika dilakukan dengan penuh keikhlasan kepada suami dan anak-anak semata-mata kerana Allah, insyaAllah akan dipandangNya."

ikhlaskah saya menghadapi 40 hari yang kusut masai ini...? saya takmau menjadi super mom (apalagi spt gambo di atas. memakai high heel dan bermuda polkadot di luar. kah kah kah.). 
saya hanya mau menjadi ibu yg sabar....

Wednesday, December 15, 2010

namanya dah bukan delima ...........

pergh...! saya sgt sibuk sekarang.maklum la, anak dah tiga...(relevan kah alasan???).. hahahhaah... entry kali ini saya nak jot down kronologi kesukaran saya menghadapi cabaran exclusive breastfeeding vs anak yg jaundice. but before that, let me announce that her name is ZARA MARISSA NUR SYIFA'.

Nufail dan syifa'. gambar ihsan dari cik onn:

syifa'. macam muka luqman masa kecik



ini luqman masa kecik. ceria meraikan rambut spike yg abi dia buat...

ini nufail. dia nih masa kecik jarang sengih sorang2x.... carik2x gambo, tak ada pon yg tengah senyum...

saya nak nama SYIFA'. abinya mahukan MARISSA. tok ma nya mahu letak PUTRI... owh, sesungguhnya, perlu menjaga hati semua orang maka terhasillah kombinasi nama di atas. so, saya tetap memanggilnya SYIFA' dan abi dengan degil panggilnya MARISSA. nasib baik tok ma dah balik, tapi berpuas hati dengan ZARA (princess)... sampaikan Luqman confius... isk, apa nama adik nih?... heehhehe... itulah nak, nanti kamu dah dewasa, kamu akan paham konflik ini...

.....
alemak, kena stop dulu. time to express the milk!!! buh bye...

ps: di saat ini, melayan mereka adalah lebih syiok dari berblogging!

Monday, December 6, 2010

Alhamdulillah....

Sempena Maal Hijrah besok, kami tutup tahun ini dan bukak tahun baru esok dengan semangat dan kehidupan baru dgn landingnya Cik Delima semalam. Jauh di sudut hati saya malu dgn Allah dan sgt bersyukur atas 'mudah'nya menglandingkan Cik Delima, compared to dua2x abangnya before. Pregnant kali ini, saya tak byk bersolat hajat apalagi mengaji kerana kekangan masa dan lebih menumpukan hal2x lain.. (ah.. alasan)... saya lebih banyak pasrah dan mungkin jugak sedikit berputus asa krn before this anak2x sy adalah besar dan labour pain saya sangggggggggaaaaaaaaaaatttttttt panjang dan lama... Tapi Rahman dan Rahim Nya masih diberi kepada saya... speechless..

saya bersyukur krn birth dream saya come true. husband di sisi, sakit yang tak lama, water bag yg pecah secara semulajadi, luka prenium yg sgt sikit (kalau boleh tanak langsung, tp okla,, sikit je)..., breastfeed baby di jam pertama kelahiran, room in dgn baby, dan tiga ultraman saya selamat. Thanks to mr housemate (argh! malas puji lebih2x..), Syahmi (adik bongsu husband) yg pengsan menjaga dua ultraman selama 5 jam di hospital, ibu, adik beradik, sedara mara dan kenkawan yg mendoakan saya... apa cerita semalam.... uhhuuhuhuuh.... beginilah episodnya...

sepatutnya Dr F nk jumpa sy 10 hari dr last sy check up ngan dia, so jatuhnya hari Jumaat 3hb. tp sbb takde clinic ari tuh, so, staff dia schedulekan saya hari ni. target nya hari nih lah kot kena warded. so, wikend lepas, sy bersantai siapkan kije umah, penuhkan fridge and etc. sbbkan anak2x selsema, sy plan nk gi amik ubat dkt pakar kanak2x di rawang, dlm stage nk prepare la sbb takut sy terjangkit or nnt kalu depa demam time di wad, idak le pakcik tuh kelam kabut semacam.

so, pg ahad semlm, saya kerahkan mr. housemate dan anak bgn awal2x pg sbb sy nk smpi kt klinik tuh dlm 9 pg dan breakfast roti canai di Dhurbar Rawang. sambil tuh, nk tgk umah, amik bill dan jumpa pengasuh nufail. bila smpi di klinik, kul 9.30am, org dh ramai. sy suruh housemate gi amik nombor sambil terbayang roti canai Dhurbar. Tetiba, heheheeh water bag pecah. actually, inilah 1st time rasa air ketuban pecah sendiri. selalu terbayang mcm dlm drama atau citer omputih, tgh borak2x tetiba selipar basah, ataupun tgh jadi tawanan org jahat, tetiba air pecah dan bersalin dlm pesawat atau gua atau tpt org jahat. hehhehheeh... sempat lagi.

so, bila dh amik nombor, sy suruh housemate gi petronas jap, sbb nk go toilet and kebetulan minyak pun dh nak abis. keluar jer keter, mak aii... betul la air mengalir terus basah kain... wuhuhuhuhhuu... kalut member tuh. amik plastic bag TESCO alas seat, kelam labut pegi tapaukan roti. terus pecut ke ampang putri. ek eleh, tetiba ada road block kat selayang pulak, dramatic sungguh. anak2x tido.. housemate bebel2x marah kt polis sbb salah timing. saya? saya rilek jer menikmati pengeluaran air ketuban secara semulajadi. sebenarnya rilek sbb mild contraction je, and sy tak rasa sakit lagi. hehhehehe

smpi di emergency entrance smpai lah ke labour room di level 3, air menitik2x dr wheelchair. sebijik mcm drama, cuma tak ada penjahat jer. hahahhaah... buat VE dah bukak 4cm. contraction start kul 11, dan saya hadapi seorang dgn bantuan staff hospital yg setaraf dgn bayaran yg saya buat. housmate sibuk urusakan payment dan anak2x... dgn bantuan adik bongsu beliau. nasib baik anak bujang tu tak banyak songeh, sy rasa dia tak expect akan menjaga 2 raksaksa di hospital sbb kami kerahkan dia ke hospital time dia tgh tido. maybe dia mamai... hhehhehehe...

time nih jugak 1st time saya rasa etanoks dan amik pain killer sbb saya pasrah dan yakin sakit saya akan berpanjang. biasanya, 2 shift nurse bertukar, baru saya selamat. dlm dok mamai tido sekejap bangun sekejap sembang sekejap mengaji sekejap (sebenarnya Mathurat yg husband saya bekalkan tuh, sy tak tau dah page mana saya baca atau saya ulang je page yg sama). biasa housemate ada checkan utk saya, tp yelah, nurse teman tak sama dgn dia. nurse dok sibuk kejutkan bb dlm perut sbb heart beat dia dlm sleep mode. perut saya kena goncang, belly button kena tolak ke kanan kiri atas bawah, puas mengiring kejap kanan kejap kiri. time tuh pulak temp saya dlm 37.8, so kira demam le sikit. kena antibiotics lagi. hmmm...  tp yg pelik, cik delima tak bangun2x, smpi nurse suruh saya amik oxygen sbb dia betul 2x nak hertbeat bb time dia terjaga. apa punya anak dara la, kul 12 noon pun still mekingkar dlm perut ibu!

dlm kul 1, lepas dh setel sume, baru haousemate masuk. hajatnya nk tgk je, b4 dia smayang zuhur. tgk2x nurse dah kalut prepare sbb saya rasa dh nk teran. saya dh lalok time tuh... cakap pon mcm drunken master. tp saya sedar dia masuk. nurse tak bg push selagi doctor tak dtg. saya plak... ntah... lalok la katakan... bila doc duduk je, alhamdulillah, sekali nafas je, cik delima keluar. housemate tak sempat capai kamera, dan baru saya sedar, eh, dah keluar dah.??? syukur sungguh.. bila timbang, aik, ringannya. yg dua tuh sume 3.3kg, cik delima hanya berat 2.76kg. aik, kenapa sy mengandung kali ni 10kg lagi berat dr tahun lepas? owh, saya sudah gemuk rupanya. haahhaahaah..lantak la, yg penting saya boleh meniarap dah lepas nih! (dan untuk 3 tahun akan datang! kah  kah ! kah ! - kenapa rasa mcm gelak syok sendiri...?)

momen yg paling indah, fitrah anak kecil itu menyusu tanpa perlu di ajar. dlm 1/2 jam je selepas setel sumer. hmmm... susah nk tulis lah part nih. hanya naluri ibu  je yg tahun keindahan ini, dn saya tatau method cenggana yg saya perlu untuk nukilkan keindahan momen ini, saya harap cik delima menjadi penawar dalam hidup saya. membesarlah menjadi hambaNya yg solehah, dan jangan lah di luka kan hati ibu ini. sbb momen indah itu pasti tercalar andai cik delima membuat hati ibu terluka... pergh.. dalam hati ada taman jugak aku nih rupanya!.

next entry sy nk nukilkan pengalam pertama room in dgn baby di hospital. menyesal gak sbb anak ke3 baru dpt rasa experience nih, but it's ok, better late than never. breastfeeding is a never ending journey in mothers life....

