Tuesday, December 22, 2009

anda suka kuching? (SOLD!)




kami ingin menjual anak kucing ini.
umur: 6 bulan
jantina: perempuan 
harga: rm500 (negotiable)
pembeli haruslah mempunyai ciri2x menyayangi kucing sehebat ciri2x yg dimiliki housemate saya. kami akan memilih pembeli sama seperti kami memilih bakal menantu untuk anak perempuan kami. (hehhehehe.. gurau je)
contact di: cik_chibi@yahoo.com atau kosong satu dua, sembilan dua lima satu dua tujuh kosong.

Housemate saya suka membela. selain dari membela badannya, anak2x dan isteri, beliau juga suka membela binatang. buat masa sekarang, kami berkongsi rumah dengan 6 ekor kucing, 1 ekor ikan besar dan satu ekor ikan kecil. jumlahnya adalah sedikit kerana beliau sedang berkursus. sbg isteri yang bijak, saya sudah dpt membayangkan yang rumah kami akan lebih meriah lagi pada tahun hadapan, setelah beliau habis berkursus. sebelum ini, kami pernah mempunyai berpuluh2x ikan gapi, ikan emas, ikan montel, 2 ekor kura2x dan udang air tawar. beliau selalu berangan2x untuk membela ikan arowana. jika beliau tension dan hilang akal, saya selalu mengajak beliau mencuci mata dan lepak di kedai ikan arowana. (perhatian encik housemate: sila lepak sahaja, jangan beli dahulu kerana cost untuk memilik ikan ini sama seperti down payment sebuah honda city idaman saya. jika anda beli juga tanpa persetujuan saya, saya tidak akan teragak2x untuk menghidangkan anda dengan masak lemak ikan arowana. hahahhahahaa.. ganas!)


I want to let him go. (SOLD!)



Finally dengan berat hatinya ku mahu letgo balak no 1 ku ini.
Price: RM 37 xxx (nego)            Reg. year: 2002
Mileage: ~ 150 000                    Make: Proton
Model: Satria GTI                      Transmission: Manual
Engine Capacity: 1800 cc
New timing belt, clutch and battery.

* All Original Parts and standards
* Good Condition
* Accident Free
* Lady's owner
contact di: cik_chibi@yahoo.com atau kosong satu dua, sembilan dua lima satu dua tujuh kosong.

Monday, December 21, 2009

kisah nyamuk



wikend lepas, sgt haru dan membosankan. mr housemate tak balik. tp this thursday dia akan balik for good. abis dah. abis sudah penderitaan aku selama 3 bulan ini. tp itu la pasal, 3 bulan boleh ku redah, tapi 3 ari nih.... terasa sanggaaaaaaaaaattt lamanya. 

ari khamis aku balik awal dr kijer. sakit kepala. tp itu alasan jerk. hahahah..... sbb sumer geng kt woksyop nih adalah cuti, so tinggal aku tergedik2x seorg diri. seram siol. dah le opis aku jauh nun di hujung tunnel. kalu apa2x hal, (ada api ke, hantu ke) mati kering aku kt sini. but the main reason is sbb ada match bola. hahahahhaha.. nasib baik menang, kalu tak. tak berbaloi aku rushing. tp kul 5.30 jln rawang-kl dah jem oooo, so, aku rasa sumer org rawang balik awal la ptg tuh. 

smpai umah letak anak, simpan susu bagai, terus on tv. dah pesan kt luqman, ibu nk tgk bola, ptg nih cite kartun x ada. sumer dah abis dah... sumer iklan. ada bola je kt tv. so, ku lekakan dia dgn yogurt dan handphone ku. (sanggup tuh!).

tetiba terperasan, ada banyaaak nyamuk duk hurung nufail. isk, nyamuk ke lalat nih... NYAMUK!!!hohohohoho... game dh start! nymuk pulok kacau! aku hangin la nih! sbg ibu yg protective terhadap safety and health warga rumah aku, terus aku carik punca nyamuk2x nih... bengang tahap gaban tuh, dah plan baik nk layan bola, smpi umah on time, luqman plak line clear x gaduh nk tgk katun, hamba Allah kecik nik plak menyempit sama. 

setelah carik mcm spy baba, baru ku jumpa byk lagi nyamuk dan anak2x beranak nyer berPATI dkt housemate nyer aquarium. pam rosak! last week dia pindahkan ikan tanpa buang air tuh, then after that nyamuk lak pindah masuk memulakan keluarga di situ. h a m p e h ! !

so, 1st half of the game, aku tgk ngan telinga je. mulut dok pot pet membebel (ini utk hilangkan tension ok, bukan mencaci maki sesiapa)... , sambil penat lelah bersihkan aquarium tuh. dah le berat, penat, ada pulak 2 ortromen yg duk ikut aku ke hulu hilir... sorg tuh do interview je.. buat apa ibu? apa itu ibu? kenapa buang air tu ibu? isk kotornya ibu? jahat ek nyamuk ni ibu? baby nyamuk ke ibu? kesian dia ibu buang dia..... argh!!!!!

sudah nya, doa akhir tahun aku baca lepas smayang maghrib, doa awal tahun aku baca before smayang isya'. sumer benda delay mlm tuh, dan kul 12 mlm aku dh pengsan kepenatan!!!! nasib baik mesia menang, boleh gak mencuci mata ngan wajah2x manis player2x yg muda dan semenggah itu. even goal nyer tak le umph mana, tp game itu sgt best... 

bila diingatkan balik, hhmmm.... nyamuk je yg buat hal, aku dah gaduh walang tak sudah. teringat cerita raja namrud yg dikalahkan oleh nyamuk tuh. tp actually ia adalah bukan nyamuk. utk cerita lanjut, boleh baca di sini. 

Monday, December 14, 2009

lunatots CD

sdikit entry to promo ibunaqib. For those who are interested nk dapatkan lunatots CD, you can get it from me as well. skang gua dh join venture ngan ibu naqib (saja je buat ayat melantik diri sendirik..) hohohohoohoo... aku tak charge on delivery tau..!!

kain ini very soft, kalu poo poo, letak je sabun sekejap, biarkan dlm sejam dua, pastuh dh tanggal and boleh bilas. tp ensure bila bilas, kena bilas bebetul sbb kalu ada detergent nyer residue, boleh effect dia nyer absorbent efficiency. sebulan sekali (or bila time rajin la..) cuci ngan cuka or soda bikarbonat. Depa kata sunshine adalah agen terbaik utk putihkan cd yg kusam kaler putihnya. betullah tu kot. Ku banyak belajar pasal cd dari puan ini. 


