Tuesday, December 22, 2009

anda suka kuching? (SOLD!)




kami ingin menjual anak kucing ini.
umur: 6 bulan
jantina: perempuan 
harga: rm500 (negotiable)
pembeli haruslah mempunyai ciri2x menyayangi kucing sehebat ciri2x yg dimiliki housemate saya. kami akan memilih pembeli sama seperti kami memilih bakal menantu untuk anak perempuan kami. (hehhehehe.. gurau je)
contact di: cik_chibi@yahoo.com atau kosong satu dua, sembilan dua lima satu dua tujuh kosong.

Housemate saya suka membela. selain dari membela badannya, anak2x dan isteri, beliau juga suka membela binatang. buat masa sekarang, kami berkongsi rumah dengan 6 ekor kucing, 1 ekor ikan besar dan satu ekor ikan kecil. jumlahnya adalah sedikit kerana beliau sedang berkursus. sbg isteri yang bijak, saya sudah dpt membayangkan yang rumah kami akan lebih meriah lagi pada tahun hadapan, setelah beliau habis berkursus. sebelum ini, kami pernah mempunyai berpuluh2x ikan gapi, ikan emas, ikan montel, 2 ekor kura2x dan udang air tawar. beliau selalu berangan2x untuk membela ikan arowana. jika beliau tension dan hilang akal, saya selalu mengajak beliau mencuci mata dan lepak di kedai ikan arowana. (perhatian encik housemate: sila lepak sahaja, jangan beli dahulu kerana cost untuk memilik ikan ini sama seperti down payment sebuah honda city idaman saya. jika anda beli juga tanpa persetujuan saya, saya tidak akan teragak2x untuk menghidangkan anda dengan masak lemak ikan arowana. hahahhahahaa.. ganas!)


I want to let him go. (SOLD!)



Finally dengan berat hatinya ku mahu letgo balak no 1 ku ini.
Price: RM 37 xxx (nego)            Reg. year: 2002
Mileage: ~ 150 000                    Make: Proton
Model: Satria GTI                      Transmission: Manual
Engine Capacity: 1800 cc
New timing belt, clutch and battery.

* All Original Parts and standards
* Good Condition
* Accident Free
* Lady's owner
contact di: cik_chibi@yahoo.com atau kosong satu dua, sembilan dua lima satu dua tujuh kosong.

Monday, December 21, 2009

kisah nyamuk



wikend lepas, sgt haru dan membosankan. mr housemate tak balik. tp this thursday dia akan balik for good. abis dah. abis sudah penderitaan aku selama 3 bulan ini. tp itu la pasal, 3 bulan boleh ku redah, tapi 3 ari nih.... terasa sanggaaaaaaaaaattt lamanya. 

ari khamis aku balik awal dr kijer. sakit kepala. tp itu alasan jerk. hahahah..... sbb sumer geng kt woksyop nih adalah cuti, so tinggal aku tergedik2x seorg diri. seram siol. dah le opis aku jauh nun di hujung tunnel. kalu apa2x hal, (ada api ke, hantu ke) mati kering aku kt sini. but the main reason is sbb ada match bola. hahahahhaha.. nasib baik menang, kalu tak. tak berbaloi aku rushing. tp kul 5.30 jln rawang-kl dah jem oooo, so, aku rasa sumer org rawang balik awal la ptg tuh. 

smpai umah letak anak, simpan susu bagai, terus on tv. dah pesan kt luqman, ibu nk tgk bola, ptg nih cite kartun x ada. sumer dah abis dah... sumer iklan. ada bola je kt tv. so, ku lekakan dia dgn yogurt dan handphone ku. (sanggup tuh!).

tetiba terperasan, ada banyaaak nyamuk duk hurung nufail. isk, nyamuk ke lalat nih... NYAMUK!!!hohohohoho... game dh start! nymuk pulok kacau! aku hangin la nih! sbg ibu yg protective terhadap safety and health warga rumah aku, terus aku carik punca nyamuk2x nih... bengang tahap gaban tuh, dah plan baik nk layan bola, smpi umah on time, luqman plak line clear x gaduh nk tgk katun, hamba Allah kecik nik plak menyempit sama. 

setelah carik mcm spy baba, baru ku jumpa byk lagi nyamuk dan anak2x beranak nyer berPATI dkt housemate nyer aquarium. pam rosak! last week dia pindahkan ikan tanpa buang air tuh, then after that nyamuk lak pindah masuk memulakan keluarga di situ. h a m p e h ! !

so, 1st half of the game, aku tgk ngan telinga je. mulut dok pot pet membebel (ini utk hilangkan tension ok, bukan mencaci maki sesiapa)... , sambil penat lelah bersihkan aquarium tuh. dah le berat, penat, ada pulak 2 ortromen yg duk ikut aku ke hulu hilir... sorg tuh do interview je.. buat apa ibu? apa itu ibu? kenapa buang air tu ibu? isk kotornya ibu? jahat ek nyamuk ni ibu? baby nyamuk ke ibu? kesian dia ibu buang dia..... argh!!!!!