Wednesday, December 1, 2010

overdue

kalau ikutkan hisab pengiraan doc dgn carta usang yg bulat kaler pink itu, cik delima adalah due hari ini... tapi, kalu ikut tarikh scan, duenya adalah 17hb december. so, after a discussion ngan doc, kami decide utk letak 10 dec as a due date... hhuhuhuhu... hari ini sy masih termanggu di pudar mentari meredah jem di pandan menekan minyak menghantar anak ke nursery dan punch ke office mcm biasa. malas memikirkan apa2x pasal kelahiran ini kerana sy sgt sibuk. sibuk dgn ISO, sibuk dgn plan bajet 2011 utk tunnel, sibuk dgn ICC yg belum tahu hujung pangkal, sibuk dgn benda yang  ntahapahapantah yg berkaitan dgn isu2x kerja dan hal2x dunia semata. 

perut ini sgt besar ok. pregnant kali ini, sy adalah 10kg lebih berat dr pregnant sebelum ini. no wonder kaki saya adalah spt kaki hippopotamus yg boleh membesar dan mengecil ikut suka hati. sudah tak larat nak makan apa2x, malas dah nak telan vitamin or apa-ke-jadah supplement. apalagi nk memikirkan air selusuh or akar siti fatimah or whatever. apa yang saya tahu, saya nk bersalin cepat, sbb saya nak meniarap, nak berlari2x naik turun tangga, nak mengecikkan semua yg besar di badan saya, dan of course teruja nak tgk muka cik delima...

semasa melahirkan Luqman di KTS dulu, saya sgt suspen untuk melahirkan sehingga saya lupa persediaan selepas bersalin, how to handle the bb and breastfeeding. no wonder luqman bukan lah exclusively breastfeeding bb sbb semuanya berpunca dari kejahilan saya dan mind setting 'alah, lepas beranak lain cerita lah.. mak aku kan ada!"... jd, saya campur susu dari awal lagi. masa luqman, saya overdue 10 hari. doc d KTS sgt berani ok, tp setelah menginterview segala sejarah dan latar belakang ibu dan ibu mertua saya... dan kesimpualnnya, dia sgt berani memberi saya due yg over 10 hari. kesimpulannya, abdomen saya adalah kecil, dan anak saya adalah besar2x dan panjang2x mengikut baka housemate sy yg tinggi. owh, kuasa tuhan, miracle nya Dia dgn Kuasa penciptaan seorang manusia di dlm janin ibunya.

semasa mengandungkan nufail, saya dikejutkan dgn case low lying placenta. kononnya, refer ke hospital selayang, dan sy booking FPP (full paid patient - ala2x private wing la, booking specialist, booking single bed room). tapi, dgn mentality nurse dan doc yg hampeh yg tidak respect saya dan tidak pro, saya bersalin di naluri. saya tekad utk exclusively breastfeeding, tp kalah di hari pertama kelahiran kerana tidak bertegas dgn nurse utk room in dgn baby. sudah nya, nufail minum susu formula + breastmilk di hospital, dan alhamdulillah, exclusively breastfeed selepas keluar wad sehingga 6 bulan, dan seterusnya 9 bulan. selepas 2 bulan, housemate pulak transfer ke Ipoh, tinggallah saya, bb yg fully breastfeed dan luqman, terkial2x menguruskan kehidupan tanpa bantuan hosemate. saya byk belajar tentang cabaran fully breastfeeding ketika itu dan yupp... ia sgt memberi suatu pengalaman yg unik dn priceless.

hmmm... cita2x tak kesampaian bila termengandung lagi. nufail terpaksa di top up dgn susu formula krn saya mengalami sindrom hormon dan emosi tak stabil akibat kandungan yg tidak dirancang (namun semua itu rezeki tuhan). jadi, kali ini saya berpaling ke private hospital yg 100% sokong breastfeeding. saya tutup mata dgn charge yg mahal kerana kali ini saya akan memastikan misi breastfeeding saya berjaya. tetiba saya di kejutkan lagi yg housemate kena kursus di PD sejurus selepas saya habis pantang 60 hari february depan. huhuhuhu! menguruskan 3 anak keseorangan, dgn baru nk start masuk kerja... hohohoohoho.... saya tak melatah cepat kali ini. saya amik pendekatan. "MALAS AKU NAK PIKIR" redah jer lah. yg penting,.. yg penting, saya perlu melahirkan dengan selamat dulu, pastu meniarap puas2x.... pastuh, baru saya pikir... hmmm.. cenggana nak handle 3 budak kecik itu keseorangan nanti...

cuma jauh di sudut hati saya, saya nak housemate saya tahu dan ingat apa yg saya lalui ini. saya nk dia ingat  momen2x ketika menemani saya di labour room, semasa saya mencengkam tgn dia ketika menahan sakitnya contraction, ketika setiap kali saya mintak maaf kat dia dan mintak halal makan minum terkutuk teramik dan etc. sebelum masuk labour room, ketika dia ingatkan saya dgn ayat2x suci ketika saya mcm org gila tgh tahan sakit, ketika dia panic kali pertama tgk proses kelahiran smpai amik tuala yg saya sediakan untuk baby untuk lap peluh dia (bukan lap peluh saya, lap peluh dia, ok!)... , ketika hidung saya kembing kempis make sure teknik breathing yg betul utk PUSH (sbb nk elak luka prenium yg banyak), ketika dia terkejut tengok darah yg keluar dgn banyak ketika kali pertama saya bangun selepas bermati-matian di labour room, ketika saya mempertaruhkan nyawa saya (yang tiada di jual di TESCO atau SOGO atau JUSCO) untuk landingkan penyambung zuriat dia, ketika dia kali pertama pegang baby itu sambil azan dan iqamatkan anak dia, dan ketika dia menguruskan uri2x yg perlu dilupuskan dengan sempurna.

kenkadang, syaitan sentiasa menyelit dann membisikkan sesuatu untuk menghancurkan anak2x adam, sebagaimana janji dia dgn Allah... dan ketika itulah hati saya akan hancur dan kecewa bila saya kalah dgn bisikan itu... of course hati ini akan bercantum dan heal kembali, tapi, sbg kaum yg byk hormon dan complicated, parut dan kesan itu takkan hilang selagi nyawa di kandung badan.

kenapa entry saya berakhir begini? semuanya kerana seulas nangka. (ala2x dang anum la pulekk!!!)...

abang, permintaan saya untuk hari ini... saya nak makan nangka. abang janji nak beli kat MAHA hri tuh, tapi kenapa bawak balik betik pulak. owh, saya nak nangka jer, bukan X6 ataupun 5 siries pon....apalagi sebijik M5 ataupun meminta abang bawak doctor sheikh muzaffar shukur sebagai tetamu di rumah. saya tak mintak dah honda civic (kita tunggu jer edition baru tahun depan ekk), apa lagi honda EX5... SAYA NAK NANGKA jer!!!!   

huhuhuhhu... syahdu dan terasa tidak disayangi!!

Sunday, November 21, 2010

Adegan yang tak mampu kita lihat.

*** mata terpaksa di hitamkan, ala2x pesalah jenayah juvana...
 
Tragedi di atas di adaptasi dari kisah benar yg berlaku last week, hari Jumaat. Time tuh kami ber4.5 beranak on the way balik dari campus ke kem Sg. Besi. Housemate tak kerja, nasib baik dia yg drive sbb time tuh hujan renyai2x dan jalan adalah sgt jem dari PV Tmn Melati terus smpi BTS. 

Aku pun tatau le cenggana kaki  Luqman (bukan nama sebenar... hehehehhe) boleh muat tanpa kompromi masuk dlm tpt pemegang pintu tuh. hiruk pikuk gak arr dlm kereta dgn suara2x arahan mak bapak yg panic-tapi-buat-buat-tak-panic, ajar dia utk keluarkan kaki tuh. aku mmg tak leh pusing belakang, and actually we have no idea cenggana rupa kaki yg tersepit tuh. just dengar esakan dan dgn tidak-macho memberitahu... "kaki ketat'.... (merujuk kepada kaki yg tersepit)...

aku dah le dgn perut yg besor, mmg tak leh pusing 180 deg, dgn nufail di riba tgh sedap nyonyot susu botol dia, pening dgn arahan housemate yg macam lagak amik baris kat padang kawad.. trjerit2x dia suruh, tolak sket, keluarkan slow... and ntahapahapantah lagi arahan ala-ala kawadnya...  dah ler jalan jem slow moving, sumer org tgh lapar (kecuali nufail yg selamba badak mcm tak ada apa berlaku), nk tukar lane nak ke tepi bukan senang, and at last kami decide gak berenti kat Petronas yg lepas zoo negara tuh... adesss.... dah tgk muka housemate cuak semacam, aku smpi trebayang mungkin lepas nih kena panggil bomba or JPA 3 , kasi potong itu kaki eh, silap.. kasi potong itu pintu... tak pon besok mesti keluar muka depan Harian Metro atau Kosmo ke. kah kah kah ....

bila dah berenti, housemate boleh siap gelak2x lagi.. mintak camera nk amik gambo. cess... mana aci gelak sorang2x.. kita kena work as a team... so, kenalah gelak bersama. so, dgn gigihnya aku letak nufail dan berpusing utk lihat ke seat belakang. kah kah kah lagi... pecah perut kitorang... snap2x gambo lebih kurang seperti parents yg sengal, terus berusaha menjampi serapah untuk keluarkan kaki tuh. Luqman yg dari asalnya nangis sakit, bertambah tertekan dgn kesengalan mak bapak dia, terus meraung lagi kuat. marah gamaknya org gelakkan dia...