All in one (AIO) cd. insert nya dah terjahit di dlm. senang nk pakai. but for heavy wetter, tido mlm better pakai pocket cd, so that boleh letak 2 insert. Aku suka yg ni coz selalunya bila dh siap mandikan nufail, selalu lupa nk prepare cd dia. kelam kabut carik dlm bakul (kes lepas basuh terus guna tanpa sempat lipat elok2x masuk dlm lemari... maklumla, ibu tinggal..!) tp memalam, pakaikan nufail pocket gak. yg nih pakai time siang je. tpi rega dia tak de pakej.. ibunaqib, ko bagilah harga pakej untuk kami. hehehhehe

   

Teringin gak nk beli yg bercorak askar cenggini, boeh ler matching ngan uniform housemate aku. tp sbb rega dia tak murah, hehehhehe.. ku terpaksa pakai yg murah dulu. byk lagi kalu ada yg berminat nk dapatkan yang bercorak. boleh tengok di sini.

senarai harga produk lunatots

1. Velcro CD - RM51/pc.
2. Button CD - RM46/pc.
3. AIO CD - RM 47/pc.
4. Wet Bag-RM39.90/pc.
5. Laundry Beg - 19.90/pc.
6. Insert sahaja - 15.00/pc.

kalu harga promosi lak:

  1. CD SNAP BUTTON - with 1 insert: 5 pcs RM207.00 (RM41.40/pc) saveRM23
  2. CD SNAP BUTTON - with 2 inserts:  5 pcs RM 250 (RM50.00/pc) save RM55
  3. CD VELCRO - with 1 insert:  5 pcs RM235 ( RM47/pc) save RM20 
  4. CD VELCRO - with 2 inserts: 5 pcs RM275 (RM55/pc) save RM 55
  5. INSERTS ONLY - 5 pcs RM65 (RM 13/pc) save RM10.00
so, for those who are interested, ym/pm me on cik_chibi@yahoo.com / cik-chibi@gmail.com or di kosong satu dua sembilan dua lima satu dua tujuh kosong. 



Thursday, December 10, 2009

cerita cloth diapers lagi


minggu lepas ku + lagi 5 CD yg baru. skang ku dah ada 10  keping. (before this 5 keping je. ok lah utk starting) itupon lepas pakai terus basuh. pakai tangan tuh... skang aku rasa sgt happy dan bangga sehingga rasa cam nk kembang idung bila tgk nufail pakai cd yg comel. setelah sebulan 1/2 pakai cd, ku dapati:

  1.  utk november, stok dd (disposable diapers) nufail hanya guna separuh. maknanya dh jimat dlm RM45. stock bulan december tak bukak lagi. itupun kami beli sebungkus jer.. kalaulah stock november boleh di bawa ke december, maknanya bulan jan x yah beli dd lagi dah... huhuhu.. 
  2. tetiba baru ku perasan yg montot seksi nufail dah tak merah lagi. sudah seputih dan segebu pipinya.
  3. ku perasan yg mr housemate sudah semakin senang membantu memanagekan cd2x nufail. tak rimas lg dgn baldi kecik yg ku letak sini sana in order nk managekan cd2x itu. pengasuh pun dh ke arah menyokong penggunaan cd. next month ku mahu beli lagi 5, so that nufail will be 100% cd user.
  4. dulu nufail selalu bocor di pinggang. sekang tidak lagi kerana skill aku dah bertambah. dan memang betullah kata mereka2x yg berkenaan, cd ini harus di handle dgn penuh kasih sayang. kena paham bebetul how they work and of course kena R.A.J.I.N.
  5. skang nampaknya, dh tak byk sampah perlu di buang krn penggunaan dd yg dah half drpd biasa.
  6. pasal duit, belum balik modal lagi. tp biasalah, bebenda cenggini, kesan baiknya utk jangka panjang.  kalu nk lagi berbaloi2x, kenalah handle cd2x ini dgn penuh manja dan kaseh sayang till boleh diwariskan utk anak2x yg seterusnya... hihihihi..

Dengan ini, ku mahu mengempen ibu2x yg belum/takut/tak nak/tak menyokong/ belum smpai wahyu utk mencuba cd, sila luangkan sedikit masa dan komitmen, cari info pasal cd ini... dan selepas itu, pikir-pikirkan lah, dan selamat beramal!! (baca dlm nada spt dr izzi hj yahya)

ku mahu bg publisiti kat blog member ku ini. for those yg nak order dr dia, boleh order dr aku juga coz dia janji nak burn kan duit pos kalu order dr aku. hehehehehehh

Tuesday, December 8, 2009

it is over (part II)


Yeah, it is over. not only the launching, but my EBM (expressed breast milk) also over! over and over. habis sudah. licin. yillek!! tak ada . langsung. ari khamis lepas, ku macam nk meraung je bila pagi2x before pegi kije, tgk freezer box yg kosong. dah le ari tuh wind tunnel ada test run, tak sempat ku nak pikir apa. by tengahari, dgn hasil perahan yg tak seberapa, ku decide utk amik cuti on Friday. dah kalu aku kije, stock apa yg nk di supply kt umah pengasuh kang... setelah berfikir, bertafakur, bermereng sekejap, ku decide utk start bagi nufail makan. it is better  than bg dia susu tin. ku buka susuibu.com and try to seek advice from ibu2x lain yg sekapal denganku, maka ku tekad dgn decision itu.

warning: ketika anda berada dlm situasi ini, jgn sesekali meminta advice dari org2x yg tidak berpengalaman apalagi yg tidak menyokong penyusuan ibu 100%, tak kesah samada mereka2x ini org2x yg sayang anda, org2x yg anda sayang apalagi mereka yg anda harapkan menyokong anda, tp akhirnya sokong membawa rebah. melainkan anda memilih untuk rebah.

ku tidak mahu rebah! ku mahu teruskan juga perjuangan ini. tinggal sebulan je lg nufail nak capai umur 6 bulan. 5 bulan boleh ku redah, takkan yg lagi sebulan ini ku mahu rebah. cewahh!! (nnt takder reason la aku nk beli tudung munawwarah lagi.) petang tuh, aku mkn gaji buta lagi dgn hanya memikirkan plan utk esok hari. cenggana nk bg stok banyak semula. letih pikir, ku amik pen + kertas, kubuat fish bone diagram. find a root cause, find a solution. (gila ko... ha, sapa kata QC tools yg kita blajo kt tpt kijer tak bleh apply utk masalah rumahtangga? hihihihhiii)...



so, untuk case aku ini, problem aku bukan tak ada susu/tak cukup susu. cuma hasil express yg kurang. ini berpunca dari:
  1. Tak simpan stock bebanyak masa dlm pantang.
  2. waktu pam yg tak konsisten. (kalu korunk baca ttg body nyer biological timing, korunk akan percaya ini adalah punca yg agak utama, kenapa susu berkurang) 
  3. kurang air
  4. every expressing session, ku tak letak target nk achieve berapa oz. so, stock in < stock out. sedar tak sedar, stock = 0.
  5. kalut kejar time waktu express. yelah, pikir nak buat apa lepas nih, byk lagi kijer nk kena buat lepas nih, time tgh express, time tuh lah boss carik... asyik nk cepat je.
  6. stress + letih

so, for the solution:

  1. amik cuti. rehat dan tenangkan fikiran. lupakan mr. tunnel utk seketika.
  2. buat intensive pumping session. ini utk stimulate susu. pump sejam sekali. biar hasil tak banyak, 1 oz pon ok dah. kalu baby attach nagn kita lagi bagus. sebelah menyusu, sebelah pum. tp mcm nufail, sbb ku tak ajar dia dari awal, dia pun sama naik nk pegang pum tuh.. hasilnya, aku akan kalut + sakit belakang + membebel + kurang tenang sket la...
  3. jgn harap stock akan byk sekali gus. mmg time weekend 3 hari tuh aku tak bleh banyak buat stock, tp bila dh hari ke 2 masuk kijer (after intensive pumping session), alhamdulillah, rasanya hampir kembali ke sediakala.
  4. back up sket dgn start to intro him a solid food. ini bab lain nk citer. tp for the 1st week nih, ku bagi nasi bubur blend jer kt dia. so far so good, dan ku rasa pipi dia makin bulat.
  5. pagi kena bgn awal. pump dulu 1 session be4 dia menyusu. aku nyer limit kul 5.30 je plg awal boleh ku bangun. be4 tuh dh tak boleh. mana sempat bgn 5.30 nk pump, nk masak bubur, nk siapkan supply utk umah pengasuh, nk siapkan luqman yg bnyak songel di pagi hari. so, for the solution, mlm be4 tido, sume benda yg boleh ready, dh kena ready. sume kena in order, so that aku boleh concentrate waktu pg yg ciput tuh utk dpt at least 4 oz nye stock. mlm be4 tido, kena pump jugak. jadi motto utk setahun ini, hidup utk pump! (isk, kalu aku plan nk anak lagi 7 org, mau ku beli electric pump nyer set yg 2-3 ribu lebih reganya tuh.. hehehe)
  6. istiqamah and kuat semangat. ku bayangkan stock ku yg penuh kembali, nufail yg sihat cerdas, cergas, pintar dan montel, body ku yg slim melim, takyah nk diet bagai, duit dlm wallet yg tak luak ke susu tin... dan last sekali, tudung munawwarah kaler purple! hahahahahhah... here i come..

dan hari ini, aku masih boleh tersengih lagi sebab bulan depan, aku dh nampak satu lagi tudung munawwarah dlm koleksi aku. heheheheh






Monday, December 7, 2009

It is over

sedikit gambo upload dari camera makcik yang tak semahal talipon siti nurhaliza.

mr. tunnel nak kena hias mcm pengantin. cam lawak plak sbb sekali seumur hidup je tgk mr tunnel sebegini. (kain tuh kami beli kat nagoya tauu... )

aksi perasan cun depan fan blade. hahahhaha.. besor tak fan blade kami? kalu nk test power, meh arg masuk dlm. kami bagi 10m/s je, tengok hancuss tak body, jiwa dan raga..

souvenir utk minister. aku hampir terjun jambatan bila souvenir nih pecah kat kilang 2-3 ari be4 event. so, replace baru ngan size yg lebih tak cun. tapi cun jugak la....

mula mula bagi kerusi buruk...

bila dah kena hambur bagai, baru dapat kerusi chantekkk.. appa punya mentaliti punya orang. habihkan duit uia jer... simpan buat apa? time nih la nk pakai. ingat woksyop kami tak der kelas ker nk pakai kerusi mahal cantik2x gini..?? haaa??

aku mengambil gambo aku sendiri.. eh, apesal aku nampak kuruss...?? 

sikit nyer lawa mock up button untuk minister tekan. minister pon takut nak tekan. hahahahah... sila selak skirting dia, kalu nk tengok betis stand ini yang tak bunting padi. hehehhhe...  (di make over oleh kak G and kak P)


ini yang susah nk dapat nih. yang kekal hingga ke anak cucu. sampai berpeluh ketiak, tak tido malam, tak raya haji, tak balik kampung... hanya nak dapatkan sedikit torehan dari si dia...
 
kami komiti yang cun melecun dan kenkadang sengal... 
ps: tima kasih kenkawan.. (standing from left: yani, farid, cukoi, mail, apis, fahmi, tarmizi, wak, meor, akem. barisan depan: awidd, cikchibi, wawa, ayu)

Alhamdulillah. abis sudah... sumernyer mcm serba ok. ada la yg kurang sikit2x... itu kira halal lah.... target nk dpt media nyer coverage pon tercapai. even yg kuluor gambo keter kecik, minister and gambo boss jer,  haram tak kkeluor gambo kami komiti yang cun melecun nih hehhehehe, tapi tak pe lah... lepas nih dah boleh idup spt sedia kala, buat test mcm biasa. tak yah nak make up2x mr tunnel lagi, takyah nk suspen2x and sakit2x kepala hotak lagi. tak yah deal lagi ngan org yang nasib-tak-jadi makan penyepak kasut bata makcik. hehehehhe... sila baca di sini. di sini pon ada. kat sini lagi. dan di sini juga. tak pon kat sini, kat sini pon buleh, dan sini juga, sini lagi dan lagi. hahahahahahah...!!! (gelak kuat mcm lanun baru lepas culik anak dara tok ketua kampung)



Friday, November 20, 2009

haaa... dah jumaat?


Haaah!??!! dah jumaat (heheheeh.. buat2x terkejut laks)...
  1. Hmmm... tinggal next week je lagi nk prepare utk mr wind tunnel.
  2. Hmm.. apa lagi la akan jadi next week...? (boss.. oo boss... nk tukar apa2x, biar awal2x sket. kang ada yg kena qurban kang...).
  3. Hmm.... nak balik kg tak raya minggu depan nihh..? 
  4. Hmmm... boleh ke kami cuti raya lama2x nih...?
  5. Hmm.... apa2x pon...housemate saya balik ari ini. yay!

Thursday, November 19, 2009

makcik menjadi super saiyya!

Semalam amik cuti. baby sitter mintak cuti coz anto family dia gi mekah. So, terpaksa la aku relakan coz dia pun x pernah berkira kalu jaga anak aku selama ini. demam ke, cirit birit ke, lewat ke.... dia ok jer sume.  