sudah nya, doa akhir tahun aku baca lepas smayang maghrib, doa awal tahun aku baca before smayang isya'. sumer benda delay mlm tuh, dan kul 12 mlm aku dh pengsan kepenatan!!!! nasib baik mesia menang, boleh gak mencuci mata ngan wajah2x manis player2x yg muda dan semenggah itu. even goal nyer tak le umph mana, tp game itu sgt best... 

bila diingatkan balik, hhmmm.... nyamuk je yg buat hal, aku dah gaduh walang tak sudah. teringat cerita raja namrud yg dikalahkan oleh nyamuk tuh. tp actually ia adalah bukan nyamuk. utk cerita lanjut, boleh baca di sini. 

Monday, December 14, 2009

lunatots CD

sdikit entry to promo ibunaqib. For those who are interested nk dapatkan lunatots CD, you can get it from me as well. skang gua dh join venture ngan ibu naqib (saja je buat ayat melantik diri sendirik..) hohohohoohoo... aku tak charge on delivery tau..!!

kain ini very soft, kalu poo poo, letak je sabun sekejap, biarkan dlm sejam dua, pastuh dh tanggal and boleh bilas. tp ensure bila bilas, kena bilas bebetul sbb kalu ada detergent nyer residue, boleh effect dia nyer absorbent efficiency. sebulan sekali (or bila time rajin la..) cuci ngan cuka or soda bikarbonat. Depa kata sunshine adalah agen terbaik utk putihkan cd yg kusam kaler putihnya. betullah tu kot. Ku banyak belajar pasal cd dari puan ini. 


All in one (AIO) cd. insert nya dah terjahit di dlm. senang nk pakai. but for heavy wetter, tido mlm better pakai pocket cd, so that boleh letak 2 insert. Aku suka yg ni coz selalunya bila dh siap mandikan nufail, selalu lupa nk prepare cd dia. kelam kabut carik dlm bakul (kes lepas basuh terus guna tanpa sempat lipat elok2x masuk dlm lemari... maklumla, ibu tinggal..!) tp memalam, pakaikan nufail pocket gak. yg nih pakai time siang je. tpi rega dia tak de pakej.. ibunaqib, ko bagilah harga pakej untuk kami. hehehhehe

   

Teringin gak nk beli yg bercorak askar cenggini, boeh ler matching ngan uniform housemate aku. tp sbb rega dia tak murah, hehehhehe.. ku terpaksa pakai yg murah dulu. byk lagi kalu ada yg berminat nk dapatkan yang bercorak. boleh tengok di sini.

senarai harga produk lunatots

1. Velcro CD - RM51/pc.
2. Button CD - RM46/pc.
3. AIO CD - RM 47/pc.
4. Wet Bag-RM39.90/pc.
5. Laundry Beg - 19.90/pc.
6. Insert sahaja - 15.00/pc.

kalu harga promosi lak:

  1. CD SNAP BUTTON - with 1 insert: 5 pcs RM207.00 (RM41.40/pc) saveRM23
  2. CD SNAP BUTTON - with 2 inserts:  5 pcs RM 250 (RM50.00/pc) save RM55
  3. CD VELCRO - with 1 insert:  5 pcs RM235 ( RM47/pc) save RM20 
  4. CD VELCRO - with 2 inserts: 5 pcs RM275 (RM55/pc) save RM 55
  5. INSERTS ONLY - 5 pcs RM65 (RM 13/pc) save RM10.00
so, for those who are interested, ym/pm me on cik_chibi@yahoo.com / cik-chibi@gmail.com or di kosong satu dua sembilan dua lima satu dua tujuh kosong. 



Thursday, December 10, 2009

cerita cloth diapers lagi


minggu lepas ku + lagi 5 CD yg baru. skang ku dah ada 10  keping. (before this 5 keping je. ok lah utk starting) itupon lepas pakai terus basuh. pakai tangan tuh... skang aku rasa sgt happy dan bangga sehingga rasa cam nk kembang idung bila tgk nufail pakai cd yg comel. setelah sebulan 1/2 pakai cd, ku dapati:

  1.  utk november, stok dd (disposable diapers) nufail hanya guna separuh. maknanya dh jimat dlm RM45. stock bulan december tak bukak lagi. itupun kami beli sebungkus jer.. kalaulah stock november boleh di bawa ke december, maknanya bulan jan x yah beli dd lagi dah... huhuhu.. 
  2. tetiba baru ku perasan yg montot seksi nufail dah tak merah lagi. sudah seputih dan segebu pipinya.
  3. ku perasan yg mr housemate sudah semakin senang membantu memanagekan cd2x nufail. tak rimas lg dgn baldi kecik yg ku letak sini sana in order nk managekan cd2x itu. pengasuh pun dh ke arah menyokong penggunaan cd. next month ku mahu beli lagi 5, so that nufail will be 100% cd user.
  4. dulu nufail selalu bocor di pinggang. sekang tidak lagi kerana skill aku dah bertambah. dan memang betullah kata mereka2x yg berkenaan, cd ini harus di handle dgn penuh kasih sayang. kena paham bebetul how they work and of course kena R.A.J.I.N.
  5. skang nampaknya, dh tak byk sampah perlu di buang krn penggunaan dd yg dah half drpd biasa.
  6. pasal duit, belum balik modal lagi. tp biasalah, bebenda cenggini, kesan baiknya utk jangka panjang.  kalu nk lagi berbaloi2x, kenalah handle cd2x ini dgn penuh manja dan kaseh sayang till boleh diwariskan utk anak2x yg seterusnya... hihihihi..

Dengan ini, ku mahu mengempen ibu2x yg belum/takut/tak nak/tak menyokong/ belum smpai wahyu utk mencuba cd, sila luangkan sedikit masa dan komitmen, cari info pasal cd ini... dan selepas itu, pikir-pikirkan lah, dan selamat beramal!! (baca dlm nada spt dr izzi hj yahya)

ku mahu bg publisiti kat blog member ku ini. for those yg nak order dr dia, boleh order dr aku juga coz dia janji nak burn kan duit pos kalu order dr aku. hehehehehehh

Tuesday, December 8, 2009

it is over (part II)


Yeah, it is over. not only the launching, but my EBM (expressed breast milk) also over! over and over. habis sudah. licin. yillek!! tak ada . langsung. ari khamis lepas, ku macam nk meraung je bila pagi2x before pegi kije, tgk freezer box yg kosong. dah le ari tuh wind tunnel ada test run, tak sempat ku nak pikir apa. by tengahari, dgn hasil perahan yg tak seberapa, ku decide utk amik cuti on Friday. dah kalu aku kije, stock apa yg nk di supply kt umah pengasuh kang... setelah berfikir, bertafakur, bermereng sekejap, ku decide utk start bagi nufail makan. it is better  than bg dia susu tin. ku buka susuibu.com and try to seek advice from ibu2x lain yg sekapal denganku, maka ku tekad dgn decision itu.

warning: ketika anda berada dlm situasi ini, jgn sesekali meminta advice dari org2x yg tidak berpengalaman apalagi yg tidak menyokong penyusuan ibu 100%, tak kesah samada mereka2x ini org2x yg sayang anda, org2x yg anda sayang apalagi mereka yg anda harapkan menyokong anda, tp akhirnya sokong membawa rebah. melainkan anda memilih untuk rebah.

ku tidak mahu rebah! ku mahu teruskan juga perjuangan ini. tinggal sebulan je lg nufail nak capai umur 6 bulan. 5 bulan boleh ku redah, takkan yg lagi sebulan ini ku mahu rebah. cewahh!! (nnt takder reason la aku nk beli tudung munawwarah lagi.) petang tuh, aku mkn gaji buta lagi dgn hanya memikirkan plan utk esok hari. cenggana nk bg stok banyak semula. letih pikir, ku amik pen + kertas, kubuat fish bone diagram. find a root cause, find a solution. (gila ko... ha, sapa kata QC tools yg kita blajo kt tpt kijer tak bleh apply utk masalah rumahtangga? hihihihhiii)...



so, untuk case aku ini, problem aku bukan tak ada susu/tak cukup susu. cuma hasil express yg kurang. ini berpunca dari:
  1. Tak simpan stock bebanyak masa dlm pantang.
  2. waktu pam yg tak konsisten. (kalu korunk baca ttg body nyer biological timing, korunk akan percaya ini adalah punca yg agak utama, kenapa susu berkurang) 
  3. kurang air
  4. every expressing session, ku tak letak target nk achieve berapa oz. so, stock in < stock out. sedar tak sedar, stock = 0.
  5. kalut kejar time waktu express. yelah, pikir nak buat apa lepas nih, byk lagi kijer nk kena buat lepas nih, time tgh express, time tuh lah boss carik... asyik nk cepat je.
  6. stress + letih

so, for the solution:

  1. amik cuti. rehat dan tenangkan fikiran. lupakan mr. tunnel utk seketika.
  2. buat intensive pumping session. ini utk stimulate susu. pump sejam sekali. biar hasil tak banyak, 1 oz pon ok dah. kalu baby attach nagn kita lagi bagus. sebelah menyusu, sebelah pum. tp mcm nufail, sbb ku tak ajar dia dari awal, dia pun sama naik nk pegang pum tuh.. hasilnya, aku akan kalut + sakit belakang + membebel + kurang tenang sket la...
  3. jgn harap stock akan byk sekali gus. mmg time weekend 3 hari tuh aku tak bleh banyak buat stock, tp bila dh hari ke 2 masuk kijer (after intensive pumping session), alhamdulillah, rasanya hampir kembali ke sediakala.
  4. back up sket dgn start to intro him a solid food. ini bab lain nk citer. tp for the 1st week nih, ku bagi nasi bubur blend jer kt dia. so far so good, dan ku rasa pipi dia makin bulat.
  5. pagi kena bgn awal. pump dulu 1 session be4 dia menyusu. aku nyer limit kul 5.30 je plg awal boleh ku bangun. be4 tuh dh tak boleh. mana sempat bgn 5.30 nk pump, nk masak bubur, nk siapkan supply utk umah pengasuh, nk siapkan luqman yg bnyak songel di pagi hari. so, for the solution, mlm be4 tido, sume benda yg boleh ready, dh kena ready. sume kena in order, so that aku boleh concentrate waktu pg yg ciput tuh utk dpt at least 4 oz nye stock. mlm be4 tido, kena pump jugak. jadi motto utk setahun ini, hidup utk pump! (isk, kalu aku plan nk anak lagi 7 org, mau ku beli electric pump nyer set yg 2-3 ribu lebih reganya tuh.. hehehe)
  6. istiqamah and kuat semangat. ku bayangkan stock ku yg penuh kembali, nufail yg sihat cerdas, cergas, pintar dan montel, body ku yg slim melim, takyah nk diet bagai, duit dlm wallet yg tak luak ke susu tin... dan last sekali, tudung munawwarah kaler purple! hahahahahhah... here i come..

dan hari ini, aku masih boleh tersengih lagi sebab bulan depan, aku dh nampak satu lagi tudung munawwarah dlm koleksi aku. heheheheh






Monday, December 7, 2009

It is over

sedikit gambo upload dari camera makcik yang tak semahal talipon siti nurhaliza.

mr. tunnel nak kena hias mcm pengantin. cam lawak plak sbb sekali seumur hidup je tgk mr tunnel sebegini. (kain tuh kami beli kat nagoya tauu... )

aksi perasan cun depan fan blade. hahahhaha.. besor tak fan blade kami? kalu nk test power, meh arg masuk dlm. kami bagi 10m/s je, tengok hancuss tak body, jiwa dan raga..

souvenir utk minister. aku hampir terjun jambatan bila souvenir nih pecah kat kilang 2-3 ari be4 event. so, replace baru ngan size yg lebih tak cun. tapi cun jugak la....

mula mula bagi kerusi buruk...

bila dah kena hambur bagai, baru dapat kerusi chantekkk.. appa punya mentaliti punya orang. habihkan duit uia jer... simpan buat apa? time nih la nk pakai. ingat woksyop kami tak der kelas ker nk pakai kerusi mahal cantik2x gini..?? haaa??

aku mengambil gambo aku sendiri.. eh, apesal aku nampak kuruss...?? 

sikit nyer lawa mock up button untuk minister tekan. minister pon takut nak tekan. hahahahah... sila selak skirting dia, kalu nk tengok betis stand ini yang tak bunting padi. hehehhhe...  (di make over oleh kak G and kak P)


ini yang susah nk dapat nih. yang kekal hingga ke anak cucu. sampai berpeluh ketiak, tak tido malam, tak raya haji, tak balik kampung... hanya nak dapatkan sedikit torehan dari si dia...
 
kami komiti yang cun melecun dan kenkadang sengal... 
ps: tima kasih kenkawan.. (standing from left: yani, farid, cukoi, mail, apis, fahmi, tarmizi, wak, meor, akem. barisan depan: awidd, cikchibi, wawa, ayu)

Alhamdulillah. abis sudah... sumernyer mcm serba ok. ada la yg kurang sikit2x... itu kira halal lah.... target nk dpt media nyer coverage pon tercapai. even yg kuluor gambo keter kecik, minister and gambo boss jer,  haram tak kkeluor gambo kami komiti yang cun melecun nih hehhehehe, tapi tak pe lah... lepas nih dah boleh idup spt sedia kala, buat test mcm biasa. tak yah nak make up2x mr tunnel lagi, takyah nk suspen2x and sakit2x kepala hotak lagi. tak yah deal lagi ngan org yang nasib-tak-jadi makan penyepak kasut bata makcik. hehehehhe... sila baca di sini. di sini pon ada. kat sini lagi. dan di sini juga. tak pon kat sini, kat sini pon buleh, dan sini juga, sini lagi dan lagi. hahahahahahah...!!! (gelak kuat mcm lanun baru lepas culik anak dara tok ketua kampung)