hehehehe, makan masa jugak le nk kuarkan kaki tuh... bila sumer dah ok, dalam tersedu sedan dia bagitau... "kaki abang sakit nih, makan eskem yg hitam (choco top) tuh, mesti  baik lepas  ni." chesss!!! balas dendam rupanya. kebetulan stesen minyak tuh tuh ada drive through... memula nmpak housemate moncong gak arr... yelah, dah le dah petang, jalan jem, buang masa berenti nak lepaskan kaki dia, dah tuh demand nak choco top plak... abis tuh, kul baper nak sampai umah??? Nasib baik housemaste yg drive.. kalu kami ber3 je dlm keter, alamak lunyai kat situ la, ibu takkan berenti tau Luqman... nak tunduk2x dari pintu  sebelah  lagi satu nak capai kaki kamu. dengan batasan perut dan tekanan ini... . huh, idok le ibu, bior je lak kat situ smpi jumpa guard kat kem sg. besi karang....

aku plak rilek jer... dpt makan eskem best jugak.. tapi dgn keadaan yg hujan renyai2x nih, dan pundi kencing separa penuh, gerenti lepas makan eskem nak terkucil punyo. tak berani den nk suruh org tua itu berenti lagi sekali... apa2x pon, belasah jugak la makan choco top, hehehhehhe... itu pon, bila dah abis eskem, berceramah dua tiga chapter dia.. maybe tensen  dgn jem, campur nak terkucil... anak2x diam jer, aku pulak bantai buat2x tido... lenguh pinggangg ooo. dengar slot ceramah di senja jumaat di dlm kereta ketika jem ..  sudahnya.... dah dekat Isyak baru smpai umah... al kesah encik Luqman punya halll.. lepas nih, jgn setakat kaki, masukkan kepala sekali kat pemegang pintu tuh!!!

Thursday, November 11, 2010

How to stop yelling to your children.



Nufail.... kalu kena marah, sengih dan gelak jer. kenkadang comel, kenkadang aku rasa nak gigit-gigit jer pipi dia. Kalu cubit pon, dia donno gak, kalu cakap elok2x pon, dia terkebil2x gak... isk, bila la nak 'masak' budak nih... Luqman.. kalu kena marah, kenkadang merajuk sambil peluk lutut kepala tengok ke lantai. kenkadang ungkit balik.. 
    "Adik buat boleh, Luqman buat tak boleh"
    "Tadi (merefer kepada 'ari tu' ) Abi pun sepah jugak... Ibu tak marah pon..!"
 Aiyyak! How to deal with these kind of kiddos... So, carik2x kat parentguide jap... tgk apa yg ada.

1. Breathe - Inhale. Exhale. Repeat. Sometimes all it takes is a moment to cool down. yelah... cakap sonang jo, kalu angin dah naik kat kepala, bukan stakat bernafas, keluar api super sayya mcm dragon ball pon buleh..
You told your child to pick up all his toys and get ready for bed. Five minutes later when you check in, the toy cars are still all over. You feel your blood start to boil. You're on the verge of losing it. Turn around, close your eyes, and breathe. Take a moment to collect yourself -- and your emotions. Michelle LaRowe, author of A Mom's Ultimate Book of Lists, says, "Take a time-out. If you're worked up, you're only going to work up your child. Before addressing your child, take a deep breath and think through what you're going to say, calmly."


2. Address the Behavior - We all have good kids; sometimes their behavior just stinks. Ini kalu sempat ingat arr.. biasanya akan ingat kalu lepas kena marah, depa dah tido, sayu pulak tengok muka depa dan baru nak rasa bersalah dah lepas marah-marah..

When you're teaching your children to ride their bikes, do you punish them when they don't get it the first try? Of course not. You encourage them, support them, and give them guidance. Rex Forehand, Ph.D., author of Parenting the Strong-Willed Child: The Third Edition, with Nicholas Long, Ph.D., says that disciplining your children should be the same way. "When we think about teaching our children, we usually go about it in positive ways, that is except for behavior," Dr. Forehand says. "For some reason we think that punishment should be our teaching tool." It doesn't need to be. When your child hits another child during a playdate, it's easy to react with yelling, "Stop! Don't do that!" Instead, Dr. Forehand suggests focusing on addressing the specific behavior and taking the opportunity to patiently teach your child why hitting is wrong.


3. Mean Business Without Being Mean  - Instead of yelling, use a firm, but soft, I-mean-business tone when giving behavior directions. Haruskah practice sokmo depan cermin. bercakap tegas tapi tak nampak macam marah dengan tona dan pitching yg sederhana??.. haruskah... kalu suara aku gemersik mcm Ahkak Pink tak pe arr... ini suara mcm Poh Bedah.. cakap sikit org kata mcm nak marah... hish, gigih kena ayu lagi ala-ala siti noaliza lah nih.. 

Direction that makes the most impact on a child is actually one that is stern and even somewhat gentle, says LaRowe. "When you speak in a calm but firm soft voice, children have to work to listen -- and they most always do. The calmer and softer you speak, the more impact your words will have," she says. Not only will your child most likely grasp your instructions faster, you won't have to lose your voice trying to convey it.


4. Help Your Child Explain Feelings  - Before you lose your cool because your child has misbehaved, figure out what is causing the behavior. Isk, aku sendirik pon haru biru lagi nak express feeling.. nih nak ajar anak2x pulok.... adoyai.... 

 One of the biggest reasons toddlers misbehave is they simply haven't learned an alternative approach to displaying their feelings. "Our goal as parents should be to teach our children how to effectively express themselves by validating their feelings without validating their behavior," LaRowe says. Next time Tommy pushes a friend who just knocked over his blocks, stray away from the tempting ridicule of yelling "No! Don't do that!" LaRowe suggests instead explaining why the action is bad. "Tommy, I understand you are mad that your friend knocked over your blocks. It's okay to be mad, but when you are mad you tell your friend 'I'm mad;' you don't push."

5. Have Clear Rules & Follow Through Not carrying out your threats will result in them testing you -- and you getting angry. Owh, ini sudah pasti. akulah polis gaban yg sentiasa follow rules and regulations kt umah tuh, bukan setakat anak, bapak pon termasuk dlm rules nih tauu!!

"Jenna, please turn off the TV." Five minutes later, Jenna is still watching TV. "Jenna, I mean it, turn off the TV or you will sit in time-out." Five minutes later, Jenna is still watching TV. "Jenna, I mean it ..." Empty threats and nagging won't work on your children, and eventually they will call your bluff. And when they do, it's likely parents will find themselves frustrated and yelling. But this is easy to avoid. Have clear rules. When you state a consequence, follow through.

6. Give Praise for Okay Behavior - Parents praise their children for good behavior, and scold for the bad, but what about the in-between? Ohh.. I am good in this. hubby, can you do this to me also.. ? (luahan isteri yg ketandusan pujian suami.. hehehehe)

Children love getting attention from their parents, sometimes even if it's bad. "Parents tend to give attention to their child either by praising them for good behavior or punishing them for bad behavior. And at times a child will take either or," says Dr. Long, who advises to ignore your children when they are acting badly, such as whining to get attention. "If you yell at them, you are still giving them the interest they wanted, and therefore they will continue to use negative behavior to get a reaction from you," Dr. Long says. If you praise behavior, even when it is just okay, then your child will be more likely to repeat it because of the way you took notice.


7. A Strong Bond Makes Discipline Easier  - The stronger your relationship is with your child, the stronger your discipline will hold. Sbb tu lah kena start ngan fully braestfeed, pastu makan makanan yg air tangan dan peluh ibu masak.. kena doa ... hohohohoohoh.... kena constant nih...! (ps: boleh apply kepada sang suami jugak kott)

At this age your child wants to be close to you. Take advantage of it and reaffirm your bond with your child. Not only will it strengthen the relationship between parent and child, but your child will then have a greater respect for you. According to Parenting the Strong-Willed Child: The Third Edition, the closer you are to your child, the less likely your child is to act up, even though no child is perfect. "A child who has a strong relationship with a parent is more prone to accept the discipline offered by a parent," Dr. Long says.


8. Put Yourself in Their Shoes - Are you hurt when someone yells at you? Of course; so why wouldn't your child be? yupp... always put ourself in their shoes.. but can sometimes they try to put themselves in our shoes also... can? can..? ps: jangan lah mengahrap sgt, semoga Allah bagi je balasan yg setimpal atas usaha kita..

"Our goal as parents should be to teach our children and to build them up, not to tear them down. When we yell at our children we risk damaging their self-esteem and sense of self-worth," LaRowe says. Consider how you'd feel if your boss yelled at you. You'd likely be embarrassed and hurt. LaRowe points out that often you don't have a chance to process what your boss is saying because of how it was said. The same goes for your child. You want to be able to teach him what is acceptable and what is not without making him feel shame or embarrassment.


9.Good Eating & Sleeping Habits - Healthy children are the happiest children. ohh.. ini bukan setakat anak jer.. mak pun kalu cukup makan pakai tidor, cinta, emas, permata, duit.. hehehehh.. takder nak yelling yelling kat anak mcm gorila nyer... so, bapak, please take note..

Parents underestimate the power of what a well-balanced diet and a good sleeping schedule can do for a child's behavior. If you think about it, what are two of the major underlying problems that cause toddlers to act up? Hunger and fatigue. Well-rested, well-nourished children who are on predictable schedules tend to have fewer behavioral issues. On the flip side, the better your sleeping and eating habits are as a parent, the more likely you are to keep your cool longer -- and catch yourself before you start yelling.