Even half of my mind dkt wind tunnel nyer launching, tp kaki dan tangan giat buat housekeeping. maklumla, ortromen # 2 dah ada attemp nk merangkak. Gigi dh tumbuh 2 batang. mak aii, depa nih mmg cepat, or aku yg lambat follow depa nya growth? besides, amik peluang gak stable kn balik schedule expressing milk yg terganggu sejak 2 menjak ini. Stock mmg merudum, tp malas nk citer. yg penting kena express constantly sokmo even susu x byk (reason: supply & demand theory)

Mlm td, masa tgh dok elok gayut ngan mak sambil susukan nufail, tetiba.. PRANG!!!.. pasu bunga makcik yg tingginya > dr Luqman jatuh berkecai punah ranah bincai spt hati den yg retak ini. anakku...!!!!! dia try nk masukkan vacuum dia dlm pasu tuh.! Dia terus freeze smbil mata terbeliak terkejut + takut.  tetiba terus aku rasa nk bertukar jadi super saiyya. rasa mcm darah naik ke langit melalui ubun2x nih.. x smpt aku nak keluarkan bunyi halilintar, dgr suara mak den tanya bunyi apa...? . "pasu s'wak kite pecaaaaaaaaaaaahhhh!!!!" Dan dan tuh gak dia suruh aku mengucap panjang.. hehehhheee.. (mak aku tau cenggana aku marah kalu org rosakkan barang aku)

Nasib baik ada lagi nano kewarasan dlm otak nih. kalu idak, mau lunyai ortromen tuh kena fire ngan super saiyya nih. nasib gak mak den ado bg penawar (dia selalu muncul di saat aku hilang waras). Pasu tuh mmg la dr s'wak je, harga tak ler ribu riban. tp aku suka pasu tuh. corak dia unik, aku beli pon time Luqman tak wujud lg dlm dunia nih. dah le berebut ngan sorg akak time kt kedai pasu tuh, smpi muncung2x akak tuh bebel kt aku. pedulik hapa aku, yg penting aku dpt. sbb aku SUKA pasu itu... SUKA dan SAYANG sgt... mengah2x angkut dr airpot ke airpot sbb saiz dia bila dh packing sama besor ngan aku... 2x pindah rumah, ku make sure dia selamat tanpa tersumbing sedikit pon.. 

Lama gak ku amik masa nk cool semlm. smpi housemate yg menalipon pon abis kena marah ngan aku. tp bila sumer dh kemas and luqman tertidur dlm ketakutan, baru aku terpikir. hmm, aku nih tak cukup sabar lagi. belum cukup terlatih lagi jiwa dan otak aku nih dlm handle temper. Susahnya melembutkan hati utk redha.  But another side of me said kira ok la aku tak cuit pon luqman tuh. dia takut sbb aku diam je lepas dia pecahkan pasu tuh. aku diam sbb aku tgh kawal diri aku. aku frust sbb tgk pasu tuh jatuh dan berkecai depan mata tanpa sempat aku buat apa2x. kalu aku tak susukan nufail time tuh, aku rasa sempat aku lari dan selamtkan dia... hmmm... what to do.. dan aku sedih, sbb aku tak rasa pasu tuh dapat di ganti.... even boleh beli yg baru yg lagi mahal dan besor dan lawa, tp ku tetap SUKA pasu tu... itulah, bila hati dah SUKA....




Tuesday, November 17, 2009

aduii... sakit kepala...

Aduiii... sakit kepalo den. Jumaat petang boss besar tlh meletupkan keadaan. boss sederhana besar dan boss kecik hanya angguk2x tanpa geleng2x... plan yg dh dirancangkan kena tukar almost 90%. hanya ada 8 hari bekerja je lagi.. !!!! 

Den kt umah time weekend mcm hampeh. dok pikir cenggana nk buat utk merealisasikan kehendak boss besar. boss besar ni pon 1, mementang dia cover boss agak besar, sumer benda CAN DO! ANY PROBLEM, U FIND A SOLUTION. THAT'S YOUR JOB. ye lah, yelah, den tau la.. tp dgn plan lama dh halfway jln, masa pun x byk, and kena wat rennovation bagai, cenggana aku tak sakit kapla.  

Semlm meeting, panggil sumer bos2x kecik, elok pulak depa dlm meeting ngan boss besar. sebelum nih, aku & the geng yg mencacai nih, ke hulu ke hilir mintak guide & kerjasama. semlm sumer org ku nmpak hipokrit smpai ku rasa mcm nk terajang satu makhluk tuh... hehehhhe, nasib baik Allah bg kaki aku pendek, kalu tak ada org mkn kasut BATA aku nih. heehheheehe...

Dah lama aku tak sakit kapla mcm nih. Last sekali time kat CTRM dulu, bila byk panel kena scrap and NCR. Tp time tuh, penat kijer, den blk umah smbil pecut keter + layan lagu OAG kua2t2x, dh boleh ilang tensen dah. umah kt tmn merdeka je, tp sanggup tuh pegi balik ikut ayer keroh sbb saja jenjalan nk ilang tensen. tp skang mana boleh... ada 2 anak kicik oo... tp Allah bg ilang tensen kot lain plak. tgk muka depa, gelak2x sikit ngan depa, ilang sakit kepala... You know why? because they are so beautiful.. they are so sincere.. they are so comeeeeeeeeeeeellll.... (tak kesah la anak sapa, warna kulit and paras rupa, anak2x kecil are very sweett..) 
 

Friday, November 13, 2009

Friday comes again...

Time flies very fast this week. I am extremely buzy (ayat exaggerate.. hehehhe..) with the tunnel launching which finally decided to be on the 1st december. (apo akan jadi ngan cuti rayo haji den and the kenkawan komiti denn?) Tak sedar and tak sempat nk excited bila tiba hari Jumaat. 

Today, my other half will coming back from Ipoh. Not so excited since I knew after Friday, there will be Sunday, and he will be leaving again. Huh! but at least, for the weekend, I'll get other half of myself back. Get back other half of my time, other half of my happiness and maybe other half of my soul and spirit. Being the weekend husband and wife taught me the meaning of APPRECIATION. baru ku sedar kewujudan 'dia' mewujudkan satu suasana yg tak leh nk didescribe. even, kenkadang wujudnya dia hanya terbongkang di sofa, berhibernasi dgn hanya perutnya bekerja mendigest segala yg di telan sebelumnya. hahahahah... keadaanya berbeza, with he is around (even with stand by mode :))  compared to when he is not around. arghh..  susah den nak cakap ah..

I can't imagine myself if I am gonna lose him forever. When the time comes, of course we need to be separated. Tak kesah le sapa mati dulu.. Mesti banyak benda yang 'hilang'. Now I think I can  understand how my mom feels when I lost my dad forever 18 yrs ago.  Now I understand why she still keep some of my dad's stuff and take a very good care of it.  

But 1 thing still can't understand, how people get re-married so fast after the partner is passed away. Do they need to complete the 'other half' issues by getting married again? Regardless the gender, do they really understand the word faith? sentimental value? sweet memory? By getting married again, do we really fill the emptiness of the 'other half'?... 

  bila kawen kita menjadi 1 = 1/2 + 1/2

  bila sorang mati, kita akan jadi 1 - 1/2 = 1/2

  bila kawen lagi, adakah dia akan serupa dgn 1 = 1/2 + 1/2 di atas?

  adakah sebelum kawen kita adalah 1/2 atau 1?

  hmm.. anyone can answer me..?

 



Monday, November 9, 2009

it's a responsibility... it's a commitment!


weekend lepas, somebody-close-to-me asked: "apesal hang beria benor nk susahkan diri.. susah payah pakaikan anak cd.. fully breastfeed bagai. campur je la.. kalu susu banyak takper, nih susah payah nak buat tuh buat nih nk bagi banyak susu... laki dah le balik wikend je, maid tak dak. byk kije nk kena buat tuh... smpi stress2x.. tak susah ke? hang tak mampu sgt ke..?"  

For the 1 st few second, aku cam terkasima ngan soalan tuh. perlu ke aku menjawab soalan ini. direct to the question soklan dia nih. tau la laki dia kaya dari laki aku.. hehehehehh.  Tp bila aku rasa soalan dia nih mcm best je utk di jawab, so aku explain la kat dia apa yg termampu..

Actually i have my own reason for the both. Fully breastfeeding bukan soal nk jimat duit. It is an instinct as a mother to provide the best utk anak2x aku. I have failed to fully breastfeed Luqman before. So, while pregnant to Nufail, selain membulatkan diri, aku membulatkan jugak tekadku utk exclusively breastfeed nufail. but i failed also for the 1st few hours sbb misi yg sambut dia x bg jumpa nufail. katanya paed nk check dulu, ensure the baby is fine. The 1st night at hospital pon aku x tido ngan dia, so kat spital dia di beri gak susu tin. mooo.. moo.. (itu adalah bunyi ibu lembu.ok). So, Nufail nih tak consider exclusive breastfeed sbb dia pernah minum susu tin + air masak even utk sekejap. 

Lagipon dlm Surah Luqman and alBaqarah ada mention pasal penyusuan selama 2 tahun. aku tak reti nk tafsirkan ayat nih. Tapi sefaham aku, berilah susu yg terbaik utk anak selama dua tahun, dan susu apakah yg terbaik itu? SUSU IBU lahh...!! Mampu tak mampu... kita kenalah usaha. Ikut pendapat aku, ibu yg ada AIDS je yg tak bleh bagi susu kat anak. Dan aku rasa, SEMUA perempuan yg menjadi ibu, Allah dah pakejkan dia ngan organ / hormon / kalenjar / etc bla.. bla..  yg boleh keluarkan susu.  Soalnya NAK ke TAK NAK? kalu nak, you have to do something la kalu susu kurang, kena carik masa lah kalu masa tak der, kena belajar lah kalu tak pandai.. it is a commitment. keputusan di tangan kita..

Susu ibu is a gift. kalu baca pasal susu nih, rasa mcm nak meleleh air mata. Nutrient yang Allah design dlm susu nih, berubah ikut umur anak kita. kalu perasan, susu tin ada by age kan? Umur 0-12 bulan, step 1, 12 - 24 bln - step 2, pastuh utk 2 yrs old smpai 4 yrs old bla.. bla.. tp susu ibu tak. kompisisinya akan berubah sesuai ngan anak kita. Scientist tak leh tiru yang nih!! Yang lain sume org tau pasal kolustrum, immune system, ubat sakit mata dan bannnnnnyakkkkkk lagi dan lagi dan lagi.

Lagi satu, anak yg minum susu ibu lagi terjalin ikatan hatinya dgn ibu. dengar cakap, lembut hati dan lebih senang di bentuk emosinya. ini orang cakap lah.. aku belum ada pengalaman yg nih... tp logicnya mcm ada. ye lah, sbg ibu yg bekerja, kita tak leh 100% ngan anak. apa lagi bila depa dah sekolah dan makin besar. so, harap2xnya, ikatan inilah yg boleh meneguh iman dan jiwanya supaya dia boleh jujur jaga dirinya, dgn Allah, dan dgn kita sbg ibu dia. bukannya solat time ibu ada je, atau buat baik time depan org je...

Pasal cd lak... hik hik hik... yang nih aku tak leh tipu. faktor duit jadi no 1. Tapi itu hanyalah motivasi utk start je. bila lama2x explore pasal cd nih, baru aku tau pasal pencemaran, pasal bahan kimia dlm pampers yg ada effect kt sistem reproductive anak, pasala allergic dan lain2x..

hmm.. lepas explain kat kawan aku tu, dia senyap je. aku tau dia tau sumer benda tuh. tp yg dia tanya lagi apasal??. aku tak harap pon dia akan follow aku. itu jawapan aku. it's my life, it's my decision. I am not saying that I am the best. I am not succeed yet... mak cik baru start je.. Tensen mmg la tensen. Susah mmg la susah. But it just a matter of management. and of course kena rajin..  

Pastu dia tanya lagi.. Kenapa aku buat skang? tak bleh tangguh ke tunggu laki aku balik. Hm... benda baik tak leh tunggu baii.. untuk susu badan, the answer is NO! mana buleh tunggu. housemate aku habis course january. time tuh nufail dah 6 bulan. dah tak der makna dah..! pasal cd lak, saja la aku getik dan challenge diri aku nih. lagipon aku takut aku tak berpeluang je nk provide yg terbaik. mana tau kot umur aku pendek, bila housemate aku kwen lain, buleh la dia tarbiyyah kan pompuan itu (hehhehe.. mcm marah jer..) utk contohi aku. so, dia akan tau bahwa akulah ibu yg terbaik untuk anak2x nya.. (so, pompuan tuh mesti jelesnya) hahahahahhahaha...  - isk.. apa aku merepek nih?.. ngeh ngeh ngeh...


Bencinta

Benarkan ku 'tuk berbicara...
Bicara terus ke hati mu.. Hati mu..
Hati yang penuh rasa ragu
Jangan terus pergi
Tanpa mendengar ku
Mungkin mudah
Untuk kau terus berlalu
Nanti dulu
Berikanlah waktu
Untuk aku, untuk kamu

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Lidah kelu sedangkan aku
Mahu kau tahu
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Ke tepi lihat ku berlalu
Pasti itu yang terbaik untuk ku
Tiada lagi mahu ku tahu
Tentang hidup kamu
Tentang mati kamu
Aku tahu
Engkau tahu apa yang mata ku tahu
Apa yang kau tunggu
Mahu aku buka pintu?