10. We're Not Perfect - No matter how hard we try, sometimes we will slip up and yell. And that's okay, as long as we know how to make it right. so, anak2x ku.. terimalah ibu seadanya ekk... i am a human, not a humnoid robot.. sometimes i make mistakes.. parenting is a journey of learning yg takkan habis selagi ada anank2x.... i am not trying to be a superwoman, supermom or superwife... tp of course try to be the best in doing this as an amanah from Him...

Your child has been driving you up the wall all day. You have tried to keep your cool and follow all the steps, and yet you still feel your temper escalating. And then, one small mishap from your child, and you lose it. You raise your voice, and there's no taking it back now. Dr. Forehand and Dr. Long suggest talking to your children when you've calmed down after yelling. "It's important to explain that Mommy or Daddy didn't mean to raise their voice, and that they didn't mean to get mad," Dr. Forehand says. "Explain to them that it frustrates Mommy or Daddy when they don't listen, and ask them to do better, and that you will, too."

Wednesday, October 27, 2010

Tenangnya malam ini, setenang sloth!

Malam ini saya bersiaran dari umah... sungguh tenang, beronline tanpa makmum.... hehehhhe.. kalu idak, berduyun2x orang mengikut.. baru jer nk capai beg laptop, yg tu dah tolong tarik power cable, yg tuh dh siap nk cucuk mouse, sama gak kalu nak solat, baru jer bentang sejadah, yg tu dah tolong sujud tertonggeng2x, yg lagi sorang sebok dok nyelak telekung nk tgk apa la ada kat dalam telekung ibu tuh.. hua hua hua... kalu kat dapur, baru je nk cuci tangan, dah ada org tolong selongkar kabinet carik bekas bawang, belum lagi yg tarik lesung batu atau tarik kerusi bukak peti ais tolong keluarkan telur etc... huhuhuhuuhuh...

minggu nih saya super duper bizi. sedar tak sedar, besok dah jumaat, eh? wind tunnel rancak dok run, kijer pon byk nk kena setel. cik delima makin membesar, kunjungan yg kerap ke bilik air, perut yg sekejap cramp, sekejap lari ke pinggang, sekejap cam perut ke belakang... hahahahha... kaki yg sekejap mcm kaki hippo, sekejap langsing mcm kaki aleeza kasim dan pergerakan yg lambat seperti sloth, memang membuatkan saya BREATHLESS!!!  Nasib baik mr.housemate banyak mengambil alih tugas2x di rumah... dapatlah saya maintain cun seperti Lisa Surihani dan berehat banyak seperti Garfield. kalu idak, mesti muka jadi 'tak siap', mungkin lawa sikit daripada  sloth...

sebut pasal sloth, you all familiar tak dgn makhluk ini, pernah tgk kat national geografi yg faktanya, sloth adalah binatang yg paling malas bergerak di dlm dunia. kalu dia dah bergayut kat pokok, dlm sehari ke seminggu, tak sampai 40cm dia bergerak.. punya la pemalas dia nih.... haish!!! anak sapa la ni....

malam ni rancangnya nak habiskan edisi penggelupuran... sebulan tahan menggulupur... tau tak kenapa? sbb saya dah beli FREESTYLE nyer breastpump tuh.... huhuhuhu, dah sebulan charge, tapi tak berpeluang nak try assembly all the parts. mana taknya, baru je bukak pintu bilik baby, dah siap makmum yg dok nak repair stroller, nak try pasang playpen adik dan mcm2x xtvt depa nk buat dlm tuh.... so, saya terpaksa la tahan gelupur itu..... hohohohohooh.... so, mlm nih, mcm timing elok jer, dua2x makmum ortromen dah tido, bapak oltromen dok sebok prepare uniform, dan saya akan berkhalwat di bilik baby dgn freestyle itu.. yeeeehaaaa!!!

Wednesday, October 20, 2010

Bila boss saya marah VS bila saya marah

  
Bila boss saya marah...
  1. Dia masih boleh tenang dan mengucap panjang.... saya? saya tak tenang, saya rasa nak tendang dan membebel panjang-panjang...
  2. Dia masih tulis complaint e-mail dgn polite and proffesional.... saya? saya tak akan tulis complaint e-mail yg proffessional, saya ngadu je kat dia, biar dia yg komplen. hihihhihi.... (takut e-mail saya sgt keji dan penuh dgn caci maki)...
  3. Dia masih boleh rileks dan tarik nafas panjang. kalu dlm meeting, still boleh sengih dan genyeh2x hidung dia sambil bagi idea lain yg lebih bernas... saya? saya akan buat muka dlm meeting... mungkin menjegilkan mata, mengerutkan dahi atau mengumpat dgn member sebelah... 
  4. Dia masih boleh sit down and diam sambil teruskan kerja2x lain.... saya? saya suka duduk kat bilik layan lagu Faizal Tahir kuat2x guna earphone sampai saya boleh sit down, diam dan boleh teruskan kerja2x lain...
  5. Dia masih bersangka baik dan berfikiran positif.... saya? saya lebih suka switch kepala otak saya dgn imagine yg bukan2x spt membayangkan diri menjadi magician, atau hulk hogan atau invisible employee, supaya boleh saya menghempuk org yg buat saya marah...
  6. Dia macam tak marah.... saya..? saya tak marah pon macam marah-marah....   Sebab itu dia boss saya.... bukan saya boss dia... hahahahahaha! 
Huhuhuhu... saya sgt segan kalu jumpa dia dgn seribu satu masalah, tanpa bagi solution. sgt bersalah kalu gagal buat apa yg dia assignkan... sbb tuh, saya selalu ngelak diri dari jumpa dia kalu ada benda tak settle (biasanya dengan menukarkan diri menjadi pasu bunga) ... tp time saya nak ngelak tuh la, saya selalu kantoi... hahahahaha!!!  

Tuesday, October 19, 2010

B.U.N.T.U .. (I wish I am a magician)

  *** saya sangat buntu. I need a break!!


 Dear boss...
If I am a magician...
  1. I will change all the recycle papers inside my recycle box into a cash money, so that we can purchase any support equipment for our tunnel, all by our own....
  2. I will promote you for a Rector post, so that you can order the Finance unit: not to cut the budget for our tunnel.
  3. ooppss... I think # 2 will be better if I can promote myself to become a Rector (and you maintain as a HOD and tunnel 'jaga'), so that I can allocate extra budget for our tunnel.
  4. I will make myself mutant with 6 more extra hands, so that I can finish all the paperworks before I check in @ Ampang Puteri Hospital.
  5. I will ensure that our staff capable to do their task on time. One day delay, 10 pieces of their beard will become longer in 5cm/minutes, so that other staff will  know that they are not completing their task on time!
  6. I will make my brain and yours interchangeable: so that, I can think and decide like a Professor!!
  7. I will build one (1) unit of 'pintu suka hati' so that I can be in the office sharp at 7.15am, work like Asimo and reach my home sharp at 6.00pm. so that, I can gain extra hours to finish my job.
  8. Oooops, I think #7 will be better If I can freeze every body in this world (including you), so that I can finish my task before time.. so, every time you follow up me, I will be ahead!
  9.  I will duplicate your P.A so, that your P.A can assists me too... hahahaha.... (kejinya aku...)
  10. er.... I think I need to stop this stupid entry! .....  ha ha ha hha.. (laugh like a boss!!) 

Monday, October 18, 2010

RM500 je..?

  1. Duit tuh bagi kat ahkak Pink cukur bulu kening kat saloon pon tak cukup. Tuh belum buat pedicure manicure lagi tu. 
  2. Lepas nih tok sah dok heran kalu ada penjawat awam kena penjara sebab rasuah yg tak sampai berjuta2x. setakat pegawai imigresen terima rasuah berkroni ngan penjahat kt sempadan tu, biasa la...apalagi polis trafik yg pakai badge "SAYA ANTI RASUAH" terima 'pemberian ikhlas' penyalah laku.
  3. Penjawat awam antara yg teramai join Skim Cepat Kaya? apa puncanya? suami ahkak pink pikirlah sendiri...
  4. tahun depan KPI saya berorientasikan bonus yg RM500 tuh je lah ekk... what you give you will get it back.
  5. Front counter service penjawat awam tak cemerlang? teruk? tak berkualiti.... dah, setaraf lah ngan nilai RM500 tu. so, tak heran le kalu budak kat kaunter 7 Eleven nyer customer service (Hai Selamat datang, sengih sampai ke telinga, terima aksih , datang lagi..) lagi cemerlang dari penjawat awam.
  6. Penjawat awam tak produktif? dah nak produktif lagu mana kalu siang kerja ofis, sambil buat MLM, malam buat part time, time raya amik tempahan buat kuih, jahit labuci bla... bla... bla.... 
  7. Banyak penjawat awam menyalahgunakan kemudahan ofis? bawak balik stationary, guna talipon ikut suka hati... mengular...  charge talipon kat opis... biasa lah.... nak jimat duit. dah gaji bulan sekadar cukup jer, bonus pon RM500 je... kena lah berjimat cermat...
  8. Pelopor jawatan management kat jabatan kerajaan ramai pompuan? orang lelaki tak minat kerja kerajaan kah? dah nak minat lagu mana, bonus RM500 je... biar je la org pompuan yg kerja kat situ... cuti bersalin boleh lama, ada nursery kat tempat kerja (Projek PERMATA)... cuti tahun banyak.... kerja ikut ofice hour... insentif yang kurang menarik la bagi orang lelaki yg macho..
  9. Tak pe lah, penjawat awam pakai je lah kereta buatan nasional yg murah dan cemerlang.... chasis tak power, kalu accident bukan setakat crumple area je remuk, frame tpt passenger pon kemek cam tin milo. itu yg accident mati semua satu liang lahd tu..... rega mahal harga nk cover vendor yg berlapis2x tuh, setakat safety features mcm airbag hanya untuk driver je, tak go through vibration nyer testing,.. itu je lah yg penjawat awam mampu... maklumla, kalu bukan penjawat awam yg sokong kereta nasional, siapa lagi, kan?? 
  10. Hospital kerajaan ramai orang? lama menunggu? ye lah, penjawat awam dan pesara kerajaan berapa ramai kat situ... mana mampu nak gi sepital swasta, ala klinik 1 Malaysia tuh ada ubat batuk nagn demam je... 
  11. Hmmm.... saya yg bergolongan begini pon rasa insentif RM500 tuh sikit dan tak signifikan, apa lagi orang lain yg bergaji lebih rendah, mempunyai anak sekolah yang lebih ramai.... hmm... hmmm.... memaksa diri bersyukur. org yg gaji lebih tinggi, tak pe lah, apa nak kesah.. duit lebih banyak... anak dah besar2x.. duit rm500 tuh boleh simpan buat belanja kenkawan main golf ke 2-3 lubang...
  12. PS: tahun depan nak undi sapa ekk??? 

Friday, October 15, 2010

pink... pink and pink lagi...


 hihihih.. tengahari tadi dgn gigihnya gagahkan perut dan kaki cari bebarang cik delima... nasib list sempat buat dan tercapai gak target nak beli baju2x newborn yg murah dan OK qualitynya.. kenapa nk beli baju yg mahal, sedangkan pakai sekejap jer (mengikut pengajaran pengaaman yang lepas2x le...)...

1st time carik baju baby girl, satu bakul penuh ngan warna pink. padahal boleh jer beli yg oren @ purple @ merah @ kaler lain. tapi lantakla kan... duit ai ooops, duit laki ai, baju anak ai... hihihi... siap calculate bagai sbb tanak lebih budget yg mr.housemate beri... sbb kalu lebih, kena top up dgn duit sendiri. duit ai, ai simpan la.. hahahahah... simpan untuk bersalin... skang kalu sepital swasta, 2-3 ribu jugak, kalu ceaser kang, mau 7-8 ribu jugak... takkan nak pakai GL je, potong gaji bulan2x... kang tak sempat abis bayor yg nih, bertindan lak potong gaji untuk bayor bersalin yang selepas itu... (owh, kata2x itu adalah peringatan kpd diri sendiri agar tidak mmembuat hat-trick dengan mengandung lagi untuk tahun ketiga yang berturut2x... hehehehe... bukan ditujuakn kepada org lain, sekadar peringatan untuk diri sendiri.... ). hmm... no wonder mak bapak skang letak hantaran ribu riban.. sbb nak lahirkan anak tu jer dah makan ribu riban... so, sesapa nk mintak kawen lepas nih, salah satu cara nk predict berapa duit hantaran, kajilah sejarah kelahiran bakal isteri anda. bersalin kt hospital mana, c-sect ke, normal ke, vacuum ke, breech ke, masuk incubator ke, ... hahahaah.

memula mcm blur, sbb apesal skirt2x yg dia jual tak ada sekali ngan seluar. aik,? dah tuh kena beli seluar pendek lain kah untuk di matchkan? aik, pelik benor dan mendouble kan kerja ai la pulok. ke...tak yah pakai seluar kecik, pakai pampers jer... aik, macam huduh benor budak pompuan pakai pampers nagn skirt kembang jerk... adus, meroyan makcik sensorang nak cari matching. kalu baju budak lelaki kan senang, kalu dia jual asing pon, ada letak kat rak sebelah seluar2x nya... hahahahha.... jahil sungguh ai.. takan ai nak tanya salesgirl.. malu la pulok. member yg ikut skali gi shopping tuh gi tmpt lain, aii.... nak tanya sapa nih..

punya lah ai dok terkial garu2x perut, garu2x kepala... last2x jumpa jugakla baju2x yg siap dipadankan dgn seluar ropol2x atau skirt... adesss... nasib baik jumpa, kang ada cik delima pakai baju kembang ngan kain batik jer kang... isk.. pastuh bila member dah naik kt tpt baby tuh, baru ler ai tanya dia.. dah dia sebut pasal jumper, legging pulak... adeh, apa ke jadah bebenda tuh... yg ai tahu seluar panjang, shorts, jeans ngan skirt jer.. takkan nk google wikipedia lak carik makna jumper, legging apa ke jadah lain yg sewaktu dengannya.. hmmmm...kalu dah pompuan, pompuan jugak, dari kecik sampai ke besor banyak aksesorinya... hmmm... nk kena banyak belajar lagi nih...

tapi ai rasa happy sgt sbb belanja ikut budget, dpt beli barang yg nak, dengan suasana yg nyaman dan tenang... tak ramai orang.. dan yg paling best... dapat beli baju pink!!!!! huhuhuhuhu..

Wednesday, October 13, 2010

49 days to go


49 days to go. kalu ikut Lilypie nyer statement: baby is 46cm, 2.4kg and gaining. soon to be head down and making mum walk funny. yupp... saya memang berjalan agak funny dan maju ke depan sekarang. kurang balance dan terkedek2x seperti Pororo: bak kata Luqman. Pororo adalah penguin comel yg selalu kami tonton di CH613 stp hari jam 6.30pm.Pororo ada ramai kawan2x yg comel2x termasuk Crong (crocodile hijau) dan seekor naga magician-tak-jadi. kenkadang bila Luqman & nufail buat perangai, sy selalu "korek-korek-tong-tong! korek-korek-tong-tong!... change!" baca jampi itu untuk menukar mereka menjadi pasu bunga yg statik. hahahhaha... (hanya penonton Pororo sahaja yg paham cerita saya ini.. thihihihihihi)...

pregnancy kali ini mmg sgt mencabar fizikal dan mental saya. sekali lagi diuji dgn low lying placenta yg Alhamdulillah semakin hari semakin naik, even still lagi low lying. nasib baik uri ini semakin naik, sejajar dgn pembesaran perut saya, kalu idak, mungkin sy akan diklasifikasikan kan di bawah case placenta previa... masa Nufail dulu pon begitu jugak.... tapi, kali ini, uri cik delima agak lebih 'jinak' dan lembut... apa pon, semua kuasa Dia, dan setiap perjalanan 9 bulan yg dilalui adalah berbeza bg setiap anak.. 

so, apa natijahnya kalu uri ini rendah... oooo... sangat sakit woo... (eleh, sakit2x pon, tiap2x tahun mengandung jugak! heheheh.. kata2x keji untuk diri sendiri)... pagi ini sahaja, saya berenti 2x untuk menaiki tangga ke tingkat 1. tengahari karang, untuk ke kantin, saya rela menunggu lif dan mengelak tangga. balik umah karang, apalagi kalau jem, saya akan cramp di kaki, jari2x sembab (spt jari hippo: bak kata Luqman lagi) dan amat menyucuk2x di bahagian bawah perut... apa lagi kalu Nufail terlebih aktif dan saya perlu menangkap, mengejar dan mendukung beliau... huhuhuhuhu... kalau boleh saya tamau tunduk. aktiviti seperti memakai stokin dan memotong kuku kaki amatlah menyeksakan bagi saya, seawal kandungan 7 bulan lagi. kenkadang saya berangan nak jadi Rudy: robot kawan Pororo (pororo lagi..!) yg boleh stretch out kaki, tangan dan tengkuk beliau... 

saya sakit. sangat sakit. minggu ini, backpain dan heartburn meyerang dan terus menyerang, terutama di waktu petang. kenkadang rasa macam nak pecah tulang pinggul bila terlalu lama duduk di kerusi... hmmm... saya sudah tidak larat. penat.. dan sangat penat. penat juga meminta simpati orang, meminta orang tolong datang dan picit2x saya... paham2x lah sendiri... tidur malam pon dah tak senyenyak dulu. maklumla.... terlentang tak kena, mengiring tak boleh lama, meniarap lagi le tak boleh.... rasa mcm nk tidur berdiri jer mcm Asimo.. huhuhu...

baju baby? belum beli..... bidan? belum confirm.... bag dlm kereta? belum ada.... hospital..? macam teragak2x je lagi... kerja2x opis? makin berlambak dan tak setel2x... (aiyoo... duit tak ada, project mau jalan juga... ingat aku magician ka...? aku tunnel jaga juga.... ) surah Maryam..? huhuhu.... kali ini saya rasa ngilu je setiap kali nak abiskan surah Maryam... ada benda yg saya nak makan sgt sebelum bersalin. nampaknya kempunan la, sbb tak larat nak pergi cari... bila terkenangkan labour room.. rasa mcm sesak nafas... takut? sudah tentulah, bertarung nyawa menahan sakit berjam2x.... extra supplement? ECPI? Salindah?.. belum difikirkan... apa nih? apa yg saya tunggu lagi? entahlah... saya pon tatau..... huhuhuuh 

Tuesday, October 12, 2010

penat tau!!