Ingatkah lagi waktu kau bersama ku
Kaku aku melihat mu
Sedang aku mahu kau tahu
Dengar kata ku
Aku cinta pada mu
Benci pada mu
Cinta pada mu

Sakitnya aku
Membenci kamu
Sakit lagi mencintai mu
Dan aku pergi
Tapi kembali
Benci aku mencintai diri mu
Ku benci... Kamu
Ku cinta... Kamu

Friday, November 6, 2009

den dah tukar IC

pak mentuo den org gemencheh, nogori sembilan. sbb den dah kawen ngan anak dio, terpakso la den sokong nogori semilan mlm esok. smpai habis final mesia nih, ic den ic nogori. kerabat sebelah den banyak yg pro klantan, tp den nak gak nogori yg monang. den bukan apo, den suko tgk makhluk hensem sebelah nih ha main bola. dah ler lawa, terror la pulok. den appriciate bakat dan kemanisan dio. 

anak2x den mlm besok di jadualkan tido awal. den nak layan bola ngan housemate den. tapi yg den malas nyo, kalu den layan bola, den buleh lagi layan lipat baju, basuh baju, gosok baju, basuh pinggan, jahit baju bagai. tapi kalu dio layan bola, sumo bendo dah tak leh dibuek. terbongkang atas sofa ngadap tv. apo punyo makhluk daa... tak adil bagi den. takpo, nasib baik si aidil ado, kira adil la tu...

den memang suko tgk match bola. cumo maso jo kenkadang tak ado. sumo match den suko. bola ko, hoki ko, netball ko, pendek kato sumo yg lawan2x nih den layan yo. lagi suko kalu ado geng... lagi den layan. dulu maso bercinto, den suko dating kat padang hoki. maso dating, den layan mato tgk satu brader tgh training hoki. pakwo tak jadi den tuh tak sodar pon. kalu idok, mau den keno sosah dek beliau. hehehhhe.. sengal sungguh den maso tuh. tuh maso dulu, maso den sengal. time nih, den tak tgk atlet lain dah, den layan housemate den jo.. suko tgk dio main tennis ahh.. terjatuh cinto den laie dan laie... huhuhuuhuhu.. 



Thursday, November 5, 2009

Akak pink datang ari nih..


Ari nih Akak Pink datang ke IIU Educare untuk visit and katanya ada bg cek. ini projek PERMATA la ni.. bagus la... tp yg x bagusnya, dia dtg kul 4. so, parents kena amik anak either before 3 or after 5.45... mak aii!! den tak sanggup tunggu smpi 5.45, dah le jalan KL-Rawang jem sbb tanah runtuh ari tuh. dah kena amik si abang before 3. isk, tak sesuai langsung nk bawak dia ke workshop nih... byk benda menarik dan bahaya... dah le dia takut dengor bunyi wind tunnel. aku pernah bwk sekali, dia punya melalak, yo yo 'o je bila dgr bunyi fan tuh.. adeih.. hopefully tak der unschedule run ari nih.. kalu tak, masalah den... 

Itu ler, org besar2x (eh, org2x besar ke.. org besar2x..?) nih, kita lak kena ikut time depa kalu nk buat apa2x majlis. sama cam launching wind tunnel nih. nk dapatkan si khalid N tuh, sangat la susah.. dah booking elok2x, kena carass lak ngan event kroni dia... dah kena re-schedule... ingat kita x de kije lain lagi ke... isk, nk kena finalize gak date and time. kalu x cenggana nk invite org lain. takkan menteri ngan bodyguard dia je dtg majlis perasmian. tensen aku... banner tak print lagi, mana nk gantung bunting lagi, nk buat itu, nk buat ini. tp sumer hold sbb tak confirm time je lagi ngan dia nih... Kalu lah wind tunnel nih bapak den yg punyo, den jemput tok imam kampung jer bacakan doa selamat... confirm tok imam free sokmo, tak susah2x nak booking bagai. heheheheh

Maka dengan ini, den berikrar, kalu lah den jadi wanita pertama negara suatu hari nanti, (angan2x nih adalah kalah angan2x pak pandir... hihihihih)..  den akan pastikan, den tidak akan menyusahkan parents2x yang lain... den akan ikut jo office hour... so, kenkawan di luar sana, marilah kita gulingkan pak najib sekarang, dan lantiklah laki den sebagai PM! hahahahahahahh..

Wednesday, November 4, 2009

Tahukah anda...

Tahukah anda bahawa lampin pakai buang (dd) mengambil masa sehingga 500 thn utk dilupuskan & merupakan sumber pencemaran terbesar di dunia sedangkan hanya 5% populasi dunia yg menggunakannya?

Tahukah anda bayi yang memakai cloth diapers (cd) lebih cepat belajar latihan ke tandas berbanding bayi yang memakai DD?

Sebenarnya, sy pon baru tahu. heheheh

Honestly, issue alam sekitar jatuh #2. The main reason why I am towards zero dd adalah kerana sgt ngeri ketika membeli dd yg byk setiap bulan. I have two sons. Each consume 3 bag dd permonth. (M size = 80pcs x 3 bag = 240pcs = RM37 x 3 = RM111) (XL size = 60pcs x 3 bag = 180pcs = RM37 x 3 = RM111). Dah 2 ratus lebih. Troli penuh ngan dd jer..  itupun sbb sy pakai dd yg sederhana mahalnya. Kan ker bagus kalu duit tuh saya buleh guna untuk beli tudung munawwarah ittew? hehehehhehhe...

So, my progress towards zero dd is very ok, cuma tak cukup cd la, coz baru ada 5. For those yg tak ada idea on how to manage cd, you can refer here. 

Dan sapa nk tgk sample pon buleh, sy boleh bawakkan. we share the knowledge, ok. Saya beli dari dia ini, nama dia yati. (ini bukan promosi, sekadar berkongsi) Sesapa nk mintak sy tolong belikan buleh, tak yah bayar duit pos. And one more, setakat ini, yati jer yg bagi price yg murah untuk Lunatots.

Why Lunatots?

  1. Dia jer yg ada size smpai XL.
  2. The material is very very different..
  3. Saya tgh carik lagi kelebihan Lunatots ini... huahuahua

I am still comparing the Lunatots brand with others. Once I got the info, I will share with all of you out there.. Sesapa yg tau harga Lunatots yg lagi murah, please tell me. hahahhaha...!

ps: entry aku kali ini agak semenggah kerana aku baru menuntut dari ayu cenggana nk buat blog yang lawa dan canggih manggih bagai. kredit to ayu!!




Friday, October 30, 2009

today is Friday


Yupp.. Today is Friday. So what..? Isk, byk significantnya Friday to me... Antaranya ialah...