Penat tau!!
hari nih dah tukar diri jadi pasu bunga pun penat jugak!
naik pangkat penat!
tak naik pangkat pon penat!
ada kerja penat!
tak ada kerja pon penat!
ada staff yang bantu pon penat!
tak ada staff yang bantu pon penat!
kat umah penat, kat ofis pon penat!
kena pressure penat!
bila boss buat tak endah (maklum la... pasu bunga).. penat jugak!
bila asyik buat rutin yang sama, boring gak..boring sampai penat!
dah di assign tugas baru.. lagi la penat!

anak tak tido, penat!
bila anak dah tido pon, penat gak! (itu yg join sama tido tu...!)
anak cakap banyak pon... penat nak layan... penat!
bila anak tak cakap banyak (demam or sakit..) penat jugak!
masak penat!
tak masak pon penat! penat nak pikir nak beli apa yg boleh masuk tekak..


isk..
saya rasa sungguh penat!
sangat penat!
memang penat!..
penat sungguh!!!

note: petang tadi saya meeting dgn Scomi and SIRIM. wah... sgt berkaliber mereka, berbanding saya yang comot dan penat ini... lama tak involve dgn dunia 'sector swasta'... eventhough kami claim kami international, kenkadang kami masih lagi di takuk yg lebih teruk dari org2x kampung Sg. Pusu.. kenkadang rasa sgt merendah diri dan comot... sgt peghak bila 3-3 party ini set the the meeting online through outlook. wah... saya merasa lagi comot dan penat..

huhu.. P E N A T N Y A ! ! !

Tuesday, September 28, 2010

maher zain


saya ada gak terperasan poster dia nih kat campus. He is coming to UIA. tp sy tak berminat pon nk dgr even sy tau aura Maher Zain semakin tersebar kt campus nih. mungkin sbb lagu2x dia tak ada kt radio yg sy selalu dgr... even, sy before this tatau pon yg dia nih lelaki ke pompuan. sampai la suatu hari di minggu lepas Mr. Housemate dedicate sy satu lagu beliau: For The Rest of My Life. 

hmmm... sedikit terkasima sbb before this tak pernah di dedicate lagu2x nih kt saya. Latest lagu paling romantik yg pernah dinyanyikan pon adalah masa raya lepas: lagu iklan keropok Mony. biasanya lagu2x yg bergenre begitulah yg paling romantik didedicatekan kepada saya. hahahahha... I pity myself.

semalam bila sy bersembang ngan kenkawan, owh, terus teruja utk surf pasal org ini, ramai gakkenkawang saya yg minat beliau ini. di samping nk tgk le jugak apa ke bentuk lagu yg Mr. Housemate dedicate kan kt saya itu. ohh.... comelnya lirik lagu itu (comel = indah). saya harap, ia dedikasi yg lahir jauh dasar hati, bukan mengikut trend di Facebook. yelah, bila ramai org dedicate lagu itu kpd sang isteri, kita pon nak meniru. tapi, gimana mau tau ekk...? apakah parameters nya..? hahahhaa, malas saya pikir. cuma sy terpikir, biar benar dia dedicate lagi itu kepada saya.... rasa mcm nak menggulupur! isk, sejak bila dia layan lagu2x cenggini...? apakah..? benarkah..? biar betulll.....

ps: kan ke bagus dedication itu diselitkan sekali dgn duit bonus yg saya apply hari tuh. boleh saya beli Medela Freestyle sekali. hahahahahah!! 

Lyrics: For the rest of my life

I praise Allah for sending me you my love
You're finally home and stay with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I waz always thinkin' that love waz wrong
But everything waz changed when you came along oh
And there is a coulple of words I wana say

For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be loving you…loving you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now n' forever I'll be there for you
I know deep in my heart

I feel so blessed when I think of you
And ask Allah to bless all we do
You're my wife n' my friend n' my strength
N' I pray we're together in gena
All I know I found myself
I feel so strong
Yes! Every thing was changed when you came along oh
And there is a couple of words I wana say

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you

For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart

Neither to fear you're in front of me
I strongly feel in love
I strongly feel in love
And I know that
Nothing in doubt that I will love you eternally

For the rest of my life
I'll be with you I'll stay by your side
Honest and true to the end of my time
I'll be lovin' you… lovin' you
For the rest of my life
Through days and nights
I'll thank Allah
From openin' my eyes
Now and forever I'll be there for you
I know deep in my heart

 

Thursday, September 23, 2010

bimbonya...


 hmm... baca tak muka depan suratkabo H M**RO ari nih? ala, yg kes pemandu teksi pembunuh adik Syafiah Humaira tuh. perkataan tajuk di atas saya tujukan kepada ibu anak malang tersebut. tapi, saya pun tercuak jugak kot2x reporter sesaja buat tajuk yg gempak2x gitu. so, kalu itu yg benarnya, maka reporter tersebutlah yg patut dapat title di atas. 

How come she can admit in front of the reporters yg dia masih sayangkan lelaki tersebut? kot yer pun, chenta mu itu seperti Laila kepada Majnun yg lalok even ko tolak tepi nyawa anak yg mungkin bagi mu no values itu, simpan je lah dlm hati perasaan chenta itu.... tapi, kok kalu dah chenta sgt, apa kata sama hidup dan sama mati jer, gi merayu kat mahkamah supaya digantung bersama2x lelaki tersebut. isk... isk... isk... 

tapi kalu lah reporter yg menulis title tersebut nak bagi gempak... hmmm... wa tabik spring la sama itu reporter. biasalah, nk bagi suratkhabar laris, tajuk mesti melotup punya. teruskanlah mengambil peluang melariskan suratkhabar di atas peristiwa2x tragis yg berlaku dlm kehidupan orang lain. namapun suratkhabar tabloid kan..... entahlah, saya pon tatau sgt selok belok ke'reporter'an ini, dan saya pon baca jugak suratkhabar2x tabloid nih....ini pon saya tulis sepontan jer, dari hati terus ke blogpage...

Tuesday, September 21, 2010

piggy bank


 perkara paling best selepas raya adalah mengira duit raya anak2x bersama bapaknya selepas anak2x tidur. biasanya, kami akan menggenapkan duit itu kepada ratus yang hampir, bergantung kpd keadaan ekonomi semasa poket kami. seperti fitrahnya, saya akan meminta si bapak menggenapkan duit anak yg paling banyak amountnya yg perlu untuk digenapkan. maknanya, saya top up sikit je lah. hehehehhe... tahun depan, bila anak dah 3, saya tak pasti cenggana caranya pulak. mungkin perlu dicampur tiga, dan ditanggung sama rata oleh kami.

that's is one of the way how we do a saving for the kids. bukan apa, kalu emergency, boleh jugak kita mengepow meminjam duit anak ini, dgn syarat ianya perlu diganti semula. inikan amanah mereka. duit mereka, kalu duit depa banyak, kita jugak yang senang nnt.

selain itu, saya juga menabung secara berdikit2x dgn duit syiling, sumber duit syiling adalah banyak di rumah saya. selain duit baki perbelanjaan hari2x yg dicampakkan ke dlm tabung mereka, duit yg selalu ditinggalkan merata2x oleh si bapak (di atas meja makan, di atas sofa (tercicir dari poket), di atas katil) atau mana2x tempat di dlm rumah secara cuai, automatiknya sy akan ambil dan masukkan dlm tabung anak. ini adalah atas dasar safety sbb nufail suka masukkan syiling dlm mulut. luqman pula skang suka amik syiling letak celah telinga ala2x buat magic... taktik tu pon, di ajar oleh si bapak. even magic hingusan sudah diketahui dan diulang berkali2x, masih mereka layan dan enjoy magic itu. kata kunci di sini: mintak izin dulu dgn org yang cuai itu, barulah halal duit itu. 

selain itu, sumber tabungan anak juga adalah dari duit2x terkelepet yg sy jumpa sebelum basuh baju. dengan bermodalkan kata kunci di atas, org yg cuai tidak boleh mempertikaikan rezeki yg sy jumpa sebelum buat laundry. memiliki washing machine 16kg yg fully auto membuatkan sy berhati2x utk make sure no foreign object yg akan merusakkan washing machine kesayangan saya itu. dan biasanya, sy akan terjumpa rezeki terpijak itu setipa kali mencuci, di samping sampah sarap spt ATM statement, senarai brg yg perlu dibeli, plastik gula2x dll. sapa suruh tak bersihkan poket b4 campakkan seluar baju dlm laundy basket?... nasiblah kalu rezeki not 50 yg sy jumpa, hehehhehe, ia tidak akan dipulangkan semula.. kenkadang sy pun tercuai juga, tp dah sy yg basuh baju, selamtalah duit tu kalu sy sendiri yg jumpa. hehehheh

selain  itu, kami juga meletakkan sasaran simpanan tahunan utk anak2x. stiap kali besday, mrk tidak akan mendapat hadiah mahal krn cash perlu di bank in ke account utk mencapai sasaran tahunan itu. biarlah saving account makbapak kejap bocor, kejap penuh, asalkan anak2x nyer duit constatntly bertambah even dlm jumlah yg sedikit. di sini, konsep sedikit2x lama2x jadi bukit amat signifikan sekali. 

perkara2x di atas adalh amat kami titik beratkan kerana anak2x kami bukanlah anak2x tiri datuk siti nurhaliza yg melimpah ruah duitnya. kalaulah saya bini datuk K itu, tak kuasa saya nak meneropong mengutip duit2x syiliing dan menabung utk anak2x.. baik saya beli kondo utk anak2x sorang satu buat investment. duit sewa tuh, bank in je ke account anak. hahahahahh, tp itu kalu saya bini datuk K lah. yg nyata nya, sy bini DATUK F to be sahaja, yg kaya dengan senyuman dan kasih sayang. kalau boleh ibu belikan kondo untuk anak2x dgn senyuman abi itu, dah lama you all ada asset sorang satu tau... itu kalau boleh la... hahahah!

Monday, September 20, 2010

balik sudah...


hari ini, kembali bekerja.
saya banyak di assignkan dgn tugas2x baru selepas raya ini...
tugas2x yang berat, 
tugasx yg ditinggalkan oleh rakan seperjuangan sebelum ini.
tugas2x yang terbengkalai...
tugas2x yang baru...
tugas2x yang separuh siap. 
half done.
saya pantang betul disuruh menyiapkan tugas orang yg tak habis atas sebab2x attitude.
tapi, dah kerja makan gaji, terima arahan, patuhilah arahan.. 
mampukah saya?
hmm... blur..
tengah warming up...
Ya Allah, berilah kekuatan.
masih gigih mempertahankan amalan2x semasa bulan puasa dulu.
setakat yang terdaya.. 
harapnya tidak sehangat2x tahi ayam..
puasa 6? masih lagi dlm perancangan..
memujuk mr housemate untuk bersama2x menemani saya berpuasa,
alah, kalau sanggup sehidup semati, takkan tak sanggup puasa 6 bersama2x kan?
kan? kan?... sekarang dah tak ada lautan api..
inilah masa untuk memberi bukti...
hahahha... pelik bila banyak orang berdalih untuk berpuasa 6..
dah taknak puasa, diam2x je lah...
tak yah bagi banyak alasan..
hmmm...



Friday, September 17, 2010

ibu tua itu

saya akan balik ke KL esok hari. biasanya, orang akan berat hati dan malas untuk balik ke KL selepas lama bercuti but not me. saya rasa teruja untuk balik ke rumah sendiri kerana sejak kebelakangan ini, rumah tempat tanah tumpah darah saya sudah tidak memberi ketenangan lagi. lately, saya merasa tension balik ke kampung kerana saya sgt penat dengan suasana rumah yang sudah tidak setenang dulu.

saya tersepit antara derita seorang ibu tua yg mengorbankan diri untuk anak cucu yang 'kurang' menghormati privasi dan diri beliau. saya jelak melihat manusia2x yg dengki dan berkira dalam membuat kerja2x rumah, tidak sedarkan diri dan mementingkan diri sendiri. saya berkecil hati dengan pendirian ibu tua itu tetapi dlm masa yg sama saya sangat kasihankan beliau. saya berharap pengorbanan beliau demi anak dan cucu berbaloi dan setimpal walaupun saya tak nampak langsung tanda2x beliau akan dikenang dan dihargai.

dalam masa yang sama, saya menyalahkan diri saya kerana gagal menjalankan kewajipan saya demi batasan jarak, kerja dan masa. saya gagal mempertahankan beliau kerana kedegilan beliau sendiri untuk berkorban untuk manusia2x yg saya harap menghargai beliau. saya tersepit. saya tertekan. saya buntu. tak tahu nak buat apa. saya penat, sangat penat dengan manusia2x ini. sangat berlagak, tidak sedar diri, kurang ajar, memerah keringat beliau tanpa disedari. sekarang, beliau jarang bercakap dengan saya, namun saya sedar bila beliau tertekan dan berkecil hati, beliau hanya mampu menyapu air mata. cuti raya ini, banyak air mata yang ditumpahkan didepan saya tanpa ada sebarang keluhan atau kesalan dari mulut beliau. beliau sangat berfikir dan mengambil berat perihal mereka2x itu, sedangkan saya kurang nampak tanda2x mereka mengambil berat, menjaga kesihatan dan pemakanan, emosi dan spiritual hati ibu tua itu.

apa yang patut saya buat? saya selalu berdoa agar orang2x yg beliau tatang dan bela itu menghargai beliau. berfikir dan menghormati beliau. saya selalu ingin mencari peluang untuk berbakti kepada beliau setakat yg saya terdaya, tetapi saya sgt sakit hati dan jelek melihat tingkah laku anak cucu yg hanya pandai menceceh dan bercakap dan mementingkan diri sendiri. bila beliau mempertahankan mereka, saya sgt berkecil hati, seolah saya dipinggirkan dan langsung tidak signifikan dalam hidup beliau. tetapi dlm masa yg sama, beliau selalu meluahkan perasaan beliau terhadap saya. saya buntu. saya harap Allah memberi  pedoman kepada insan2x yg selalu ditatang beliau, sekurang2xnya, hormatilah perasaan dan privasi beliau. kadang2x, saya melihat beliau hanyalah tempat sandaran di waktu mereka susah, mengambil kesempatan di atas kasih sayang yang beliau berikan.

hmmm... ikutkan hati saya, saya ingin mengasingkan beliau dari oramg2x ini, tetapi saya faham tindakan beliau sebagai tunjang dalam keluarga ini. beliau tidak akan melarikan diri dari tanggungjawab! cumanya Ya Allah, tolonglah kurangkan derita perasaan yg beliau pendamkan, atas ketidak prihatinan mereka2x yg beliau tatang.

dengkikah saya? busuk hati kah saya? oh, tidak sama sekali. saya cuma kesal kerana tidak dapat mempertahan dan melindungi beliau sehabis nyawa saya. saya sedih kerana mereka2x ini juga merupakan darah daging dan orang2x yg amat saya sayang. tetapi, amat susah berurusan dengan mereka yg degil, perasan hebat, perasan betul, perasan bagus dan tidak menghormati dan menghargai orang lain. Saya harap, anak2x saya dan diri saya sendiri dijauhkan oleh Allah dari sikap2x buruk dan perasaan hasad dengki ini.

Wednesday, September 8, 2010


(gambo tiada kena mengena dengan entry....)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.
MAAF ZAHIR BATIN.
SEMOGA RAMADHAN KALI INI BERAKHIR DENGAN PENUH KEINSAFAN.
SEMOGA SYAWAL YG BAKAL MENDATANG MEMBERI SERIBU PENGERTIAN.
MAAF ZAHIR BATIN DI ATAS SEGALA KESILAPAN DAN KESALAHAN.
SEMUA YG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, YANG BURUK ITU ADALAH ATAS KELEMAHAN KAMI SENDIRI.

Ikhlas dari:
Hazliz Fairuz Afzuan
Azliza
Luqman Nur Hakim
Izz Iman Nufail
Cik Delima (hik..hik..hik... aci ka?)

Sunday, September 5, 2010

nak balik kampung



di samping menggelupur dgn whishlist utk dptkan pump yg baru for my dear cik delima, aku juga menggulupur nak balik kampung. tp ape nak dikate, pagi ahad ini still di KL. dah nak wat cenggana, drebar demam, so, bas raya tak jalan. like what I have said before, kalu mr.housemate demam, kiamat kecil la dunia kami. demam dia adalah lebih teruk dari cipan yg tertelan bijik getah. so, pagi nih, nmpak mcm dah OK sbb dia lepas sahut td tolong settlekan laundry dan apply for nak pergi mancing! aiyak! katanya 1 jam sahaja untuk melepaskan meroyan di jiwa. hehehehheh... tak pe, pegila... andai itu boleh meredakan demam abang, apa salahnya. dan tak salah kalu kepergian ke memancing itu diiringi dengan restu utk saya membeli pump yg baru FS itu. hahahahah!!!

2 ultraman masih tido. bapak ultraman gi mancing. ibu ultraman gigih siapkan drawing utk project wind tunnel yg baru. tapi cam malas lak since mengenangkan Ramadhan yg dah nak abis nih. baik buat apa yg patut merebut saki baki pahala kot Allah masih sudi kurniakan. bila dh ngantuk, makcik hijack sat work area org nih, surf internet tengok apa2x yg patut. 

Sedih lak bila puasa dah nak abis. lepas nih time table mesti bertukar balik. lepas raya dah boleh concentrate utk siapkan kerja yg melambak before maternity leave. senang sikit kalu buat kerja in order, nnt buddy yg menggalas tugas gua akan kurang menalipon semasa dlm confinement. maklumla, sumer in order.. hehehhe. dah le maternity leave tetiap tahun. hahahhaahha.. nnt kalu sumer kalut, boss bising lak.... cuti sokmo berbulan2x, dah tuh nyusahkan orang.. hahahah.. relax la boss, lepas target gua nnt kang, gua stop la maternity leave. gua pon nak gorgeous jugak.. takkan nak berlumuih dgn bau muntah baby jer sepanjang hayat, asyik kelek pam susu ke hulu hilir. gua pun nk gak bawak laptop kecik dlm beg couch dan menjadi wanita berkarier yg berketerampilan. hahahahaha.. menagrut jah!

raya kali nih kami sambut dgn sederhana je mcm tahun2x sebelumnya, baju maternity yg baru beli utk opis itula akan ku lenjan semasa di hari raya. yg lain lebih kepada anak2x... depa tak reti lagi, ada baju raya ke, tak ada ke, yg penting happy dan cukup makan pakai sihatnya. cuma luqman seems very happpy dpt jam ultraman. kalu tanya dia kul berapa, memanjang kul 6 setengah @ 3 setengah. itulah, 2 waktu yg dia sgt tahu di dlm hidupnya. hahahahah.

alemak, dah ada tanda2x ultraman nak bangun... so, choww cin cauuuu!!!