1. Hari ni saya pakai baju kurung (yg aku rasa chantekk).. hahah!
2. Housemate saya is coming back today.
3. So, mlm ni saya buleh lepak tgk Nur Kasih dgn rilek sambil menjiwai watak Aidil yg sememangnyer seperti jejaka rebutan Malaya gitu..
4. Anak2x lepak ngan Abi mlm ni ok? Ibu nak bersepat ronggeng depan TV sambil mkm sundae coklat. Jangan ganggu!!!
5. Mlm ni buleh rilek. x yah masak, x yah strile bekas susu, x yah defrost frozen EBM, x yah buat ice cubes, x yah kalut nk kemas beg nk gi nursery, boleh tido lewat, bangun lewat, x yah pujuk Luq tido awal, x yah bagi kucing makan, x yah bg ikan makan, x yah bg lobster makan, x yah tunggu housemate talipon...
6. Ada org akan assist saya berdobi dan mencuci cloth diapers nufail. (or tolong buat sepenuhnya.. hiks! mithali sungguh awak..)
7. Ada org akan tolong buang sampah, sapukan laman dan siram pokok bunga. Tolong mop simen depan sekali yer... saya tak sempat ler... hiksss.. (lagi sekali mithali la awak..
8. Dan... mlm ni akan ada org buleh tolong urut belakang, pinggang, bahu and kaki saya yang sgt letih dan penat ini.......... huhuhuhu (sgt mithali ini...)

sumer nyer kerana.. HARI INI ADALAH JUMAAT! and he is coming back today....

ps:.. itu adalah gambar luqman yang happy selepas 3 hari menjengah dunia..

Thursday, October 29, 2009

me and myself




Alhamdulillah... anak2x dah makin sihat. happy makcik. even aku plak yg rasa nk demam. takper.. takper.. ari nih khamis, besok housemate balik, ari sabtu kang, aku demam ler betul2x... hehehhehe.. boleh manja2x.. (ya ka..?)..

malas dah aku nk menstresskan diri aku. skang aku nak happy. nak happy. kot aku stress tunggang terbalik pon, bukannya keadaan boleh berubah kan? HE STILL NEED TO BE AWAY FOR ANOTHER TWO MONTHS. so, nak tak nak, aku kena idup jugak ler kan..?

skang pun, time table aku dah ok dah. milk supply dah ok balik (terima kasih mdm fenugreek). aku pon makin terrorr me'manage' 2 ortromen serentak, dah boleh adjust dah pon. percubaan dengan cloth diapers pon ok... (ku mahu beli lagi 5... 'towards zero disposable diapers!'.. ). mood nak kerja dh datang balik. actually ada misteri berlaku 2-3 ari nih.. bila aku stress, wind tunnel aku stress... itu yg selalu bg reading ke laut tuh... isk, hormon kami berkaitan kah..? kah..? apakahh..?

ape pon, sumer dah makin ok. so, sebagai hadiah untuk diri kusendiri, ku dedicate lagu ini untk diriku.. dengan ucapan.. "aku sayang kamu"... thee... thee... thee

Yasin – Nur Kasih

Lewat ini ku rasakan
Kasih kian ku dambakan
Resah hati yang ku pendam
Pada takdir dan harapan

Detik waktu dan suratan
Siapa tahu ketentuan
Ku mencari cahayanya
Dalam bayang kegelapan

Nur kasih
Nur kasih

Nasib hidup dan pilihan
Lain hukum setiap insan
Mengharapkan perjalanan
Dalam maya kesamaran

Nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana masih
Mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Ooo kasih
Nur kasih
Oh nur kasih
Nur kasih

Aku kembali kerana
Masih mencari yang hakiki
Sinar pasti
Janji suci yang abadi

Nur nur ya nur kasih
Nur ya nur kasih
Nur nur kasih
Nur kasih

Wednesday, October 28, 2009

Aku hanya mampu sujud


Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

Jika direnung kembali
Diari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang

Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku rumus impian dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tuk ku teruskan

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……

Hanya mampu sujud…..

Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia

Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah

Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……


Sehari dua nih, byk air mata yg tumpah. keter rosak, kena kuarkan duit yg byk utk repair. duit tuh aku nk beli mesin basuh! huwaaa... dua2x anak demam, aku pon nk join demam sekali. pokai! wind tunnel pon semlm bg reading yg 'ke laut', byk kijer lain gak nk kena buat selain troubleshoot dia. workload banyak, homeload banyak, smpai aku dah letih nak letih...

bila dipikir balik, tak ler hebat sgt dugaan nih. ada lg org lain yg diduga lagi hebat dari aku. sapa lah aku nk merungut, sumer dari Dia. susahnya nk pujuk hati dan akal ini utk redha. aku tatau nk wat apa... aku hanya mampu sujud.

Friday, October 23, 2009

i am late!!!


since jadi 'ibu tinggal'.. (heheheh.. ibu yg ditinggalkan untuk sementara), almost everyday aku time in after 8.00am. tapi yg lagi teruk lebih dr 8.30am.. Late! aku pon tatau.. aku bangun kul 5.30am, lambat gak... bangun kul 6 pagi, mmg dah sah sah akan lambat. ari nih dah siap chantek bagai ngan stokin sumer, tetiba... "ibu, aman yak yak"... arghhh!!!! time nih ker dia nak membuang? dah ler pepagi bercinta nk masuk bilik air, bukak pampers, mandi, sikat rambut... adess. dah siap bersih abangnya, adik yg sudah kenyang, tetiba nak susu lagi... hmm, aku tak leh la kalu anak nk susu, so, stop la kejap bg dia kenyang... dah elok sumer dok dlm keter, time angkut beg bagai, tetiba ice box coleman aku terbalik.. berdebush! keluar sumer ice cubes + tupperware susu... uhuhuhuhu.. rasa cam nak nangis. nasib baik ada cubes exra dlm peti ais. nasib gak susu tak tumpah, kalu dak, mau gantung diri aku.

so, my dear housemate, kalu abg balik petang nih, hati2x ! di depan sliding door akan ada lopak air.. jangan jatuh, tau..! kalu baik, tolong lah cucikan sebelum our oltromen landing kt umah petang nih... please, tolong ek, saya x sempat nak lap...