Wednesday, September 1, 2010

ngidamm.... ngidammmm

huhuhuhu.. ini adalah whishlist yang baru... ngidam... ngidam... ngidam....
(biasa kalu nk apa2x, aku selalu ym or chat ngan pakcik nih. segan ler nk mintak depan2x... takut kena smash... hahahahha. kang dia bukak ceramah 2-3 chapter, terpaksa lr tadah telinga 2-3 jam... lagipun, susah la nak meeting kat rumah, ada je yg menyelit. tak leh nak bermadah manja sket. line selalunya tak clear nak ayat pakcik nih betul..)
 
Me: huhuhuhuhu

Hazliz: napenya..
Me: mengidam
Hazliz: ape dia yg diidamkan tu
Me: adala... mahaaaaaaaaaaaaaal harganya. tp tak le semahal honda civik
Hazliz: apo tu............. boleh dimakan ke ... or buleh dipakai ...or buleh dinaiki.. yg mano satu?
Me: tak boleh. baby jer boleh makan
        breastpump la.... yang gitu gitu tuh
        nak letgo yg lama nih.
Hazliz: OOooo...duit dah masuk.. guna la..
Me: duit apa ?
Hazliz: nanti kalu ada lebih lopeh bersalin pogi la boli
Me: hah? mana duit? mana? tak nampak pon (sambil mata terbeliak dan telinga tercapang bila dgr $$$)
Hazliz: yg xk tu la
Me: ooohh... itu reserve nak bersalin
Hazliz: kalu ado lobih la
Me: ada kerja part time tak? apa kata saya amik upah cabut uban dan picit badan, satu mlm bayar RM5O? boleh kumpul duit. sayang nk guna duit bersalin tuh
Hazliz; alamak..keje part time dah xado dah..tokei dia dah pencen
Me: ataupon, masak satu ketul kari kepala ikan, saya charge RM40
Hazliz: nak makan kari je..kepalonya xnak la
Me; KALU GITU, BAYAR SEPARUH HArga laa... hirup kuah jer, 50% off
        hahahahahahahha
Hazliz: keskeskeskeshuhahhuha
Me: saya amik upah gosok uniform abg la.... sepasang, RM30, siap letak accessori, RM40
Hazliz; pergh....kayap la kalu gitu. kalu 2 pasang that mean 80 
Me: upah kilat kasut, sepasang RM30
        ala, ngan bini sendirik pon berkira!
Hazliz: adui..dah la kasut banyak jenis
Me: apa kata saya sewakan laptop saya tuh, sebulan rm300
        hahahahaha. (gila byk cabang idea nak carik duit)
Hazliz: hahahahaha...xpe la balik ni nak pulangkan balik la
Me: sumer nak mengepow laki sendirik
Hazliz; abih tu nk megepow sape lagik
Me: kes kes kes. CePatlah mr. profit engineer. nak mintak bonus rm1500 jer nih.
        bonus tahunan
        nak beli breastpump yg canggih nih
       boleh mengepam sambil memasak
       1500 jer.....
       1500 jer.....
       1.5k dan jer lagi
Hazliz: alamak...bonus xmasyuk ag arr
            iye la.. ado rejeki.. ado bahagian tu
Me: ha, ada satu lagi
Hazliz: ehhh..ado lagi ke
Me: apa kata sy sewa perut saya utk anak abang nih. sebulan rm200 jer
pastuh nak claim backdated luq ngna nufail dulu
Hazliz: adui..itu pon nak kena sewa ka
Me; hihihihih
Hazliz: mak aiii...
Me: MPS pon buat bisnes bukak tapak pasar ramadhan. sama konsep la nih
Hazliz: ish..ish..ish.. tp bini saya bukan tapak bazar
Me; hihihhihh...

(pastuh.. dia offline... chett!!! taktik kotor nak end of the story lah tuh!!!. takpe, esok makcik ayat lagi. nak tgk skett kuat ke idak imannya. hehehheheh . keluar tandukk!!!)

Wednesday, August 25, 2010

bapak ohh bapak


saya tak boleh menahan air mata bila melihat wajah tulus anak 3 tahun yg menemui ajal ditangan bapanya sendiri yg sakit mental. usia dia sama dgn anak saya Luqman. Saya tak tahu samada saya mahu marah kepada bapanya yg tidak waras, atau memblame ibunya yang cuai. tapi, semua berlaku diluar kawalan mereka dan tidak dijangka. tapi, saya tak dpt membayangkan anak yg menggelupur menahan sakit sebelum menemui ajal dan trauma seorang ibu bila melihat anaknya terkulai sebegitu, sementelah lagi pisau masih berada di tangan si ayah dan di leher anak tersebut. saya sendiripun, bila melihat anak saya berdarah kena kaca atau lebam terhantuk pun saya sudah mau pengsan, apa lagi ibu tersebut... 

apa agaknya hikmah di sebalik kejadian tersebut? apa iktibar yang boleh kita ambil? tetapi, yg nyata, anak kecil yang tidak berdosa akan terus berada di syurga Dia, tanpa sebarang soal jawab dan mungkin menjadi karamah kepada kedua ibu bapanya kelak. tapi, apa agaknya yg di fikir oleh si kakak yg berumur 8 tahun bila tahu adiknya mati di tangan ayahnya? trauma kah dia? 

hmmm... saya memohon Allah melindungi keluarga ini dan tabahkanlah hati mereka2x yg menyayangi anak tersebut. risau saya. pesakit mental menetak, menyembelih orang2x yg terdekat dengan mereka. orang2x yg menyayangi mereka. orang2x yang mempercayai mereka. orang2x yang menyimpan harapan dan mengharapkan kesembuhan mereka, untuk menjadi pelindung, pencari nafkah, pembimbing dan sebagainya. 

hmm... dunia makin akhir zaman...

Tuesday, August 24, 2010

nak balik raya

  
setelah mencongak2x kemampuan diri, keterbatasan waktu dan faktor2x sekeliling, maka ini tahun makcik 
surrender drpd nak buat kuih raya. kecuali mr. housemate yg gigih nk buatkan cornflake madu jugak. hmmm... elok lah tuh.. ari tuh dah siap pack sumer barang2x buat kuih dlm 1 kotak.. ingatkan senang nk capai bila ada waktu dan semangat kerajinan ini. tapi, yakpelah, buat cekelat jer lah ini tahun. kuih raya tak le mahal sgt. tp cekelat nak order, mahal la pulok. so, baik buat sendirik. nnt makcik masukkan gambar2x cekela makcik yo..

skang nih kat umah musim buat lemang, maksudnya, semua org demam. dah seminggu tidak menjamah air batu. di waktu malam, kami berkompang batuk secara berjemaah dan bersahut-sahutan. agaknya, kalau makcik ada bakat seperti M.Nasir, mesti bunyi batuk itu boleh dibuat lirik dan notes lagu. ye lah, dari tone suara 4 org yg berbeza, kenkadang mcm menyerikan kesunyian malam Ramadhan yang syahdu. kih kih kih...

tapi, yg paling makcik hangin adalah org demam yg degil. like father, like son. dah tau demam, mai la sini makcik letak air asam jawa kat kepala tuh. mai la makcik paksa minum air masak bergelen2x... ini siap melawan lak tuh. pastuh, time berbuka, order makanan kalahkan org mengidam. huhuhuhuhu.... nasib baik bulan poser nih syaitan tak ada, kiranya bersabar sungguh makcik menahan kaenah org2 demam itu. yg kesian nya, tengah2x demam, si Luqman boleh pulak terhantuk kepala kat cermin kereta depan sampai retak. Pergh! ada aura apa kat kepala dia. power sungguh. nasib baik cover insurans. kalu idak, melayang 4-5 ratus budget raya tahun nih. berdebar gak kot kepala dia lebam ka, darah ka, tapi dia rilek jer. cuma dia susah hati tengok cermin yg retak tuh... Yang si abinya rilek memanjang... isk, depa nih tak reti risau kah...? kot ada cedera dalaman ka... pendarahan dalam ka... 

cuti raya tahun nih, sgt mengidam nak gi pasar Ramadhan kat Chabang Tiga. ala, pasar yg dekat kg budak 6 tahun mati sbb stor mercun haram meletup tuh. ha, kat sebelah kampung makcik jer... heboh kat kampung skang nih isu stor mercun. dah ajal budak tuh.. kesian dia. itulah, mak bapaknya tak serik, tahun lepas dh kena tangkap, tahun nih buat lagi. nih dh sampai anak sendiri terkorban, tahun depan tak ingat2x nak bertaubat kah? apa makna buat kerja2x tuh.. kita pulun carik duit utk belanja raya, untuk anak jugak. tapi skang, anak ke mana, duit ke mana, mercun ke mana, raya kat lokap. hai.... (mengeluh.. mengeluh)

entry kali nih di sudahi dgn serangkap pantun untuk mr. housemate. kami sgt happy bila mencongak2x yg UPNM semester break raya kali nih. so, atas kertasnya, 2 minggu free, mcm boleh cuti lama... tapi...hmm... tatau la..

kot sangka panas hingga ke petang,
rupanya ribut di tengahari,
ku berangan nak cuti raya panjang,
tatau la kot kena balik awal sbb husband kena duty!

ps: saya tak kira. raya tahun nih kan giliran rumah mak saya. saya nak cuti lama2x!!!