Thursday, October 22, 2009

aku dan kesibukanku



aku sibuk.

sibuk ngan kerja.
wind tunnel nak di'cukur jambul'kan disember nih. kalu jadi la... kitorg nk wat launching. malklumla, antara asset university yg mahal dan terbaik dlm kategorinya.. (hehehhehe.... makcik x kan lupo ayat nih).. event dah dibayangkan berdegang2x siap ngan pak menteri bagai.. tapi budget ciput je... cenggana makcik and the gang nk wat kijer?... studentnyer test pon nk kena layan gak. kalu idak, cenggana nk tambah ilmu di dada? dh ler nk hafal formula pon aku benak. mmg dah tak rebung lagi, gelap benor hatinyer. kena kurangkan makan kepala ikan lepas nih..

sibuk ngan anak demam.
so, bila anak sibuk demam, aku sibuk bwk dia ke klinik, sibuk jaga dia, sibuk tak cukup tido dan lain2x yg sewaktu. Luqman asyk demam je sejak sebulan housemate ku di Ipoh. dia kalu ngigau je, sebut nama abi dia... so, lepas nih aku rasa kena guna gak petua org tua2x yg kena amik kain/baju yg bapak dia pakai, jadikkan alas tido. aku x berapa suka sgt petua nih... membanyakkan kije aku je kemas katil. tak bleh ke guna bantal bapak dia ke, selimut bapak dia ke, or cadar yg bapak dia tido je,,? tak leh membazir sgt tenaga aku. dah ler luqman suka bawak tido toys dia. merepek meraban je, siap ngan sticker ben-10, kenkadang kettle air, vacuum yg rosak, sumer benda yg dikira 'toys' luqman, sume nk bwk tido sekali.

sibuk simpan stock EBM.
aku kena curik EBM aku sendirik dr anak aku. kena tido lewat skit dan bangun awal sket, so that aku boleh express and simpan stock. dlm kepala aku skang nih tak de benda lain dah, tumpuannya 95% kpd stock EBM. nak pam, nak simpan, nak pam, nak simpan. ke hulu ke hilir bwk pam... hehehheehhe...

tapi, aku ada project baru. project apa? refer la gambo di atas.. tapi, malas nk citer skang. tunggu berjaya dulu.. heheheheh

Wednesday, October 7, 2009

nearly 100 days..

huhuhuhuhuu...
dah hampir 100 hari ++ aku susukan nufail exclusively. now i realized that my supply is decreasing? why..? why...? why...? adakah kerana..




aku tak cukup makan?.....
- hmm... tidak, selera makan ku membuak2x..
aku pressure bila housemate tak ada?
- hmmm.. mungkin ya..
aku pindah office yg tidak beraircon?
- hmm.. mungkin ya... mungkin tidak...
aku buzy hingga lupa minum air yang banyak?
- hmm.. mungkin ya...
nufail telah mengupgrade isipadu perutnya lalu minum dgn lebih byk?....
- hmm tidak... coz aku supply sama je time dia kt baby sitter..
aku tidak cukup tido dan rehat..
- hmmm... betul!! since you gone housemateku... aku bangun kul 5.30am dan
terus mengoptimizekan penggunaan otakku dan bodyku sehingga kul 11.00 mlm. (depends on kul baper ortromen2x ku tido)

huhuhuhu.. so, what should i do? aku rasa aku kena tambahkan sessi pengepaman so that i can express more and keep some stock... critical nih...!

Monday, October 5, 2009

weekend


hmm... housemate blk dr ipoh after jumaat prayer. memula plan nak gi jalan2x, tp since bilik air kt umah tersumbat and tayar keter dia pecah, so, byk kije nk kena buat. time goes so fast. Luqman plak asyik wat perangai je nk bertepek ngan abi dia... kesian dia, asyik kena marah. aku plak cam biasa la, laundry byk gila. dh le mesin basuh kat umah semput cam kena H1NI. tunggu time je nk mati. so, tak leh load bebanyak. (bestnyer kalu housemate chenta hatiku belikan aku washing machine as per above picture.. ohh....) pg sabtu lak ujan, so, ahad struggle keringkan baju housemate utk dibawa balik ke ipoh petangnya.

jumaat ari tuh ada Shawal gathering ngan sultan pahang. yo yo'o je makan, smpai perut aku memulas2x.... smpai pg ni still tak ilang. itu le, pelahap bebeno...
so, weekend lepas sgt tidak best. kesian otromen2x ku krn tidak dpt berjalan2x or buat xtvt2x yg menyeronotkan... its ok la sayang, next week kita outing yer..

ari nih ada audit course. 2 hari. giler boring. dah nk wat cenggana, nk kena tolong depa buat internal audit nnt coz we are going towards OHSAS18001:2007 and MS1227:Part 1 2005. cenggana nk audit depa kalu makcik sendirik x pernah pg training?

Friday, October 2, 2009

hi... almost one year


Hi there! Assalamualaikum.

It has been almost one year I am not updating my blog. you know why? Sebab makcik mengandung la... ekekekkeke... masa ngandung, aku malas gila nk hapdet blog. hormon x balance le katakan. Now I am out of preggy land.. my 2nd son pon dah around 80 days++ skang.. (semalam dia dah meniarap!!!).



RUMAH
Umah still kat Rawang.

KIJER
Aku still kije kat gombak nih. cuma skang dah pindah opis, duduk bawah kat lab, exactly dekat ngan wind tunnel kesayanganku. actually since april lagi aku dah di transfer 100% utk incharge wind tunnel. tp sbb bilik bwh ni x de aircond dan perut aku yg sarat dan hormon + emosi aku yg tak stabli, boss pon tak push sgt. kiranya, dalam 6 bulan gak arr mkn gaji separuh buta. half workload dah pass kat my colleague. but starting from yesterday, i'm going 2b 100% di tunnel. panass oooo (even hang buleh putar jer wind tunnel nih kasi 50m/s kalu nk sejuk sgt... heheheh)

FAMILY
Aku dh naik pangkat skang. Instead a mother of 1, i am a mother of two ultraman skang.. husband still satu (hiiii..hi...). besides, aku dh jadi nenek kpd 5 ekor anak kucing. (3 kucing kampung, 2 kucing mixed). sapa nk beli anak kucing, bgtau makcik ok. kang aku letak gambo dia... ikan dah mati sekor (menangis housemate makcik).. tinggal seko je lagi.. lobster pon dh jadi duda coz bini dia mati time raya aritu. skang aku menjaga 'mereka semua' yg tersenarai di atas coz housemate outstation kat ipoh. 3 bulan doh... kurus kering makcik..!

itu je la yg nk citer for this entry. kang aku hapdate lagi. byk nk citer cenggana tunggang langgangnye jadi 'ibu tunggal' oops.. 'ibu tinggal' di samping kije yg sgt menyesakkan napas di samping menempuh cabaran untuk memfully breastfeed kan my 2nd otromen. oops, lupa nk bgtau. baby baru nama nufail. Izz iman nufail. itu housemate yg letak nama. kalu ikut aku, nk je letak nama ummar ke, faris ke, rafiq ke... kan ke senang. mcm nama luqman, kan? takpe, yg nombor 3 kang, biar makcik yg namakan.!

ps: gambar di atas tiada kena-mengena dgn entry ini. cuma saya sekadar meletakkannya sbg simbolik dlm menghargai makhluk tuhan yang indah. hahahahah!!!